Showing posts with label Juara Lagu. Show all posts
Showing posts with label Juara Lagu. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Tekaan Salah Sama Sekali

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

dalam entry yang lepas dengan konpidennya bui bagitau yang Teman Pengganti nyanyian Black akan menjadi juara Anugerah AJL Ke 27 kan..maluuuuu,sebab tekaan bui tu salah sama sekali..


malam tadi tepat jam 9 malam dah standby depan tv tunggu siaran langsung AJL..berdebar2 dalam hati bui ni taww sebab nak tahu siapa lah yang akan jadi juara..ataupun dengan lebih tepat lagi tepatkah tekaan bui kali ni..kekeke





masa Black perform,mak aiii memang meremang bulu roma bui..suka benar bui dengan suara Black bila dia bawak lagu tu..lagu2 lain tak pulak macam tu..hihihi




konpiden habis bui masa tu yang confem Black akan dapat vokal terbaik,tapi bila Hafiz bawak lagu Ku Akui terus keyakinan bui jatuh merudum sebab suara power Hafiz buatkan bui terkesima seketika (terkesima la sangat kan..hahaha)


dalam hati memang dah sangka memang Hafiz yang akan sekali lagi menjulang piala Vokal Terbaik tapi jauh di sudut hati bui nak Black menang..dan telah termaktub bahawa rezeki Hafiz so dialah yang menang..lagipun suara dia memang tak dapat dipertikaikan kehebatannya..kan..kan


nasib baiklah Black dapat jugak hadiah untuk persembahan terbaik..jadilah daripada tak dapat apa2 kan..hiksss..taklah bui frust menonggeng sangat


apa2pun tahniah kepada Yuna sebab lagu Terukir Di Bintang telah di julang sebagai Juara Lagu Ke 27..cayalah Aizat..mayb misai bawak tuah kot..hihihi



dan berikut senarai penuh keputusan AJL Ke 27


JUARA - TERUKIR DI BINTANG oleh YUNA
NAIB JUARA - IDOLA oleh AZLAN & THE TYPEWRITER
TEMPAT KE 3 - KU AKUI oleh HAFIZ
VOKAL TERBAIK - HAFIZ
PERSEMBAHAN TERBAIK - TEMAN PENGGANTI oleh BLACK & RJ


NOTA BUI :
nasib baik Shila Wa Pu Se Tau tak menang..hehe..eh,eh ada yang minat dia ker?


Take Care..♥..

Friday, January 4, 2013

Anugerah Juara Lagu Ke 27

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


setelah kebizian bagai kan menteri,akhirnya bui baru dapat buat entry baru malam ni..sadis sungguh bila menjadi seorang wanita yang berkerjaya dan berkeluarga ni..ke hulu ke hilir macam tak cukup waktu jer..dengan kerja kat sekolah,dengan anak2 yang dah mula bersekolah,dengan kerja2 kat rumah lagi..uhuksss..'kepak' sungguh rasanya..korang yang sama seperti bui fahamlah macam mana situasinya kan..




tapi dalam kebizian yang amat,bui tak lupa pada AJL KE 27 yang akan berlangsung pada 6.1.2013 iaitu pada hari ahad ni..mana boleh lupa beb,penyanyi kesayangan bui ikut bertanding..kalau untuk AJL KE 26 bui dengan terernya telah dapat meneka siapa yang menang tapi tahun ni bui x berani nak meramalkan siapa yang akan menjulang piala AJL ke 27 sebab saingan semua hebat2..



walaupun bui peminat Hafiz tapi dalam hati bui ni kuat mengatakan bahawa lagu TEMAN PENGGANTI akan menjadi juara..suara Black power habis,sampai meremang bulu ketiak...ooopsss,bukan bulu ketiak,bulu roma..hahaha..goose bump kata omputeh..lagu tu bukan setakat penyanyi nya bersuara power tapi lirik lagu nya best sangat..


LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI

Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

dan ini merupakan barisan finalis AJL ke 27..
sama2 kita tonton nanti yer


Idola - Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan

Pelangi Senja - Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

Anak Kampung Jimmy Palikat & One Nation Emcee
Komposer : Jimmy Palikat
Penulis Lirik : Jimmy Palikat

Terukir Di Bintang - Yuna
Komposer : Yuna
Penulis Lirik : Yuna

Ombak Rindu - Adira & Hafiz
Komposer : Nurzaidi Rahman
Penulis Lirik : Nurzaidi Rahman

Tanpamu - Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Penulis Lirik : Amir Jahari

Lagu - Bedroom Sanctuary
Komposer : Bo Amir Iqram
Penulis Lirik : Bo AMir Iqram

Teman Pengganti - Black & Malique
Komposer : Malique
Penulis Lirik : Malique

Ku Akui - Hafiz
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

Simetri - Hazama & Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Firdaus

Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

Patah Seribu - Shila Amzah
Komposer : Shila Amzah
Penulis Lirik : Shila Amzah


NOTA BUI
sekali lagi entry panjang berjela2..hihi..harap sabar membacanya


Take Care..♥..

Sunday, January 29, 2012

Lagu Yang Menjadi Juara AJL Ke 26

ngeee..ini hanya tekaan antara bui dan hubby jer..saja main2..gurau2 laki bini..hehe

korang pun mesti ada tekaan sendiri kan..mesti ada antara 12 lagu ni yang korang rasa akan menjadi juara
1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
2. Karma oleh Faizal Tahir
3. Penakut oleh Yuna
4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
5. Gadis Semasa oleh Yuna
6. Awan Nano oleh Hafiz
7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif
8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol
11. Sungai Lui oleh Aizat
12. Kisah Hati oleh Alyah

bagi bui pulak..bui pilih AWAN NANO oleh HAFIZ..bui pilih lagu ni bukanlah sebab Hafiz tu orang Sarawak macam bui tapi sebab lagu tu memang best apa..cuba korang hayati lirik lagu Awan Nano ni..memang ohsem..
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan..Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya..Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

dan tekaan hubby bui pulak BERIBU SESALAN oleh NING,SHEILA,JACKLYN

keputusan nya kita tengok sama2 dalam 2 jam lepas ni nanti..

ok,dah nak siap sedia depan tv ni...*_*

UPDATE...

yesssssssssssssssss.....dan alhamdulillah,lagu yang bui jangka menang akhirnya telah menjadi Lagu Terbaik AJL ke 26....seronok sangat..*_*

tahniah Hafiz sebab telah menjadikan Awan Nano juara lagu yang ke 26..dan tahniah jugak sebab menang Vokal Terbaik...u deserve it bebeh..*_*

Monday, December 5, 2011

Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 26

antara 30 buah lagu yang dipertaruhkan pada peringkat separuh akhir hanya 12 buah lagu yang telah terpilih dan layak untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu pada 29 Januari 2012 nanti..

senarai 30 buah lagu yang dipertandingkan pada peringkat separuh akhir :-

1. Sungai Lui oleh Aizat
2. Janji oleh Akim
3. Awan Nano oleh Hafiz
4. Menyesal oleh Sixth Sense
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr
6. Kisah Hati oleh Alyah
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok
8. Babak Pertama oleh Drama
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat
10. Ilusi oleh Adira
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah
14. Muda oleh Hujan
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan
17. Luar Biasa oleh Shahir
18. Karma oleh Faizal Tahir
19. Mata Hati oleh Nubhan
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque
21. Gadis Semasa oleh Yuna
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense
23. Penakut oleh Yuna
24. Kisah Dongeng oleh Stacy
25. Aku Permata oleh Salma
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
27. Di Penghujungnya oleh Iqa
28. Cinta Teragung oleh Hazama
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif
30. Bila Bertemumu oleh Shiha

dan ini pulak SENARAI 12 LAGU yang terpilih ke final 
1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet 
2. Karma oleh Faizal Tahir 
3. Penakut oleh Yuna
4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
5. Gadis Semasa oleh Yuna
6. Awan Nano oleh Hafiz 
7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif
8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol
11. Sungai Lui oleh Aizat
12. Kisah Hati oleh Alyah

banyak2 lagu diatas bui suka 5 lagu ni
KARMA
AWAN NANO
BERIBU SESALAN
SUNGAI LUI
KISAH HATI

harap2 ada antara lagu yang bui suka ni akan menjadi juara nanti..amin..

psstt:
semalam bui ke Serikin
nak tahu bui beli apa..??
bui beli bantal 'CINTA'
ngeee..