Saturday, December 31, 2011

Lee Min Ho Terjatuh Di Karpet Merah

kekeke..jom sama2 tengok aksi Lee Min Ho jatuh dekat red carpet..
lucu bui tengok..tapi kesian jugak..hihihi


mesti dia malu kan..tapi demi peminat Lee Min Ho tetap menten senyum..
takper Lee Min Ho..perkara biasa tu..
kalau tengok Lady Gaga lagi teruk aksi jatuh nya..
tak percaya,tengok dekat You Tube..*_*

oh,ya
SELAMAT TAHUN BARU 2012 SEMUA

apa azam korang untuk tahun depan?
azam bui..nak kontrol nafsu berbelanja
nak berjimat cermat..then kumpul duit g Korea..
hehehe..*_*

Friday, December 30, 2011

Dosa Yang Lebih Besar Dari Zina

pinjam gugel
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang.Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam..."silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita cantik?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

SUMBER

sekadar peringatan buat semua terutama diri sendiri..huhu

Budak Umur 5 Tahun Dan 4 Tahun Dah Boleh Bawak Kereta..?

saspen tak..hihihi
budak2 yang bui maksudkan tak lain tak bukan adalah anak2 bui
tengoklah gambar kat bawah ni..


abang bersama kereta hitam nya..


adik pulak bersama kereta kuning

gambar ni bui ambil masa kita orang pergi Giant Batu 10 hari tu
orang bukak permainan kereta ni betul2 dekat pintu masuk

budak2 bila tengok,confemlah terus tergoda kan
bui dan hubby terpaksalah turutkan ajer

bayaran nak main
Rm3 = 5 minit
Rm5 = 10 minit

mahalkan..dah tempat main tu kecik jer..huhu

Thursday, December 29, 2011

Lee Min Ho Duduki Carta Pertama

pinjam gugel

sebelum ni tak pernah lagi bui review pasal keywords dekat blog..selalu tengok blogger lain buat..teringin jugak nak cuba..keywords yang ada ni bui dapat dari Nuffnang yer..cekidautt..*_*

bulan lepas

keywords bulan lepas..Lee Min Ho dapat no.1..eh,eh korang tengok keywords yang last sekali tu..blog wanita gersang..adoyaiii,blog bui ker tu..setahu bui,bui tak gersang pun..hahahaha..ni mesti gara2 entry ini..JANDA GERSANG GILAKAN SUAMI ORANG

minggu lepas

tengok minggu lepas punya..Lee Min Ho lagi dapat no.1..kalah Datuk Siti..ko memang glemer dik,banyak orang nak tahu pasal  dia termasuk lah mak orang yang bernama bui ni..hihi..

minggu ini


Lee Min Ho lagi..memang femes habis lah budak gonjeng ni..hahaha..memang gonjeng pun..187cm,tinggi tu..kalau dibandingkan dengan bui yang hanya 157cm ni..ader lebih 30cm..fuyooo..

sebenarnya bui tak faham sangat benda2 keywords ni,tapi nak jugak buat entry pasal ni..lantaklah..*_*

Wednesday, December 28, 2011

Persiapan Anak-Anak Ke Sekolah

barang2 anak nak ke sekolah telah selesai dibeli
yang bui tukang bayar ajer

anak2 pilih sendiri beg dan kasut yang dia orang nak
budak2 zaman sekarang,kecik2 dah demand

dah taknak pilihan ibu bapa..huhu
so,tengoklah pilihan anak2 bui ni


abang peminat Ben 10
adik pulak peminat Princess
beg2 ni ader bling2 dekat gambar
ada roda lagi..balik rumah terus sorong2 beg roda tu
bui apa lagi,main2 nyanyi lagu AF
ala..lagu masa penyingkiran tu..kekeke


beg dan kasut..ok tak pilihan dia orang?


kasut nak yang serupa..saiz jer lain

selain ni bui ada jugak beli stokin dan singlet
alat2 tulis dan baju sekolah nanti beli masa pendaftaran
pendaftaran adalah pada 2 Januari 2012 (Isnin)
(masa tu,genap umur abang 6 tahun)

bui plan nak buat sambutan hari jadi dia nanti
insyaallah..*_*..nak jemput blogger2 semua datang,boleh..?

oh ya..banjir di sekolah bui semalam dah surut
padang sekolah yang dipenuhi air sudah kembali seperti biasa..
cuti tak jadi..uwaaaaa...

