Friday, November 4, 2011

Kata-Kata Itu Doa


Dua orang sepupu,Azam dan Halim sangat rapat dan selalu menghabiskan masa bersama-sama.Mereka pergi ke sekolah,mengaji dan khatam al-Quran bersama-sama,keliling kampong berkonvoi dan menghabiskan masa bermain juga bersama-sama.

Rumah mereka sebelah menyebelah.Sangat dekat.Mereka berkongsi telaga yang sama sebagai sumber air.Malah sayur-sayuran yang ditanam pun dikongsi bersama hasilnya.

Pada suatu hari,Azam dan Halim bermain-main di halaman rumah mereka.Melihat buah jambu air yang merah ranum di atas pokok,mereka sepakat ingin memanjat pokok itu.Tujuannya satu,hanya ingin menikmati keenakan jambu yang banyak airnya itu.

Memanjat pokok itu kemahiran semulajadi yang dimiliki mereka berdua.Kurang seminit,masing-masing telah duduk di atas dahan pilihan mereka.Mereka memilih posisi yang memudahkan mereka untuk mencapai buah jambu air yang bergayutan.

Kedudukan Azam lebih tinggi daripada Halim.Halim memilih dahan yang rendah sedikit.Petik dan terus dikunyah.Seronok benar mereka menikmati jambu air segar dari pokok.

Ibu Halim yang kebetulan baru member makan ayam di belakang rumah ternampak anaknya dan Azam yang berada di atas pokok.

“Halim,buat apa di atas pokok tu?Nanti jatuh.Kan ada banyak kerengga tu” jerit ibu Halim

Mendengar jeritan ibunya,Halim segera menoleh kearah suara itu.Akibatnya Halim hilang keseimbangan badan dan ketika cuba menggapai dahan berdekatan,terpegang pula sarang kerengga yang berbalut kemas di balik helaian-helaian daun.

Gedebuk!Halim tetap jatuh ke tanah walau telah cuba mencapai dahan tersebut.

Sewaktu Halim hampir-hampir terjatuh,pokok jambu itu bergoyang-goyang.Azam yang berada lebih tinggi daripada Halim turut hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh.Pada masa yang sama,bapa Azam yang berada di dalam rumah terdengar jeritan ibu Halim tadi terus menjenguk keluar tingkap.

“Hati-hati Azam!Pegang dahan tu kuat-kuat!”

Azam berjaya berpaut kuat pada dahan pokok dan bertindak segera turun dari pokok.Tiada apa-apa yang berlaku kepada Azam.

Pengajaran :
KATA-KATA MENCETUSKAN DOA.
KATA-KATA YANG POSITIF AKAN MENCETUSKAN 
SITUASI,PERASAAN DAN TINDAKAN YANG JUGA POSITIF.
BEGITU JUGA SEBALIKNYA.


**lambat update..line sewel lagi..huhu

9 comments:

Anonymous said...

btoi2 mama selalu cakap,ape yg kite selalu kite ucapkan tu doa.so ucaplah dgn kate2 yg baikk kan :)

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. prnah gak berlaku situasi mcm ni

Munn Jaafar said...

a'ah kan? btul jgk tuh..

shamyheart said...

itu cakap orang yang menjadi. cakap je, pasti jadi. sebab apa? redha ALLAH adalah redha mak ayah.

miss my parent 4 this coming Raya

ajumohit said...

semoga kata2 yang baik menjadi doa utk mereka

Anum said...

betul2, my mom selalu kata apa yg kita katakan akan menjadi kenyataan

::NureeN:: said...

:) a'ah.. stuju...

slamat hari raya aidiladha

Fathiah Hamim said...

betul tuh! sebab tuh nama kita pun kalo boleh, sebut la betul2

AmirFX said...

Berhatilah semasa bercakap...