Tuesday, January 31, 2012

Ada Titik Hitam Dalam Mata

cuba korang renung titik hitam tu beberapa saat..(fokus pada titik hitam jer)..korang akan perasan bayangan berwarna di sekeliling titik hitam tu akan hilang..try k..*__*


petang semalam hubby call..

hubby : nak ke klinik lepas ni (lepas hantar anak2 ke nursery dan solat zohor)

bui : eh,kenapa pulak..?

hubby : nak check mata lah..tak tahan..titik hitam tu muncul lagi

bui : o,yeker..pukul 3.30 kita g sama k..bui temankan..

hubby : ok,set..jumpa depan klinik C.S LING EYE SPECIALIST CENTRE

bui : ok,deng..(gelaran untuk hubby)


dan petang semalam,bui buat apa2 yang patut dulu..lepas tu terus pergi jumpa chief clerk sebab nak mintak kebenaran balik awal..nasib baik chief clerk benarkan..hehe

pukul 2.30 macam tu,bui dah berangkat dari sekolah..kalau nak tahu,masa perjalanan bui ke tempat kerja dari rumah sekitar 40 minit (jauhkan..uhuk..uhuk..)..dan dari rumah ke area Satok pulak sekitar 10 minit..so jumlah masa perjalanan adalah sekitar 50 minit++..

3.25 petang,bui sampai kat depan klinik..tengok2 hubby dah tunggu..

tapi malangnya..klinik yang kami nak pergi tu dah tak terima customer lagi..sebab orang yang tunggu dalam klinik tu semua dah register..tunggu masa nak jumpa doktor jer lagi

receptionist kat klinik tu advise kat hubby suruh datang hari ini (pagi)..tengoklah dia pergi atau tidak nanti..kalau waktu pagi bui memang susah nak temankan sebab ada kelas kan..kalau petang tu ok lah

oh ya,terlupa nak bagitau..sejak hubby bui sakit mata (merah mata) beberapa bulan yang lepas,bila dah sembuh tu dia cakap macam ada titik hitam dalam pandangan mata dia..kadang2 ada,kadang2 hilang

semalam tu muncul balik..sebab tu dia nak pergi check mata dia kot2 ada yang tidak kena..eiii,nauzubillahiminzalik..


pening tengok titik di atas..apakata tengok gambar ni pulak..tenang tak fikiran..*__*

Monday, January 30, 2012

Patutlah Banyak Orang Suka...







comelkan..serius comel..bila tengok muka kucing yang comel2 begini..tetiba terasa nak pelihara kucing lah..tapi..tapi..tapi..bila fikirkan balik,tak jadi pulak

bukan apa..bui ni tak suka cium bau yang tengik dalam  rumah..kalau pelihara kucing,mesti dia akan berak dan kencing merata..bau najis dan air kencing dia nanti boleh buatkan bui jadi migrain..oh,tidakkkk

dah tu satu lagi,anak2 bui ni macam bui jugak tak suka binatang yang berbulu2 macam ni..nak pegang pun geli,apatah lagi nak pelihara 

lagipun bila masa kerja siapa yang nak jaga..nanti kesian kucing tu takder orang nak bagi makan..kebuluran dia dekat rumah sebab bui keluar seawal pukul 6 pagi ..hubby dengan anak2 pulak pukul 7 pagi dah keluar rumah..balik2 kita org dekat rumah pukul 6 petang macam tu..

baik tak payah pelihara kan..kesian kucing2 tu..daripada comel nyomel..terus jadi tak comel..hehehe

nak tau tak..?inilah yang dikatakan 'hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih'..kekekeke...*__*..tapi bui memang tabik springgggg lah dekat mereka yang suka bela kucing ni..


Sunday, January 29, 2012

Lagu Yang Menjadi Juara AJL Ke 26

ngeee..ini hanya tekaan antara bui dan hubby jer..saja main2..gurau2 laki bini..hehe

korang pun mesti ada tekaan sendiri kan..mesti ada antara 12 lagu ni yang korang rasa akan menjadi juara
1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
2. Karma oleh Faizal Tahir
3. Penakut oleh Yuna
4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
5. Gadis Semasa oleh Yuna
6. Awan Nano oleh Hafiz
7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif
8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol
11. Sungai Lui oleh Aizat
12. Kisah Hati oleh Alyah

bagi bui pulak..bui pilih AWAN NANO oleh HAFIZ..bui pilih lagu ni bukanlah sebab Hafiz tu orang Sarawak macam bui tapi sebab lagu tu memang best apa..cuba korang hayati lirik lagu Awan Nano ni..memang ohsem..
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan..Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya..Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

dan tekaan hubby bui pulak BERIBU SESALAN oleh NING,SHEILA,JACKLYN

keputusan nya kita tengok sama2 dalam 2 jam lepas ni nanti..

ok,dah nak siap sedia depan tv ni...*_*

UPDATE...

yesssssssssssssssss.....dan alhamdulillah,lagu yang bui jangka menang akhirnya telah menjadi Lagu Terbaik AJL ke 26....seronok sangat..*_*

tahniah Hafiz sebab telah menjadikan Awan Nano juara lagu yang ke 26..dan tahniah jugak sebab menang Vokal Terbaik...u deserve it bebeh..*_*

