Saturday, January 28, 2012

Apa Itu Penyakit KANSER..?



gambar di atas bui pinjam dari Google..nice kan..bui nak letak gambar orang yang kena kanser,ngeri pulak rasa..huhu..

semalam entry bui adalah mengenai fridge magnet boleh menyebabkan kanser..banyak jugak maklum balas yang diterima..almaklum fridge magnet ni memang orang suka buat koleksi..sebab cantik dan menarik..

hari ini pulak bui nak bercakap tentang penyakit kanser ni..

apa itu kanser..?sejenis tumbuhan..?binatang..?sejenis alat mainan..eh,mestilah bukan..hehe

semua tahu kanser adalah sejenis penyakit..penyakit yang sangat2 ditakuti sebab boleh membawa maut..

tapi ramaikah yang tahu apa sebenar2 nya penyakit KANSER itu..

jom kita baca artikel ini untuk lebih mengenali apa itu kanser
KANSER
Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kita telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kita. Untuk mengelakkan darah kita menjadi asid kita perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.
PENGETAHUAN AM
Gigi manusia menunjukkan bahawa kita sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging. Kitab Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kita perlu makan sedikit daging sahaja.
PENYEBAB KANSER
Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Satu sedutan rokok adalah 600 kali lebih merbahaya daripada menghidu asap daripada kenderaan awam
MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :
a) Makanan yang di BBQ
b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.
c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi .
d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate.
Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai .
e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )
g) Makanan yang berkurangan serat . 
Contoh : roti putih. Badan kita memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari .
h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati 
UBAT KANSER SEMULAJADI
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, ungu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi..tetapi oleh kerana tiada pilihan lain (lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah )

sekali lagi..suka bui nak ingatkan yer..semua yang berlaku ketentuan Allah..apa yang bui paparkan di sini sekadar buat pengetahuan bersama..manalah tahu ada point2 yang boleh digunapakai..

kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang,namun Allah jua yang menentukan segalanya..wallahualam..*_*

SELAMAT HARI SABTU SEMUA..*_*

10 comments:

Reena Sidek said...

ya rabbi kak...
makanan yg menyebabkan kanser ya...
kebanyakkan nang faveret kak...

kasihredha said...

fm boleh menyebabkan cancer ke bui??
seramnya...sebab kat rumah mmg banyak fm

LadyBird said...

salam kak bui.. lady setuju dgn artikl k.bui.. terutamanya amalan pemakanan.. makan buah-buahan dan sayuran mampu mengelakkan penyakit termasuk kanser..

[sutera kasih] said...

bagus info tok kak bui :)
thanks 4 sharing..

Eintan Nurfuzie said...

yg cik en tau...setiap orang de sel kanser yg aktif dlm badan....cume kita kena kwal pemakanan kita untuk mengelak kanser ini membiak dengan cepat...

Azhafizah MN said...

prevent better than secure kan kak..phew~alhamdulillah fiza jenis suka makan sayur..^_^

fieda said...

bui..terima kasih atas info ini..

Unknown said...

jhuhu... kena kawal pemakanan ni... =.=

Jahirah said...

tengah mengelak makan makanan yg dah diproses...kdg2 teringin belasah je jugak tp...hehee
mintalah dijauhkan segala penyakit...amin

Cikrosecute said...

MEMANG MENARIK INFO NIE..THANKS..