skima kan bunyi tajuk..tapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang..apa yang berlaku..???meh bui story..
siapa yang tak tahu bui ni adalah seorang PPM Pendidikan Khas (Pembantu Pengurusan Murid)..siapa rajin sila search dekat internet..apakah bidang tugas seorang PPM ni (kalau rajinlah..*_*)
apa yang boleh bui bagi tau secara ringkas nya kami sebagai PPM ni membantu para guru dalam kelas..nantilah kalau bui ingat,bui akan bagitau secara detail apa bidang tugas kami..manalah tau boleh jadi sumber rujukan yang nak g interview nanti
sebab apa,bui dulu pun sebelum pergi interview sangat gigih mencari maklumat tentang jawatan ini di internet..almaklum kalau ditanya bolehlah menjawab nanti..dan alhamdulillah,berkat kegigihan bui,bui diterima bekerja..cehhh..syukur Ya Allah..*__*
tahun lepas student dalam kelas hanya 4 orang..2 orang ada masalah pembelajaran,1 orang sindrom down dan seorang tu autisme..perangai dia orang sangat ok..bila di tegur tidak melawan dan kalau disuruh tak banyak soal..
jadi tahun lepas bui agak rilek jugaklah..sebab tu kalau korang perasan bui boleh online masa kelas (masa kelas adalah dalam pukul 7 hingga 1 petang)..lepas waktu tu bui boleh buat kerja sendiri..masa balik adalah pukul 4 petang..
tapi..tapi..tahun ini pelajar bertambah 6 orang menjadikan kesemuanya 10 orang..memang meriah kelas dengan karenah mereka dan yang pening nya..perangai budak2 baru ni memang sangat tidak dapat dikawal
satu perangai mereka ni yang bui tak suka..dia orang suka sangat ganggu kawan yang lain..yang kawannya bila diganggu,mulalah menangis..terpaksa jugak bui jadi tukang pujuk..(sebab ini antara tugasan bui)
oh ya cikgu dalam kelas pendidikan khas ini ada 2 orang..seorang lelaki dan seorang perempuan..yang kami perempuan ni memang budak2 tak takut langsung..kalau cikgu lelaki tu tegur baru dia orang nak diam
cikgu yang 2 orang ni pun cakap tahun ini sangat mencabar dengan perangai budak2 baru..tapi kan antara yang 6 orang budak baru tu,ada seorang yang sangat kritikal keadaannya (kritikal dari segi pengurusan diri)..
korang bayangkan nak kencing pun bui terpaksa bukakkan seluar..16 tahun umur dia,badan pun besar dari bui..nasib baik dia perempuan..kalau lelaki..tak taulah macam mana..tawakal sahajalah..
inilah antara cabaran yang terpaksa bui hadapi tahun ni..sebab tu 'apa pun yang berlaku..hadapi dengan senyuman'
dah habis kerja,baru boleh update blog..huhu