Ramai anak-anak yang sentiasa bertangguh untuk berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuanya dengan seribu satu alasan...
- Sibuk dengan tugas dan kerjaya yang tidak kunjung surut
- Tidak ada cuti
- Tidak cukup wang kerana banyak tanggungan
- Ibu bapa tinggal jauh di pedalaman
- Nantilah,minggu depan…bulan depan…tahun depan…
Sedarkah kita bahawa ibu dan bapa kita tidak pernah memberi alasan sedemikian sewaktu mengandung,melahirkan dan membesarkan kita.Ibu tidak pernah melengahkan tarikh kelahiran kita.
Ibu tidak pernah lengah memberi susu badan, menyuapkan makanan dan minuman, memandikan, menyarungkan pakaian dan membersihkan tubuh badan kita daripada najis dan kekotoran.
Bapa tidak pernah melengahkan masa pergi bekerja untuk mencari rezeki dan menyediakan nafkah untuk kita.Bapa juga tidak pernah lewat menyediakan kemudahan dan prasarana asas serta memperbaiki rumah kediaman yang rosak demi keselamatan ahli keluarganya.Bapa menggunakan segenap peluang yang ada untuk meneruskan hidup.
Dan sekarang pada saat usia emas mereka,mampukah beberapa orang anak menjaga ibu bapa yang telah lanjut usia?Jika kita tidak mengambil peluang yang datang sekali ini,jangan menyesal andai kita tidak lagi berpeluang untuk berbakti kepada kedua-duanya apabila menerima berita kematian mereka.
Dan akhirnya,jangan lepaskan peluang untuk kita bertaubat atas segala kesalahan kita kepada Allah s.w.t dan juga kepada manusia.Ringan-ringankan mulut untuk meminta maaf atau ringan-ringankan tangan untuk memohon ampun kerana sesungguhnya peluang itu datang sekali sahaja.
bila semua sudah terlambat..penyesalan tidak akan berguna lagi..
Sumber:Solusi
8 comments:
betul tu bui...."Menyesl tiada gunanya...." Info yang menarik!!!
btul.. kb kalau boleh mmg tak nak abaikan parent.. smpai bile2.insyaallah
takirah yg amat berguna....
tq...
:)
to my blog - Acapsuur (>,<)
thanks bui
insyaallah selagi mereka ada... anum akan berkorban utk mereka
love them so much..hargailah mereka selagi mereka masih ada..
i love very much my emak & abah
InsyaAllah..ibubapa adalah segalanye
hargailah mereka selagi ada nyawanya...
Post a Comment