Thursday, June 30, 2011

Berhati-hati Membeli Getah Rambut

salam semua..petang ni bui nak berkongsi satu info dengan korang semua yer..ada tak yang akan ke China..?kalau ada,sila berhati2 sebelum membeli getah rambut yang dijual di tepi2 jalan kat China tu..nak tahu kenapa?tengok dulu gambar dan baca sampai habis ok..


 
 
 
 

korang dah tengok gambar?tau tak isi getah rambut tu apa?kalau nak tau,isi getah2 rambut tersebut diperbuat daripada kondom terpakai..ewww..geli kan..baca pulak artikel dibawah yer..

BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China , threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said. 'These cheap and colourful rubber bands and hair ties sell well ... threatening the health of local people,' it said.Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said. 'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just 25 fen (three cents), much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.

ntah2 kat Malaysia pun ada jual jugak kot,sebab kan Malaysia banyak mengimport barangan dari China sekarang..kalau dekat Kuching ni banyak kedai yang jual barangan made in China..murah2 derrr..^_^


pssttt : info semasa ker ni?ntah2 byk yg dh tau..huhu..takper,janji bui dah bagitau apa yang bui rasa korang patut tahu..mana tau,ada yang tidak tau..hehe..


Buat Entry Ikut Jadual

tarian untuk entry personal..boleh..?

Salam semua..dah sarapan?makan apa tadi?dah kenyang?haha,banyak  pulak soalan bui..dah..dah..entry pagi ni takder apa2 sangat sebenarnya cuma bui nak bagitau korang semua bahawa :

Bui nak kahwin..(eh,bui memang dah kahwinlah..)
Bui nak melancong..(julai nanti,tp tak taulah jadi ke tidak)
Bui nak berhenti jadi blogger..(tak mungkin..tak mungkin)
Bui nak belanja semua follower bui..(tunggu bui jadi jutawan..hihi)
Bui nak beli handphone blackberry..(dalam angan2 jer..huhu)

So..apa..?haha..sebenarnya bui nak buat satu jadual untuk buat entry2 kat dalam blog kesayangan bui ni..tak faham?..meh bui terangkan..ok,kan kita ada 7 hari dalam seminggu..jadi bui akan buat kategori entry mengikut hari..adoiii..macam mana nak terangkan ni..ok,ok..rujuk  jer jadual yang bui buat kat bawah ni..(jadual yang tak serupa jadual..hehe)
ISNIN
Pagi – entry personal (kisah bui)
Petang – entry promote follower

SELASA
Pagi – entry gosip artis
Petang – entry gurau senda

RABU
Pagi – wordless Wednesday (entry paling senang dalam dunia)
Petang – entry info semasa

KHAMIS
Pagi – entry personal (kisah bui)
Petang – entry info semasa

JUMAAT
Pagi – entry petua best
Petang – entry promote follower

SABTU – 1 ENTRY BEBAS
AHAD – 1 ENTRY BEBAS
Jadi,bila bui nak buat entry bui akan rujuk jadual yang bui buat ni..tujuan..?supaya bui lebih berdisiplin dan bui tak tercari2 entry apa yang nak di publishkan dalam blog nanti..bui bukan abang Ben yang sentiasa ada idea..fuhhh,dalam sehari 10 entry,kalau bui mesti pengsan perah otak cari idea..sebab bui sedar tahap kemampuan bui,jadi dalam sehari bui akan buat 2 entry dan hujung minggu 1 entry sahaja..kenapa 1 jer hujung minggu?sebab bui nak luangkan masa bersama anak2 dan hubby bui yang tersayang..hik2
psstt : untuk entry promote follower tu bui akan pilih follower secara rambang sahaja yer..bui buat entry promote follower sebagai tanda penghargaan kerana sudi follow blog bui yang tak seberapanya ini..dan sukacitanya bui nak ingatkan sila update profile korang supaya mudah dijejaki..sila klik SINI kalau nak tau macam mana update profile masing2 ok..
jadual ni akan berkuatkuasa hari ni 30 Jun 2011,bersamaan dengan tarikh tutup pencarian bloglist bui..sebab tu entry pagi ni entry personal..petang nanti entry info semasa,pagi esok entry petua dan petang esok bui akan promote seorang daripada follower bui..mari kita tengok siapa yang kena..^_^

