Tuesday, October 11, 2011

Janda Gersang Gilakan Suami Orang


minggu lepas bui jumpa kawan lama..dulu dia sama kerja dengan bui..tapi lepas kilang buang pekerja..kami jadi terpisah..

masa jumpa tu,kami bertanyalah khabar masing2..rupanya dia dah kerja dekat pasaraya yang baru bukak kat kuching ni..syukurlah,walaupun kerja biasa2 jer,janji rezeki halal kan..bolehlah teruskan hidup...

tapi apa yang paling mengejutkan bui..dia kata dia nak berpisah dengan suaminya..dengan erti kata ganas..BERCERAI

bui terkejutlah ..sebab hubungan dia orang dulu baik sangat..suami dia pun peramah dengan kawan2 isterinya

lepas tu dia curahkan segala masalah dia pada bui..lagi bui terkejut bila dia cakap dia hampir nak bunuh diri sebab terlalu tertekan..

ya Allah..melopong bui dengar..sampai macam tu sekali..tapi nasib baiklah dia cepat-cepat tersedar..itupun sebab anak dia panggil minta buatkan susu
(dia dah ada anak 2 orang)

kuasa Allah maha besar kan..dan yang lebih mengejutkan bui lagi..suami dia berubah sebab janda anak 2..

lepas tu kawan bui ni cerita lagi..yang dia dah jumpa janda tu..minta dia lepaskan hubungan dengan suami kawan bui tu..tapi janda tu tak nak..bedebah punya janda..kalau bui jumpa memang bui tampar pakai selipar..

sebab janda tu tak nak putuskan hubungan..dan suami kawan bui tu pun dah sayang sangat pada janda gersang yang tak sedar diri tu..sampai abaikan anak2 dan isteri..kawan bui tu ambik keputusan untuk berpisah..

ye lah buat apa nak bersama lagikan..buat sakit hati jer..kesian kawan bui tu,semoga dia tabah mengharungi hidup baru selepas ni..huhu

pesanan buat janda-janda diluar sana..kalau dah gersang sangat,janganlah ambik suami orang..lelaki bujang kan banyak..

takut bui dengar kes macam ni..hubby,siaplah dia kalau buat macam ni pada bui..NAUZUBILLAHIMINZALIK..

p/s:bui cerita ni bukanlah nak aibkan kawan bui ni,tapi sekadar berkongsi cerita..dan jugak nak ingatkan perempuan2 termasuk diri bui,janganlah kita mendirikan kebahagiaan di atas penderitaan orang lain..tak berkat hidup dunia akhirat..

26 comments:

Cik gigi kaca said...

jahatnye lau ade pompuan camtuh !

AmirFX said...

Kedak cita melayu jak.. haha.. Nway, settle cara bagus.. Mun benar lah suka mbak nikah jak... Tapi pastikan cukup syarat.. Jangan diabaikan syarat2...

ziana said...

Dugaan semoga dia trus tabah utk hidup demi 2 org anak... Boleh jalanla..e husband dia tuh...

hakamah hamyadi said...

SIANNYA kisah kawan bui 22...semoga dy tabah dan kuat...dan elakkkan la kita semua kena cm2...xbaik ambil hak org

Ini Kisah Tia said...

benci betul kalau orang ambik hak kita ..

ajumohit said...

Kesiannya Kwn bui tu, Moga dikuatkan smgtnya utk menempuhi hari2 mdtg

sha my heart said...

Sha faham apa yang diutarakan. Tapi Sha tak nak fikir macam orang biasa fikir. Boleh tak? (sebab mesti ramai yang akan komen sama jer. Hihi).

Satu pihak memang la kita rasa kesian pada kawan Sis Bui. Tapi, kena fikir sebelah pihak lain jugak.

Kalu husband kawan sis tak sama naik, perkara ni tak kan berlaku. Orang kata tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi melainkan janda tu buat guna-guna.

Sis, kalau dah janda, ada ke lelaki bujang yang nak? Sepatutnya sis doakan dia dapat duda, baru la sesuai. Haha~

Satu lagi, betul ke kalau jadi madu tu merampas kebahagiaan orang lain? Kalau kita jadi madu kita ni la jahat sedangkan ALLAH dah tentukan jodoh kita?

Sha cuba berfikir rasional dengan pegangan agama.

Betulkan Sha kalau Sha salah. =)

Sha pun tak nak mendirikan kebahagiaan di atas kesengsaraan orang lain. Kita sebagai perempuan kena memartabatkan maruah dan harga diri wanita! Yeah.

ArulchelseA said...

biar betul ni..

Anonymous said...

Perkara seperti di atas kita kenak rujuk..."SOALNYA HATI...."