Inilah Rumah Impianku


kalau dapat duduk dalam rumah yang macam ni kan best..aman dan damai jer..tapi ada ker tempat tinggal sebegini di alam realiti..?

petang2 boleh duduk sembang dengan hubby dekat kerusi tu ambil hirup udara segar..anak2 pulak main basikal atau pun main speedboat kawalan jauh dekat tasik tu

tasik tu pulak bui nak pelihara itik2..sekor jantan,sekor betina..lepas tu dia orang akan ada anak..wah,mesti seronok tengok dia orang berenang2,berkejar-kejaran dalam tasik

uishhh..seronok dan bahagia dalam hati bila membayangkan keindahan itu..*_*..
TO ACCOMPLISH GREAT THINGS,WE MUST NOT ONLY ACT,BUT ALSO DREAM,NOT ONLY PLAN BUT ALSO BELIEVE

Saturday, January 28, 2012

Apa Itu Penyakit KANSER..?



gambar di atas bui pinjam dari Google..nice kan..bui nak letak gambar orang yang kena kanser,ngeri pulak rasa..huhu..

semalam entry bui adalah mengenai fridge magnet boleh menyebabkan kanser..banyak jugak maklum balas yang diterima..almaklum fridge magnet ni memang orang suka buat koleksi..sebab cantik dan menarik..

hari ini pulak bui nak bercakap tentang penyakit kanser ni..

apa itu kanser..?sejenis tumbuhan..?binatang..?sejenis alat mainan..eh,mestilah bukan..hehe

semua tahu kanser adalah sejenis penyakit..penyakit yang sangat2 ditakuti sebab boleh membawa maut..

tapi ramaikah yang tahu apa sebenar2 nya penyakit KANSER itu..

jom kita baca artikel ini untuk lebih mengenali apa itu kanser
KANSER
Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kita telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kita. Untuk mengelakkan darah kita menjadi asid kita perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.
PENGETAHUAN AM
Gigi manusia menunjukkan bahawa kita sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging. Kitab Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kita perlu makan sedikit daging sahaja.
PENYEBAB KANSER
Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Satu sedutan rokok adalah 600 kali lebih merbahaya daripada menghidu asap daripada kenderaan awam
MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :
a) Makanan yang di BBQ
b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.
c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi .
d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate.
Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai .
e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )
g) Makanan yang berkurangan serat . 
Contoh : roti putih. Badan kita memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari .
h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati 
UBAT KANSER SEMULAJADI
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, ungu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi..tetapi oleh kerana tiada pilihan lain (lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah )

sekali lagi..suka bui nak ingatkan yer..semua yang berlaku ketentuan Allah..apa yang bui paparkan di sini sekadar buat pengetahuan bersama..manalah tahu ada point2 yang boleh digunapakai..

kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang,namun Allah jua yang menentukan segalanya..wallahualam..*_*

SELAMAT HARI SABTU SEMUA..*_*

Friday, January 27, 2012

Fridge Magnet Boleh Sebabkan Kanser..?

pinjam gugel
bui dapat email ni daripada seorang kawan..jadi bui sharekan dengan korang yer..manalah tahu ada yang tak tahu macam bui..kalau tidak baca ni,bui memang langsung tak tahu menahu..(keywords..tahu..hahaha)

tapi artikel ni dalam bahasa omputeh yer..jom kita baca..

Subject: Decorative Magnets on Refrigerators

A number of researchers at Princeton's University have discovered something scary!.
For several months, they were feeding two groups of mice : the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the "radiated" food had as much as 87% higher probability to get cancer than the other group of mice.

Inexplicably no Governments or health associations / institutions have given any statement on this regard. However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators,and put it far away from any food.


lepas baca ni bui terus remove FM dari peti sejuk bui..nasib baik lah tak banyak sangat manapun..yang banyak tu adalah sticker2 mainan anak2 jer..hehe

walau apa pun ini hanyalah kajian..terpulang pada kita nak mempercayai atau tidak..setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa..wallahualam..


Thursday, January 26, 2012

Kisah Hati


jom berbicara pasal hati..
✿ Kalau tak mampu mencinta , jangan pernah sentuh hati seseorang
✿ Kalau tak mampu setia ,jangan pernah mengukir janji
✿ Kalau tak mampu menggenggam hubungan , jangan pernah beri harapan
KERANA HATI MANUSIA ITU...
✿ Terlalu bernilai untuk disakiti..
✿ Terlalu mahal untuk disia-siakan..
✿ Dan terlalu berharga untuk dihancurkan..
* Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..pada insan yang tak mengerti.. 


Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..


Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.

Nak Cepat Di Pinang..?


yang dh kawen,jgn baca..hihihi..takderlah,semua boleh baca ni..*_*..manalah tau,nk bagitau kat kengkawan yg belum lagi sampai seru tu..kot2 bila die amalkan petua ni,tup2..ada org dtg meminang..

k,ni petuanya..rajin2 amalkan yer..insyaallah,manalah tau jodoh dtg dlm masa terdekat ni..

taaaaadaaaaaaaaa....meh rabbit gojes bagi tau..

V
V
V
V
V
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3x pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7x setiap hari selama 3 hari berturut-turut.
simple kan petuanya..tapi suka bui nak ingatkan..kita hanya mampu berusaha,tapi Allah yg menentukan semuanya k..

lately ni mood nak berblog agak menurun..biasalah macam tu kan..*_*..korang pun mesti pernah alami perasaan macam ni..