Wordless Wednesday # 15

banjir di sekolah bui semalam..





2 gambar yang awal tu bui ambik masa pagi
pemandangan dari depan blok pentadbiran

gambar 3 last ni gambar masa dah petang
balik dari kerja berhenti tepi jalan sekejap,ambil gambar
bangunan biru tu blok pentadbiran
(kelas bui di belakang blog pentadbiran tu)

yang warna pink tu pulak adalah asrama pelajar lelaki
dekat bangunan tak banjir lagi
yang korang tengok penuh dengan air tu adalah padang bola sepak
dah macam swimming pool kan..hihi

harap2 hari ni hujan tak turun dengan lebat lagi
sebab kalau hujan lebat,then air akan naik lebih tinggi

kalau air naik,bermakna sekolah terpaksa tutup
kalau sekolah tutup bermakna kami tak payah datang kerja..

yahoooo..errr..ader ker happy..tak patut..
doa2 hujan tak turun lagi yer..*_*

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 27, 2011

Madah-Madah Cinta


nak jiwang2 pulak..jom kita baca madah2 cinta yg boleh buat hati jd gundah gulana bila membacanya..(ayat..berterabur jer..hihihi)



**Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam,tak pernah membalas dendam.Dimana ada cinta,di situ ada kehidupan.Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan**


**Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata itu di pusaranya.Sebaliknya ucapkanlah kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu sekarang selagi hayatnya masih ada**


**Setiap orang punya rasa cinta,tetapi tidak semua orang merasai cinta.Setiap orang pernah bercinta,tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia**




**Kadang kala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu tiada gunanya sesalan kerana perginya tanpa kembali**


**Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat**


**Cinta sebenarnya tidak buta.Cinta adalah sesuatu yang murni,luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan**





**Hargailah cinta yang ada,kerana satu masa nanti kita pasti kehilangan cinta itu**


entry re-post


Monday, December 26, 2011

Musim Yang Sesuai Ke Korea

tengah lagi gigih cari maklumat tentang Korea ni..bukak web ini,bukak web itu,klik sana,klik sini dan akhirnya bui jumpa maklumat yang di cari2..maklumat yang bui cari adalah seperti tajuk entry dekat atas..musim yang sesuai ke Korea


almaklum sebelum nak pergi ke sesebuah negara atau negeri tu ofkos ler kita buat research dulu kan supaya kita boleh ambil langkah berjaga-jaga semasa berada di tempat orang..


ok,semua tahu negara Korea ni ada 4 musim kan iaitu:-


MUSIM PANAS-SUMMER
bulan Jun,Julai,Ogos
cuaca musim ni panas,lebih kurang macam dekat Malaysia
waktu ni ramai rakyat korea akan ke pantai
kadang2 hujan turun dengan lebat pada musim ni
average temperature 35'c..(panaskan,confem berpeluh ketiak..hihi)
kalau pergi masa musim panas ni,sila bawak cermin mata hitam,minum banyak air dan jangan lupa payung




MUSIM LURUH-AUTUMN
bulan September,Oktober,November
masa yang sangat sesuai nak lawat Korea
boleh tengok daun2 bertukar warna dan berguguran di bumi
(rata2 yang dah ke Korea cakap musim luruh ni sangat indah permandangannya)
average temperature 20'c (agak sejukkan..)
kalau pergi musim ni,sila pakai footware yang sesuai sebab akan banyak berjalan untuk menikmati pemandangan yang indah di Korea



MUSIM SEJUK-WINTER
bulan Disember,Januari,Februari
siapa nak main salji boleh pilih musim sejuk ni
average temperature -10'c
uiiii,sejuk tu..freezing
jangan lupa bawak baju sejuk tebal2 yer

pssttt : ramai yang kata,kalau nak g Korea bersama anak2 kecil
jangan pergi masa musim sejuk



MUSIM BUNGA-SPRING
bulan Mac,April,Mei
siapa nak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ni
dengan langit yang membiru,mesti best jalan2
average temperature 10'c..still sejuk kan
jadi jangan lupa bawak jaket tebal


apa2 pun terpulang dengan diri masing2 nak pilih musim apa kan..
ikut keselesaan sendiri..kalau bui nak pergi,bui pilih musim AUTUMN rasanya..
senang nak jalan2,cuaca pun ok masa tu
uishhh..harap2 impian bui ni jadi kenyataan satu hari nanti..amin..*_*


semua info ni bui dapat dari internet,
kalau yang dah pernah ke Korea,
sila betulkan bui jika ada kesilapan..
gambar2 pun pinjam dari Google..TQ

