Thursday, February 2, 2012

Apa Pun Yang Berlaku..Hadapi Dengan Senyuman


skima kan bunyi tajuk..tapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang..apa yang berlaku..???meh bui story..

siapa yang tak tahu bui ni adalah seorang PPM Pendidikan Khas (Pembantu Pengurusan Murid)..siapa rajin sila search dekat internet..apakah bidang tugas seorang PPM ni (kalau rajinlah..*_*)

apa yang boleh bui bagi tau secara ringkas nya kami sebagai PPM ni membantu para guru dalam kelas..nantilah kalau bui ingat,bui akan bagitau secara detail apa bidang tugas kami..manalah tau boleh jadi sumber rujukan yang nak g interview nanti

sebab apa,bui dulu pun sebelum pergi interview sangat gigih mencari maklumat tentang jawatan ini di internet..almaklum kalau ditanya bolehlah menjawab nanti..dan alhamdulillah,berkat kegigihan bui,bui diterima bekerja..cehhh..syukur Ya Allah..*__*

ok..dipendekkan cerita..

tahun lepas student dalam kelas hanya 4 orang..2 orang ada masalah pembelajaran,1 orang sindrom down dan seorang tu autisme..perangai dia orang sangat ok..bila di tegur tidak melawan dan kalau disuruh tak banyak soal..

jadi tahun lepas bui agak rilek jugaklah..sebab tu kalau korang perasan bui boleh online masa kelas (masa kelas adalah dalam pukul 7 hingga 1 petang)..lepas waktu tu bui boleh buat kerja sendiri..masa balik adalah pukul 4 petang..

tapi..tapi..tahun ini pelajar bertambah 6 orang menjadikan kesemuanya 10 orang..memang meriah kelas dengan karenah mereka dan yang pening nya..perangai budak2 baru ni memang sangat tidak dapat dikawal

satu perangai mereka ni yang bui tak suka..dia orang suka sangat ganggu kawan yang lain..yang kawannya bila diganggu,mulalah menangis..terpaksa jugak bui jadi tukang pujuk..(sebab ini antara tugasan bui)

oh ya cikgu dalam kelas pendidikan khas ini ada 2 orang..seorang lelaki dan seorang perempuan..yang kami perempuan ni memang budak2 tak takut langsung..kalau cikgu lelaki tu tegur baru dia orang nak diam

cikgu yang 2 orang ni pun cakap tahun ini sangat mencabar dengan perangai budak2 baru..tapi kan antara yang 6 orang budak baru tu,ada seorang yang sangat kritikal keadaannya (kritikal dari segi pengurusan diri)..

korang bayangkan nak kencing pun bui terpaksa bukakkan seluar..16 tahun umur dia,badan pun besar dari bui..nasib baik dia perempuan..kalau lelaki..tak taulah macam mana..tawakal sahajalah..

inilah antara cabaran yang terpaksa bui hadapi tahun ni..sebab tu 'apa pun yang berlaku..hadapi dengan senyuman'

dah habis kerja,baru boleh update blog..huhu

12 comments:

Cikrosecute said...

Kerja cam gitu kena banyak sabar bui...hehehe kalau Cik Rose...entahlah....

Unknown said...

kesian juak nangga org2 yg kurang keupayaan tok especially budak2.. kdg2 rasa nak nangis jak.. =')

kasihredha said...

keep smiling Bui
setuju dgn bui :)

Nisa Greennnpanda said...

wah..cabaran nie..
yup3..hadapi ngan snyuman ye kak bui.. ^_^

AmirFX said...

Mencabar ada jk kerja ktk.. Semoga semuanya dipermudahkan.. InsyaAllah..

Reena Sidek said...

keja ktk tok kak...
nang perlu byk bersaba...

ni tauk dgn senyuman ktk...
daknya lembut ati ngekot kata ktk...

ajumohit said...

Mmg besar cabarannya tu bui, insya Allah pahalanya juga berganda, Bangga dengan bui mendidik anak2 ini, semoga bui kuat smgt ye

Anonymous said...

ape boleh buat...kena la senyum je ;)

So Shy Lady (SSL) said...

sgt mncabar ttp sungguh murni tugas tu. msti bui rapat dgn parents diorang kan? hrp2 parent dorang t.crewet. kalu akak, seriyes t.mampu....

IntaNBerliaN said...

cabaran ni.. n mmg kene hadapinya dgn senyumanlah.. :-)

LadyBird said...

kak bui.. kalau yg lelaki, xde ke pembantu lelaki? xkan kene perempuan jugak..

mesti kak bui seorang yg pandai memujuk kan?

kwn lady ade sorg die mengajar budak2 berkeperluan khas.. mrk kata seronok.. xde stress megajar.. tp kene jaga depa lah..

Insya-Allah akan dibantu atas semua urusan kak Bui.. ameennn...

Unknown said...

@LadyBird
SETAKAT NI PPM KAK BUI SORANG JER..STUDENT LELAKI ADER 6 ORG..KALAU ADER MASALAH,MMG CIKGU LELAKI TU TOLONG SETELKAN...

BERTUAHNYA KAWAN LADY TU TAK RASA STRESS..MAYB STUDENT2 DIA TAK BERMASALAH SANGAT KOT..HEHE

TERIMA KASIH ATAS DOA KORANG EA..*__*