Wednesday, January 25, 2012

Tak Suka Menunggu


hari ini perasaan susah nak digambarkan

semua bercampur baur

mood tak tau dah pergi kemana

mungkin sebab hal ini....

V
V
V

pagi tadi..bawak Athirah (anak pompuan bui) ke hospital..sebab semalam demam dan batuk2 yang teruk..tiap kali makan atau minum mesti muntah balik..badan pun panas sangat2..bui risau sangat2..

dekat hospital ambik nombor giliran jam 9.13 pagi..lepas 2 jam (11.30 pagi) gitu baru leh jumpa doktor..ooopsss,bukan doktor..pegawai perubatan jer..uhuk..uhuk..

masa tengah menunggu tu mood dah hilang..anak2 pun dah gelisah semacam sebab lama sangat menunggu..perut pulak asyik berlagu keroncong tok ana jer..(lapar letew)

dah turn jumpa pegawai perubatan,tak pulak lama mana pun..5 minit pun tak sampai..hek eleh,masa ni tetiba rasa nak tendang2 kerusi dekat dalam bilik tu..nasib baik akal fikiran bui masih waras lagi..dan nasib baik jugak Athirah demam biasa jer..alhamdulillah..bui yang risau terlebih..

kalau nak tahu satu tabiat buruk bui ni..bui TAK SUKA MENUNGGU..kalau dulu masa nak kuar dating dengan hubby,kalau dia datang lambat..siaplah dia..bad mood terus lah sepanjang hari..tunggu masa jugaklah nak baik..

nak salahkan pihak hospital,tak boleh pulak..dah memang kalau pergi hospital kerajaan memang macam tu kan..biasanya bui boleh bersabar lagi tapi hari ni tak tahu lah kenapa jiwa ni rasa nak marah jer

**sebenarnya ada perkara lain yang mengganggu fikiran..tak leh stori..personal sangat..**

Tuesday, January 24, 2012

Secara Tiba-Tiba...


jenis yang bui pilih

apa yang secara tiba-tiba ni..kesaspenan ke tidak..?(bahasa baru..hehe)..malam tadi entah apa mimpi tetiba terbuka hati nak pasang widget Alexa Rank di blog kecintaan bui ni

walaupun kemaluan yang amat tengok rank tu..uhuk..uhuk..tapi tak kisahlah..teruk pun teruklah..kenalah terima hakikat blog bui ni tak best mana pun kan..

bila dah pasang ni leh jugak tengok perfomance blog macam mana lepas ni..kot2 angka tu 897,456 tu leh turun nanti..amin..amin..

ok,lah..siapa2 yang nak pasang widget alexa rank ni jugak bolehlah ikut langkah2 dibawah yer..senang sangat caranya..tutup sebelah mata pun boleh siap..cehhhh

1.mula2 kenalah pergi laman web ALEXA..tapi takper bui terus bagi korang shortcut macam mana nak ambil kod html tu
KLIK SINI
2.lepas tu korang isi ruang kosong tu dengan link blog korang..dah isi,tekan BUILD WIDGET

3.akan keluar 3 pilihan widget..korang pilihlah jenis macammana korang suka yer

4.dah tu,copy kod html then paste kan dekat blog korang
(dashboard > design > add a gadget > html/java script)

kalau nak combine dengan kod html yang sedia ada pun boleh yer

lepas tu SAVE dan lihatlah hasilnya....*_*

Monday, January 23, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA


tak tau nak update apa hari ni..tapi takkan nak biarkan blog tak diupdatekan..jadi entry hari ni pendek saja k..janji bui ada update blog..(boleh pulak gitu..)

ok lah,bui takder apa yang menarik nak diceritakan cuma bui nak kongsi kisah kami pergi menziarahi kawan hubby yang berbangsa cina petang tadi

semua tahu,hari ni adalah hari cina menyambut tahun baru kan..seperti biasa,kalau tahun baru cina,bangsa cina mesti main mercun..area perumahan tempat bui ni,majoriti adalah orang cina jadi faham2 sajalah kalau bunyi mercun macam orang tengah berperang jer..

dah dekat nak 5 tahun bui duduk disini,jadi telinga memang dah lali..lagipun itu adat dia orang..kita kenalah faham..tak boleh nak marah2..

berbalik ke cerita menziarahi rumah kawan hubby tadi..

hari ni dalam pukul 130 petang bui ikut hubby dengan kawan dia pergi ke rumah kenalan cina dia orang..baik hati betul kawan cina hubby bui tu..layanan memang tip top..siap beli kan kami KFC lagi untuk makan

dia orang ada masak tapi sebab kami kan orang islam jadi dia taklah bagi kami makanan tu..sebagai ganti isteri dia belikan kami ayam KFC..alhamdulillah,kenyang jugak..hehe

sebelum balik,dia bagi kami limau mandarin dan kuih bulan lagi..rasanya ini first time bui pergi rumah orang cina,dia orang tapaukan kuih bulan..kalau limau tu memang biasalah..

memang bui sangat puji lah kawan cina hubby bui tu..tak rugi pergi,biarpun hujan..hehe

yang paling bestnya pulak,anak2 dpt angpau besar lagi..masyukkkk..

kata entry pendek jer..tapi ini sudah lebih..hahaha

buat semua kaum cina..GONG XI FA CAI..