Utk kak BUI, jgn lah melabelkan "JANDA " tu semuanya jahat k..

nanti tak pasal2 BLOG kak Bui kenak blok Blogger "MJ"...

Terima kasih atas pengajaran yg ditatapkan..semoga yg terkena tu beroleh keinsafan..kerana ujian tu dtg dari yg maha kuasa....bagaimana kita menanganinya ..itu terpulang kpd keyakinan, kepercayaan..dan IMAN..

berserahlah pada ALLAH dgn usaha yg telah dilakukan...

harrazdani said...

wuihhh cik anon...huhuhu

Bui Junaidi said...

sha-terima kasih atas pandangan Sha..panjang lebar benar penjelasannya..bui hormati pandangan dan pendapat Sha tu..

cik anon-memang bukan semua janda tu jahat,(takder bui cakap mcm tu..)tp janda yg kak bui ceritakan ni mmg jahat pun,sbb dia merampas kebahagiaan wanita lain..kawan bui dh ajak bincang cara baik..tp dia tetap tak nak..kalau dia baik,dia takkan buat mcm tu..

kalau blogger MJ yang baik,dia takkan terasa dgn cerita ni..*_*

ye tak..???

Anum said...

takutnya ada perempuan cm nie

Niena Pengembara Ilahi said...

erm.... nauzubillah

abghani said...

kwn bui tu jgn mengalah undur diri..fight back

shida said...

selagi suami dia tak kawen lagi ngn pompuan tu... ckp kat kwn bui...jgn cepat menyerah kalah.. usahakan sebaik mungkin... cub atambat kembali hati suami mcm mula2 bercinta dulu. Ayat2 penyejuk hati tiup2kanlah kedalam minuman suaminya itu... Doa banyak2 semoga ikatan perkahwinan itu kekal. Kena usaha lagi. Suami itu milik kita. Selagi terdaya, usahakan dengan cara yang baik. Kalau kita rasa diri kita kurang, kita kena cari jalan untuk kita nampak lagi bagus...lagi cantik.lagi manja.. lagi mantop dari perempuan itu...
Fikirkan anak2... lgpun suami dia tak pernah pukul atau mendera kan??? Cuma pompuan tu ja dok kacau hidup org....

Bui Junaidi said...

abg hani..kawan bui pun dh bertekad,dia mmg akan bercerai tp dia cakap dia akan susahkan hidup bekas suami dia tu nanti..

Bui Junaidi said...

shida..mcm2 perkara usaha dh kawan bui tu buat tp,ilmu yg perempuan tu guna mmg kuat..(sebenarnya bui malas nk cakap pasal ilmu2 ni..takut org cakap benda lain pulak..)tp itulah kenyataannya..

masz86 said...

Saba kak... boh ktk tension... setiap kejadiah ada hikmahnya... mungkin kwn ktk akan lebih bahgia ngan tenang pastok...

Bro ahmad said...

ada jugak janda baik..kt pahang, terpulang pada perpepsi orang..buruk, maka burukla ia.

Azhafizah[フィザ] said...

tumpang simpati dengan kawan kak bui..tapi kite kene redha dan doakan baaek2 je..jangan bersangka buruk sebab kalau kite bersangka buruk lagi la setan dok mengapi2 kan kite kan..doakan yg terbaek untuk diri die dan husband die jugak..sbb bendenyer dah jadik..takde sape salah takde sape betul sebab bukan satu pihak je..bende ni pernah jadi kat kawan fiza gak kak..memang kesian..ape yg kite boleh bantu bg sokongan moral dan jangan bersangka buruk..tu je kot..walau mulut ni cam jahat orang kate tapi hati kite..tak sape tahu..kan kak..ishh..terpanjang pulak komen..ya ampun!

boleh terima tak komen dari org yg masih single mingle neh..hehehe

[sutera kasih] said...

tkt kmk dgr crita tok kak bui huhu

shida said...

main ilmu2 pulokkk... sudah lebeyyy.. tp tak pe... dia tak tau ilmu Alllah tu lagi mengatasi segalanya... tak dapat balasan dunia.. disana nanti pasti ada...

sha my heart said...

Sama2.
Saja sekali sekala memanjangkan pendapat. Biasa komen pendek-pendek je. =)

sha my heart said...

Sama2.

Saja memanjangkan pendapat. Biasa komen pendek je =)

QasehnyaRania said...

nak komen lebih2 pon tak berani kak :D

patutnya kena fikir la juga kan.

betul kata sha cari la yg duda.

pokok pangkalnya hati

Anonymous said...

for the samething happen this janda anak 3 eager menanggung suami org beranak 4...don't know how to say...that guy buang terus family...sbb seronok ditanggung...padahal baru je kenal...janda tu cikgu kt sjk c pui ying klang...