Saturday, March 31, 2012

Jawatan Kosong Terkini

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


siapa yang tengah menganggur tu apakata korang try mintak kerja dengan LPPKN (Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara) ni..banyak jawatan kosong yang perlu di isi..antaranya :-

Pegawai Perubatan UD52
Pegawai Perubatan UD47
Pegawai Perubatan UD43
Pegawai Farmasi U44
Jururawat U41
Pegawai Tadbir N41
Pegawai Penyelidik Sosial N41
Perangkawan E41
Pegawai Penerangan S41
Pegawai Phiskologi S41
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Penolong Pegawai Farmasi U29
Penolong Pegawai Perubatan U29
Jururawat U29
Penolong Pegawai Tadbir N27
Penolong Pegawai Penerangan S27
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
Penolong Pustakawan S27
Pembantu Setiausaha Pejabat N17
Pembantu Tadbir (perkeranian/Operasi) N17
Juruaudio Visual N17
Juruteknik Komputer FT17
Pembantu tadbir Kewangan W17
Pemandu R3

yang bui highlightkan merah tu,bui nak try mintak..sebab..(baca petikan dibawah)

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu
Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pengurusan Murid dan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat Gred S27, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

bui sekarang kan bekerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid..so mayb peluang nak dapat tu agak cerah..cehhhh,konpiden habis..hahaha

dulu bui pernah jugak attend interview untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 dengan LPPKN ni tapi tak berjaya,takder rezeki..huhu

manalah tau lepas ni bila bui apply lagi ada rezeki kan..
amin..amin..ya rabbal alamin..

untuk lihat iklan lengkap klik

untuk memohon pulak klik

cepat2 memohon tau,sebab tarikh tutup permohonan adalah pada 9 April 2012
dekat Jobs Malaysia tu kan,banyak lagi jawatan kosong yang boleh korang isi
so,apa tunggu lagi..terjahlah sekarang..*_*

Friday, March 30, 2012

Aurat Seorang Wanita

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

klik untuk tumbesaran gambar

bukan berniat hendak memalukan tetapi,sekadar mengingatkan diri sendiri dan korang semua..janganlah sampai jadi macam tu yer..

Thursday, March 29, 2012

Tips Untuk Melangsingkan Badan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

aduhhh,sakit badan bui hari ni..banyak kerja wooo..siap angkut2 barang lagi..sakit pinggang ramping bui taww..rampinglah sangat padahal banyak lemak..hahahaha

sebab tu update agak lambat..takperkan..

model sambilan Google

oklah,hari ni bui nak berkongsi tips bagi sesiapa yang nak langsingkan badan..manalah tau lepas amalkan tips2 ni badan akan jadi ala2 model gitu..cehhhh

siapa yang rajin bolehlah cuba,kalau dalam badan banyak virus M (macam bui) jangan haraplah..hehehe..ok,jom kita tengok apakah tips2 itu

1.cari seseorang teman/pencabar (diet buddy).beri sokongan antara satu sama lain,timbang berat sekali seminggu dan bandingkan jumlah pengurangan kamu berdua.
- cara ini dapat meningkatkan motivasi untuk memiliki tubuh idaman

2.amalkan pengambilan secawan teh hijau atau kopi sebelum hidangan utama.
- ia dapat membantu dari makan secara berlebihan

3.jauhi hidangan bergoreng,sebaliknya tukar cara masakan kepada memanggang,membakar atau merebus

4.katakan TIDAK pada minuman berkarbonat.tukar kepada minuman soda diet yang bebas kolestrol

5.amalkan mengunyah gula2 getah bebas gula antara waktu makan
- ia membuatkan perut berasa kenyang dan mengelakkan dari makan berlebihan

so,siapa yang nak melangsingkan badan sila lah try tips2 di atas yer..bui pun tengah nak cuba ni,itupun kalau virus M tak datang menyerang..ngeeeee


Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday # 22

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

pukul berapa datuk harimau..?hehe


masa itu emas kan..kan..*_*

Tuesday, March 27, 2012

Jom Timbang Berat Blog

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


agak2 korang berat blog korang berat ker ringan?

semalam bui tergerak hati nak timbang berat blog bui ni..berdasarkan pendapat ramai,berat blog yang bagus adalah dalam 100KB dan ke bawah

so,dengan semangat yang berkobar2 bui cari di internet website yang boleh timbang blog secara on9..terjumpalah laman web IWEBTOOL so,bui timbang lah blog bui ni..sekali..alamak..159KB lah..dah lebih 100KB..

