Wednesday, June 1, 2011

Ini Blog Aku,Sukahati Akulah Nak Tulis Apa


teringat lagi masa mula2 aku terjebak dalam dunia blog ni..masa tu tahun 2009,aku jadi penganggur bertauliah secara tiba2 selama 9 bulan kat rumah..bayangkan setelah 10 tahun bekerja tiba2 terpaksa duduk dirumah jer..boringnya masa tu hanya tuhan yang tahu..untuk menghilangkan kebosanan, aku berjinak2 lah dengan dunia blog ni dan tak sangka sekarang aku benar2 jatuh cinta dalam dunia blogging..

 

sungguh aku tak lupa mula2 aku buat blog dengan takder orang yang nak mengajar..tanyalah mcm mana aku aku boleh pandai..?hehe..tu hasil usaha aku sendiri,aku cari kat google cara2 macam mana nak buat blog..betul,aku tak tipu..semuanya aku buat sendiri berpandukan hasil carian google aku tu..masa tu memang sampai x cukup tidur aku gara2 nak buat blog..sampai naik pening dan berpinar2 mata kerana terlalu lama tengok komputer..bila jumpa blog yang buat tutorial,aku hepi sangat sebab aku tahu auku akan dapat ilmu dari situ..


sekarang ni,alhamdulillah..apa yang aku tak pandai buat dulu,aku dah boleh buat tanpa ambik masa yang lama..kalau korang perhatikan blog aku ni,simple jer kan..aku memang tak suka blog serabut..kalau blog simple,loading pun kejap jer..mula2 dulu aku jugak suka letak macam2 widget antaranya lagu dalam blog tapi sekarang aku tak letak lagi..itupun setelah aku baca pasal perlu ke tidak letak lagu dlm blog ni..keputusan nya lebih banyak yg cakap tak perlu daripada perlu..jadi,aku terus removekan lagu dari blog aku..


pada asalnya aku berblogging sebab nak jual preloved2 aku,tapi sekarang aku lebih suka menulis info2 (aku carik kat Google jugak..hehe)untuk dikongsikan bersama..kadang2 aku buat entry pasal gosip artis..ada jugak pasal life aku terutamanya pasal anak2 dan kehidupan aku seharian..pendek kata buat masa ni aku akui blog aku ni mcm takder arah tujuan..tapi aku x peduli,ini blog aku sukahati aku lah nak tulis apa kan..hehe..as long aku tak kutuk2 org ataupun kondem2 kan rakan2 blogger yang lain..aku kasi up lagi ader,kalau tak percaya korang tengok dekat sidebar aku..aku  bermurah hati letak link dia orang dekat situ..aku letak sebab aku rasa korang pun (terutama blogger baru) boleh ambik ilmu dari dia orang..Sharing Is Caring kan..

so,kalau blogwalking kat blog orang tu,hormatilah apa yg orang tulis..dia nak cerita pasal apa pun pedulikanlah..itu blog dia,sukahati dialah nak tulis apa kan..hehe..kita sesama blogger perlu support satu sama lain bukan menjatuhkan..kalau orang dah follow blog kita,kita follow lah balik..bukannya susah pun kan..keluar peluh satu titik pun takder..


sebab apa aku buat entry ni..?ini blog aku sukahati akulah nak tulis apa..tak,sebenarnya aku kecik hati ngan seseorang yang mempertikaikan blog2 macam blog aku ni..huhuhu..taknak cerita panjang..sedey..:(

kata-kata pujangga :

kita lahir dengan otak didalam tengkorak kepala kita
sehingga tidak peduli semiskin manapun kita
kita tetap kaya,kerana tidak akan ada seorang pun
yang dapat mencuri otak kita,fikiran kita dan idea kita
dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda
jauh lebih berharga daripada emas dan permata

5 comments:

sHi Ma said...

comelnya pic tuk N3 nie :)

Bui Idzra Ryn said...

haha..tengok org lain asyek guna pic kucing jer..akak guna lah pi si nyet,dia pun nk gemer gak..hahaha

Cho Cho said...

sapa ya tek..kelak mek nulung sutt daeii nya sist :)

Bui Idzra Ryn said...

adalah org ya..merendah2 kan blog2 baru..kedong follower nya tek beribu2 lemon..nendak kakar gambong..

Dida mumin♥ said...

setuju!!!
kita lebih kpd menulis sesuatu utk difikirkan tp ada jg yg terus2an hentam kita...sedih tau!