Tuesday, May 21, 2013

About Me / Jom Berkenalan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


entry ni bui buat supaya kamu-kamu semua boleh kenal bui dengan lebih detail..biasanya kan bila pes time bui pergi ke blog orang, bui akan cari info pasal tuan punya blog..so ABOUT ME ni la yang bui akan cari dulu..supaya tak tersalah panggil nama atau terkurang ajar (maksudnya kalau owner blog tu berumur dari kita,kita kenalah hormat dengan panggil mereka kakak atau abang..kalau sebaya boleh panggil nama dan kalau muda boleh panggil adik..adik manis..hahaha)


so,bagi bui memang penting ABOUT ME ni supaya mereka yang datang boleh kenal kita dengan lebih terperinci..tapi terperinci yang berpada2 lah,jangan sampai benda yang peribadi pun nak bagitau dekat semua orang..itu sudah membuka pekung didada sendiri..ewah,berpepatah la pulak..apa2 pun,lain la kalau korang memang nak berahsia tentang diri sendiri..tak dinafikan memang ada segelintir orang tak suka dedahkan tentang diri mereka..ok,itu bui faham..itu hak masing2 kan,kita tak boleh nak paksa memaksa..^_^..

ok,now..jom berkenalan dengan bui

hi, saya Puan Bui dan Mr Hubby..selamat datang..jemputlah minum..^_^

Nama Sebenar : Rabuyah Junaidi ( klasikkan nama bui )
Nama Panggilan : Bui
Umur : 36 tahun ( so,from now on siapa yang muda dari bui cepat panggil Kak Bui..^_^ )
Status Perkahwinan : Berkahwin
Bilangan Anak : 2 orang ( lelaki+perempuan )
Pekerjaan : Pembantu Pengurusan Murid ( kerja di sekolah, dalam kelas, tapi BUKAN CIKGU yer..part ni ramai sangat yang konpius tak berkesudahan..)

dan ini anak2 bui..6 & 7 tahun (2013)


bui start berblog ni pada tahun 2009 (4 tahun lepas)..tujuan utama pada mulanya sebab nak jual barang2 preloved sebab tu nama blog ni http://idzrarynprelovedproperty.blogsopt.com..tapi ntah bila minat nak berjual-beli mulai pudar (macam lagu Rossa la pulak) dan bertukar kepada minat nak berkongsi cerita dan pengalaman hidup..so,sampai lah sekarang perkongsian itu diteruskan..


terima kasih buat semua yang sudi menjadi sahabat di alam maya..oh,ya lupa nak bagitau..bui orang Kuching,Sarawak..siapa nak datang Kuching bagitau bui taww,bui boleh bawak korang jalan2..^_^


bye kitak orang..!!!


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

22 comments:

Mimi Azirah said...

ok kak Bui...selamat berkenalan

JunAina said...

Selamat berkenalan bui!

Tapi kenalah panggil saya kakak...:)

Mia Kassim said...

Ok mulai sekarang panggil KAK Bui lah ni ye...hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

hye kak bui..

saya nurul boleh pggl yui..

saya masih single..kih2..leh gtu kak??

gurau aje =)

Nurzakiah Hanum said...

singgah ptg
dah lunch ke?

kasihredha said...

Salam adik angkatt
Akak confirm Kena panggil bui adik Manis sbab umur kita mmg jauh berbeza...hihi

Teena Tna said...

Nak tanya penting x buat 'about me'? Sbb Teena baru start dlm blogging nie...

Nurrul said...

comelnya anak akk :)

Puan Bui Junaidi said...

@Teena..BAGI KAK BUI PENTING SUPAYA ORG BOLEH TAHU SERBA SEDIKIT TTG KITA..TP JGN LA TLALU DETAIL YER..^_^

[sutera kasih] said...

yahh..gik mudak duhal kak bui tok bah hehe kak bui, tggu kmk dtg kuching, ktk jnji ya mbak raon hehe

Adhie Saifuddin said...

Selamat berkenalan juak... *adik Adhie huhuh

Aju Mohit said...

owh kakak bui lah ni ye hehehe

Isabel Diaz said...

Mewk ingat kitak keja cikgu sekolah tabika.. Hihi..

Deqla Manjew said...

yeahh.. dah tau sedikit sebyk psl kak bui.. deqla dari dulu mmg panggil kak kan....hihi.. comel2 ank kak bui..

michelle De hunny said...

selamat berkenalan.
kmk dr sarawak juak :D
follow sini 1718.
jemput ke blog kmk juak kelak :)

NoEn said...

sy pun compius camne keje akak tu

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

kitak orang serawak ya..salam kenal, timak kasih follow kamek (bunda)

Haryati Faizal said...

dapat dah sepasang anak ye bui

Azhafizah Md Nor said...

dah kenal dah.heee..ok kalau pergi kuching memang cari kak bui je la :)

Mieya Atiera said...

Selamat berkenqalan kak Bui...

Leyza Jamil said...

menarik blog ni...
tahniah punya anak2 yang cukup comel...

Ayu Nurhaslina said...

Comelnya anak2 kak Bui :)