terus terkesima sekejap...cehhhh..macam mana ni..bui dah buat blog sesimpel yang mungkin..widget2 pun taklah banyak sangat rasanya (rasa bui jer kot..hehehe)

tapi ni nak tanya pendapat korang lah..terutama yang selalu datang blog bui..masa loading tu memang agak lambat atau cepat..?
please bagitau bui sejujur-jujurnya ok..
tapikan,bila bui try timbang blog seorang blogger yang sangat popular..fuyooooo,berat blog dia 4x ganda berat dari blog bui

so,agak senang hati sikitlah lepas tu..hihihi

sesiapa yang rasa nak tahu berapa kah berat blog korang bolehlah terjah kat JOM TIMBANG BLOG..lepas tu share lah dengan bui berapa berat blog korang yer...

Monday, March 26, 2012

Malas Nak Update / Dapat Anak Buah Baru

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

adeh..adeh..malas betul nak update blog hari ni..pagi-pagi dah terkena monday blues..tak puas rest lah..sebab sabtu dan ahad tu terasa sibuk gilerrr

takder lah sibuk mana pun sebenarnya..buat2 sibuk..hehe..ohya,semalam tu bui g hospital melawat adik ipar bui yang baru lepas beranak..anak yang ke 5 you..(hebat adik ipar bui..hahaha)

dalam 5 orang anaknya tu,hanya yang sulung jer perempuan..yang ke 2,3,4 dan 5 ni semuanya lelaki..lepas ni dah takder harapan lagi nak dapat anak perempuan sebab doktor dah ikat saluran peranakan dia..

kalau tak ikat maunya sampai boleh buat team bola sepak nanti..subur sangat..huhu..lagipun yang 3 last tu adalah beranak melalui pembedahan..agak bahaya kalau pregnant lagi

sekarang bui sudah ada 7 orang anak buah..yang seorang tengah tunggu hari..harap2 perempuan sebab setakat ni cucu2 mak/bapak bui dari 9 orang hanya 3 perempuan (termasuk Athirah,anak bui)..

ambik gambar wad baru..cantik..

tengah sedap tidur..baru dilahirkan 25/3/2012 jam 3 pagi

Athirah asyik tengok dan pegang baby tu..(nak adik kot..haha)

badan sangat penat sebenarnya ni sebab semalam balik dari hospital kita orang terus main bowling sampai 6 game..temankan adik dan hubby training sebab dia orang akan ada tournament 1 April 2012 ni..

Sunday, March 25, 2012

My Bloody Valentine

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿ 

pinjam Google..seksi you..hehe


ada yang kenal dengan Tata Young tak..?kalau nak tahu Tata Young ni penyanyi dari Thailand..lagu 'My Bloody Valentine' adalah salah satu lagu yang popular nyanyian dia


lagu ni bukan lagu baru,tapi bui sangat suka dengar..sampaikan ada sekali tu letak dalam blog..tapi dah remove dah sebab letak lagu ni boleh buatkan orang tak suka nak g blog kita..


tapi sebab suka punya pasal,bui letak jugak dalam entry..
hehehe..jom layan tapi dekat you tube yer..




ni pulak lirik lagu My Bloody Valentine
Love my love my
I still love my

My valentine running rings around me
Hanging by a thread but we're loosening , loosening
The sparks were flyin' not the type that we need
Bringing a fire that is burning me , burning me

(I know) Nobody said that it'd be easy
(My heart) That we could find a way ,make a way
(But you don't) You don't prioritize me

How'm I s'posed to believe yours games will ever change ,ever change

/CHORUS/

It's such a dirty mess imperfect at it's best
But it's my love ,my love ,my bloody valentine
Sometimes i wanna leave but then I watch you next to me
My love ,my love ,my bloody valentine
Maybe I should but still i just can't walk away
Try to convince me once again that I should stay
Through all the brokenness this bleeding heart must confess
I love my love my bloody valentine

Love my love my
I still love my (bloody valentine)

I opene doors but you close them on me
I'm compromising won't you show the same ,help the change
You're phone is ringing it says shorty ,so tell me
What's her name ,how'd she get your number?
Don't try to be playin' me
(Cuz i'll know) Before you even say anything
(But I hope) You wouldn't lie to me ,don't lie to me
You know that we've been here before
Oh don't patronize ,don't feed me lines
Just change your ways yeah make it right

kalau malas nak dengar hari ni,dengarlah pulak esok2 yer..*_*..jap lagi bui nak pergi hospital melawat adik ipar bui yang beranak malam tadi..bui dapat anak buah baru taww..


dalam tahun ni bui akan dapat 2 orang anak buah sekali gus,tapi malam tadi yang sorang dah keluar..yang seorang tengah tunggu hari..