Wednesday, June 29, 2011

Kenal Pasti Personaliti Mengikut Jenis Darah

salam semua..
selepas stress semalam pasal isu INI
(bui dah beli syampu macam yang syiela cadangkan..harap2 sesuai
kalau tak sesuai gak,bui nak try cadangan teynteyn ngan fiza pulak)
hari ni bui nak berkongsi info pulak dengan korang semua yer
tapi sebelum baca ni,kenalah tau dulu darah korang jenis apa kan..
kalau yang belum tau tu,tak dapatlah bui tolong..hehe
Jom kita sama2 lihat..
 A
1) Jenis Darah A
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

B
2) Jenis Darah B
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

AB
3) Jenis Darah AB
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

O
4) Jenis Darah O
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.


jadi..macam mana betul tak apa yang ditulis kat sini mengenai personaliti korang..?bagi bui pulak,hampir 100% gambaran yang diberikan mengikut jenis  darah bui adalah tepat..korang teka lah darah bui jenis apa..kalau betul bui bagi hadiah ni..hehehe…

 pssstt: bui tak pernah lagi derma darah,korang pernah..?sakit tak..?

Wordless Wednesday # 2

wordless wednesday # 1 bui,ala2 jiwang sikit..
nak tau..?klik SINI
wordless wednesday # 2 pulak,ala2 kelakar sket
korang layan lah..^_^


i feel good..^_^

Tuesday, June 28, 2011

Kotak Bulat Promote Blog

sebelum baca entry bui nak hadiahkan ni pada KB
sebab KB kan suka panda..
comelkan..macam panda kat blog KB
okeh..okeh..kembali ke tujuan utama


k,ni header Cik KB dan 
ni pulak jawapan kepada soalan2 cepu mas KB yer

bui mahu diperomot di blog KB kerana ;
>>bui nak support segmen KB
>>blog KB antara blog yang bui wajib terjah
(maknanya blog KB best taww..hehe)
>>blog KB kan femes,
(mana tau leh terkena tempias sket kefemesan itu..hihi)
>>semestinya bui nak blog bui lebih dikenali oleh rakan2 blogger yang lain
 yang benar,
bui
(promote gempak2 blog bui boleh..hehehe)

nak join jugak klik SINI

Stress Sangat-Sangat Sekarang

bui betul2 stress sekarang
sampai rasa nak botakkan kepala jer
agaknya kalau botak,baru hilang stress kot


tapi kalau botak,tak cantik
mana ada perempuan cantik kalau botak kan..?
lagipun nanti hubby bui muntah hijau tengok muka bui
dengan kepala gondol..haha
anak2 pulak,mesti konfius..
ni mak aku ker toyol..
adoiii..apa lagi nak buat ni

korang tertanya2 kenapa bui stress..?
bagus..bagus..ni bui bagitau korang yer
sebenarnya bui sangat stress sebab
kepala bui berkelulumur dan gatal2
nak dikatakan tak mandi kepala
tiap2 hari bui mandi
tapi kelulumur tak jugak hilang
syampu..mcm2 bui dah cuba
tak jugak berkesan

bui pakai tudung,bila berpeluh
mula lah rasa gatal tu datang..


stress sangat2..kenapa jadi macam ni
dulu,ok jer..stressssss...
korang ader cadangan tak nak bagi dekat bui...????

