Tuesday, February 28, 2012

Masya Allah..Wanita Jenis Apakah Ini


hanya perkataan 'Masya Allah' jer yang mampu bui ucapkan bila melihat kelakuan seorang wanita yang bagi bui amatlah tidak senonoh/kurang ajar dan tidak bersopan petang semalam

dijadikan cerita balik kerja semalam,bui ambil anak2 bui dekat nursery..lepas tu kami bertiga pergilah ke Singapore Chicken Rice (SCR) dekat area Matang (kalau orang Kuching,tau lah dekat area mana yer)

alasan ke SCR tidak lain dan tidak bukan sebab nak mengisi perut yang dah berkeroncong lagu tok ana..hehe

selang 10 minit kemudian hubby bui datang join kami bertiga..makanlah kami berempat sambil bercerita2,bergelak ketawa..cehhh,macamlah seronok sangat..hahaha

lepas makan,hubby bui bayar bil..sementara tunggu hubby bui dan anak2 pergilah ke luar restoran..

sekali apa yang bui nampak sangat menyakitkan hati nurani bui sebagai seorang wanita dan ibu juga seorang isteri

nak tahu apa yang bui nampak..

gambar pinjam Google

SEORANG WANITA YANG BERTUDUNG MEROKOK

kalau dia duduk seorang or bersama kawan2 mayb bui boleh terima,tapi ini duduk sekali dengan anak2 dia yang masih kecil..siap ada husband lagi duduk sekali

Masya Allah..apa nak jadi

masa bui pandang wanita tu kan,husband dia pandang bui dengan wajah yang serba salah..nampak macam malu pun ada jugak..

orang2 yang duduk di sekitar tu pun asyik2 pandang wanita tersebut,tapi wanita tersebut buat 'donno' jer..

Masya Allah..wanita  jenis apa macam tu..

secara jujurnya,ini kali pertama bui berdepan dengan situasi macam ni dan bui rasa terkejut sangat..


Friday, February 24, 2012

Korang Rasa Ok Tak?


Aaron Aziz cakap dia ok jer..hihihi

ehem..ehem..

bui nak tanya korang?

korang rasa ok tak?

ok apa?

ok tentang kotak komen di blog bui ni

hari tu bui dah tukar cara pengomenan (ayat apa ni..?) 

kalau yang dah biasa komen taulah apa yang berubah yer

so,macam mana..ok ker atau sedikit menyusahkan?

bui buat cara komen macam ni sebab nak lebih mesra alam dengan korang

kira macam berbalas pandangan gitu..

cer komen sikit yer..*__*


UPDATE 8.55 PM
sesiapa yang nak try buat jugak boleh ke link ni yer
http://www.anastasyea.com/2012/01/aktifkan-threaded-comments-pada-custom.html


CERITA TENTANG BERBEKAM

apa khabar korang..fuhhh,dah 2 hari bui tak hupdate blog..mesti korang rindukan..hahaha..(perasan lebih)..tapi bui rindu dengan korang taww,cuma keterbatasan masa menghalang bui dari blogwalking..(leh terima ker alasan gini..huhu)


ok,ok..bui ader berhutang dengan korang semua kan..bukan berhutang duitlah yer..berhutang cerita..kan bui dah janji bui nak ceritakan pasal berbekam hari tu..so,meh duduk rapat2..baca sampai habis ok..*__*


alkisahnya...
petang selasa lepas (21/2/2012) dua orang hamba Allah telah datang ke rumah bui..seorang lelaki dan seorang perempuan..dia orang ni suami isteri yer..yang lelaki tu bekamkan hubby bui..yang perempuan pulak bekamkan bui..


ok,rawatan nya bermula macam ni..bahagian belakang kita tu,dia tekapkan cawan bekam then sedut guna pistol angin..kalau guna 15 cawan,15 cawan lah akan di tekap kan..macam bui,dekat belakang badan ada 15 cawan..1 cawan di bahagian kepala..kalau buat dekat bahagian kepala,rambut kena cukur..tapi bukan cukur semua..cuma bahagian yang nak dibekamkan sahaja akan dicukur


ok,itu part 1..lepas tu kan,cawan tu akan dibukak satu persatu..then tempat yang di tekap tadi akan di hiris memggunakan mata gillette..mula2 bui ingatkan dia cucuk guna jarum..tapi rupanya tidak..dia toreh tidaklah terlalu dalam yer,toreh nipis2 jer


