....bila dahku dah start berangan nak Korea,mulalah sibuk mencari maklumat pasal tempat2 menarik di Korea..eh,eh..BUSAN nampak macam best jer..jom kita sama2 baca info yang menarik tentang BUSAN..(bukan BOSAN yer..BOSAN tu lagu Stacy..)
Dikelilingi gunung-ganang di satu bahagian dan laut berangin di bahagian lain, serta rebakan bandar yang memenuhi setiap ruangnya, Busan memancarkan aura menarik yang ringkas dan selesa seperti di rumah sendiri. Di "ibu kota musim panas" Korea inilah anda dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semula jadi paling indah di negara ini. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Antarabangsa Busan yang terkenal di serata dunia. Dengan senyuman mesra daripada penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, tidak hairanlah jika bandar kedua terbesar di Korea Selatan ini menjadi tempat percutian utama untuk penduduk tempatan dan juga pelancong.
..kalau ke BUSAN wajib melawati 5 tempat ni..
1. Kuil Haedong Yonggungsa
Kuil Haedong Yonggungsa jelas menonjol berbanding kuil Buddha lain yang sezaman dengannya. Terletak di pinggir laut berbatu, seni binanya yang indah menjadi halwa mata yang jarang dapat ditemui di tepi laut. Dewa utama di sini ialah Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut, dan dipercayai bahawa menyeru namanya berulang kali semasa anda berada di sini akan membawa tuah.
2.Bangunan APEC Nurimaru
Dibina untuk Persidangan APEC pada 2005, bangunan ini benar-benar menampilkan pesona seni bina dan menjadi simbol Busan. Konsep ini diilhamkan daripada 'pavilion' iaitu rumah tradisional Korea musim panas, dan pemandangan memukau Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaegyo dari jauh melengkapi persekitaran yang menarik ini. Bangunan ini terletak di Pulau Dongbaekseom yang indah.
3.Pasar Ikan Jagalchi
Selamat datang ke pasar makanan laut terbesar di Korea - pasar tempatan yang serupa seperti Pasar Ikan Tsukiji yang terkenal di Jepun. Beribu-ribu gerai dengan bertan-tan ikan dijual dan dibeli setiap hari, menjadikannya antara tempat paling menarik untuk dikunjungi di Busan. Minta agar makanan laut anda dibersihkan dan dimasak pada masa itu juga, atau disediakan mentah untuk dimakan sebagai sashimi. Enaknya!
4.Pantai Haeundae
Pantai paling terkenal di Korea menyajikan keriangan dengan aktiviti ski jet, luncur air dan berseronok-seronok di bawah sinar mentari! Keseronokan tidak berakhir setakat di situ! Selami dunia hidupan laut dalam akuarium terbesar di Korea, terletak betul-betul di sebelah pantai ini, yang menawarkan terowong bawah air sepanjang 80 meter dan simulator yang mengagumkan!
5.Menara Busan
Jika anda tidak sempat melawat Menara Seoul's N Seoul, Menara Busan juga tidak kalah sebagai tarikan pelancong yang popular! Terletak di Taman Yongdusan yang cantik, menara setinggi 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh bandar. Meterai cinta anda secara simbolik dengan mangga kunci yang menghiasi pagar di sekeliling menara, atau berikan jagung kepada merpati yang tinggal di situ. Anda boleh menggunakan eskalator lereng bukit untuk naik ke menara.
....ni pulak info untuk cuaca di Busan...
Musim panas
22°C - 26°C
Minum banyak air.
Musim luruh
18°C - 25°C
Masa yang sesuai untuk bersiar-siar.
Musim sejuk
-3°C - 6°C
Bawa jaket supaya kekal hangat pada malam yang dingin.
Musim bunga
9°C - 18°C
Masa terbaik untuk melawat sewaktu musim Pesta Bunga Sakura.
Masa terbaik untuk melawat sewaktu musim Pesta Bunga Sakura.
...kalau dahku memang akan pilih musim luruh..confem sangat cantik pemandangan masa tu..oh,bila lah impian dahku ni akan jadi kenyataan..hehehe......(part berangan memang no.1..^_^)
Take Care..♥..
30 comments:
wah, menariknya..
Bila baca ni secara otomatiknya berangan2 pegi ke sana....huhu
best nyer!!!
wahh...betul2 mcm kat korea dah nur rasa ni...
siap de lagu agnes lagi..syok lah.. :)
kalau nur kan, nur pilih musim bunga.. dan musim sejuk...
seabb nur kan minah bunga, dan nur nak main salji..hihihihihi...
bilalah nak kesana ni..hihi
bestnya sis
ntah bila anum nak smp sane
nk tumoang berangan gak la bui...
ctk blog bui..purple lagi..
jom kita pi ramai2 :)
patut last year SA pi Korea tp last minute tukar destinasi sebab kena tambah banyak..itu yg pi Guangzhou tuh..
Tulah bila agknya dpt jejak kaki ke sini..uhuuhu... (^_*)
jauhnya..hehehe
wah..bestnye kalau dapat pergi sana kan ^^
sebut busan teringat running man ... hehehe
best...tp xtau la bila dpt pegi ni..ada spe2 nk seponser tak?hihi
Selali berangan nk g korea gak.. Cantik je kan
pemandangan Bangunan APEC Nurimaru lawa..lepas ni plan nak g korea pulak (berangan)
mau pegi..tp nda tahu bila..haha
wah2 mmg menariklah !
Samalah kita Bui.. Teringin sangat nak bercuti ke Korea.. Pergi musim luruh mesti best kan ? Erm, bila la gamaknya boleh sampai sana.. Huhu~~
bestnyer korea...teringin nak pi sana...huhu
tengah plan untuk berjalan 1 dunie , cehh ini semua poyo kak bui , *saya la yang poyonye * hahahha
bestnyer kak bui kalu ia menjadi realiti..... nak join verangan bleh x?... hehe
Kacak na tempat towk eh..
berangan dulu bui, barunya ia jadi kenyataan hehehe
wuaaa nak pi *nanges tepi katil ;p
cantik dan unik bangunan APEC tu..
Waaa..busan..saya pun teringin nak pergi sana. Cantik2 tempatnya..hehe..tapi saya dekat Malaysia pun tak habis terjah lagi ni.
p/s: singgah blog akak balik..dan follow juga. Terima kasih ye kak sebab sudi singgah dan follow blog saya. ^__^
untunglah kalau dapat pg kan kak bui.cantek sgt!
cantik...kalau tsunami camnalah agaknya...
SALAM.KAK BUI NI EMAIL SAYA..
khatijah5080@gmail.com.
saya nak tnya pasal busan lbh lanjut...
Post a Comment