PERSONA TRADING: My First Contest

salam semua..selamat hari selasa..
semoga hari ni lebih baik dari semalam yer


k,bui telah ditag oleh Afifi untuk join contest
dan dengan bersemangatnya bui mencuba..hihi
sekali-sekala join contest apa salahnya kan
lagipun hadiah yang ditawarkan sangat menarik
(bukan ayat bodek yer..hihi)
bila join contest ni kenalah jawap soalan2
dan ini jawapan bui yer..

a) Pernahkah anda dengar dan menggunakan produk Imtiyaaz?
tidak pernah sama sekali..inilah pertama kali
b) Adakah anda menggunakan penapis air di rumah?
takder..fuhhh,mudahan menang dapat penapis air percuma..hehe 

c) Jika anda mengetahui tentang kebaikan penapis air untuk keluarga anda dan kami pula menawarkan penapis airdengan harga promosi, adakah anda berminat untuk membelinya?
jika berkemampuan,apa salahnya..

perlu tag 2 orang ni..bui nak tag sapa yer..jom kita tengok sapa yang kena..

V
V
V
V

bui tag :
Syiela

sbb bui tag Syiela & Aju sebab diaorang pun hot mama macam bui..hehe..
KLIK SINI UNTUK JOIN OK

Monday, June 27, 2011

Tahniah Kepada Jimmy Shanley

alhamdulillah dan tahniah bui ucapkan kepada Jimmy Shanley 
(mcmlah Jimmy baca blog bui kan..hihi)
di atas kelahiran anak perempuan yang sangat comel
pada hari Jumaat yang lepas..entry ketinggalan ketapi lagi ni..


biarpun melalui perkahwinan yang penuh berliku
tapi Jimmy tetap tabah melalui alam rumahtangga nya
semoga dengan kehadiran anak ni,
dapat memulihkan hubungan antara Jimmy dan isteri nya Suhailah Eliani
amin..ya rabbal alamin..

bayi perempuan yang dilahirkan di Putra,Medical Center,Sungai Buloh itu
lahir dengan berat 2.2kg dan diberi nama Zahrah Shanley..
sedih betul bui bila baca luahan hati Jimmy Shanley 
dan patutlah dia sampai mengalirkan airmata bila dapat berjumpa dengan
puteri sulungnya..huhu

p/s: otak bui bekerja keras memikirkan kenapa perkahwinan artis seperti Jimmy dan Beego yang dibina atas dasar cinta hanya mampu bertahan sebulan dua..kenapa ek..?korang ader jawapan tak?

Waktu Yang Paling Bagus Minum Air


selamat pagi isnin semua..mesti monday blues hari ni kan..biasalah tu,hehe..buat apa hujung minggu tadi..?tengok wayang,berkelah atau balik kampung?bui pulak tolong adik mengemas rumah..(sebab tu bui takder entry semalam..hehe..alasan boleh pakai tak..?) 

fuhhh..penat..dari pagi sampai ke malam kami gotong royong..buang debu,buang sawang,buang sampah,buang barang2 lama..pendek kata..semua nak buang kalau boleh..hihi..tapi tolong2 ni bukan tolong2 ajer taww..mestilah ada upah..hihihi..berapa upahnya..?ader lah..cukuplah kalau nak bayar sebulan kereta..^_^

dah,jangan melopong..hari ni bui nak berkongsi satu info..email ni bui terima dari hubby bui..bui rasa bagus kalau bui share dengan korang semua..mesti ada yang tak tau kan,kalau yang dah tau..bacalah lagi mana tau dah lupa..hehe..


Sememangnya semua sudah tahu akan kebaikan dan kepentingan minum air masak yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Tapi adakah kita semua tahu waktu bila yang sesuai dan paling baik untuk kita minum air?Air yang di maksudkan disini bukan lah air kopi, air teh atau minuman yang berperisa, tetapi yang dimaksudkan ialah air masak atau pun air kosong.Jadi, Bilakah masa yang paling bagus untuk kita minum air?

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar2 perubatan.
>> Minum dua  gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman.
>> Minum  segelas (1)  air masak-  30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan menjadikan perut lebih memberi ruang untuk kemasukan makanan.
>>Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah
>>Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR.  Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.
jadi bila dah tau ni,bolehlah amalkan minum air mengikut waktu2 yang telah dinyatakan ea..bukan apa,untuk  kesihatan kita jugak..siapa lagi nak jaga kesihatan kita kalau bukan kita sendiri kan..kalau ada banyak duit pun tapi kesihatan terganggu tak bermakna jugak..betul tak?


jadi renung2kan dan selamat beramal..hihihi..(tiru ayat Prof Izzi)

Saturday, June 25, 2011

Jom Gelihati Sama2

salam semua..selamat hari sabtu..
entry hari ni simple jer k..
hujung minggu tak nak stress2
jom sama2 gelihati dengan membaca
entry bui ni..

hihi..lucu kan..so,senyum2 selalu..

psttt..siapa menang MAHARAJA LAWAK ea..??