Saturday, December 24, 2011

Ok,Sudah Bertukar

Koo Hye Sun..heroin Boys Over Flower
cantikkan..flawless giler..*_*
sajer letak buat penyeri entry (againnn..kekeke)
biarpun terasa sayang nak berpisah dengan SHOUTMIX tapi apakan daya..sebab bermula 2012 nanti kalau nak guna SHOUTMIX kena bayar pulak dah..huhu..

jadi dengan itu malam tadi bui dengan berat hati telah mendaftar dengan CBOX..biarpun cbox ni agak leceh,terpaksa jugak guna sebab tiada pilihan lain..(kalau pihak CBOX baca ni,confem dia org kecik ati..kekeke)

walau apapun cinta boleh dipupuk..hehe..cinta dengan cbox ler..

jadi korang semua,bermula hari ini sila tinggalkan jejak dekat CBOX yer..nak membebel dekat situ pun boleh sebab tu bui namakan cbox ni RUANG UNTUK MEMBEBEL..hehe

bui akan delete SHOUTMIX hari ni jugak nanti..kalau dah hilang,bermakna bui dah delete letewww..

harap maklum..sesiapa yang nak daftar CBOX..

Friday, December 23, 2011

Cara-Cara Blogwalking

hero dan heroin Boys Over Flower
saja jer letak buat penyeri entry..kekeke

ni bui punya versi yer..tak tau korang pulak macam mana..ibarat kata pepatah..'rambut sama hitam,hati lain2..'eh,macam tak kena jer pepatah tu kan..hihi..abaikan jer


ok,straight to the point..cehh..sebenarnya bui nak bercerita..bagaimanakah cara2 bui blogwalking ke blog2 korang semua


nak dengar tak..?..kalau tak nak,takper..selalunya bila bui on9,bui mesti bukak email dulu untuk tengok ader ker tak komen2 manja korang,lepas tu baru bukak blog sendiri


ok..dari situ akan bermulanya blogwalking versi bui..


1) KOMEN PADA ENTRY
masa bukak blog perkara pertama yang bui akan tengok adalah komen2 pada entry yang telah bui buat..dan setiap blogger yang bagi komen,bui akan balas komen mereka terlebih dulu dengan mengomen entry terbaru..orang berbudi,kita berbahasa..orang datang komen,kita balaslah komen balik kan..baru adil dan saksama..*_*

tapi kalau entry sebelum tu pun best ,sure bui akan bagi komen jugak


2) FOLLOWER
bila follower bertambah,mestilah kita happy kan..jadi sebagai menghargai mereka yang sudi follow,sudah semestinya bui akan datang follow mereka balik..dan jika entry mereka menarik hati,pasti bui akan tinggalkan komen2 manja..hihi..


tapi bab follower ni bui ada kecewa sikit sebab banyak sangat follower yang follow tapi tak tinggalkan link untuk di follow balik..kalau ada tinggalkan link dekat shoutbox ok gak,dapat jugak di kesan..tapi ada yang memang tak der jejak langsung..bab ni kalau bui jumpa memang bui rasa bersalah sangat,sebab orang dah follow,bui tak follow balik..tak best rasanya..*_*


jadi..sesiapa yang nak link mereka sentiasa ada supaya senang di jejaki,apa kata korang buat macam yang bui buat ni..klik SINI


3) BLOGLIST
satu kewajipan bagi bui,bloglist yang ada di blog INI BLOG BUI,bui akan komen setiap entry yang dia orang buat..sebab tu kalau korang perasan ada jer bui datang komen di blog korang..hehehe


4) SHOUTBOX
paling last bui akan tengok kat sini lah..itupun kalau bui cukup masa..kalau tak memang bui abaikan jer..(kejam tak..?tapi bui taklah sekejam tu..kalaupun tak semua yang bui sempat jenguk,ada jugak blog yang bui akan cuba untuk datang..tapi ini bui pilih secara rawak sahaja ok..)


jadi kesimpulan nya..(tetiba teringin nak makan popia simpul..hahaha)..priority untuk bui datang bertandang adalah untuk mereka yang rajin mengomen entry bui..*_*..walaupun komen sepatah dua pun bui hargainya dan bui akan balas komen korang sepantas mungkin..