lepas dia toreh tu,bui disuruh baca alfatihah 1x dan selawat ke atas nabi 3x dan berniat yang kita buat bekam ni nak buangkan penyakit dalam badan..dah selesai bacaan tadi,barulah dia tekapkan sekali lagi cawan bekam tu dan sedut guna pistol angin..masa inilah baru darah2 kotor dan air akan keluar


proses ni berulang sampailah 16 cawan tu selesai..dan selesai toreh,tekapkan cawan..bui kena tunggu sekitar 20 minit macam tu untuk darah2 kotor tu keluar..bila dah cukup masa.barulah dia bukak cawan tu satu persatu dan kumpulkan darah kotor tu dalam satu bekas..darah tu pulak kita buang dalam mangkuk tandas sekali dengan darah hubby bui


kalau nak tau darah hubby 3x ganda lebih dari darah bui..dia orang memang ader cakap kalau antara lelaki dengan perempuan darah lelaki lebih banyak..sebab kita perempuan ni kan ader buang darah kotor tiap2 bulan..*__*


ada yang tanya sakit atau tidak kan..?


secara jujur dan ikhlas ni rawatan bekam ni tidaklah begitu menyakitkan,cuma selepas rawatan kita akan rasa kesannya..lain orang mayb lain kesannya yer..tapi lepas berbekam ni belakang badan akan rasa pedih2..tidur malam tu pun agak sakit..


hubby bui sebab buat banyak cawan dan banyak darah yang keluar..dia boleh pitam sekejap dan muntah2..bui pulak alami lenguh2 badan..tapi lepas sehari,badan terasa ringan..nafsu makan pun bertambah...hihi


sekarang kita layan pulak gambar2..tapi ini gambar2 hubby bui jer..gambar bui tak bolehlah letak dalam blog..faham2 jerlah yer..*__*

hubby bui buat lebih 40 cawan
darah mula keluar
darah kotor
darah pekat..macam jelikan..eiiii
bekas berbekam..sapu minyak zaitun dan ubat gatal
zoom sikit..
bulan mengambang..hik..hik..kepala bui pun lebih kurang macam ni

bila tengok bekas dekat kepala tu terasa lucu kan..hubby bui siap pakai kopiah lagi datang kerja..kawan2 dia siap panggil dia pak haji..hehe..nak buat macam mana,'bulan' tu kenalah tutup..nasib baik bui pakai tudung,kalau tidak memang tak keluar rumah lah nampaknya..hahaha...*__*


ok,cerita dah habis..babai..


Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday Berdarah


sila jangan tengok kalau korang takut darah..*__*



hasil rawatan bekam semalam..tapi ini bukan belakang badan bui ok..ini belakang hubby bui..cerita pasal bekam ni nanti bui ceritakan yer..tunggu.....


pagi ni bui ader test untuk pengesahan jawatan..korang tolong doakan bui dapat jawab semua soalan dengan sukses boleh tak..?mestilah bolehkan..sayang korang...



**still pedih2 dekat belakang ni..huhu**


Tuesday, February 21, 2012

Inilah Rupa Alat Senaman Yang Bui Beli

hari tu bui cakap ader beli satu alat senaman dan janji nak upload kan gambar dia kan..maaflah sebab bui lambat sangat upload gambar tu..almaklum,kekangan masa..(sebenarnya terlupa..hihi)..kot2 korang dah terlupa bolehlah tengok entry MARI AMALKAN CARA HIDUP SIHAT ini..kalau tak nak klik pun ngak apa nya dong..hehehe

so,jomlah layan gambar alat senaman itu..siap ada model lagi..*__*..tadaaaa

jangan tengok rumah..tengok alat senaman jer ok..*__*
model tak berbayar..
khusyuk main game

bertuah punya anak..boleh pulak dia buat tempat melepak main game..

alhamdulilllah,kini dalam sehari bui luangkan masa lebih kurang 10-20 minit untuk kayuh basikal tu..keluar lah jugak peluh2 jahat dalam badan ni

mula2 kayuh kan..punyalah sakit kaki dan lutut bui ni..tak sampai 5 minit dah give up..sekarang hambikkk,20 minit pun masih steady lagi..tak der dah sakit2 kaki ni

ni antara usaha bui nak ke arah amalan hidup yang sihat yer..usaha kan tangga kejayaan..hehe

oh ya lupa nak bagitau..basikal senaman ni Takasima punya produk..harga dia kalau timbang kilo adalah dalam Rm10..hehehe..juz kidding

