jumaat lepas bui dan hubby plan nak tengok wayang cerita Twilight Saga Breaking Dawn Part 1 (feberet movie bui ni..mmg follow dari filem yang pertama lagi)..balik jer kerja kita orang terus kemas2 then terus pergi MBO The Spring
kalau ikut plan nak tengok tayangan pukul 8..tapi malangnya sit yang 'cantik2' semua dah ada orang beli ada pun sit yang tinggal,hanyalah sit paling depan sekali..betul2 bawah skrin
bui dah terbayang,kalau beli jugak tiket untuk sit kat paling depan tu,alamatnya balik dari tengok wayang tu leher akan terseliuh..kekeke..bayangkan hampir 2 jam mendongak ke atas jer..oh,tidakkk...
jadi nak tak nak,plan di tunda ke hari sabtu..malam tu jugak bui terus beli tiket untuk tayangan pada keesokan harinya..bolehlah pilih sit yang cantik..sedap sikit duduk dan menikmati cerita ni nanti
dan..pada sabtu tu seawal jam 2.30 petang kita orang dah tunggu dekat MBO..standby..hihihi..kali ni adik bui Sheila join sekali..
puas hati bui hari tu sebab dapat tengok filem ni..pandangan bui tentang filem ni pulak mesti lah ohsem..dah minat kan..kali ni lebih kepada cerita tentang perkahwinan Edward dan Bella..
|
masa Bella pakai gaun ni dalam filem lagi ohsem.. |
gaun pengantin yang Bella pakai masa dia kawen dengan Edward tu tersangatlah gojes..tetiba rasa nak kawen balik bila tengok part ni..*_*..dahlah kawen dalam hutan..sungguh romantika de amor..hihihi
tapi ada part 18sx tauu..biasalah filem omputeh memang tak leh lari dari babak2 macam ni tapi takder lah 18sx sangat bagi yang dah kawen tapi bagi yang belum then untuk budak2 kecik memang ada babak yang kureng sesuai lah..dan kalau nak tahu ada jugak babak 18sx ni dah kena edit dan tak ditayangkan dekat Malaysia..
walau apa pun part yang paling bui suka dalam TSBD part 1 kali ni adalah masa bulan madu romantik antara Edward dan Bella dekat pulau tu..sungguh sungguh sweetttt..
|
Jacob frust dapat kad undangan perkahwinan Bella dengan Edward..cian dia..huhu |
yang kesian nya dalam filem ni mestilah
Jacob sebab dia tersangatlah frust bila dapat berita yang Bella nak kawen dengan Edward..tapi walaupun frust dia tetap sayangkan Bella dan sanggup melindungi Bella dari ancaman puak nya sendiri..
kalau nak tahu lagi korang tengok lah sendiri yer..pasti tak kan menyesal punya lah..bui bagi 9/10 bintang untuk filem ni..
bagi yang nak tau bila tarikh untuk Twilight Saga Breaking Dawn Part 2
pulak adalah pada
16 November 2012
|
comel kan anak dia orang..RENESMEE.. |
uissshhh..lama lagi kan,tak sabar nak tengok kesudahan cerita ni nanti..
sungguh tak sabar..*_*
**semua gambar pinjam dari gugel