Al Fatihah
Pak Uda meninggal di IJN
Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.
sesungguhnya mati adalah pasti,janji kepada Allah wajib ditepati..
sumber : Pena Ku Sisip Blog
4 comments:
susah nak mencari ganti... apapun yang hidup pasti akan pergi.. al-fatihah moga rohnya tenang di sana...
jemput
Pakai telekung
permergian arwah memg buat ramai yg tersa.. org lame lam industri filem kan
yang hidup pasti mati kan..sama2 kita doakan roh beliau ditempatkan dlm golongan mereka yg d redhai Allah..amin..
innalillahi wainnalillahi rajiun~~
Post a Comment