Thursday, December 22, 2011

Seronoknya Ada Handphone Canggih

semalam download application ni dekat henpon
dan buat eksperimen guna gambar bui dan hubby yang ala2 romantika de amor ni..
series best..layan..





gambar ni paling bui suka..TOGETHER FOREVER..*_*

seronok kan bila ada handphone canggih
mcm2 boleh download,tinggal dengan kita nak dengan tak nak jer
hehe..sekian
p/s: tengah ligat carik info tentang Korea,sebab plan nak Korea tahun depan
manalah tau kot2 boleh jumpa LMH..ahakssss..aminnn...

BE Datang Lagi


dalam kesibukan minggu ini,tak sangka Nuffnang sudi lagi bagi BE
kali ni pulak BE untuk MAXIS BLACKBERRY BELLAGIO

tapi bukan dekat INI BLOG BUI sebaliknya dekat blog BUI TUTORIAL
kalau dekat situ alamatnya sikit jer lah income nya sebab bui jarang update

tapi biar apapun rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari..hehehe
terima kasih NUFFNANG bagi BE

kalau dihitung sudah ada 20 BE yang Nuffnang bagi..
syukur alhamdulillah ada jugak rezeki berblogging

BE ke 20..*_*

ohya..hari ni result PMR keluarkan..
tahniah kepada adik2 yang dapat keputusan cemerlang
di sekolah bui ader 9 orang jer yang dapat straight A
yang kurang berjaya tu,usaha lagi ok
(bajet budak PMR baca blog bui..kekeke)

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday # 14


ce teka siapa dia..*_*

Tuesday, December 20, 2011

Baru Berkesempatan

tetiba pagi ni fikiran jadi blur kejap
tak pasti nak update pasal apa..
adoyaiiii,ni mesti gara2 lepas makan maggi kari tadi
(alasan..kekeke)

mintak maaf kat korang yang dtg semalam
bui tak berkesempatan nak balas jejak
sebab semalam sekolah kita orang black out..
dari pukul 9 lebih macam tu sampai pukul 3 petang macam tu
baru ader elektrik..


bukan dekat sekolah ni jer yang kena
dengar cerita seluruh Kuching semalam black out
ader masalah dari SESCO (Sarawak Electricity Supply Corporation) letewww..

hari ni pulak seawal jam 8 pagi bui dah
bertapa dekat pejabat sebab membantu rakan kerani
menyediakan borang option SBPA untuk para cikgu
sebab esok akan ada taklimat dan sesi tandatangan
sama ada nak terima atau menolak..

bila dah selesai membantu
barulah bui boleh balik ke kelas
then,barulah boleh update blog..hehe
(bui lebih suka update secara spontan)

sebagai upah tadi,bui dapat 20 bungkus mee segera
terima kasih Chief..(bajet chief baca blog bui..kekeke)
lepas ni barulah berkesempatan blogwalking..
yihaaa..sampai petang..hihihi..*_*

Monday, December 19, 2011

Padan Muka..

assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..
(amboiii..mcm wanita muslimah pulak..)
selamat pagi semua..selamat hari isnin
pekerja gomen hari ni mesti senyum lebar hari ni
sebab gaji dah masuk..hehehe
yang bestnya lagi,bonus masuk sekali
yuhuuu..petang ni boleh dah boleh shopping..*_*

kalau tengok tajuk entry..PADAN MUKA..kan
muka siapa tu..haissshhh,muka bui lah
nak tahu pehal..pagi ni tadi pukul 9.20 pagi bui sampai ke sekolah

pagi ni segala2 nya terlambat
bila bangun lambat..datang kerja ofkos ler lambat
bila datang kerja lambat..nak update entry pun jadi lambat

haissshhhh..padan muka bui,siapa suruh tidur lambat..
kalau nak tahu malam tadi bui dan hubby tidur pukul 2 pagi
(jangan fikir bukan2 pulak..hehe)

nak tau sebab apa tak..
bui dan hubby layan drama korea

pinjam gugel
BOYS OVER FLOWER
fullamak weiii..drama tu memang best lah
barisan pelakon pun kacak2,cantik2..
walaupun banyak yang tak logiknya
tapi tengok jugak..hehehe

drama ni ada 25 episod,malam tadi bui dan hubby
sempat tengok sampai episod 12 jer
bermakna ader 13 episod lagi
tak sabar nak tengok sampai habis..