Saturday, January 21, 2012

BE Pertama Untuk Tahun 2012



bahan bukti

alhamdulillah..setelah BE yang lain telah menjadi ME,akhirnya blog bui dapat satu BE lagi..kiranya ini BE yang pertama untuk tahun 2012..syukur..

tapi yang tak bestnya BE tu adalah di blog BUI TUTORIAL..kalau dekat blog tu,income mesti ciput..mana tak ciput nya sebab blog tu jarang sangat bui update..

walaubagaimana ciput sekali pun,rezeki jugak tu..terima kasih yer Encik NUFFNANG sebab ingat lagi nak bagi BE dekat bui..hehe..lepas ni bagilah pulak dekat blog INI BLOG BUI yer..(bajet pihak nuffnang baca blog bui letew..)

rajin2lah singgah di blog BUI TUTORIAL yer..ada lagu Korea lagi..best lagu tu..Star Light Tears dari drama Boys Over Flower..layan..*_*

Friday, January 20, 2012

Surat Dari Iblis

Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu nak tidur,aku tengok kau tak puji ALLAH
tak selawat,tak baca Ayat Kursi dan Al Ikhlas.
Bagus tu!waktu tidur kan untuk rehat,
bukan untuk baca Quran..

Bagus kau tak buang masa.
Pagi ini aku tengok kau tak solat Subuh.
Bagus sekali!
Kau telah buktikan kau adalah sahabatku..
Jangan bangun tau,tidurlah dengan nyaman sayangku seperti raja kayangan.

Kau juga jarang ambil wudhu.
Ini bagus kerana kau tidak bazirkan air, bil air kan mahal.
Aku lihat kau juga makan dan minum guna tangan kiri dan tak baca Bismillah
Ini bagus kerana boleh aku makan bersama.
Bila kenyang, kau tak pernah sebut Alhamdulillah
Itu yang aku suka.
Lagi bagus kau sendawa kuat2 mcm lembu.

Aku juga lihat bila kau jumpa kawan2 kau,
kau tak ucapkan Assalamualaikum
Kau ucapkan "Hi Everybody!" .
Ini amat bagus, kerna kau menunjukkan yangg kau mengerti adab resam org kafir,
dan kau mengerti bahasa Ingggris.
Tak perlu pun kau belajar bahasa Arab,
bukan bahasa antarabangsa pun.
Kau dah buktikan bahawa kau sahabat sejatiku.
Kau adalah seorang yg budiman kepada kaumku.

Hai manusia yang kucintai,
Semalam ada orang minta sedekah datang ke rumahmu.
Kau halau dia tanpa kau berikan duit sesen ataupun seteguk air.
Ini sangat bagus dan terpuji,
kerana kau tak buang duit dan tak bazirkan rezekimu yang diberi ALLAH kepadamu.
Kau pandai berjimat.
Biarlah rezeki kau untuk kau sorang aje,
boleh buat nonton wayang,bercuti ke Genting, ke disco,karaoke dan shopping barang2 dunia.

Duhai manusia,
Ramadhan lalu,telah lemah sendiku,terbakar jasadku,
sakitnya aku lihat hamba2Nya yg berpuasa,
bertarawih, berzikir & merintih mengenang dosa2nya yang lepas,
kerana pintu taubat dah dibuka ALLAH dgn seluas2nya.

Namun,aku tetap happy,
kerana ada antara kalian masih sudi jadi temanku dengan melepaskan rahmat ALLAH
dengan tak puasa,mengumpat,
tak tarawih, malah mencipta sengketa.
Tubuh badanku yang sakit jadi segar semula.
Cukuplah NAFSU manusia jadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati.
Di akhirat nanti,
kau dan aku dapatlah berjalan bersama sambil berpegang-tangan
menuju Neraka Jahanam.

Dari SahabatMu Iblis.

sebab best jadi bui share kan dengan korang semua..bui copy dari blog seseorang tapi serius tak ingat siapa,kalau ingat memang bui dah copy link dia..maaflah yer,bui copy di blog bui artikel ni

Thursday, January 19, 2012

Awal Pagi Dah Bergaduh

datang kerja hari ni dengan mood yang tidak berapa nak elok sebab awal2 pagi dah bergaduh..nak tahu bergaduh dengan siapa?

ni ha,bergaduh dengan kanta lekap a.k.a contact lens..hehe

pinjam gugel

kalau nak tahu bui ni rabun..dulu tak rabun sebenarnya tapi masa bui tingkatan 6 (1996) bui mula mengalami masalah mata tak berapa nak nampak ni..mayb gara2 study dengan cahaya yang tidak sesuai pada masa tu

sebelum pandai pakai contact lens ni,macam biasalah pakai cermin mata dulu..tapi sebab cuai,boleh pulak terduduk cermin mata sendiri..dan akibatnya cermin mata jadi lunyai..hehe

sejak tu,mulalah berjinak2 pakai contact lens sampailah sekarang..dah macam2 kaler bui cuba..biru pun ada..hahaha..walaupun hidung tak mancung tapi ada hati jugak biji mata macam omputih...

