Friday, February 24, 2012

CERITA TENTANG BERBEKAM

apa khabar korang..fuhhh,dah 2 hari bui tak hupdate blog..mesti korang rindukan..hahaha..(perasan lebih)..tapi bui rindu dengan korang taww,cuma keterbatasan masa menghalang bui dari blogwalking..(leh terima ker alasan gini..huhu)


ok,ok..bui ader berhutang dengan korang semua kan..bukan berhutang duitlah yer..berhutang cerita..kan bui dah janji bui nak ceritakan pasal berbekam hari tu..so,meh duduk rapat2..baca sampai habis ok..*__*


alkisahnya...
petang selasa lepas (21/2/2012) dua orang hamba Allah telah datang ke rumah bui..seorang lelaki dan seorang perempuan..dia orang ni suami isteri yer..yang lelaki tu bekamkan hubby bui..yang perempuan pulak bekamkan bui..


ok,rawatan nya bermula macam ni..bahagian belakang kita tu,dia tekapkan cawan bekam then sedut guna pistol angin..kalau guna 15 cawan,15 cawan lah akan di tekap kan..macam bui,dekat belakang badan ada 15 cawan..1 cawan di bahagian kepala..kalau buat dekat bahagian kepala,rambut kena cukur..tapi bukan cukur semua..cuma bahagian yang nak dibekamkan sahaja akan dicukur


ok,itu part 1..lepas tu kan,cawan tu akan dibukak satu persatu..then tempat yang di tekap tadi akan di hiris memggunakan mata gillette..mula2 bui ingatkan dia cucuk guna jarum..tapi rupanya tidak..dia toreh tidaklah terlalu dalam yer,toreh nipis2 jer


lepas dia toreh tu,bui disuruh baca alfatihah 1x dan selawat ke atas nabi 3x dan berniat yang kita buat bekam ni nak buangkan penyakit dalam badan..dah selesai bacaan tadi,barulah dia tekapkan sekali lagi cawan bekam tu dan sedut guna pistol angin..masa inilah baru darah2 kotor dan air akan keluar


proses ni berulang sampailah 16 cawan tu selesai..dan selesai toreh,tekapkan cawan..bui kena tunggu sekitar 20 minit macam tu untuk darah2 kotor tu keluar..bila dah cukup masa.barulah dia bukak cawan tu satu persatu dan kumpulkan darah kotor tu dalam satu bekas..darah tu pulak kita buang dalam mangkuk tandas sekali dengan darah hubby bui


kalau nak tau darah hubby 3x ganda lebih dari darah bui..dia orang memang ader cakap kalau antara lelaki dengan perempuan darah lelaki lebih banyak..sebab kita perempuan ni kan ader buang darah kotor tiap2 bulan..*__*


ada yang tanya sakit atau tidak kan..?


secara jujur dan ikhlas ni rawatan bekam ni tidaklah begitu menyakitkan,cuma selepas rawatan kita akan rasa kesannya..lain orang mayb lain kesannya yer..tapi lepas berbekam ni belakang badan akan rasa pedih2..tidur malam tu pun agak sakit..


hubby bui sebab buat banyak cawan dan banyak darah yang keluar..dia boleh pitam sekejap dan muntah2..bui pulak alami lenguh2 badan..tapi lepas sehari,badan terasa ringan..nafsu makan pun bertambah...hihi


sekarang kita layan pulak gambar2..tapi ini gambar2 hubby bui jer..gambar bui tak bolehlah letak dalam blog..faham2 jerlah yer..*__*

hubby bui buat lebih 40 cawan
darah mula keluar
darah kotor
darah pekat..macam jelikan..eiiii
bekas berbekam..sapu minyak zaitun dan ubat gatal
zoom sikit..
bulan mengambang..hik..hik..kepala bui pun lebih kurang macam ni

bila tengok bekas dekat kepala tu terasa lucu kan..hubby bui siap pakai kopiah lagi datang kerja..kawan2 dia siap panggil dia pak haji..hehe..nak buat macam mana,'bulan' tu kenalah tutup..nasib baik bui pakai tudung,kalau tidak memang tak keluar rumah lah nampaknya..hahaha...*__*


ok,cerita dah habis..babai..


16 comments:

fieda said...

nak pengsan kak fieda tgk gambr2 tu..mmg penakut sgt dgn darah...aduhh..macam sakit jer nmpk...tp untuk kesihatan tak per la kan..

Anum said...

macam sakit je tengok gambar2 nie

Masz Sidek said...

nasib ktk pakay tudung... mun kat umah jak pakay sekap... kesan bekam ya pun kmk rasa ngambik masa nak ilang... semoga ktk makin sihat lepas tok kak....

[sutera kasih] said...

bgs bebekam tok kak ohh..p sa geli ngga huhu

biela bell said...

errr..takut bell tengok darah mcam nie..takut pulak nak berbekam..huaaa

Munnafendy said...

aiyoo botak la kepala kak bui?

Azhafizah[フィザ] said...

thanks share kak bui..alahai nampak macamm menyeramkan je kak..cancel lah camni kak..adesh.=_='

ArulchelseA said...

ari tu sy buat 7 je kat blakang.tu pun sakit jugak la..banyak2 boleh..tp mahal...hehe

ciksukaberangan said...

huhu~ macam best je bekam ni. tapi tengok takut :(

AmirFX said...

Yaaahhh.. Sik mok kmk g berbekam ehh.. Boleh pisan nangga darah banyak ya..

Bui Junaidi said...

BOTAK SIKIT JER..MCM KEPALA HUBBY KAK BUI JUGAK..HIHIHI

Bui Junaidi said...

NI YANG KAK BUI TAK PUAS HATI SEBAB KAWAN CAKAP DIA BUAT MURAH JER..TP KAK BUI BUAT DGN HUBBY HARI TU MAHAL TAWW..HUHU

Bui Junaidi said...

TRY DOLOK MIR..XDA SAMPEY PISAN EH..BAK KATA ORG TUKANG BEKAM YA..LOM ADA GIK ORG PISAN MOLAH BEKAM..MUN KTK PISAN,KTKLAH ORG PERTAMA..HAHAHA

Cik Rose Cute said...

Seram tengok darah2 tue....Cik rose fobia darah...

Aishah Jahirah said...

mcm teringin pulak nk buat.....tp kat sini ntah kat mana tmpt nk buat bekam tataw la...huhuu

! Life She Alai ! said...

banyaknya darah....mesti badan lemah kan