Friday, August 5, 2011

Golden Churn Ada DNA Babi

pic from Google
KUCHING 3 Ogos
Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.

Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia

"Kita akan mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menarik balik dan menurunkan logo halal yang terdapat pada tin produk itu," katanya selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini

Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Jakim dalam surat kepada pembuat mentega berkenaan yang bertarikh 30 Jun lalu mengesahkan ia tidak mengandungi DNA babi sedangkan MIS dalam kenyataan pada 28 Julai lalu telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi

Sehubungan itu, satu mesyuarat bagi membincangkan status mentega Golden Churn Creamy Butter itu berlangsung di sini petang semalam dengan disertai beberapa agensi berkaitan telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi

Dalam pada itu, Daud menambah, mentega dari jenama lain masih boleh digunakan sehingga ada keputusan yang dimaklumkan nanti.

Sumber : namaberita.com

27 comments:

Anum said...

itu la sis
anum mula2 tau memang terkejut
ye la my family memang suka jenama ini

ajumohit said...

Tak pernah lg guna produk ni, tp dlm kek lapis Ada guna ni kan bui??

Khairul Onggon said...

Jenama ni antara yg termahal, pengusaha kek lapis jrg sgt2 nak guna brand ni. Biasa yg digunakan ialah buttercup. Tapi berhati2 masa membeli manelah taukan.. oppss.. kakar melaya plak hehe :P

Cik Amni said...

kenak mesti kinek tok o? dah berapa banyak kmk telan lamak2 tok? waaaa...... dah la mun rumah kmk molah kek nang molah makey butter tok.. haishhh... kenak la ada urg sik bertanggungjwb o engkah kandungan kedak ya... padahal tauk jak urang islam rami nak makey... hemmm... + sidak yang berik halal ya kenak sik check benar2 oo... aiee.....

Unknown said...

anum-bui pun baru tahu,ada dgr jugak sebelum ni tp tak pasti benar atau tidak

aju-mak bui mmg buat kek lapis guna jenama ni sejak kami kecil lagi..huhu..

wa kahirul-aie,ktk org sarawak kah,juhlah kakar sarawak..hehehe

Unknown said...

amni..menar kata ktk,mak kmk nang makey butter tok mun molah kek..hrp2 dolok x ada..kali bok kinek tok nya ada..(harap2lah..huhu)

aanie said...

semua kek lapis sarawak mmg guna butter ni kan?? huhu...

Unknown said...

aanie,kebanyakannya guna kalau nk lagi sedap..tapi ada jugak yg guna buttercup jer..

harrazdani said...

amacam ni bui...raya tahun ni takder kek lapis laaa jawabnya...was - was woooo

MoneyMakerGroup said...

susah nak carik makan sekarang ni...

takut ada bimbang pon ader...

Kak Amy said...

Zaman sekarang nie susah nak cari makanan yang betul2 halal...

jom singgah di belog saya
http://www.sinarraudah.com/2011/08/contest-juadah-ramadhan-dan-ucapan.html

sHi Ma said...

semakin zaman moden, semakin susah nk cari makanan yg halal...

☆Lady Zahraa☆ said...

haishhh....ada jak cara org mok 'mengkafirkan' org2 Islam owh..dr kecik dolok dah pake brand tok k polah kek..aduyaiii. Masa utk bertukar!

Acik said...

erkkkk ... uwekkkk!
aihh, ni yg wat saspen nak beli apa-apa ni! :(

.drakula. said...

erk...dan bertong2 masuk dalam badan ....

m said...

erkk... kena hati2 dgn makanan2 ni..

Wanie said...

huhu..banyak lak skang yg ade babi..
kat umah wanie tak pernah gune butter cap ni..

Azhafizah MN said...

fiza tak pernah tgk jenis ni lagi..

Noor Fatin said...

xpenah gak guna jenama ni. hehe terkejut jugak. kena berhati2 smasa membeli

cik pip said...

bahaya ni..kenapa diaorang xconcert kan perkara mcm ni..huhu.sedih2

Iefa Ujang said...

euwwww...kotor + haram = jijik!!!sedey btol la kan

syiela said...

Nasib la tak pernah guna jenama ni... tapi kek lapis pakaikan... so raya thn ni camne bui.. kek lapisnya..

Unknown said...

syiela..tu lah pasal..dh rasa was2 nak beli kek lapis tahun ni..huhu..kena tanya betul2 dulu guna butter apa sebelum beli..kalau buat sendiri takper jugak,ni selalu beli jer..senang,jimat masa dan tenaga..hehe

is revered by you said...

sejak akhir2 ni bnyk berita ttg logo halal yg ditarik semula.. inila taktik org bukan islam...meracuni darah daging kita dalam senyap.. nauzubillah..

Niena Muhammad said...

susah skang ni nk cari makan yg betul2 halal

miZz_nizZ said...

byk tol skang bnda2 yg terkantoi ada dna babi..bhya nya

[sutera kasih] said...

meroi la sidak pnjual kek lapis sinun kak..