biasanya ok jer kalau pagi2 lepas mandi pasang lens ni..tapi entah kenapa pagi ni dia buat hal pulak..masuk,keluar balik..macam ader benda yang menghalang..kalau bui paksa jugak mesti mata akan jadi merah dan akan rasa tidak selesa sepanjang hari

setelah 3x cuba,bui mengalah akhirnya....akibatnya bui datang lambat ke sekolah 10 minit pagi tadi..geram betul dengan lens tu..

nasib baik bui ader cermin mata kecemasan..terpaksalah hari ni datang ke sekolah pakai cermin mata..aishhhh,geram..memang nak kena buang dah lens tu..terpaksalah beli baru lagi...


nak beli salah satu lah lens macam di atas..hehe
oh ya,degree mata bui ni kiri dan kanan 250'
ok lagi kan..*_*


Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday # 16

terpikat pulak dengan dia ni..cute kan..*_*





kenal tak??

semalam memang tak BW langsung sebab tak sihat sangat
tapi alhamdulillah,demam bui ni tak lama
cuma semalam tu jer rasa lemah semacam
tapi hari ni dah ok balik...

jap lagi bui balas jejak korang semua ok..


Tuesday, January 17, 2012

Aduh..Macam Nak Demam


ahad lepas ada mesyuarat dekat tadika anak2 bui..kalau ikut dalam surat pukul 2 kena ada dekat tadika..tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan..bui dan hubby sampai dekat nak pukul 3 macam tu..

sampai2 jer,orang dah ramai dalam kelas..dengan muka selamba bui dan hubby join mereka..hehe..mesyuarat hari tu tak lama sekitar 2 jam jer..lepas mesyuarat,terus balik rumah

tapi bukan itu yang bui nak ceritakan..ni ha,badan bui ni lemah semacam jer..badan terasa sakit2 dan sekejap sejuk sekejap panas..tanda2 awal nak demam lah ni

kalau korang nak tahu,bui kalau demam memang susah dan payah nak makan ubat..tak taulah kenapa tekak bui langsung tak boleh terima/telan pil..kalau ubat jenis cecair takder masalah..

ni tak sabar nak balik rumah..rasa macam nak baring sambil peluk guling..tengoklah hari ni,kalau kerja cepat habis bui nak balik awal jer..rehat dan tidur..

kalaulah dalam kelas ni ada katil dah lama bui baring..kalaulah..

oh,ya lupa nak bagitau..dalam sihat tak sihat ni,sempat jugak bui tukar font blog bui..hehe

sebab tak berapa nak sihat..malas nak letak gambar di entry ini,takper kan...*_*

Monday, January 16, 2012

FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA



tetiba timbul mood nak join GA..terima kasih kepada PIWEET sebab telah tag bui untuk join sama GA ni..so,sebab agak free malam ni jadi bui join lah GA ni

GA ni anjuran ONITSUKAHANA..kalau korang g blog dia,mak aiii..meriah kaler hijau..terang benderang mata korang..tak percaya..?ce g blog dia sekarang...hehe

ooopsss,tapi tunggulah dulu..habiskan baca entry bui ni dulu,baru korang g blog ONITSUKAHANA tu yer..ok,lah jom baca dulu syarat2 dia..

SYARAT PENYERTAAN
1. Buat 1 entry bertajuk 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'
2. Letak banner GA di dalam entry korang
3. Nyatakan warna yang korang suka (wajib untuk hadiah nanti)
4. Tinggalkan link korang dalam entry ini.
5. Penyertaan yang kurang dari 10 kebawah secara automatik akan ditutup
6. Nak tag pun boleh (lagi banyak penyertaan lagi cerah peluang untuk menang)

ok,lah untuk soklan no.3 tu bui nak jawab bui suka warna PURPLE

sebenarnya banyak warna yang bui suka,tapi mungkin lebih kepada purple kot,sebab dinding rumah bui pun warna purple..(boleh guna sebagai alasan ker ni..hahaha)

kalau nak tahu hadiahnya atau maklumat lanjut,sila lah pergi ke blog ONITSUKAHANA yer..sila..sila..*_*

Duit Oh Duit

pinjam gugel

selamat hari isnin semua..yang kerja gomen hari ni mesti senyum lebar punya..sebab hari ni pay day..balik kerja nanti bolehlah shoping nyoping kan..hehe

tapi shoping,shoping jugak..hutang jangan tak bayar yer..pastikan jelaskan hutang2 dulu baru baki duit tu leh bawak g shoping..nanti tidaklah hutang2 tu tertunggak..

oklah pagi ni bui nak cerita pasal DUIT..jom layan

Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……


Renung-renungkan dan Selamat Beramal..*_*

Saturday, January 14, 2012

Lirik Lagu 'Lara Lagi'..Best!!!


