Monday, June 27, 2011

Waktu Yang Paling Bagus Minum Air


selamat pagi isnin semua..mesti monday blues hari ni kan..biasalah tu,hehe..buat apa hujung minggu tadi..?tengok wayang,berkelah atau balik kampung?bui pulak tolong adik mengemas rumah..(sebab tu bui takder entry semalam..hehe..alasan boleh pakai tak..?) 

fuhhh..penat..dari pagi sampai ke malam kami gotong royong..buang debu,buang sawang,buang sampah,buang barang2 lama..pendek kata..semua nak buang kalau boleh..hihi..tapi tolong2 ni bukan tolong2 ajer taww..mestilah ada upah..hihihi..berapa upahnya..?ader lah..cukuplah kalau nak bayar sebulan kereta..^_^

dah,jangan melopong..hari ni bui nak berkongsi satu info..email ni bui terima dari hubby bui..bui rasa bagus kalau bui share dengan korang semua..mesti ada yang tak tau kan,kalau yang dah tau..bacalah lagi mana tau dah lupa..hehe..


Sememangnya semua sudah tahu akan kebaikan dan kepentingan minum air masak yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Tapi adakah kita semua tahu waktu bila yang sesuai dan paling baik untuk kita minum air?Air yang di maksudkan disini bukan lah air kopi, air teh atau minuman yang berperisa, tetapi yang dimaksudkan ialah air masak atau pun air kosong.Jadi, Bilakah masa yang paling bagus untuk kita minum air?

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar2 perubatan.
>> Minum dua  gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman.
>> Minum  segelas (1)  air masak-  30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan menjadikan perut lebih memberi ruang untuk kemasukan makanan.
>>Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah
>>Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR.  Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.
jadi bila dah tau ni,bolehlah amalkan minum air mengikut waktu2 yang telah dinyatakan ea..bukan apa,untuk  kesihatan kita jugak..siapa lagi nak jaga kesihatan kita kalau bukan kita sendiri kan..kalau ada banyak duit pun tapi kesihatan terganggu tak bermakna jugak..betul tak?


jadi renung2kan dan selamat beramal..hihihi..(tiru ayat Prof Izzi)

18 comments:

Niena Muhammad said...

thanks.. nice sharing, slama ni main tibai je kalo nk minum air.. tpi minum air slps bngun tdo & sblum tdo mmg bagus.. :)
sebelum solat pn bagus gk :)

Unknown said...

bui pun sama..hihi..kalau haus baru minum..

syiela said...

tengs...bagus amat ni... sblm ni main redah je... bila dahaga bru minum...

kotak bulat said...

ad yg kb mmg da buat..tp yg minum air 30min sblm tu sush kit..heheh.sellu nya, 30saat sblum mkn,bru minum air.. :P

Unknown said...

syiela..bui pun sama,redah jer..hihi..kalau rs nk minum x kira masa..tp nk amalkanlah ikut waktu2 mcm yg disebutkan..

kb..bukan kb jer,banyak yg mcm tu..dan yg paling x bagus,makan bersulam air..mau buncit perut taw..hihi

sHi Ma said...

wah ada N3 berguna kat sini, thank bui

Unknown said...

sama2..sharing is caring kan..^_^

Azhafizah MN said...

ouh..tak tahu pulak ade mase2 tertentu..thanks kak for share this sebab pagi2 lepas bangun fiza akan terus minum air kopi ke/nescafe ke/horlick ke..tak pernah kot minum air masak lepas bgn tido..sok fiza start minum air masak lepas bgn tido...hee

Unknown said...

wah..air kopi..?tak kena gastrik ker fiza..k,esok amalkan minum air kosong yer..kak bui nk amalkan jugak ni..sama2 kita beramal..hehehe

Encik JI said...

dlu slalu sgt kurg minom air, mulala dtg pnykit..skang tibe2 nfsu nk mnum air tu bgnda2, smpaikn pg mana2 pn ad air .. hehe. alhamdulillah dh kurg sakit2,

Unknown said...

bgslah mcm tu,byk kelebihan minum air masak/kosong ni cuma kita jer yang buat2 tak tahu..nk jugak minum air manis2..

[sutera kasih] said...

minum sebelum tido & selepas tido nang lamak dh kmk amalkan..tp mslshnya ayek sejok ditegok kmk haha

Unknown said...

aik sejok xpa nak janji bukan aik manis..hahaha

Azhafizah MN said...

fiza biase minum air suamsuam panas bile breakfast tapi bukan air masak lah..tak tahu nape..heheh

Unknown said...

mmg ader org mcm fiza ni,tak lalu minum air masak..tp utk kesihatan tpaksa jugak lah kan..huhu

Alif Haris said...

klu alif minum air sejam skali cmne ?? haha

btw tengs infonye bui :)

Munira Shaari said...

nice :)

Unknown said...

alif..kembunglah perut tu nnt..pastu,kerap lah jumpa dr.tan..hehe..

munira..tengss dear..