Friday, June 24, 2011

Saya Nak Join Bloglist Aziluzdanhidupnya

sebab segmen ni simpel jer bui pun nak join lah..hehe..lagipun dengan cara join bloglist blogger lain ni antara cara nak perkenalkan blog kita pada blogger2 lain..tol tak..?selain tu kita boleh tambah kengkawan sebab tu bui pun tengah cari bloglist untuk blog bui..sapa2 yang belum join,sudi2kanlah diri yer..tarikh tutup tak lama lagi tu..cepat2 sebelum terlambat...nak join klik SINI

ok..terus kepada tujuan utama..bui nak jawab soalan aziluz..jom baca


benda pertama yang saya terpandang bila buka blog aziluz ialah skrin putih yang tertulis hampas
pada pendapat saya aziluz ialah seorang lelaki hensem..(bukan bodek..) yang punya ramai peminat perempuan..hahaha..boleh..?
bui dah follow blog aziluz yer..k,babai..hehe
kalau ada yang join jugak klik SINI

Kasut Tumit Tinggi Punca Masalah Kesuburan

ENTRY UNTUK PARA WANITA SAHAJA.. 
(yang lelaki pun boleh baca kalau nak)

 salam semua..selamat hari jumaat
hari ni bui nak bertanya
siapa suka pakai kasut tumit tinggi..?

sila angkat tangan..
tu dia..banyak nya (padahal sorang jer..huhu)
eh..eh awak tu lelaki,apa hal angkat tangan jugak..?
hehe..gurau jer..jangan marah yer

ok2..berbalik kepada tajuk
korang baca kenyataan ni dulu k
Penggemar kasut tinggi dan runcing(stiletto),sebaiknya mengurangkan pemakaian sepatu seksi ini,Posisi tumit yang naik,menyebabkan tulang punggung condong ke depan sehingga kedudukan organ di dalamnya menjadi kurang stabil.Menurut pakar kesihatan,ia boleh menyebabkan penghadaman tidak bekerja maksimal dan pola menstruasi menjadi kurang lancar.Akhirnya kesuburan menjadi terganggu..
ha..macam mana..?jadi...
kalau tak nak kesuburan dan sistem penghadaman terjejas,
kurangkanlah pemakaian kasut tumit tinggi ni yer..
boleh pakai tapi pakailah pada masa yang sesuai 
dan bukan hampir setiap ketika

mungkin sebab ni jugak kot adik bui
lambat dapat anak..dah 3 tahun kahwin,belum lagi
menimang cahaya mata..adik bui ni memang
addict high heels..katanya feeling seksi tu best..
macam2..huhuhu..

bui dulu pun suka gak pakai high heels ni,
memang seksi jer perasaan tu kan..hihi
tapi bila selalu alami masalah sakit tulang punggung..
akhirnya bui beralah dan kini bui 
lebih selesa pakai flat shoe ataupun selipar jer..
kadang2 kalau nak melaram,barulah bui pakai..

tengss sebab baca sampai habis..(",)
sorry semalam takder entry..anak bui demam
kalau dia demam,manja semacam..huhu..

