Wednesday, January 30, 2013

Peplum Dan Medical Check Up

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hari ni takder wordless wednesday yer..tetiba dapat hidayah nak bercerita tentang apa jadi dengan dahku minggu lepas..jom baca


...the story begins..cehhh..hahaha


gini,hari khamis lepas (24.1.2013) kan hari cuti umum seluruh Malaysia..so,semua pekerja gomen tidaklah bekerja pada hari tu termasuklah dahku..so,sebab cuti kita orang pergilah ke sebuah pasaraya yang agak femes kat Kuching ni..nak cari PEPLUM kononnya..sekarang kan trend peplum so bui dan adik bui Sheila pun taknak ketinggalan jugak memilikinya barang sehelai dua..


peplum kat dalam gambar ni pinjam dari internet..hehe


kat situ jumpalah jugak peplum yang cantik2..adik bui rembat 2,tapi bui beli satu jer..berjimat cermat katakan..kan berjimat cermat adalah azam bui tahun ni..hahaha


tapikan..masa dekat situ kepala bui ni tiba2 terasa pening dan badan rasa tak jejak ke bumi jer..macam dalam kapal yang sedang belayar di lautan kalau nak diibaratkan..wahhh..terus bui minta minyak cap kapak dengan mak bui (mak bui pun ikut jugak ms tu) urut2 sekejap,legalah sikit rasanya..lepas tu kita jalan2 lagi..dalam jalan2 tu kepala bui memang terus berdenyut2 tapi mengenangkan adik dan mak yang tengah seronok nak bershopping,bui ikutkan jer..


air samboi..sedap ni kalau diminum masa sejuk..


sampai bui beli samboi (tau tak samboi merah tu) kot2 boleh menghilangkan rasa pening dan mual tu..macam orang peknen kan..oh tidak..mustahil lah sebab bui memang merancang bab kehamilan ni..hehehe


malam tu pulak masa tidur jantung pulak berdegup dengan kencang..sekejap2 ok,sekejap2 lagi berdegup kuat balik..memang x sedap hati sungguh perasaan bui malam tu..macam ada sesuatu yang buruk berlaku..beberapa kali jugak bui bawak mengucap,baca doa tapi tetap jugak macam tu


last2 korang tau apa yang bui buat?bui pergi google kat internet..bui taip keyword jantung berdegup kuat dan pening..korang tahu apa keputusan yang bui dapat?????




terkejut beruk bui..terus takut dan resah..huhu.. dan pagi jumaat tu bui terus pergi klinik buat medical check up tapi keputusannya akan diketahui petang ini nanti..nurse dah kol bui tadi dan suruh bui ambil result medical check up tu dalam pukul 5 nanti..berdebar2 dahku sebab masa bui g klinik hari jumaat tu doktor cakap bui berkemungkinan dapat penyakit darah tinggi sebab blood pressure memang agak tinggi masa tu..oh,tidak...


nanti bui kongsi dengan korang resultnya yer..
doakan yang baik2 taw..huhu


Take Care..♥..

Tuesday, January 29, 2013

Gambar Nora Danish Dan Rayqal

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


bui ni nak dikatakan tak minat Nora Danish,tak jugak..nak dikatakan minat pun tak jugak..biasa2 jer kot..kalau dibandingkan antara ND dengan Fasha Sandha,bui lagi suka FS sebab walaupun penuh kontroversi tapi lakonan tip-top beb..hehe


tak sabar rasanya nak tengok wajah anak FS dengan Jejai nanti..tapi buat masa ni kita layan dulu lah  2 keping gambar Nora Danish dengan anaknya Rayqal..dah membesar dengan comel si Rayqal ni..stylo pulak tu..




like mother,like son..dua2 pandai bergaya..


Take Care..♥..

Monday, January 28, 2013

Ketat

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


eh..ni klon dia..nampak sama tapi bukan dia..hehe




Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus:


Soalan : Apa hukum orang LELAKI pakai seluar ketat?


Jawapan Ustaz Azhar Idrus : 

Jika ketat sangat hingga nampak bentuk peha dan punggung hukumnya MAKRUH, tapi jika nampak jelas bentuk ANGRY BIRD maka hukumnya HARAM.


Tapi jika perempuan, nampak bentuk badan sahaja dah haram. Memakai baju lengan pendek walaupun lengan pakai INNER ketat, pun haram. Pakaian perempuan tidak boleh menampakkan bentuk badan dan warna kulit. Kenapa begitu? Sebab bentuk tubuh badan perempuan ni special. Ada daya tarikan.






Bentuk badan lelaki ni ibarat kancil, manakala bentuk badan perempuan ibarat Lamborghini Diablo. Kalau letak bersebelahan, orang giler je yang pegi tengok kancil dulu. :)


perghhhh..serius osem kereta tu kan..


Take Care..♥..

