Monday, February 20, 2012

Rawatan Bekam


pinjam Google

sabtu lepas bui ke Boulevard Shopping Mall..tapi bukan nak g shopping ok..mana nak cekup duit belum gaji ni..hehe..tujuan utama nak g buat urutan refleksologi dekat kaki..sebab orang kata kita boleh tahu kita sakit apa kalau buat urutan ni..


petikan ni bui ambil dari internet..
Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh manusia. Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Jika tubuh seseorang itu mempunyai masalah, mereka biasanya berasa sakit walaupun tekanan yang lembut dikenakan pada bahagian tertentu di tapak kaki. Oleh itu, refleksologi adalah salah satu dari cara untuk memulihkannya kerana selain dari berkesan ianya juga murah.
Kaitan Antara Tubuh Manusia Dengan Urutan Kaki(Refleksologi)
Ramai diantara kita tidak tahu apa kaitan urutan kaki dengan kesihatan tubuh manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Teknik refleksologi yang dibuat secara berjadual misalnya seminggu sekali, bukan sahaja dapat mengeluarkan toksin di dalam badan tetapi dapat juga meringankan kaki yang lenguh.
Bagaimana Toksin Terjadi

Merokok

Memakan daging merah yang diawet atau disejukbeku

Radiasi daripada alatan elektronik.
(contohnya komputer,handphone dan televisyen)

Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet dengan bahan kimia

Amalan memakan makanan segera, berlemak, perisa tambahan, bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman.

Kelebihan Refleksologi

Menyeimbangkan kedudukan badan

Mengurangkan rasa letih

Menguatkan otot kaki

Mengurangkan masalah usus

Menguatkan tulang

Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Mengurangkan risiko tulang reput

Melancarkan pengaliran darah

Mengelakkan risiko sembelit

Mengurangkan risiko sakit sendi

Meningkatkan daya tahan individu

Mengurangkan risiko kencing tidak lawas

so,bui ajaklah hubby pergi..urutan 30 minit macam tu..bayaran pulak Rm30..ok tak?dalam tengah2 buat urutan kaki tu,sempatlah dia cakap kat mana bahagian dalam badan bui ni yang ader masalah..huh,macam biasalah..macam buat pemeriksaan kesihatan hari tu..huhu


masa tengah urut tu,aduhaiiii..memang sakit betul lah..tekan sini sakit,tekan situ sakit..semua sakit..berpeluh2 bui menahan kesakitan..tu maknanya memang dalam tubuh bui ni ada masalah..sobs..sobs..so,dia orang suggest supaya bui buat rawatan BEKAM untuk buang darah2 kotor dalam badan sambil2 merawat penyakit2 jahat tu..


almaklum,badan tak pernah servis..so penyakit senang datang..jadi inilah masanya nak buat..macam servis kereta pulak dah..hihi..korang ader pengalaman berbekam tak?sakit tak?..ngeri jugak nak buat ni tapi nak sihat kan,so kenalah buang perasaan ngeri tu..sebenarnya petang esok bui dan hubby akan buat rawatan bekam ni..serius bui rasa berdebar2 sebab ini kali pertama..




nanti bui ceritakan pengalaman bui buat rawatan bekam ni yer..*__*..oh ya,esok bui cuti sebab nak buat rawatan bekam ni..dan rabu pun cuti sebab ada test..kemungkinan besar bui takkan blogwalking rasanya..tapi tengok lah macam mana..


14 comments:

Unknown said...

slm..singgah sni baca info...huhu...deqla x pnh berbekam pun...best ke ar?

Reena Sidek said...

kmk pernah nangga org molah bekam jak... dirik lom pernah coba...

Azhafizah MN said...

errr..agak takut nak berbekam ni..tapi macam nak try..nanti kak bui dah buat rawatan kak bui share ye ^_^

p/s:selamat berbekam

IntaNBerliaN said...

eee seriau pulak sy dgr nak buat bekam ni.. takut tgk org buat..hhuu

fieda said...

takut la tgk org buat bekam..tp elok kot untuk buang darah2 kotor..

ajumohit said...

Aju tgk hubby wat bekam dh 2x, mmg hubby kata ok, tp pas buat tu rasa pedih2 skit di tmpt yg dibekam tu, bui boleh!!! Hihi

AmirFX said...

Kmk penah berurut jak.. Berbekam lom gik.. P kmk ingin nak cuba ngn rawatan lintah.. Soh sidaknya isap darah.. Sik la kmk perlu rasa ngutik nangga jarum..

kasihredha said...

akak pun suka buat refleksi kaki..buat kat orang buta :)

-Nureen- said...

baru ni pon asben g foot reflexology gak.. rm30 45minit kat cini :P

sHi Ma said...

xpernah pun wat rawatan bekam.. huhuhu...

syiela said...

beraninya bui... x sbar nk dgr citer bui berbekam..

Shida Radzuan said...

nice info sis :)

shamyheart said...

eh, orang perempuan pun boleh berbekam ek? tak tahu plak.. biasanya lelaki je. sebab perempuan dah period, darah2 kotor keluar.

Cikrosecute said...

cik rose pernah tengok hasil dari bekam nie...ngeri tengok...