Wednesday, June 22, 2011

Lelaki Muda Kurang Matang

bui nak bercerita ni..baca yer

dulu masa tempat kerja lama bui ada seorang kawan..pompuan..cantik taw..k,bui nama kan dia sebagai Fay (bukan nama sebenarFay ni muda lagi umur nya dan masih single n available..kita orang dah lama tak jumpa,kira lost contact lah..baru tahun ni dalam bulan Jan kita orang bertemu semula tapi itupun melalui facebook saja..tengs FB..hehe




sebab dah lama tak jumpa bui skodeng2lah fb Fay,nak tahu jugak perkembangan terbaru dia sekarang rupanya dia dah merantau jauh ke Singapura cari rezeki,tak lupa bui terjah2 album2 dia tengok gambar2 terbaru..fuhhh..semakin seksi Fay sekarang..tapi,bui tak hairan sebab Fay memang seksi dari dulu lagipun Fay bukan orang islam,apa nak bising2 kan…


dalam terjah2 album gambar dia bui  ada terjumpa gambar2 mesra dia bersama beberapa orang lelaki dan lelaki2 itu agak berusia dari dia..dan bui tak terkejut pun sebab taste Fay ni memang pada lelaki2 yang berusia


Fay pernah cakap dengan bui,dia tak suka lelaki yang muda atau sebaya sebab bagi Fay lelaki yang muda atau sebaya dengan dia,TIDAK MATANG


kata Fay lagi, lelaki berusia ni terutamanya duda banyak pengalaman dan matang lagipun  lelaki berusia ni selalunya sudah punya kehidupan dan stabil dari segi kewangan,emosi dan taraf hidup.


bui tak pasti bab ni sebab sepanjang zaman percintaan bui..cewah..bui tak pernah bercinta dengan lelaki yang lebih tua dari bui kalau tak muda mesti sebaya..hubby bui pun sebaya dengan bui..jadi bui tak tahu nak buat perbandingan


 


tapi memang betul kata Fay kot sebab kalau tak betul takkan lah Datuk Siti pilih Datuk K dan Emi pilih Salih Yaacob..wallahualam..


Wordless Wednesday # 1


hehe..layan..(",)

Tuesday, June 21, 2011

Harrazdani Ajak Masuk Bloglist

bui baru tahu yang Harrazdani ajak masuk bloglist
memang ketinggalan ketapi betul lah
bui memang dah lama follow blog dia
dan bui suka baca entry blog Harrazdani ni
cuma agak jarang mengomen..maafkan hamba..
tambahan anak nya comel gilerrr...apa kaitan,bui pun x tau..hehe
tak caya,tengok gambar ni..comelkan


k,ni bui senaraikan tiga sebab pentingnya bloglist yer..
  1. dengan adanya bloglist,kita x ketinggalan entri terbaru dari rakan subahat blogger
  2. senang jugak nak buat blogwalking,takyah bukak dashboard
  3. menampakkan yang kita ni ada kawan dalam blog..hehe
kalau korang nak join jugak sila klik SINI
harap2 permohonan bui ni diterima..huhu..
Harrazdani pulak,tak nak ker join bloglist bui..?
takyah susah2,just tinggalkan komen kat entri jer..

Bui Nak Review Follower Bertuah

salam semua
hari tu bui ader buat review untuk follower bertuah bui yang ke-100
iaitu Yang Qistina dari Cheeky Bundle..klik SINI
siap bagi hadiah lagi taww..hehe..hadiah tu takyah ler bagitau
yang pasti hadiah tu cantik dan menawan..ye ker..?

kali ni bui nak review follower bertuah lagi
follower yang bertuah tu adalah..jeng..jeng..jeng..

V
V
V
V

comelkan header Kak Rin


nama dier pun ala2 nama glem bui jugak kan..hehe..
kak rin ni follower bui yang ke-479..
sebab apa bui pilih 479..?
sebab nya tu nombor pekerja hubby bui
masa kerja kat kilang KOMAG dulu..

 lepas ni bui nak carik follower yang ke-1022 lagi
(lama lagi tu..huhu)
sebab 1022 tu pulak nombor pekerja bui masa kerja kilang yang sama
kalau nak tahu bui dan hubby bertemu jodoh kat kilang KOMAG ni tawww..
tapi,sekarang kilang tu dah tinggal kenangan
sebab dah tukar nama jadi WESTERN DIGITAL