Friday, January 25, 2013

CPUV @ BE #1 Untuk Ini Blog Bui

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


syukur alhamdulillah kerana untuk kesekian kalinya bui mendapat rezeki lagi dari Nuffnang..untuk tahun 2013 ni bui nak mengasingkan lah BE-BE yang bui dapat..tak nak campur2 lagi macam tahun lepas..oleh sebab itu bui katakan bahawa blog bui (IBB) ini telah mendapat BE yang pertama untuk tahun 2013..sila tengok gambar





fyi,bui ada 2 blog,satu BUI TUTORIAL dan satu lagi blog INI BLOG BUI..blog tuto tu sangat jarang bui update,dengan ertikata lain jika dapat hidayah jer baru lah bui akan update blog BT..hehe..tapi syukur jugaklah walaupun jarang update ada jugak BE sudi muncul kat situ


dan blog IBB ni memang kalau boleh bui akan update setiap hari..cuma adalah jugak tak update beberapa hari apabila mood puan blog pergi ke laut china selatan...hihihi..tapi bui suka bila BE ada kat blog ni sebab $$$$ confem meriah..yuhuuuuu..^______^


Take Care..♥..

Thursday, January 24, 2013

Al-Fatihah Buat Arwah Yasmin Hunswick

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA


bui pinjam dari blog arwah..
bui letak watermark sebab bui dah edit gambar ni


kalau diikutkan hari ni bui nak publishkan entry lain,tapi tak jadi sebab semalam balik jer kerja bui terus blogwalking kat blog member2..dalam syok2 bw tu terjumpa ENTRY INI (kat sini ada cerita yang detail pasal arwah) tentang seorang remaja perempuan cantik yang telah meninggal akibat kemalangan jalan raya


kisah ni ekceli berlaku tahun lepas tapi sumpah bui memang tak tahu menahu langsung pasal ni sehinggalah bui baca entry kat blog kat atas tu..sadiskan..huhu


apa yang menariknya tentang remaja ni,dia seolah2 tahu bahawa ajalnya akan tiba..ini terbukti apabila arwah telah meng'upload' gambar buku Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur di Instagram sebelum kejadian dan jugak arwah pernah bercerita mengenai mimpi arwah di blog..MIMPI NGERI..serius meremang bulu roma bui baca..


bila membaca kisah arwah,hati bui jadi sangat terusik..perasaan insaf terus menyelubungi diri ini..betapa janji Allah tentang kematian itu sesuatu yang pasti..takutnya bui..terlalu banyak dosa2 yang telah bui lakukan tanpa menyedari bahawa ajal akan datang tanpa mengira usia dan masa..ya Allah,ampuni semua dosa2 ku..sobs..sobs..


buat pengetahuan semua arwah adalah seorang blogger seperti kita jugak..setelah kematiannya,sekarang blog arwah masih aktif cuma dengan penulis yang berbeza..penulis itu tak lain adalah ibu arwah sendiri..bayangkan kita yang tidak mempunyai talian darah dah terasa sedih,apatah lagi ibu yang telah mengandungkan arwah dari rahimnya sendiri..huhu



3820 itu adalah diri ini


bui tertarik sangat dengan kisah arwah dan dengan itu bui telah follow blog arwah YASMIN HUNSWICK..ada pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari blog arwah..al-fatihah,semoga rohnya tenang di sana..kalau korang berminat jugak nak tahu kisah arwah,klik jer link yang bui bagi..sama2 kita ambil iktibar..

BLOG ARWAH YASMIN HUNSWICK

jika ada kesilapan tutur kata,maafkanlah bui ok


Take Care..♥..

Wednesday, January 23, 2013

Nak Birthday Kek Tak?

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ada tak yang sambut hari jadi hari ni..?
eh,eh ramainya yang angkat tangan..hik2
ok,bui hari ni baik hati so bui nak bagi kek-kek ni untuk korang
ambik 1 jer taw...hehehe





very the kalerful


alahai,kalaulah betul2 dapat kek macam ni kan ke syiookkkk...
siapa pandai buat?bui nak tempah buat diri sendiri..hahaha


yess..esok dan lusa cuti..+ sabtu dan ahad so 4 ari x kerja..
yahoooo..boleh bersenang lenang macam dugung kat rumah..^_^


Take Care..♥..

Tuesday, January 22, 2013

Who,What,When,Where,Why

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




kalau perasaan tengah down macam sekarang ni,bui memang suka membaca kata2 motivasi macam kat atas..^_^..kata2 macam tu umpama pemberi semangat untuk bui terus tabah dalam mengharungi hidup dalam dunia ni


dalam dok sibuk2 tengah ada problem..sempat jugak fikir nak pergi melancong..bui nak pergi kat CAMERON HIGHLANDS rasanya..kot2 semua masalah boleh hilang bila tengok buah strawberi..hahaha



tengah kata ada problem tapi sempat lagi bui buat lawak bodo..
boooooooo..grrrrr


oh,ya..sapa2 pernah pergi CH boleh tak korang rekomen kat bui hotel mana yang best kat situ..KAT SINI ok tak..?maceh..


Take Care..♥..