Saturday, March 24, 2012

Dulu Dan Sekarang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


kaum lelaki jangan marah yer..kekekeke..*_*

entry pendek jer hari Sabtu ni sebab jap lagi nak keluar balik kampung..dah 2 minggu tak jenguk mak yang tersayang..rindu sangat dah rasa

bui ubah lagi wajah blog ni..semalam pukul 3 pagi tidur gara2 nak buat make over..blog tutorial pun bui dah ubah wajah..

tengoklah berapa lama wajah blog ni akan bertahan..hehehe..emang dasar (lagu Wali Band) diriku ini cepat jemu..hihihi

Friday, March 23, 2012

Lawatan Ke Kampung Budaya Sarawak (Gambar)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

sila jangan muntah hijau yer sebab entry ini banyak sungguh gambar..kalau guna berokband mungkin agak tercungap2 jugak nak loading gambar2 ni nanti..

tapi bagi yang line internet nya laju,jom layan gambar2 ini..zassss














perasan cun..hahaha

banyak lagi gambar2 sebenarnya tapi takkan nak letak semua..nanti juling pulak biji mata korang..hehehe..gambar yang last tu (gambar bui ler) bui suka sebab bui ni kan orang Melayu jadi wajiblah bergambar di hadapan rumah Melayu..cehhhh

oh,ya..yang baju biru tu Sheila adik bui,yang baju merah tu hubby dia Fuad..hubby bui tak ikut sama hari tu sebab dia ada kerja..kalau dia ada sekali lagi best..*_*..budak kecik cinonet 2 orang tu korang kenalkan..anak2 bui lah (Firhan & Filzah)

nak tahu maklumat lanjut tentang Kampung Budaya Sarawak tak?

Sajak Buat Wanita

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

semalam bui beli sebuah majalah..dalam majalah tu ada satu artikel tentang 'Hikmah Sebuah Perkahwinan'..dalam artikel tu pulak ada diselitkan sebuah sajak khusus buat insan yang bergelar wanita

sajak ni di karang oleh Ustazah Asni Mansor..menurut beliau sajak ini telah beliau karang sejak beliau tingkatan 4 lagi..(amboiii,lama betul dia peram kan..*_*)..bui rasakan sajak ni amat menarik jadi bui kongsikan dengan korang semua yer..

Pilihan di tangan kita
Kalau jadi batu,
Jadilah batu permata
Di nilai orang,
Di letak di tempat yang selamat,
Di jaga dan di gilap sehari-hari

Tapi.......

Jangan jadi batu di tepi jalan,
Di pijak orang,di sepak orang
Tidak berharga dan tidak bernilai
Kalau jadi kayu
Jadilah kayu jati..tinggi harganya
Banyak manfaatnya
Tahan utuhnya

Tapi.......

Jangan jadi kayu reput
Di biar orang,dihanyutkan orang
Tiada nilai ,tiada harga
Kalau jadi wanita
Pilihlah untuk menjadi wanita yang solehah
Terjaga auratnya,sopan tingkah lakunya
Tunduk pandangannya,syurga idamannya

Tapi.......

Jangan jadi wanita yang rosak
Tiada maruah
Tiada nilai diri
Tiada amalan
Tiada cita-cita untuk kebaikan

bestkan..semoga kita semua bukan tergolong dalam wanita yang rosak dan tiada bernilai itu..

Thursday, March 22, 2012

Header Pertama Ciptaan Sendiri

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

kalau nak tahu malam tadi gigih sungguh bui belajar macam mana cara nak buat header..sanggup tidur lewat semata2 nak siapkan satu header..semangat memang berkobar2 habis lah

ye lah,asyik tempah kat orang..kena bayar tu,bukan nya free..huhu..lagipun kalau buat header sendiri ni walaupun tak berapa nak cantik sangat tapi hasil usaha sendiri lebih puas hati

dan ini adalah kali pertama bui buat header sendiri..dah lama nak belajar tapi entahlah..belum berkesempatan lagi (sebenarnya malas..hahaha) skill memang takder langsung,senang cerita memang tak terer lah

tapi ngakk apa nya dong..nanti dah buat selalu mestilah terrrreeeer kan..hihihi..ok,membebel pun tak guna..dipersembahkan header ciptaan bui yang pertama

v
v
v
v
v
v
buat guna PHOTOSCAPE + GIMP software

bui tahu memang tak cantik..huhu..oh ya,bui guna header ni dekat BLOG TUTORIAL bui yer..nanti bui dah terrer bui buat pulak untuk blog utama bui ni

dan kalau bui terlebih terrer,insyaallah bui akan buat tempahan buat header..cehhhh,terus berangan..hahahaha..kalau dah terrer nanti bui akan buat tutorial cara nak buat header..tapi tungguuuuu