lepas tu sekarang dah tukar lagi jadi HITACHI


banyak sungguh kenangan dan pengalaman bui 
sepanjang 11 tahun bekerja disitu
dan dengan kenangan2 dan pengalaman itulah telah mendewasakan bui
dan menjadikan bui lebih matang dalam kehidupan..
sekarang bui dan hubby masing2 dah bekerja dalam sektor awam
tapi still ingat susah dan senang masa kerja kilang ni..
pesanan bui kepada semua,janganlah memandang rendah
kepada pekerja2 kilang ni ok sebab mereka ni lah yang byk menyumbang
kepada ekonomi negara tawww...
melalut pulak dah cerita bui ni..hehe..
kepada Kak Rin,terima kasih sudi follow blog bui yer
kali ni bui takder hadiah..bajet kurang..huhu..
tapi bui balas budi baik Kak Rin dengan follow blog Kak Rin balik
then bui letak banner Kak Rin dalam blog bui k..

so,kepada mummy2,jomlah terjah blog Kak Rin,dier ader jual Diaper utk baby

Monday, June 20, 2011

Takkan Nak Lepaskan Peluang Baik Ni..

wah..berita baik untuk para2 sakura bloggers ni

sila baca ni dulu ok..
RM22.50 instead of RM75 for Basic Web Hosting OR RM43.50 instead of RM145 for Intermediate Web Hosting from Inside The Box Web Services, Bukit Damansara.

Grab your creative skills because you are about to build yourself a name!


Wonder how these bloggers do it? Well, this is your very first step: your own domain! They will guide you through, helping you to build your own website. And hopefully it will soon be stumbled upon!
sayangnya bui duduk Kuching,kalau bui duduk dekat KL,bui pun nak pergi ni..huhuhu
kalau korang yang duduk berdekatan then lepaskan peluang ni,tak tahulah bui nak cakap apa..
rugiiiii woooo...

nak tahu lebih lanjut..klik SINI

Kisah Hujung Minggu

salam isnin semua..
monday blues..?hehe,biasalah tu
fuhh..bizi hujung minggu ni tadi
sabtu ader sambutan hari guru kat sekolah
walaupun bui bukan guru
tapi wajib datang jugak..huhuhu

balik dari sekolah,bui dah penat sangat2
apa lagi charging sampai pukul 6..hehe
telefon berdering2 pun En.Mart (hubby) yang
tolong jawabkan..bui tak larat..letih sangat2..

lepas charging (tidur) barulah bui rasa segar dan bersemangat sikit
aktiviti seterusnya..balik kampung,sebab bapak dah beberapa kali
kol,ajak makan2..makan free,sapa tak nak kan..?
laju jer bui pergi..hehe..anak2 apa lagi seronok dapat jumpa
nenek dan sepupu..

ahad pulak,aktiviti mengemas rumah
fuhhh..debu kalau di timbang mau 5 kg
huhu..sampai ke petang bui dan hubby bertungkus lumus
membersihkan rumah..dan hasilnya..fuyooo..hihi..
mestilah bersihkan...

semalam hari bapa kan..bui tak sambut pun
sebab bagi bui tiap2 minggu hari bapa
kerana tiap2 minggu bapa mesti suruh balik kampung
tiap2 minggu bapa ajak makan
mak pulak akan masak makanan kegemaran bui dan suami
iaitu masak ikan asam pedas..fuhhh..bertambah2 nasi

itulah bapa bui,walaupun dia jarang menyatakan perasaan
sayang nya pada kami, tapi dari segi tindakan dan perbuatan
kami tahu yang bapa sayangkan kami semua..
dan bui pun sayangkan bapa bui sangat2..
banyak pengorbanan yang telah bapa lakukan dari dulu
sampailah sekarang..jasa bapa memang tak dapat dibalas..

jadi,hargailah bapa selagi hayatnya masih ada
setiap kali bapa meminta bantuan,cubalah sedaya upaya membantunya
kerana setiap kali kita meminta bantuan nya,bapa tidak pernah menghampakan kita
selalulah melawat bapa,kerana dengan melihat wajah kita sahaja
bapa sudah gembira dan rasa dihargai oleh anak2 nya..
SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA DIDALAM DUNIA INI.

kepada bapa ku JUNAIDI BIN MUSA,anakmu sentiasa menyayangimu..

korang teka lah mana satu bapa bui..hehe

Sunday, June 19, 2011

Sedih + Frust

entry ni dibuat sekadar melepaskan rasa hati
tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati


bui sedih + frust sebab kawan bui pasangan WAN dah terkeluar
dari rancangan Mari Menari..huhu
tu jer..tapi takper takder rezeki nak buat macam mana kan
lagipun saingan malam ni bui tak nafikan 
memang hebat2 belaka..

entry singkat jer ni..bui nak nangis puas2..sob..sob..sob..