Monday, February 20, 2012

Rawatan Bekam


pinjam Google

sabtu lepas bui ke Boulevard Shopping Mall..tapi bukan nak g shopping ok..mana nak cekup duit belum gaji ni..hehe..tujuan utama nak g buat urutan refleksologi dekat kaki..sebab orang kata kita boleh tahu kita sakit apa kalau buat urutan ni..


petikan ni bui ambil dari internet..
Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh manusia. Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Jika tubuh seseorang itu mempunyai masalah, mereka biasanya berasa sakit walaupun tekanan yang lembut dikenakan pada bahagian tertentu di tapak kaki. Oleh itu, refleksologi adalah salah satu dari cara untuk memulihkannya kerana selain dari berkesan ianya juga murah.
Kaitan Antara Tubuh Manusia Dengan Urutan Kaki(Refleksologi)
Ramai diantara kita tidak tahu apa kaitan urutan kaki dengan kesihatan tubuh manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Teknik refleksologi yang dibuat secara berjadual misalnya seminggu sekali, bukan sahaja dapat mengeluarkan toksin di dalam badan tetapi dapat juga meringankan kaki yang lenguh.
Bagaimana Toksin Terjadi

Merokok

Memakan daging merah yang diawet atau disejukbeku

Radiasi daripada alatan elektronik.
(contohnya komputer,handphone dan televisyen)

Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet dengan bahan kimia

Amalan memakan makanan segera, berlemak, perisa tambahan, bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman.

Kelebihan Refleksologi

Menyeimbangkan kedudukan badan

Mengurangkan rasa letih

Menguatkan otot kaki

Mengurangkan masalah usus

Menguatkan tulang

Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Mengurangkan risiko tulang reput

Melancarkan pengaliran darah

Mengelakkan risiko sembelit

Mengurangkan risiko sakit sendi

Meningkatkan daya tahan individu

Mengurangkan risiko kencing tidak lawas

so,bui ajaklah hubby pergi..urutan 30 minit macam tu..bayaran pulak Rm30..ok tak?dalam tengah2 buat urutan kaki tu,sempatlah dia cakap kat mana bahagian dalam badan bui ni yang ader masalah..huh,macam biasalah..macam buat pemeriksaan kesihatan hari tu..huhu


masa tengah urut tu,aduhaiiii..memang sakit betul lah..tekan sini sakit,tekan situ sakit..semua sakit..berpeluh2 bui menahan kesakitan..tu maknanya memang dalam tubuh bui ni ada masalah..sobs..sobs..so,dia orang suggest supaya bui buat rawatan BEKAM untuk buang darah2 kotor dalam badan sambil2 merawat penyakit2 jahat tu..


almaklum,badan tak pernah servis..so penyakit senang datang..jadi inilah masanya nak buat..macam servis kereta pulak dah..hihi..korang ader pengalaman berbekam tak?sakit tak?..ngeri jugak nak buat ni tapi nak sihat kan,so kenalah buang perasaan ngeri tu..sebenarnya petang esok bui dan hubby akan buat rawatan bekam ni..serius bui rasa berdebar2 sebab ini kali pertama..




nanti bui ceritakan pengalaman bui buat rawatan bekam ni yer..*__*..oh ya,esok bui cuti sebab nak buat rawatan bekam ni..dan rabu pun cuti sebab ada test..kemungkinan besar bui takkan blogwalking rasanya..tapi tengok lah macam mana..


Link Untuk Download Drama Hana Yori Dango

MATSUMOTO JUN sebagai Domyogi Tsukasa

MAO INOUE sebagai Makino Tsukushi
siapa pernah tengok BOYS OVER FLOWER dan METEOR GARDEN wajib tengok drama ni pulak..drama apa..drama HANA YORI DANGO