ok,lah..nak buat kerja dulu lah
nak tampal2 kelas bagi cantik
tak habis2..huhu

Friday, December 16, 2011

Soalan Bodoh


pernah alami situasi macam ni tak..hehe

teringat pulak dekat filem Cinta Kolestrol
ala..babak Osman Kering tengah cuci kereta tu
boleh pulak dia kena tanya tengah cuci kereta ker..?
sekali dia jawab..tak,tengah cuci kapal terbang..kekeke..*_*

Ada Rama-Rama Dalam Blog

model sambilan gugel
yeayyy,hari ini hari jumaat sudah..besok dan lusa cuti..bolehlah bersantai2 dekat rumah..

semalam bui membizikan diri,sibuk menghias kelas..lekat sana,tampal sini..bagi ceria sikit kelas yang agak suram dan murung ni..sekarang aderlah ceria sikit budak2 nak belajar..

dan sebab tu hanya dapat buat 1 entry jer semalam..huhu..blogwalking pun tak leh ligat sangat 

balik rumah semalam,bukak komputer..tetiba ada hati nak bagi ceria sikit blog bui ni

sebab tu kalau korang perasan dekat tajuk post ada rama-rama hijau berterbangan..comel dan ceria kan
(tak comel pun cakap jer comel..kekeke)


niat sebenar nak pasang header yang NADIA buat..tapi entah kenapa template yang bui pakai ni,tak boleh serasi dengan header tu bila pasang jadi pelik..frust betul bui..

dah lah header tu comel macam orang yang membuatnya..(bukan bodek ok,sebab dia mmg comeyyy)..tapi walau tak boleh pasang dekat header hambikk kau,bui pasang jugak tapi dekat footer..sayang kalau tak pakai..

oh ya,siapa2 yang nak letak imej pada tajuk post bolehlah try tutorial ini yer..

Thursday, December 15, 2011

Mereka Yang Setia

nak tengok siapa paling setia mengomen di blog bui tak..?jom..
V
V
V
V



terima kasih yang tidak terhingga dekat korang semua yer
tak ada apa yang mampu bui beri sebagai balasan
cuma ucapan TERIMA KASIH diatas kesetiaan korang semua
semoga Allah membalas segala kebaikan korang

tetiba syahdu pulak rasa..huhu
sebab atas sokongan korang semua
blog bui tetap bernafas hingga ke hari ni..

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday # 13

selamat hari rabu semua..cepat sungguh masa berlalu kan..
tak lama lagi dah nak bukak sekolah
semakin dekat hari tu semakin bizi bui..
(siapa suruh bersenang2 dulu..padan muka bui kan..hehe)

lama dah tak buat WW,so hari ni nak buatlah
so,layanlah gambar yang bagi bui sangat menarik 
siap buat wallpaper lagi dekat desktop..hehe


layan..*_*
nak kemaskan kelas lagi lepas ni..huhu

Tuesday, December 13, 2011

Segmen : 5 Blog Cool Pilihan Ku 2011

ewah..ewah..segmen lagi lah..hehe
kali ni pulak anjuran blogger femes amos kat Malaysia
siapa blogger tak kenal dia,jangan mengaku ko blogger okeh

siapakah yang femes itu..??
BEN ASHAARI ler..mesti kenal kan

letak header dulu..wajib tuuu
k,ni second time bui join segmen abang Ben
(cam nak sama jer kan..hihi)

abang Ben ni kalau buat segmen jarang lama2
segmen ini ditutup pada pukul 5 petang ni
kejap sangat kan..tapi kejap pun beratus jugak yang join
blogger femes katakan..
(ada unsur jeles kat situ..hahaha)

ok,berhenti merapu..
jomlah kita lihat 5 Blog Cool Pilihan Ku 2011

blogger dari sarawak macam bui
entry kebanyakannya dalam bahasa Sarawak
kadang2 spiking london..berdebu you
baca entry dia boleh buat kita senyum sorang2..ngeee

