sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tak lama lagi
apa kata sama2 kita renungkan artikel ini yer..
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN"
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS.Al-Baqarah:183)
Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini.
Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, orang-orang beriman menyambutnya dengan rasa gembira kerana kekasihnya Ramadhan akan datang, sehingga perintah shaum (puasa) yang diwajibkan Allah pada bulan itu dapat dilakukannya dengan baik. Nabi Muhammad Saw bersabda; “Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka” (Al-Hadis).
Tetapi ada juga orang yang menyambut bulan suci Ramadhan dengan perasaan tidak senang, sebab kedatangannya dianggap akan merugikan dirinya. Juga mengekang kebiasaannya yang dilakukannya di luar bulan Ramadhan, seperti makan dan minum di siang hari, merokok, dan sebagainya.
Ramadhan akan kembali menyapa kita, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan. Kehadirannya membawa keberkatan yang melimpah ruah, kerana sebulan dalam bulan Ramadhan itu dibuka lebar-lebarnya semua pintu syurga dan dikunci semua pintu neraka..
“Sesungguhnya telah datang bulan yang penuh keberkatan, dimana telah difardhukan atas kamu berpuasa. Dibukakan pada bulan itu semua pintu syurga dan dikuncikan padanya semua pintu neraka dan dibelenggu pada bulan itu segala syaitan. Dalam bulan itu, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..(HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqi dari Abu Hurairah).
salam semua..salam 1 Malaysia..(patriotik sungguh bui pagi ni..hehe)..monday blues tak hari ni..?bui tak..bui datang dengan bersemangat dan ceria ke sekolah pagi tadi..sebab hari ni hari gaji..hahaha..bila ada duit barulah rasa bersemangat,betul tak..?..korang pun mesti rasa macam tu kan..hek eleh..jangan tipu..kalau tak der duit mesti rasa hidup tak best,tol tak..?..tapi ini bukan bermakna duit adalah segalanya ok..jangan pulak memanupulasi apa yang bui cakap kat sini..takut pulak nanti korang fikir bui ni mata duitan..oh,tidak sama sekali ok..dah,pas..pas..
jelas kan wajahku..lalalala
sebenarnya bui nak berceloteh sikit pagi ni..ada beberapa perkara yang bui nak bagitau/jelaskan dekat korang semua..diharap dengan penjelasan yang bui buat ni,boleh menjelaskan apa yang terbuku dihati korang.eh,konpiden jer bui ni..macamlah korang ada simpan perasaan macam tu kan..hihi..takpa,kalau takder pun bui ikhlas hati bagitau k..
mya kata suhweettt
syira pulak kata cantik
dan KB kata lambat loading
sabtu lepas bui buat sedikit mek over blog ni..tukar background jer..sebenarnya bui nak lari dari tema bunga2 dan tema terang..sebab tu kalau yang pergi blog bui semalam,background tu warna ungu gelap..Syira & Mya cakap cantik..tengs dear..tapi malangnya,background tu buat blog bui jadi lembap..cik KB pun cakap,background tu lambat loading..jadi bui tukar lagi pagi tadi..tapi masih maintain warna gelap jugak..kalau tak cantik or lambat jugak loading,bui nak mohon jasa baik korang sila lah bagitau bui yer..bui amat menghargai komen2 korang tu..*_*..
lepas tu,cerita pasal bui kena sondol tu kan,ada yang sangka bui ni cikgu pulak..huhu..cho-cho,bui bukan cikgulah..bui tukang kebun jer..nampak sangat menipu kan..hahaha..ok2..bui buat kenyataan kat sini bui adalah seorang PPM..(korang carilah sendiri PPM tu stand for apa..)saja nak buat korang berfikir sikit..bagi otak berjalan..hehe..yang pasti PPM bukan CIKGU yer..malu pulak bui kalau orang cakap bui ni cikgu..kadang2 bila pelajar kat sekolah panggil bui cikgu,bui rasa malu sangat..rasa tak layak jer..huhu
last sekali,kalau lah korang perasan..kalau tak perasan jugak,sila lah memperasankan diri..bui buat entry tak ikut jadual lagi..hangat2 tahi ayam betul bui ni kan..haha..bukan apa,bila buat entry berjadual macam tu timbul perasaan tertekan pulak..rasa macam hidup di atur2..tak rasa bebas..jadi bui ambik keputusan buat entry tak pakai jadual lagi dan akan buat entry secara spontan..kalau mood bui hari tu happy,happylah entry..kalau mood bui tak baik,maka berkemungkinan entry pun tak baik jugak..eh,ada entry tak baik ker...sukati jer bui ni...kalau bui takder mood pulak,maka berkemungkinan takder entry langsung..haha..