kalau BOF drama Korea..MG drama Taiwan..HYD pulak adalah drama dari negara Jepun..jalan cerita untuk 3 drama ni hampir sama sebenarnya cuma pengolahan yang berbeza
Synopsis
Makino Tsukushi is the only poor student at Eitoku Gakuen, the school of the ridiculously rich and privileged that is ruled by Flower 4 or F4, a group of four boys who come from extremely powerful families: Domyoji Tsukasa, the leader and heir of the Domyoji World Finance Group; Hanazawa Rui, the introverted son of a large company; Nishikado Sojiro, a player who is the heir of a tea ceremony school; and Mimasaka Akira, a madam killer with ties to the underground. If a student gets on the F4’s bad side, he/she gets a red notice and is bullied and driven out of school.
Makino hopes to pass her days quietly-- without drawing any attention to herself-- but one day, she stands up to Domyoji in defense of her friend. The next day, Makino gets the dreaded red notice. Even though she is harassed, Makino decides to keep going to school because she is a "tough weed". She declares war right back on the F4. Her resolve gets the attention of her crush Hanazawa Rui and oddly enough, rouses romantic feelings in her worst enemy, Domyoji Tsukasa.
The series is based on the Japanese shoujo manga "Hana Yori Dango" (Boys Before Flowers) by Kamio Yoko
nak tahu lebih lanjut pasal drama ni..korang klik sini..SINI

bui dah download ketiga-tiga drama ni,cuma tunggu masa yang sesuai jer nak menengoknya..Boys Over Flower pun dah tengok..memang sangat best..dari 10 bintang bui bagi 11 bintang..boleh..?hehe..

kalau tengok dari segi pelakon..memang tak boleh kalahkan pelakon Korea..ooopsss..sebab Lee Min Ho sangat hensem ok..diulang,sangat hensem..kenapalah dia hensem sangat kan..kekeke

oklah siapa yang berminat nak download drama HANA YORI DANGO ni,boleh download guna link yang bui bagi dekat bawah
DOWNLOAD HANA YORI DANGO
seperti biasa download mediafire punya link yer..*_*..
SELAMAT MENDOWNLOAD


Friday, February 17, 2012

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


gambar pinjam Google

nak letak gambar orang beranak terasa ngeri pulak..*__*

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

bui pernah dengar kalau perempuan yang beranak lebih daripada 7 orang anak,ALLAH janjikan syurga kepadanya..dan juga seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..wallahualam..*__*


Intan Berlian's First Giveaway


cubaan pertama join GA..manalah tau kot2 ada rezeki..amin..*__*


Link Sponsor


bui dah FOLLOW dan LIKE mereka semua yer
senarai bloglist mereka pulak ada dekat SINI
cuma Facebook Moe Closet tu tak dapat nak letakkan link

oh ya,hampir terlupa..sesiapa nak join jugak bolehlah ke
  BLOG INTAN BERLIAN
hadiah2 nya sangat menarik ok..semoga ada rezeki buat bui nanti..*__*..AMIN

intan..bui dah lama peram entry ni taww,cuma tunggu masa yang sesuai nak publish..*__*


Thursday, February 16, 2012

Geram Betul..


uishhh..geram betul hari ni..

nak blogwalking pun tak boleh..

line internet sangat sewel sekarang..

semalam pun sama..

kejap ada,kejap ngak ada..

dah macam chipmore..

hajat di hati nak balas kunjungan korang semalam..

tengok2 line masih sewel lagi..

eiishhh..geram..geram

**ni sementara line tengah ada
bolehlah publish entry ni..**


Wednesday, February 15, 2012

Anak2 Bui Masuk Suratkhabar Lah

macam pelik jer tajuk entry ni kan..masuk surat khabar?ader ker orang masuk surat khabar..macam bunyi masuk rumah jer..ah..biarlah yang penting korang faham..hehe

ni ha nak cerita Ahad lepas hubby bui dapat panggilan dari kampung halamannya nun jauh di Mukah..abang ipar bui call awal pagi..ingatkan ada berita kecemasan..almaklum,ibu dan bapa mertua bui tu dah tua dan selalu sakit..jadi jika ada apa2 call dari kampung memang kita seriau semacam..

sekali...abang ipar bui cakap anak2 bui masuk news Utusan Borneo

rasanya news ni jual dekat Sarawak/Brunei jer

cepat2 hubby bui pergi beli surat khabar Utusan Borneo 

memang betullah ada anak2 bui dalam surat khabar tu..tapi bukan anak2 bui jer sebenarnya..hik..hik..ada anak2 orang lain jugak...