blogger yang ada tangan mejikk
kepakaran yang tidak terhingga dalam mengedit blog
gambar profile bui (vektor) dia yang buat
sangat comel lote orangnya..hehe

tiap kali bui publish entry mesti Anum yang akan first sekali komen
cepat dan tangkas dia ni
suka aktiviti lasak,tak padan dengan rupanya yang lemah lembut
entry dia ni best2 tawww

gadis comel ni masih study lagi
entry dia kebanyakannya tentang life dia
suka dengar dia merapu..hahaha
(eh,eh..dia pun join segmen ni lah..dan dia pilih blog bui
macam berjanji pulak kita orang 2 ni..hihihi..mekasih dear)

bui suka baca blog aju sebab macam2 cerita ada
pasal anak2 dia..dan yang paling best kalau pasal ada SALE
mesti aju akan update
hehe..mesti kaki soping ni..macam bui

senarai 5 blog cool ni bui pilih dari bloglist bui jer
lagipun yang bui pilih adalah antara mereka yang sangat setia
mengunjungi blog bui dan jugak tak lokek bagi komen
pada setiap entry yang bui buat..

yang tak terpilih pulak,jangan kecik hati yer
kalau ader segmen macam ni lagi bui pilih korang pulak k..

************************************************************

abang Ben,blog abang Ben tak cool jadi bui tak pilih
sebab blog abang Ben SUPER COOL
kekeke..tiap2 hari bui datang skodeng..*_*

Segmen : Satu Malaysia by Azhafizah.com

ngeee..sekarang tiba masa untuk kita bersegmen..*_*
kali ni anjuran Azhafizah yang ader tangan mejikkkk..hehe

dah banyak blog jadi cantik sebab tangan mejikkk dia tu
bui dulu pernah gak menikmati..cehhh,menikmati..macam makanan pulak

menikmati hasil kerja tangan mejikk dia lah
blog bui yang buruk terus jadi cantik secantik2 nya

tapi oleh kerana sifat buruk bui yang cepat jemu ni
blog yang cantik tu dah bertukar jadi tak cantik lagi..huhu
padan muka bui kan..

alamak,panjang pulak mukadimahnya yer..kekeke
ok,sekarang terus ke tujuan asal

mula2 letak banner yang cantik ni,
lepas tu jawab 3 soalan mudah ni..


Tempat tinggal sekarang : KUCHING,SARAWAK MEOWWW-MEOWWW
(kamek urang Sarawak..hehe)

Makanan famous di tempat tinggal sekarang : LAKSA SARAWAK
(siapa datang Kuching,bui belanja Laksa Sarawak k..)

Tempat Best untuk di lawati di situ : part ni susah sikit bui nak jawab sebab banyak tempat yang menarik sebenarnya..ok,bui bagi 5 lah yer..antaranya KAMPUNG BUDAYA SARAWAK,KUCHING WATERFRONT,PASAR MINGGU SATOK,PASAR SERIKIN,DAMAI & SANTUBONG RESORT

ok,siappp..oh ya,siapa yang nak join jugak
boleh klik 

V
V
V
V

ni ha..siapa2 yang nak datang melawat Kuching
boleh terjah blog kawan bui ni


kat situ macam2 info tentang Kuching ada
(sempat bui buat promotion..kekeke)

Kisah Wi-Fi

selamat hari selasa semua..dah sarapan..?
bui sudah..sarapan nasik lemak dengan teh tarik..

nasi lemak penambah lemak..hihi
kenyang,alhamdulillah..
ok,pagi selasa yang sejuk (dekat sini) 
bui nak korang baca kisah lawak tentang wi-fi
ceriakan hari selasa korang dengan senyuman...*_*

**********************************************************************

WIFI punya cerita!!

Man : dey mamak,apa password WIFI kat sini?

Mamak : apa WIFI??

Man : ini kedai punya internet la..

Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak

Man : hah??

Mamak : "tajupakale..!"

Man : Apa tu..??

Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..

Man : Password dia tajupakale..!

Mamak : ya..tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Man : dey, mamak apa password dia??

Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!

Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik

Mamak : mana ada slah..tajupakale

Man : x boleh la dey!!

Mamak : boleh la...

Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!

Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)

Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!

Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..

Man : eh, ye ke...kau tekan la

Mamak : ini mcm tekan la 7777

Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"

Mamak : betul la saya cakap tajupakale..