jadi diharap penjelasan2 bui kat sini telah menjelaskan segalanya yer..mana lah tau ada yang korang tertanya2,tapi malu nak bertanya jadi bui bagitaulah k..supaya tidak ada salah faham antara kita..cehhhh..ayat skima..hahaha...
salam semua..buat apa hari ahad ni..?bui duduk rehat jer kat rumah sebab semalam bui dah cukup sibuk sepanjang hari..dari pagi sampai ke malam keluar rumah,tu yang takder entry semalam..huhu..balik rumah pukul 11 malam,terus buat mek over blog bui ni..memang dah lama berniat nak ubah sikit wajah blog bui ni..jadi,lihatlah hasilnya..cantik tak..?cakap jer cantik,walau tak cantik..hahaha..kalau korang nak tahu memula bui buat blog dulu,memang background warna pepel..try gak warna lain,tapi alih2 balik ke warna pepel lagi..mungkin jiwa bui ni lebih ke warna pepel kot..kalau tak takkan dalam rumah pun warna pepel..hihi..(rahsia ni,jgn bagitau org lain yer..*_*)
korang layan dululah gambar2 ni..hehe
tercabut dan retak
kemek sikit jer,tapi sakit mata memandang..huhu
tinggal wayar
kedai mekanik..yang tudung pepel tu cikgu yang langgar kereta bui
2 orang mekanik 'hensem'..hihi
adusss..panjang benar mukadimah,tajuk entry bukan pasal warna pepel..ni ha,pasal kena sondol..bukan kena sondol oleh orang,tapi kena sondol kereta yang dipandu oleh orang..hehe..dan gara2 kena sondol ni lah bui susah hati sepanjang hari jumaat..sebab tu lah keluar entry susah hati tu..so,dah clear lah sekarang kenapa bui susah hati kan..mesti korang fikir..ala,benda kecik macam ni pun nak susah hati..mungkin kecik bagi korang tapi bagi bui perkara ni cukup besar..yalah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara lain2 kan..bui bagi contoh bui dan hubby..ada perkara yang hubby bui rasa perkara besar,tapi bui anggap perkara kecik jer..ada perkara yang hubby bui rasa perkara kecik,bui pulak anggap perkara tu besar..jelas tak..?
bercerita pasal kena sondol ni,pagi jumaat lepas bui turun kerja macam biasa..masa nak keluar simpang tu ada kereta sondol belakang kereta bui..terperanjat bui..(ala2 terperanjat boboi sepah tu..hihi)..mata yang kuyu,terus terbeliak besar..jantung terus dup dap dup dap..badan pulak dah menggeletar..pengalaman pertama katakan..memang panik jugak masa tu..bui keluar dari kereta dan tengok bontot kereta..alamak,ada kemek then lampu belakang ada pecah sikit dan terkeluar dari tempat nya..driver yang langgar bui tu tak keluar dari kereta nya..seorang perempuan jugak dan bui kenal siapa orangnya..rupanya cikgu yang mengajar di sekolah sama dengan bui..dalam panik2 tu,terdetik pulak dalam hati,'senang cerita kalau nak setel ni'..hehe
bui tak tunggu lama kat simpang tu,terus bui blah..masa dalam perjalanan bui dah start susah hati..macam2 dalam fikiran..sampai jer kat sekolah bui terus adakan rundingan damai dengan cikgu tu..nasib baiklah dia sanggup bertanggungjawab..tapi susah hati tak hilang lagi ni..selagi tak betul2 setel,selagi tu lah perasaan tu tetap ada..kami berjanji nak pergi sama2 ke kedai mekanik semalam(sabtu)..dan setelah 2 jam menghabiskan masa di kedai mekanik akhirnya masalah yang menyebabkan bui susah hati setel..mekanik tu baiki apa2 yang patut dan bayarannya mestilah cikgu tu yang bayarkan..dah dia yang langgar bontot kereta bui..hehe..
baru pagi tadi bui postkan entry pasal susah hati..tup2 hari ni bui betul2 lah susah hati..(macam terkena badi entry susah hati pulak)..rasa nak nangis dah ni...kenapalah hal ni berlaku pada bui..memang sangat di luar jangkaan betullah..malam tadi atau malam2 sebelumnya takder pulak bui mimpi yang bukan2..kata orang kadang2 mimpi tu menggambarkan apa yang akan berlaku dalam kehidupan seharian kita..tak taulah benar atau tidak...tapi hari tu bui ada mimpi mendaki gunung everest,tup2 bui dapat kerja yang bui idam2kan...kan ada betul nya tu...adoiiii,bila difikirkan semakin susah hati ni...takper,harap2 besok setel lah masalah ni..jadi esok lah bui cerita pasal apa bui susah hati yer..huhu.*_*..bila susah hati macam ni..buat apa pun serba tak kena...nak baca doa ni banyak2 lah,bagi susah hati hilang...