Tiada Lagi 'Pak Uda' Di Dunia Ini


Salam Takziah..bui doakan roh Pak Uda ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman..Amin..
Al Fatihah
Pak Uda meninggal di IJN
Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.
sesungguhnya mati adalah pasti,janji kepada Allah wajib ditepati..
sumber : Pena Ku Sisip Blog

Saturday, June 18, 2011

Gambar Datuk Siti Berbaju Askar

oleh kerana aku ni kakak (perasan)peminat Datuk Siti Nurhaliza,bila tengok jer gambar dier pakai baju soja (askar) aku pun rasa nak masuk soja jugaklah..hehe..korang tengoklah betapa kiut nya Datuk Siti pakai baju celoreng2 ni..kalaulah Datuk Siti ni pergi berperang entah2 pihak lawan terus menyerah kalah kot gara2 tengok askar yang kiut macam ni..hehe..

 
 
 
 

kiut kan..Shaheizy Sham pun ader jugaklah..hensem nya ko derrrr...gatai sekejap..

catitan Bui : 
baru tahu yang suara latar lagu Karma 
nyanyian Faizal Tahir adalah suara Datuk Siti..
patutlah awesome...

Friday, June 17, 2011

Adakah Ini Buffered Earning Dari Nuffnang..?

salam semua
nak tanya sapa2 yang arif pasal Nuffnang
tolong jelaskan kepada bui
apa maksud gambar ini..?
bui ambil dari akaun Nuffnang bui..


bukan nak menunjuk ok,cuma bui sangat konfius
antara pendapatan yang orang klik dengan buffered earnings..

catitan bui : ape2 pun syukur sangat2 sebab dh ada pendapatan dari Nuffnang..
tengkiuu laling..hehe

Tuesday, June 14, 2011

Ben Ashaari : 5 Blog Pilihan Hati

first time aku join segmen dari Ben Ashaari ni
teruja,sangat teruja..teruja lagi..x habis2..

k,sebab aku buat entry ni last minit
aku buat simpel2 jer k

blog2 kat aku senaraikan ni aku memang suka masuk
dan baca entry dia orang..sangat layan taww..
jom kita lihat

entry yang dier buat memang sgt2 sempoi dan best

macam2 info boleh dapat kat sini

pelajar Malaysia yang belajar di Jerman,dan mempunyai koleksi gmbr2 yang awesome

pelajar dari tanah kelahiran aku ni sedang belajar di Egypt,entry yg dibuat best2

seorang doktor yang sangat pandai buat doodle..

sebenarnya banyak blog yang aku suka baca tapi yang aku senaraikan ni aku memang suka tahap gaban bila baca entry dia orang..kalau korang tak percaya,ce skodeng..kompom tak menyesal punya..(",)

Tak Sabar Tunggu Rancangan Mari Menari


sangat2 teruja ni
tak lama lagi rancangan realiti Mari Menari
akan bersiaran di Astro Ria 
dan sangat..sangat..sangat teruja
bila dapat berita seorang kawan
dapat menyertai rancangan ini

tapi aku x hairan dia dapat masuk sebab dia ni
memang penari di Jabatan Kebudayaan
suruh jer menari tarian apa semua dia pandai
dan aku paling suka bila dier menari
tarian india..pehhh..mantap..