Man : %@$#@%#!!!!...

sekian..*_*..

Monday, December 12, 2011

Serius..Aku Cemburu

kalau pagi tadi dah mulakan hari dengan senyuman..
tapi bila dah nak masuk tengah hari,muka ada banyak masam wooo

model sambilan gugel
"serius..bui cemburu la weiii.."

korang nak tahu bui cemburukan apa..?siapa..?kenapa..?

inilah sebabnya..

v
v
v
v
v


KHAIRUL FAHMI a.k.a APEX

kawan bui ni namanya Norzan
dia kerja dengan Majlis Sukan Negara,Bukit Jalil
(tu pasal dia leh jumpa Apex)

boleh lagi dia bagitau dekat bui jangan jeles
macam mana ler bui tak jeles..
hero pujaan malaya tu..(ye ker..?)

*_*

Hadapi Dengan Senyuman

model sambilan Gugel
assalamualaikum semua..selamat hari isnin..yang bercuti hari ni,seronok lah kan..hehe..
bui pulak kerja hari ni..korang yang kerja jugak tu
jadi hadapi dengan senyuman lah yer..
(biarpun dalam hati menangis sebab tak cukup rest lagi..kekeke)

kita mulakan hari ni dengan lagu dari kumpulan Dewa 
HADAPI DENGAN SENYUMAN

kalau nak dengar macam mana bunyi lagu ni
rajinkan diri korang bukak You Tube yer..*_*
(tetiba malas pulak nak letak video..hehe)

v
v
v

HADAPI DENGAN SENYUMAN - DEWA

Hadapi Dengan Senyuman
Semua Yang Terjadi Biar Terjadi
Hadapi Dengan Tenang Jiwa
Semuakan Baik-Baik Saja

Bila Ketetapan Tuhan
Sudah Ditetapkan,Tetaplah Sudah
Tak Ada Yang Bisa Merubah
Dan Takkan Bisa Berubah

Relakanlah Saja Ini
Bahwa Semua Yang Terbaik
Terbaik Untuk Kita Semua
Menyerahlah Untuk Menang

tidur pun senyum..hihihi..comellll

Friday, December 9, 2011

Tak Sangka Aku Jugak Hebat

nak tau hebat apa..?
hebat sebab blogwalking dengan mata separa pejam
kekeke..demi korang yang setia bagi komen 
bui datang terjah korang balik

harapan nak blogwalking sampai pengsan malam ni
tapi,tak boleh lah..
sebelum bui pengsan depan komputer
baik bui pengsan atas tilam..lagi syioook

jadi itu saja untuk malam ni
bui nak masuk tidur,nak mimpi yang indah2..
nak mimpi bercinta dengan Hyun Bin boleh..???


zzzzzzzzzzzzzzzzz...*_*

Mencuri Masa Update Blog


salam jumaat semua..semoga penghulu segala hari ni memberi seribu kebaikan buat kita semua..

bui update sekejap ajer ni sebab masih banyak kerja yang perlu dibuat

semalam memang tak update langsung sebab memang datang kerja terus buat housekeeping yang tertunggak

dari pagi 8.30 pagi sampailah ke pukul 4 petang bui buat itu,buat ini..seorang diri tauuu..

penat nya hanya Allah yang tahu..

aderlah rupa gini bui penat..hihi
balik kerja semalam,badan bui semua sakit-sakit..pinggang sakit,bahu sakit,lutut sakit

pendek kata semua sakit..termasuk hati..

eh pehal pulak hati sakit..sakit sebab takleh nak blogwalking lah..hihi

mesti banyak stori mori yang bui dah terlepas..sabar ajerlah..huhu

update ni pun lepas cuci kipas,hilangkan penat kejap dengan bukak blog

lepas ni sambung lagi housekeeping..

ohya..walaupun penat semalam balik jer kerja tu rehat sekejap

lepas tu keluar lagi,g tengok wayang

tengok cerita OMBAK RINDU

novel ni sampai lunyai bui baca..
antara koleksi berharga yang bui ada
dah tak boleh sabar lagi nak tengok

penat2 pun bui redah jua..kekeke

pendapat bui tentang movie ni..bolehlah..not bad..
(kalau baca novel lagi syiookkk)

nanti ada masa bui akan buat entry pasal pendapat bui tentang movie ni ok..