Dapat BE Yang Ke 4 Dan Ke 5

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

BE yang tengah running

syukurlah walaupun bui tak dapat nak update selalu (dalam sehari 1 entry jer) Nuffnang sudi jugak bagi BE dekat bui..

kali ni dapat 2 sekaligus..1 dekat blog utama bui ni dan satu lagi dekat blog tutorial..alhamdulillah..*_*

BE yang telah merajuk menjadi ME

pendapatan dalam akaun pun dah boleh cash out tapi bui belum berniat nak cash out dulu sebab nak tunggu ribu-ribu barulah keluarkan..cehhhh..ribu-ribu lah sangat..hahaha

oklah tu ajer story hari ni..jangan jelessss..hehehe..TERIMA KASIH NUFFNANG..

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday # 21 (Tulen Bang...)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿





ni jari jemari Athirah..
cuba korang teka yang mana satu emas tulen..

Tuesday, March 20, 2012

Koleksi Header

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

ini adalah antara koleksi header yang pernah bui tempah dengan mereka yang pandai buat..bui kalau bab nak buat header ni memang belum khatam lagi

kalau part edit2 blog tu,bolehlah sikit2..sebab tu kalau korang perasan bui selalu ubah itu dan ini dalam blog ni..tambahan pulak perangai buruk bui ni cepat sangat jemu dengan sesuatu

tapi azam bui memang nak belajar buat header sendiri satu hari nanti,barulah puas hati kan..hasil titik peluh sendiri (eh,eh..keluar peluh ker buat header..hahaha)

ok,jom kita tengok antara header yang bui pernah ada dan guna

1
ini hasil kreativiti Azhafizah @ Fiza
sesiapa yang berniat nak edit blog boleh suruh Cik Fiza..
dia ada tangan mejik tawww..

2
ini pulak hasil kreativiti Cikgu Naman..
tapi bui takder simpan link blog dia..huhu

3
nice kan..orang yang buat pun nice taww..
senang berurusan dengan dia
nak tau siapa?

4
header yang comel ni pulak hasil kreativiti Cik Nadia
orangnya pun comel lote

5
ceria tak..?kalerful kan
sesuai dengan orang yang membuatnya
nak tempah dengan dia
bolehlah ke blog Cik Sheda Argos

6
ini pun Cik Sheda Argos yang buat
jugak sangat nice..sekarang ni bui pakai yang ni

7
ok,header ni pulak adalah hasil kreativiti Cik Masz Sidek
orang negeri bui ni..so bila nak berbincang sangatlah mudah..hehehe

so,kalau korang semua ada berniat nak tempah header..klik saja nama2 di atas yer..

Monday, March 19, 2012

Journey To Serikin (Gambar)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

sabtu lepas bui ke Serikin..kami (bui,adik bui,anak2) bertolak seawal pukul 7.30 pagi..perjalanan ambil masa dalam 1 jam macam tu..

jomlah layan gambar2 kami semasa shopping kat situ

dalam perjalanan..adik bui yang drive

perjalanan masih jauh lagi

athirah awal2 dah tido

tido bertemankan patung Barbie

dah terlentuk dekat bantal

Jabatan Imigresen Serikin

menuju ke tempat parking

sederetan beg-beg..rambang mata tengok..
Abang tilik apa tu..?

bui ada beli salah satu kopiah ni..

sederetan kain buat baju kebaya

adik bui dan abang tengah sibuk memilih

sederetan telekung..cantik2 taww

tu ajerlah gambar yang sempat bui ambil..lepas tu dah tak boleh nak pegang henpon lagi dah..sebab tangan dah penuh bawak barang

antara rembatan bui hari tu adalah beg,jeruk buah,ikan masin,sotong kering..(hahaha,orang shopping lain,bui sibuk shopping ikan masin..)

adik bui yang banyak membeli sebenarnya..bui tolong temankan jer..memang takder plan nak beli apa2 tapi bila dah pergi,gatal jer rasa tangan ni nak membeli..hehe

nak tau tentang Serikin lebih lanjut boleh