aku akan bagi sokongan padu kat dia
oh ya,kapel nya pulak adalah adik sendiri
dier belum kawen lagi taww
masih bujang trang tang tang..hehe

jadi,sesiapa yang minat rancangan Mari Menari ni
jomlah kita sama2 tunggu
Tirai Mari Menari pada 17 Jun 2011 pukul 9 malam
di Astro Ria

aku akan support ko WAN!!!
esserey monz...
ader 2 pasangan dari Sarawak,satu lagi pasangan anak beranak..
cayalah orang Sarawak..(muka berdengah jap..hehe)
ni gambar yang aku culik dari fesbuk dier
dh minta kebenaran okeh..hehe

hensem ni,ader yang berkenan..?hehe

Monday, June 13, 2011

Saya Nak Minta Tolong Ni..TOLONG!!!

pehhhh..tajuk macam gempak,hihi..
tapi aku series tahap gaban nih..
nak mintak tolong sangat2 kepada korang 
yang telah mensudikan diri(ayat peliks..)
follow blog adik akak Bui ni..(",)

bukan apa aku taknak diselubungi misteri rasa bersalah
bila korang follow blog aku then aku tak follow balik
sebab bagi aku,bila orang dah follow
aku akan appreciate orang tu dengan memfollow blog
dia balik..'what u give,u get back'..

tapi yang aku rasa nak jerit TOLONG!!!
ni sebab ader yang follow tapi tak tinggalkan 
jejak..bila bukak profile,takder link pulak..
periksa dekat shoutbox,pun takder kesan tapak sulaiman kaki

jadi macam mana aku nak follow balik
huhu..jangan lah bagi aku rasa bersalah yer
so,please lah..plissssssssssss..tinggalkan jejak untuk 
memudahkan aku follow korang balik nanti..

korang tak taww..???aihhh..
k,ni just nak bagi taww saper yang tak taww k
yang dh taww tu,tak yah ambil tahu..hehehe

mula2 korang pergi DASHBOARD
pastu klik edit profile
pastikan korang tick dekat ruangan share my profile
korang pergi dekat show my blogs
korang klik kat situ blog yang korang nak display 
dah klik,sila SAVE SETTINGS..

rujuk gambar ni,senang cerita..

bila dah settings ni,secara otomatik
link blog korang akan muncul dekat profile masing2..
tak caya,cubalah sekarang..(",)

k,ni pulak contoh yang ader link dengan takder link



jadi bertindak sebelum terlambat..(",)

Sunday, June 12, 2011

Wajah2 Bakal Juara Akademi Fantasia 9

 Hazama Ahmad Azmi
28 November 1984 - 27 tahun

Lenaber Haidir
16 Julai 1990 - 20 tahun


 Mohamad Azri Abdullah
13 April 1987 - 23 tahun


 Nur Syafinaz Jebat
18 tahun

aku tak follow sangat AF9 ni pada mulanya tapi dh dekat2 nak final baru aku layanlah jugak..bukan apa,dah agak 'dewasa' ni malas pulak nak layan rancangan2 remaja macam ni..huhu..tapi aku memang peminat AF dari AF1 lagi..

tapi AF yang paling aku suka masa AF3,masa Mawi..sanggup aku pergi KL masa tu semata2 nak tengok konsert yang dekat Putrajaya..alah masa Mawi bawak lagu beautifool Beautiful Maria..tapi aku bukan lah peminat Mawi sebenarnya..peserta yang paling aku minat Hafiz AF7,sebab Hafiz orang Sarawak kot..hehe.

dan untuk AF9 ni aku rasa yang layak dapat no1 Hazama,no 2 Lena,no 3 Azri dan no oncet(last) Fina..tapi ini sekadar tekaan aku saja..tak tau pulak orang lain lah ea..harap2 malam ni tekaan aku betul..amin..hihi..

Friday, June 10, 2011

Button Follower Hilang Lagi

sakit hati betul hari ni
dari pagi sampai sekarang
button follower aku hilang
aku pergi jugak blog orang lain
ada yang ada,ada yang takder
apa masalah nya ni..???

takder mood nak buat BW
takder mood nak update blog
(mcm lah aku rajin sgt update blog..hehe)

k,lah..entri aku petang ni
sekadar nak meluahkan rasa hati
chow..chin..chaw..