sebenarnya Sabtu lepas tadika perpaduan tempat anak2 bui sekolah ada buat lawatan ke Muzium Sarawak..masa tu lah orang UB ambik gambar dia orang..sayangnya bui tak ikut sebab sekolah kami ada kelas gantian hari tu..kalau tak kot2 ader jugak tertempek muka bui dalam surat khabar..hahaha

surat khabar hari tu telah bui simpan dengan cermat buat kenangan bila anak2 dah besar..bolehlah tunjuk dekat cucu pulak nanti..

jom tengok gambar dia orang..

satu muka surat ni jer cerita dia orang..*__*
depan muzium
ada 3 gambar abang..(baju kuning bercermin mata)
zoom sikit
dah besar jugak anak bui ni..hik..hik
lepak jap
zoom athirah..eh,hubby bui pun ader..hihi

tu ajerlah story nya yer..*__*

entry ni sepatutnya bui nak publish pagi tadi,tapi line internet dekat sekolah buat hal pulak..terpaksa tunggu balik rumah baru boleh publish..

Tuesday, February 14, 2012

Nuffnang Bagi 2 BE Lagi


bahan bukti..*__*

syukur alhamdulillah..dapat BE lagi dari Nuffnang..kali ni BE dari Nokia NwNp dan Maybelline Jan pulak

ini merupakan BE ke-2 dan BE ke-3 untuk tahun 2012..BE yang pertama dekat blog tutorial..dan BE tu masih lagi tengah running..

semoga BE kali ni bertahan lama dan dapat menambahkan income yang sedia ada..hehe..*__*

terima kasih NUFFNANG..dan terimalah 'flying kiss' dari bui sebagai tanda penghargaan..muahhh..




Monday, February 13, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

jangan lupa letak header Abg Ben..*__*

tadi blogwalking ke blog MAS,tengok dia join segmen dari Abg Ben..sebab segmen simpel jer dan menarik jadi bui terasa nak join jugaklah..lagipun banyak masa hari ni sebab takder kerja sangat..*__*

ok,sebab korang perlu baca blog bui sebab blog bui ada macam2 cerita..tak percaya?cuba korang klik dekat KOLEKSI ENTRY tu..

dan dalam banyak2 entry,bui rasa entry ni paling bui suka..TUKAR NAMA

siapa nak join jugak cepat2 g blog Abg Ben sebab segmen ni akan ditutup jam 10 malam ni..


Macam Orang Mengidam

tak tau kenapa tekak hari tu terasa nak makan kek pulak..macam orang mengidam..hihi..dan untuk puaskan nafsu anak tekak bui telah membeli kek cinonet ni

sebiji buah ceri telah hilang..*__*
sedia untuk di 'ngap'
zoom tapi kabur pulak..huhu
gaya abang makan buah ceri

sebab apa cinonet?sebab kek ni kecik jer saiznya..harga pulak Rm22 jer..


mula2 nak pergi beli kek di Secret Recipe tapi sebab jauh sikit,rasa malas pulak nak drive jauh2 jadi bui beli dekat kedai kek Taka area Matang jer,tak sampai 10 minit pun dari rumah..*__*


alhamdulillah..lepas rasa hati nak makan kek..tapi kek ini bukan bui sorang makan k,kongsi dengan hubby dan anak2 walaupun yang terover makan nya adalah bui..kekeke


kata nak elak makanan berkolestrol tapi terbabas jugak..hihihi..bukan apa takut 'ponek'..(bahasa Sarawak,kalau dekat Semenanjung maksudnya 'kempunan'..)


Saturday, February 11, 2012

Mari Amalkan Cara Hidup Sihat


hik..hik..tetiba terasa lucu pulak bila baca tajuk entry bui kali ini..bukan nya apa,sebelum ni tak pernah2 bui amalkan cara hidup yang sihat..tiba2 boleh ajak korang amalkan cara hidup sihat pulak..

kalau makan,hentam kromo jer,asal sedap dan janji kenyang..bersenam apatah lagi..asyik buat senaman jari jemari jer..

sekali..bila buat pemeriksaan kesihatan..hambekkk kauuu..terus kecut perut..BACA ENTRY INI

dan oleh itu,mulai saat dan ketika ini..cehhhh,macam tajuk lagu pulak dah..bui telah bertekad nak mengamalkan cara hidup yang sihat

dah tak mau makan makanan yang mengandungi kolestrol tinggi..nak minum air suam banyak2..nak elakkan minum air sejuk (air batu) then yang paling penting adalah bui nak mula bersenam

sebagai permulaan buat pembakar semangat bui telah beli ini


hanya mampu beli ni jer..*__*

kasut sukan Power..beli dekat kedai Bata

untuk jogging bersama hubby dan anak2..nak keluarkan peluh2 jahat dalam badan

dan bui telah beli jugak satu alat senaman..nanti bui ambil gambar letak dalam blog yer..hehe


Friday, February 10, 2012

Ibu Dan Bapa


RENUNGAN HARI JUMAAT..*__*

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

tetapi..........