LARA LAGI by ADIRA
Hanya Sampai Disini Sahaja
Kisah Cinta Kita Berdua
Tiada Daya Selamanya
Terhenti Disini

Biar Ku Pujuk Hati Ini
Merawat Rinduku Sendiri
Setelah Aku Kau Lukai
Sedangkan Kau Tahu

Kasih Aku Hanyalah Untukmu
Tiada Lain Dalam Diriku
Takkan Berubah
Walau Dipisah Laut Biru

Cinta Aku Hanyalah Untukmu
Tak Pernah Goyah,Tak Pernah Jemu
Takkan Terpadam Dalam Hatiku
Ia Milikmu,Percayalah

Mungkin Sudah Suratan Kita
Terpisah Sebegini Saja
Pasti Di Satu Hari Nanti
Ku Jejak Bahagia

Kasih Aku Hanyalah Untukmu
Tiada Lain Dalam Diriku
Takkan Berubah
Walau Dipisah Laut Biru

Cinta Aku Hanyalah Untukmu
Tak Pernah Goyah,Tak Pernah Jemu
Takkan Terpadam Dalam Hatiku
Ia Millikmu,Percayalah

Mungkin Sudah Suratan Kita
Terpisah Sebegini Saja
Pasti Di Satu Hari Nanti
Ku Jejak Bahagia...
siapa line tenet laju leh tengok dekat YOU TUBE ni..
siapa tak pernah dengar lagi lagu ni 
(ada ker yang tak pernah dengar ni),
korang boleh layan dekat blog bui..hehe

bui akan letak sampai telinga ni naik jemu mendengarnya
kalau dah jemu nanti,bui remove k..

tapi pastikan korang close blog lain dulu
bukak blog bui sorang jer,baru layan..
(boleh pulak macam tu kan..)

bukan apa,kalau bukak banyak2 blog nanti
terbukak blog yang ader lagu macam bui ni
kan ker haru biru jadinya..

p/s:lagu ini tiada kaitan dengan hidup bui sebenarnya,saja2 suka dengar sebab best!!!


Friday, January 13, 2012

10 Langkah Menjimatkan Elektrik


Langkah Menjimatkan Elektrik
(sekaligus jimatkan duit..)
  1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah.Ini boleh dilakukan dengan memeriksa pengunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik.Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.
  2. Matikan suis dan tanggalkan plag apabila peralatan elektrik tidak digunakan
  3. Matikan suis lampu,kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik
  4. Bertukar kepada lampu jenis fluoresen untuk pencahayaan dalaman
  5. PETI SEJUK - Elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka
  6. PENDINGIN HAWA - Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23 – 26 darjah C
  7. Beli pendingin hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga
  8. MESIN BASUH - Jika anda kerap menggunakan mesin basuh,dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan
  9. KOMPUTER - Elakkan penggunaan ‘screen saver’dan matikan suis monitor jika tidak digunakan
  10. SETERIKA - Setiap kali menggosokkan pakaian,hendaklah dalam jumlah yang banyak.
azam tahun baru 2012 memang nak berjimat cermat..*_*

Thursday, January 12, 2012

Bertukar Sudah

yes..font dekat blog bui yang berwajah baru sudah bertukar..kalau sebelum ni bui guna font Arial jer,tapi sekarang ni bui dah tukar kepada font Delius..

entahlah kenapa suka sangat dengan font Delius ni..nampak sangat comel dan mata pun senang jer menengoknya..(entah2 bui jer kot..hehehe)

kalau boleh semua font nak tukar kepada Delius tapi ada sesetengah tempat tu takleh tukar macam link within dan cbox..tapi tak per,janji majoriti tulisan dalam blog bui adalah Delius

ketagihnya pakai font Delius sampai ke tulisan dalam netbook bui pun pakai Delius taww..hehehe

oh,ya..siapa2 yang berminat jugak nak tukar font dalam blog apakata try tutorial ni..simpel mimpel jer tuto nya..
TUTORIAL TUKAR FONT DALAM BLOG
selamat mencuba yer dan semoga berjaya
*tajuk post dan blog description memang bui sengaja tak ubah*

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday # 16


gurau2 saja yer..hehe
yang nama Aini tu kawan bui..
dia lah yang terover kreatif buat poster ni..

Tuesday, January 10, 2012

Kata-Kata Hikmah


gambar sekadar hiasan..pinjam gugel

kata2 ni bui culik dari wall FB seorang kawan..
best sangat kata2 ni jadi bui kongsikan dengan korang semua k..

❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ ...
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ ...
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

buzy lagi hari ni..kalau hari2 macam ni,alamat kuruslah bui nanti..*_*



Monday, January 9, 2012

Korang Perasan Tak..?

ehem..ehem..perasan tak..?mesti korang tak perasan punya..tapi takper,meh sini bui nak bagitau korang semua..ngeeeee..bui dapat header baru tawww...

tengoklah header baru bui tu,comel kan..tetiba malu pulak,sebab dah tua2 pun nak berdoodle tapi lantaklah..selama ni jeles tengok doodle orang lain..kali ni nak berdoodle jugaklah..hehehe

dan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK pada CIK MASZ yang telah sudi membuat doodle bui sefamily..jadi bila orang datang blog bui secara automatiknya orang akan tau status bui lah yer..iaitu ada suami dan 2 orang anak (lelaki+perempuan)..


