Monday, June 20, 2011

Kisah Hujung Minggu

salam isnin semua..
monday blues..?hehe,biasalah tu
fuhh..bizi hujung minggu ni tadi
sabtu ader sambutan hari guru kat sekolah
walaupun bui bukan guru
tapi wajib datang jugak..huhuhu

balik dari sekolah,bui dah penat sangat2
apa lagi charging sampai pukul 6..hehe
telefon berdering2 pun En.Mart (hubby) yang
tolong jawabkan..bui tak larat..letih sangat2..

lepas charging (tidur) barulah bui rasa segar dan bersemangat sikit
aktiviti seterusnya..balik kampung,sebab bapak dah beberapa kali
kol,ajak makan2..makan free,sapa tak nak kan..?
laju jer bui pergi..hehe..anak2 apa lagi seronok dapat jumpa
nenek dan sepupu..

ahad pulak,aktiviti mengemas rumah
fuhhh..debu kalau di timbang mau 5 kg
huhu..sampai ke petang bui dan hubby bertungkus lumus
membersihkan rumah..dan hasilnya..fuyooo..hihi..
mestilah bersihkan...

semalam hari bapa kan..bui tak sambut pun
sebab bagi bui tiap2 minggu hari bapa
kerana tiap2 minggu bapa mesti suruh balik kampung
tiap2 minggu bapa ajak makan
mak pulak akan masak makanan kegemaran bui dan suami
iaitu masak ikan asam pedas..fuhhh..bertambah2 nasi

itulah bapa bui,walaupun dia jarang menyatakan perasaan
sayang nya pada kami, tapi dari segi tindakan dan perbuatan
kami tahu yang bapa sayangkan kami semua..
dan bui pun sayangkan bapa bui sangat2..
banyak pengorbanan yang telah bapa lakukan dari dulu
sampailah sekarang..jasa bapa memang tak dapat dibalas..

jadi,hargailah bapa selagi hayatnya masih ada
setiap kali bapa meminta bantuan,cubalah sedaya upaya membantunya
kerana setiap kali kita meminta bantuan nya,bapa tidak pernah menghampakan kita
selalulah melawat bapa,kerana dengan melihat wajah kita sahaja
bapa sudah gembira dan rasa dihargai oleh anak2 nya..
SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA DIDALAM DUNIA INI.

kepada bapa ku JUNAIDI BIN MUSA,anakmu sentiasa menyayangimu..

korang teka lah mana satu bapa bui..hehe

2 comments:

sHi Ma said...

monday blues sangat hari nie...

selamat hari bapa jua buat bapa bui..

Unknown said...

biasa lah dear..hari isnin kan..hihi..tengkiu..same goes to your dad k..