Wednesday, August 10, 2011

Kisah Tempayan Yang Retak


Pada zaman dahulu,tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan.

Dia melakukan segala kerja dirumah,daripada membersihkan halaman,memandu kereta kuda,menjaga keselamatan keluarga tersebut termasuk juga mengangkut air dari sungai yang berdekatan.Isterinya pula mengemas rumah dan melakukan kerja-kerja di dapur.

Setiap hari,lelaki tersebut akan berulang alik ke sungai,mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar 2 buah tempayan.

Malangnya salah sebuah daripada tempayan itu sudah retak.Kesannya,air yang diangkut akan berkurang kepada hampir separuh tempayan.Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja.

Demikianlah berterusan selama setahun lebih.

Suatu hari,tempayan yang retak itu berasa sangat sedih.Diadukan rasa hatinya kepada lelaki itu.

“Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik.Saya rasa sedih sangat ” kata tempayan penuh kesal

“Kenapa kamu cakap macam tu?Kenapa kamu sedih?” tanya lelaki itu

“Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkat separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak sempurna ini”

“Kamu jangan sedih wahai tempayan.Dalam perjalanan balik nanti,cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan”

Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya.

Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.

“Kamu sudah lihat disebelah kanan jalan,bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?” soal lelaki tersebut

“Ya,aku nampak.Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku” jawab tempayan yang retak itu

“Kamu tahu wahai tempayan,sejak aku tahu kamu telah retak sedikit,aku mula menanam pokok-pokok bunga ini.Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?”

“Tentulah kamu” jawab tempayan itu

“Tidak,kamulah yang menyiramnya.Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga itu selama ini.Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita.Walaupun kamu sebuah tempayan yang retak,tetapi kamu tetap ada sumbangan”

Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yang retak.

Pengajaran :
SETIAP MANUSIA TIDAK SEMPURNA DAN ADA KELEMAHAN MASING-MASING.NAMUN ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN KEKURANGAN ATAU KECACATAN ITU DENGAN SIA-SIA.PASTI ADA KELEBIHAN DARI SUDUT YANG LAIN DAN PASTI MASIH MAMPU MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN DENGAN CARANYA TERSENDIRI.


***ms bui cari imej utk tempayan retak kat gugel,rupanya byk yg dah paparkan kisah ni..tp takper,manalah tau ada antara korang yg belum pernah baca kan..dh yg pernah baca,duk diam2 k..

18 comments:

Unknown said...

betul 2 bui..setiap manusie tidak semestinyer diciptekan dngn cukup sempurne..bg diri aieN,alhamdulillah bersyukur kepade Allah dicipta begini...

CXopportunities said...

betul tu! sokong n suke sgt pengajaran cerita ni. tq for sharing :) cx's

ajumohit said...

Setiap Kekurangan bukan kelemahan diri tp dengannya Kita usaha utk jd setanding mereka yg sempurna

syuxer said...

menarik kisah ni..:)..yeah memang setiap orang ada kemampuan untuk memberi sesuatu untuk mewarna-warnikan dunia..

ianya depends pada bakat sesorang itu heheh..

cikji said...

best cita nih,mula-mula igtkan cite dongeng rupanya ada maksud yg tersirat.

Cikrosecute said...

Tidak semua manusia sempurna...Ada jugak cacat jelanya...Cerita yang sangat Menarik!!!

Anum said...

menariknya cerita ini sis
thanks share

syiela said...

terima kekurangan dan berusaha untuk menjadi lebih baik :)

Anonymous said...

amek la klemahan tu sbg pencetus sngt pada diri kita tuk bjaya :)

kotak bulat said...

suka kish ni.. betul.. setiap kelemahan, pasti ad klebihnnya.. Allah itu Maha adil kn

zieyll^bluehazel said...

menarek kisah ney . Allah memang maha adil . :')

Wanie said...

owh tak pernah bace lagi pun kisah ni akak..setiap manusia mesti ade kelebihan masing2..

shamyheart said...

masa 1st time baca cerita ni, sha sgt suka.. ye la, sb ada pokok bunga spnjg jln, msti cantik kan? =)

kisah ni juga menyedarkan Sha yg buruk itu belum tentu tak baik.

Haszrol said...

kisah yang menarik untuk diceritakan pada anak2 sebelum tidur...

thanks

Safee Sali Dirisik Kelab Jerman

OMR (Rose) said...

balas kunjungan & follow...menarik cerita ni ^_^

Cik Amni said...

nang best kitak kak.... kmk suka cita2 kedak tok.. dari kecik nang minat cita2 macam tok.. hehehe.... ulang2 baca pun kamek sik lejuk....ada pengajaran ya penting...=)

sHi Ma said...

pengajaran berguna dan sgt penting...

[sutera kasih] said...

1st time kmk baca cerita tok..

berik kmk motivasi :)

makseh kak bui