kalau korang nak jugak,korang boleh request kepada CIK MASZ kita ni..dia sangat baik orangnya..orang senegeri dengan bui dia ni..tempat kerja tak jauh dari rumah bui tapi kita belum ada kesempatan nak berjumpa lagi

insyaallah,one day k Masz..kmk belanja ktk makan..*_*

terjah blog dia sekarang..
RENCAH HIDUPKU by MASRINA SIDEK

Download Drama Meteor Garden



malam tadi sementara temankan hubby tengok Manchester United vs Manchester City (ofkos MU menang..3-2 ok..glory2 MU)..bui ambik kesempatan download drama 'Meteor Garden'

tapi ini bukan drama Korea sebenarnya yer..ini adalah drama dari negara Taiwan yang sangat popular sekitar tahun 2001..dan kalau nak tahu,drama Korea 'Boys Over Flower' yang sangat bui minat tu (semua drama Korea bui minat sebenarnya..hehehe) adalah diadaptasi dari drama Meteor Garden ni

sebab dah tengok BOF jadi bui nak tengoklah pulak MG,nak tengok best ke tidak...jadi malam tadi dengan gigihnya bui cari dekat internet link yang boleh bui download drama MG ni..akhirnya bui jumpa satu laman web ni yang ada download link drama MG..
dan inilah hasilnya..


episod 1 dan episod 2 dah selesai di download..memang sangat cepat..biarpun dekat situ tertulis 3 hours/2 hours left tapi memang tak sampai 1 jam pun download untuk 1 episod..

malam tadi bui sempat download sampai episod 8 jer..malam ni sambung lagi..download pada waktu malam adalah lebih laju..lagi2 kalau tengah malam sebab waktu tu tak ramai yang download sebab waktu tidur kan..

ok,siapa2 yang nak download jugak boleh klik link yang bui bagi ni..tapi jangan pilih yang mega upload tu,pilih mediafire punya..terbaekkkk
DOWNLOAD DRAMA METEOR GARDEN
nanti bui cerita pulak pasal drama2 Korea yang telah bui download dalam netbook bui k..

Saturday, January 7, 2012

Siapa Ada Tanda Ini Dekat Tangan


siapa yang ada tanda macam ni dekat tangan,sah memang sah lah korang kaki on9..hehe..bui pun ada..dah hari2 on9..kalau tak on9 pun buat kerja kan guna komputer..

bui ni pelik sikit,walaupun guna netbook tetap jugak nak pakai mouse..bila tak pakai mouse segala kerja jadi lambat macam sihput..

tapi tak perlu risaulah,tanda ni hanya sekadar tanda..bukan satu penyakit pun..kan..kan..*_*
**rasa2 nya dalam tahun ni bui dapat buat 1 entry jer dalam sehari..huhu..nak buat macam mana,komitmen semakin bertambah..**

Friday, January 6, 2012

Ubah Dialog Seharian Kita


klik gambar kalau nak tengok lebih jelas orite..

entry hari ni ringkas jer sebab bui ada kerja nak buat..
update ni pun curi2 masa sekejap

budak2 khas semua dah balik tapi banyak benda yang bui nak setelkan lepas ni
antaranya :-
kemaskini fail peribadi pelajar
buat jadual kelas
buat jadual pembersihan kelas
kemas kini data maklumat pelajar
beli barang2 di koperasi
tengok..banyakkan..lebih dari 1,kira banyak letew..hihihi
memang minggu ni sangat meletihkan
pelajar makin ramai..perangai pun macam2..
pening..pening

sebab tu bui dah agak jarang nak berblogwalking
tunggulah bila keadaan dah ok nanti,bolehlah bui aktif macam dulu

sekian..*_*

Thursday, January 5, 2012

Para Follower..Please Lah!!!

para follower..sekali lagi..PLEASE..di ulang,PLEASE..update profile korang supaya link blog korang ader untuk memudahkan bui (bukan sahaja bui tapi orang lain jugak) follow blog korang balik..

ok,sila tengok gambar siapa yang tak der link yer..bui cuma ambik yang barisan paling atas jer sebab itu yang latest..memang frust sangat bila jumpa sampai 7 blogger tak letak link blog sendiri di profile..satu kerugian yang amat..cehhh


mayb ader antara mereka ni tinggalkan link di CBOX tapi secara jujur dan ikhlas serta terus terang (hambikkk..) bui pandang sebelah mata jer CBOX tu tawww..kalau cukup masa baru bui belek2 CBOX tu..kejam tak..jadi kalau korang tinggalkan link kat situ memang peluang bui nak terjah balik adalah 0.05% peratus sahaja..

SYABASSS kepada Dayang Norrafidah Abang Sahyan dan Bicara Kehidupan sebab profile korang ader link blog masing2..dan sebab tu bui sukses mem'follow' balik blog korang..

cth yang ader link,

dan yang takder link tu sila take note yer..(bajet dia orang datang balik letew..)..

cth yang takder link,

dah letih asyik mention pasal benda ni..huhu..lepas ni kalau masih jugak follower yang follow takder link dekat profile,bui mintak maaf awal2 lah yer..(faham2 lah kalau bui tak muncul2 mem'follow' tu)

refer entri ni,untuk setting link blog tu supaya sentiasa ada dan ada dekat profile korang

Hampir Selesai Dan Hari Pertama Sekolah

cerita tentang blog make over..

setelah edit sana,edit sini akhirnya blog gelap impian bui dah hampir selesai..bui memang dah lama menyimpan hasrat nak mem'blackout'kan blog bui ni sebab terasa hitam itu macam nampak misteri dan elegan..hehe..dan inilah hasilnya..memang tak cantik langsung tapi hanya ini sahaja yang mampu bui buat..