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga

 “Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu”

tiba2 teringat dekat mak/bapak dekat kampung..sobs..sobs


Thursday, February 9, 2012

Bersama Selamanya



Fate Brought The Both Of Us TOGETHER
So Naturally When You Look At Us
You Will Know We Are Made For Each Other
V
V
V
V
V
It Will Last FOREVER
V
V
V
V
V


TOGETHER FOREVER..*__*

nice kan..hik..hik..tetiba timbul pulak idea nak buat entry ni..kebelakangan ni kepala agak bengong sebab bui tengah berhadapan dengan masalah..masalah hidup..cehhhh..masalah hiduplah sangat

sebenarnya masalah dalam menentukan kehidupan masa depan..walaupun tak berapa nak setel lagi tapi korang doakanlah yer semoga masalah yang membelenggu ni cepat selesai

mood nak berblog pun agak jatuh merudum..kalau tengok ranking alexa tu,dah macam roller coaster..kejap naik,kejap turun..rasa nak buang jer ader jugak

sebab apa,bila tengok nombor dekat ranking tu naik,lemah semangat sekejap..hahaha..tapi ahhh,biarlah..buat penyeri blog pun ok jugak..*__*..

lagipun apa lah yang penting dengan rank tu,janji bui enjoyyyy..enjoy berblog lah..

11 KATA-KATA HIKMAH BUAT PEDOMAN


model sambilan Google

1. It hurts to love someone and not be loved in return.But what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.

2. A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone,but it takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go,be what you want to be.Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck a life. A timely word may level stress. But a loving word may heal and bless.

10. The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with a tear. When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die,you're the one smiling and everyone around you is crying.

entry kata2 hikmah ni boleh buatkan semangat naik kembali..*__*

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday # 18

sumber gambar : Google



fikiran tengah serabut..*__*

Sunday, February 5, 2012

Azam 2012 Bertambah Lagi / Salam Maulidur Rasul


hari selasa lepas ada pihak buat pemeriksaan kesihatan percuma dekat sekolah..sebab PERCUMA jadi bui antara yang beria2 nak pergi..hehe

pemeriksaan kesihatannya simple jer..periksa tekanan darah,kolestrol,degupan jantung dan kandungan lemak dalam badan

dan dukacitanya..uhuk..uhuk..bui punya tekanan darah adalah TINGGI..kolestrol sudah LEBIH..degupan jantung agak LEMAH dan kandungan lemak pun sudah LEBIH

masyaallah..terkezut bui dengan keputusan itu..cehhhh..sungguh tak sangka..umur taklah tua sangat..berat badan pun 55kg jer..macam manalah penyakit2 itu boleh datang..

lepas dengar nasihat pemeriksa kesihatan itu..rupa2 nya sebab apa bui dapat penyakit2 tersebut adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan dan punca utama adalah kerana KURANG BERSENAM

memang bui akui bui sangat jarang bersenam selama ini..macam mana nak bersenam kalau asyik mengadap komputer jer..adoyaiiii..

bila dah tahu macam ni,so azam baru bui bertambah untuk tahun 2012 ni..bui nak mula bersenam supaya kesihatan bui boleh diperbaiki..


bui nak beli alat senaman yang macam basikal tu..sambil tengok tv boleh jugak bui kayuh basikal untuk keluarkan peluh2 jahat..yessss,bui mesti kuat semangat..at least dalam seminggu ada 3x bui bersenam dah kira memadai kan..

patutlah selama ini badan rasa berat jer..rupa2 nya lemak yang bui bawak dalam badan ni adalah sekitar 14.5 kg...dah macam ala2 bawak sekampit beras..

**bagi yang nak tahu,azam bui 2012 ni ada 1 jer..nak berjimat cermat..tapi kalau beli sesuatu untuk kesihatan diri sendiri itu tidaklah di kira membazirkan..*__*

oh ya,
Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah. Marilah sama-sama kita selawat ke atas Rasulullah S.A.W ...

صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ
ÙŠَا Ù†َبِÙŠ سَلاَÙ…ٌ عَÙ„َÙŠْÙƒَ
ÙŠَا رَسُÙˆْÙ„ سَلاَÙ…ٌ عَÙ„َيكَ
ÙŠَا Ø­َبِÙŠْبُ سَلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒَ
صَÙ„َÙˆَاتُ اللهِ عَÙ„َÙŠْÙƒَ


Saturday, February 4, 2012

Kalau Awak Ada Perempuan Lain,Cakap Jer

hihihi..sebelum baca surat ni,sengih dulu..*__*


agak2nya lah,ni surat budak darjah berapa yang tulis..sangat menggelikan hati betul lah..siap pakai pen merah lagi..marah ler tu...hihihi

'kalau sayang,tolong balas'..cehhhhh...comel..*_*

Friday, February 3, 2012

KEBURUKAN MINUM AIR SAMBIL BERDIRI


Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

jadi,lepas ni buanglah tabiat minum sambil berdiri yer..lepas tu jangan lupa amalkan 4 langkah di atas tu..insya allah penyakit2 tersebut dapat dihindari..


Thursday, February 2, 2012

Apa Pun Yang Berlaku..Hadapi Dengan Senyuman


skima kan bunyi tajuk..tapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang..apa yang berlaku..???meh bui story..

siapa yang tak tahu bui ni adalah seorang PPM Pendidikan Khas (Pembantu Pengurusan Murid)..siapa rajin sila search dekat internet..apakah bidang tugas seorang PPM ni (kalau rajinlah..*_*)

apa yang boleh bui bagi tau secara ringkas nya kami sebagai PPM ni membantu para guru dalam kelas..nantilah kalau bui ingat,bui akan bagitau secara detail apa bidang tugas kami..manalah tau boleh jadi sumber rujukan yang nak g interview nanti

sebab apa,bui dulu pun sebelum pergi interview sangat gigih mencari maklumat tentang jawatan ini di internet..almaklum kalau ditanya bolehlah menjawab nanti..dan alhamdulillah,berkat kegigihan bui,bui diterima bekerja..cehhh..syukur Ya Allah..*__*

ok..dipendekkan cerita..

tahun lepas student dalam kelas hanya 4 orang..2 orang ada masalah pembelajaran,1 orang sindrom down dan seorang tu autisme..perangai dia orang sangat ok..bila di tegur tidak melawan dan kalau disuruh tak banyak soal..

jadi tahun lepas bui agak rilek jugaklah..sebab tu kalau korang perasan bui boleh online masa kelas (masa kelas adalah dalam pukul 7 hingga 1 petang)..lepas waktu tu bui boleh buat kerja sendiri..masa balik adalah pukul 4 petang..

tapi..tapi..tahun ini pelajar bertambah 6 orang menjadikan kesemuanya 10 orang..memang meriah kelas dengan karenah mereka dan yang pening nya..perangai budak2 baru ni memang sangat tidak dapat dikawal

satu perangai mereka ni yang bui tak suka..dia orang suka sangat ganggu kawan yang lain..yang kawannya bila diganggu,mulalah menangis..terpaksa jugak bui jadi tukang pujuk..(sebab ini antara tugasan bui)

oh ya cikgu dalam kelas pendidikan khas ini ada 2 orang..seorang lelaki dan seorang perempuan..yang kami perempuan ni memang budak2 tak takut langsung..kalau cikgu lelaki tu tegur baru dia orang nak diam

cikgu yang 2 orang ni pun cakap tahun ini sangat mencabar dengan perangai budak2 baru..tapi kan antara yang 6 orang budak baru tu,ada seorang yang sangat kritikal keadaannya (kritikal dari segi pengurusan diri)..

korang bayangkan nak kencing pun bui terpaksa bukakkan seluar..16 tahun umur dia,badan pun besar dari bui..nasib baik dia perempuan..kalau lelaki..tak taulah macam mana..tawakal sahajalah..

inilah antara cabaran yang terpaksa bui hadapi tahun ni..sebab tu 'apa pun yang berlaku..hadapi dengan senyuman'

dah habis kerja,baru boleh update blog..huhu

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday # 17





Senja..matahari jingga...*__*