Friday, March 9, 2012

Dia Tidak Berkerja

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????


Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????


Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!


Fikir2kan dan renung2kanlah......



24 comments:

Anum said...

besar dan banyaknya pengorbanan suri rumah

deqla manjew said...

tidak bekeje ??? abis wat keje kat umah tu sume bkn namanya keje ?? ish.. apa slhnya bila blk keje tu, suami tlg isteri pulak. isteri pun penat juga wat keje umah...

IntaNBerliaN said...

opssttt kak bui cerita ttg saya ek..muahhahhahha... walaupun xkeje tp tetap sibuk lebih2 lg layan karenah ank yg macam2...

AmirFX said...

Semoga semua d luar nun merik lebih perhatian ngn isteri yang "tidak bekerja".. InsyaAllah..

[sutera kasih] said...

SURIRUMAH GIK BYK KEJA..bersyukurla laki2 oi huhu

Masz Sidek said...

huhuhu.... suri rumah lah yg paling byk keja... mun rompuan bkerja lagik lah byk kerja... dahlah byk keja kat tempat keja... bila pulang rumah nak urus keja kat umah lagik... huhuhu...

miloais milo said...

depa kata tak bekerja
sebab depa yg tak bekerja bila depa kat rumah
ekekekekek

Ayumi Comot said...

huhu..senang je laki cakap, "Dia xbekerja" kan?

Azhafizah[フィザ] said...

bagus camni kak..so takde istilah tidak bekerja.suri rumah lagi banyak keje kan.^^

Rai said...

tapi suami zaman sekarang dah makin menghormati isteri2 yg jadi surirumah kan..hehehe.. harap2 lah..

Aishah Jahirah said...

jd suri rumh pn bnyk keje,bkn duduk goyang kaki....

Nazayiena said...

Yalah jgn ingat bini sik bekerja ya rilek jak kat rumah tp agik sibuk dr org yg mkn gaji....

Kancil 8349 said...

suka kata macam tu...buat isteri kecewa nanti...lagi buat masalah dalam rumah tangga

ajumohit said...

Surirumah tu lagi byk keje sbnrnya kan bui, lagi penat nak urus rumahtangga

Cik Kay Jue said...

betul tu kak bui..! >_<

Daddylicious said...

Waktu malam pula terpaksa di kerjakan...hmmm lain macam jer bunyinya ni...hehe

LadyBird said...

kerja seorang suri rumah, sedari celik mate sampai tutup mata pd malamnya.. tp kan, rsnye tidur pun masih perlu berkhidmat tuk suami.. tp sedikit shj suami yg menghargainye :( mntg2lah kite x dpt duit :(

shida'R said...

itulah sis..byk yg pkir isteri duduk rumah goyang kaki..kite patut sedarkn mereka isteri yg duduk rumah bkerja juga..

ciK LyndaWawa said...

mulianya tugas isteri.....

sha my heart said...

memang dia tak bekerja. haha~

surirumah dan isteri mmg bnyk tggjwb yg perlu diselesaikan. =)
Suami? baca paper je.

aris said...

If you are Sabahan and Sarawakian, please check this.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia
http://www.facebook.com/groups/betterState/

Perjanjian 20 Perkara yang dimungkiri
http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI&feature=related

Sabah Sarawak Want Their Rights Back
http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

Thank you, GBU.

syiela said...

suri rumah yang terlalu banyak kerja... kalo kat opis ada gak masa nak goyang kaki

fieda said...

sentiasa bekerja...time tido jer baru rehat.

Cik Rose Cute said...

hihihi sokong gan fieda....cik rose pun surirumah sepenuh masa...time tido baru rest..