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
abang : bui,ada simpan kunci rumah spare tak?
bui : ada,tapi dekat rumah.. (masa dia call,bui dekat tempat main bowling) abang : boleh tak ambil sekarang
bui : kenapa bang? abang : kunci tertinggal dalam rumah,dengan kunci kereta sekali
(gara2 tergesa2 nak pergi kerja katanya..hihi)
bui : owh,ok2..nanti bui datang bawak kunci
nak tau bui buat apa..?
bui kol hubby bui suruh dia balik rumah cari kunci spare rumah sewa tu
(bui kan tengah temankan budak2 main boling..hehe)
yang sadisnya pulak,kunci spare tak jumpa
lupa dekat mana letak..last2 hubby bui dengan abang tu pecahkan jerlah pintu..
kalau tak pecahkan mana nak masuk rumah tol tak?
ni lagi satu,kunci spare rumah,kereta atau apa2 kunci lah
korang simpan dengan baik atau letak merata2..?
sebab kalau letak merata2 incase kunci utama hilang
pepatah inggeris ada menyebut "laughter is the best medicine"..
means ketawa adalah penawar yang paling mujarab..
jom kita lihat fakta tentang ketawa..
meningkatkan hormon endorphins dan neurotranmitters.(berbelit2 lidah nak menyebut)
menurunkan tahap hormon stress cortisol dan adrenalin..
individu yang ketawa 100x dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit..(lepas ni kalau malas bersenam,kita ketawa jer k..)
kanak2 berumur antara 4-6 tahun ketawa 400x sehari berbanding hanya 15x sehari dikalangan orang dewasa..(15x..?bui 5x pun susah nak capai..)
sebab itu,orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan..
kalau ikut jadual entry (SINI),sepatutnya bui buat petang isnin yang lepas tapi disebabkan button follower buat hal..jadi bui x dapat nak buat entry promote lucky follower seperti yang dijanjikan...tapi takper,bui tunaikan janji tu ari ni ok..mari kita lihat siapa yang kena...*_*
kalau nak tengok lucky follower yang lepas2 klik SINI
masa bui dalam proses memilih lucky follower ni,bui agak kecewa sebab masih ramai yang tak letak links dalam profile,jadik secara automatiknya bui memang tak kan pilih follower ni yer..masih tak tau macam mana nak update profile supaya ada link blog korang sila rajinkan diri klik SINI
ada ker bui yang kerja sebagai 'tukang kebun' (sila jangan percaya..bak kata Cik KB)
dipanggil nya cikgu
bui jawab jugak,sambil2 buat muka serius
ya..selamat pagi..hihi
oopss,sebenarnya bui bukan nak cerita pasal tu
ni ha,tengok tajuk entry..TUKAR NAMA
kalaulah korang semua perasan
(Niena dh perasan sebelum ni..sayang Niena,dia memang prihatin..*_*)
sebelum ni bui guna nama Bui Idzra Ryn
tu nama glemer jer..
Idzra tu sebenarnya nama sambungan bui & bekas pakwe
(kisah lama..huhu,takyah ungkit lagi)
pastu Ryn tu pulak nama yang bui dan bestfren reka masa kami sekolah menengah
ala2 nama glemer gitu..haha
sekarang bui tak nak guna nama tu lagilah
bapak bui nama Junaidi,bukan Idzra Ryn
so,sekarang bui tukar nama jadi BUI JUNAIDI
nama penuh bui,takyah lah korang tahu..hehe
yang pasti nama sebenar bui sangat klasik
korang nak teka ker..?silakan..start dari huruf R
sayang korang yang baca entry bui sampai habis..*_*
psstt : sebenarnya kalau ikut jadual entry,petang ni sepatutnya bui buat entry promote lucky follower,tapi button follower bui tengah merajuk..jadi bui tunda sampai button tu kembali ok yer..(inilah padahnya kalau tak buat awal2..huhu..)