ilmu blogging belum cukup lagi..huhu

sebelum ni memang nak elakkan diri letak doodle sebab terasa diri ini sudah tua bangka nak berdoodle-doodle..hahaha..tapi sebab doodle yang CIK MAS buat ni ala2 dewasa gitu,jadi bui culik doodle tu dan gunakan sebagai header..tapi ini belum final lagi,sebab bui ada minta pertolongan CIK MAS buatkan header yang ada doodle kelabu tu..harap2 CIK MAS sudi yer..(lak kmk cia ktk kek Taka jak k..hehehe)

duhai Cik Mas,dengarlah permintaan kak bui ni..*_*

oh,ya..kalau klik entry lama jangan pelik ada gambar2 yang akan terkeluar dari frame..dulu bui suka letak imej X-Large biar terang mata melihatnya..sekarang sebab ruang post dah jadi kecik,sebab tu gambar terkeluar..takper,nanti bui akan meng'adjust'nya..

cerita tentang hari pertama sekolah..

semalam hari pertama budak2 disekolah kan termasuklah anak2 bui yang dua-dua masuk tadika tahun ni..tapi sedihnya bui tak dapat hantar anak2 sebab bui terpaksa ke sekolah bui sendiri sebab hari ni pun hari pendaftaran untuk pelajar2 pendidikan khas..tapi takper,hubby ader..dia boleh diharap..diulang..sangat boleh diharap..*_*

seramai 6 pelajar telah mendaftar masuk dan ini bermakna jumlah pelajar yang bui kena jaga nanti adalah seramai 10 orang..4 orang dari tahun lepas dan 6 orang pelajar baru..kalau diikutkan ada 7 pelajar baru tapi seorang pelajar tu tidak mendaftar masuk..

sebab tu semalam tak nampak langsung kelibat bui kan (cehhh,kelibat...hahaha)..bui memang tak bukak komputer langsung..memang bizi dari pagi sampai ke petang..

karenah budak2 pendidikan khas korang faham2 lah yer..umur masing2 dah 15/16 tahun tapi macam perangai dan pemikiran macam budak2 umur 3/4 tahun terutama pelajar yang Sindrom Down ni..kesian dia orang tau..seperti lirik lagu (tak ingat siapa punya lagu..adoyaiii)

'tidak ku pinta lahir ke dunia..tidak ku duga,cacat begini..'

memang kesian..terutama ibu dan bapa dia orang..dahlah,tak nak fikir lebih mendalam takut menangis..huhu..harap2 hari ini tidaklah sesibuk semalam..sebab kalau tak sibuk bolehlah bui blogwalking..

Tuesday, January 3, 2012

Blog Make Over


HARAP MAKLUM

BLOG BUI MASIH DALAM PROSES RENOVATION

SEKIAN,TERIMA KASIH


update
blog hampir selesai di edit,cuma ada tinggal beberapa lagi yang nak di ubah suai..esok bui sambung..terima kasih pada yang telah sudi datang..nanti bui balas kunjungan yer..*_*

Monday, January 2, 2012

Selamat Hari Lahir..


alhamdulillah..2 Januari 2012 (hari ni) genap usia anak bui FIRHAN ADIB a.k.a Abang 6 tahun..terasa baru semalam jer melahirkan dia..sekarang dah 6 tahun..dah besar..dah bujang anak bui..kekeke

malam nanti kami akan buat sambutan hari jadi Abang..persiapan dah buat sejak semalam..hadiah untuk dia pun dah beli tapi hadiah tak serupa hadiah..sebab balik rumah terus bukak kotak dan main kereta mainan kawalan jauh tu..bui belikan abang..eh silap..dia yang mintak dihadiahkan kereta tu (tengok siap demand lagi..)..ishhh,sabar ajerlah bui..nasib baik tak mintak beli kereta betul..

pinjam gugel..
ini wajah birthday boy baby..

dan ini wajah birthday boy yang terbaru..(bulan 11)

gambar yang betul2 terbaru akan diupdate jikalau rajin..(gambar birthday letew..)

ok..chow cin cau dulu..jap g nak pergi daftar persekolahan abang dan adik,pastu nak sambung buat apa2 yang patut untuk sambutan birthday abang malam nanti..mesti letih,nasib baik esok bui cuti..*_*

V
V
V
V

oh ya,terlupa nak bagitau,bermula 2012 bui akan komen dekat blog menggunakan HURUF BESAR..(macam dekat fesbuk bui)..motif >> saja suka2,suki2..*_*

dan satu lagi,tengah cari template yang baru untuk blog bui ni..dalam planning nak tukar dari tema cerah kepada tema gelap..tengoklah macam mana nanti..

Sunday, January 1, 2012

Bunga Ros Yang Berwarna Warni

entry pertama untuk tahun 2012 ni bui mulakan dengan entry pasal bunga ros

motif >>> semoga kehidupan kita semua berwarna warni dan harum seperti bunga ros ini


selama ni bui tak tau pun bunga ros ada yang kalerful..mesti korang pun tak pernah tengok kan..meh sini kita lihat keindahan ciptaan Allah..

tapi bunga ros bukanlah bunga kegemaran bui..bui lebih suka dengan bunga Tulip


kebun bunga tulip belakang rumah bui
(sila jangan percaya..hihihi)