Monday, January 21, 2013

KOSONG

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




tajuk entry dengan gambar memang macam tiada kaitan,tapi kata2 dalam gambar tu menggambarkan apa yang bui rasa sekarang dan mungkin bui akan mengamalkan perasaan sebegitu lepas ni..tak faham yer?takper..abaikan jer..


Take Care..♥..

Friday, January 18, 2013

Aurat Lelaki Dan Wanita Dalam Islam

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

bui akui kalau bab-bab agama ni bui memang banyak sangat kekurangannya..sobs..sobs..sedih..tapi bui sedang berusaha untuk memperbaiki diri ini ok..trust me


dan dalam mencari ilmu untuk memperbaiki diri,bui tertarik dengan 2 gambar kat bawah yang mana gambar2 ini menunjukkan dengan jelas batasan aurat lelaki dan juga wanita..


jomlah sama2 kita tengok..bagi yang dah tau,mayb gambar2 ni boleh mengingatkan korang kembali dan bagi yang memang tak tau,sila lah ambil tau k..jangan buat2 tak tau pulak..hehe





dari SUMBER yang boleh dipercayai


Take Care..♥..

Thursday, January 17, 2013

Gambar Datuk Siti Bertudung Litup

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

bui tau memang dah banyak blog2 yang memaparkan gambar Datuk Siti yang telah berhijrah dengan memakai tudung litup sempena ulang tahun beliau yang ke 34 tahun..tapi bui tetap jugak nak interframe dengan membuat entry ini..dah minat kan,so biarlah bui mengabadikan wajah2 cantik tok T dalam blog ini..biarkan lah weiii..^_^kang tak pasal2 merajuk pulak orang tua ni..kekeke


almaklum Datuk Siti antara artis kecintaan bui dari dulu sampailah sekarang..almaklum jugak Datuk Siti dan bui sama2 membesar..eh..?konpius jap..maksud bui kat sini ialah kita 2 ni umur x jauh..tok T lahir 1979,bui pulak 1977..kan x jauh tu..kiranya kita sama2 membesar la kan..cuma bezanya tok T telah membesar dengan begitu cantik dan gemilang lagi terbilang..bui pulak tidak..suam2 kuku rimau jer..hihihi


nah ambik gambar2 tok T..kalau boleh nak letak besar2 gedabak tapi ruang x cukup pulak..syukur alhamdulillah kan ,tok T telah menunaikan janji beliau untuk menutup aurat sepenuhnya..semoga perubahan ini berkekalanlah hendaknya..tak mau bukak2 lagi yer tok Ti..kalau nak tunjuk rambut pun,depan tok K jerlah..hihihi



 aduh..kalau bui ni lelaki dah lama cair-mair



2,2 comel giler



macam gegirl umo 20 an jer..grrrrrr



cantik kek Tok T..boleh share?




kulit muka tok T memang gebu habis..ni yang terasa nak pakai produk kecantikan Simply Siti pulak..manalah tau kot-kot boleh jadi macam muka dia..hahahaha..kalau lah boleh gitu kan,bui rasa ada pompuan sanggup berbunohan semata2 nak dapatkan produk ni..lepas tu kan..laki,asben,hubby,daddy,ayang,laling dok konpius kejap sambil garu2 kepala..eh,mana satu bini aku ni?dahhhhhhhhh,semua muka sama..miahahahaha..khayalan semata..^_^


Take Care..♥..

Wednesday, January 16, 2013

Destinasi Memadu Kasih

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


tajuk memang tak boleh blah..hahaha..
tapi memang betullah,
sesiapa yang nak berhoneymoon kat sini 
sangat sesuai untuk memadu kasih yang terjalin


sangat2 romantika de amor dan sangat2 tenang lagi nyaman



Bora-Bora Island
indah ciptaan Allah kan..
SUBHANALLAH



bolehlah berjimba2 macam ni jugak..hihihi..


NOTA BUI :
lagu baru blog - SARANGHAMNIDA..layannn..^_^


Take Care..♥..

Tuesday, January 15, 2013

Comel Dan Seksi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hihihi..bila seseorang jadi kreatif,
buah-buahan pun boleh jadi sangat comel dan seksi
tak caya,korang tengoklah gambar ni


buah kiwi pakai spender..
hihihi..seksi habis..^___^

NOTA BUI :
entry pendek2 jer minggu ni sebab bui bizi dengan budak2 khas

Take Care..♥..

Monday, January 14, 2013

Siapa Peminat BATMAN?

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


SELAMAT HARI ISNIN SEMUA..^__^
no monday blues ok bebeh!!


siapa peminat tegar kartun Batman..?apa kata yang minat tu menginap kat hotel ni then tempah bilik yang bertemakan kartun Batman ni..confem akan terasa diri ala2 Batman jugak nanti..hahaha



Eden Hotel,Batman Suite..
kat mana..?kat TAIWAN..


kalau nak taww,hubby bui peminat Batman,agak2 nak tak kalau bui ajak dia g kat sini..confem dia nak kan,tapi bui ajak jer dia bayar..hahaha..



Take Care..♥..

Saturday, January 12, 2013

Musykil Dan BE Pertama Tahun 2013

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


musykil sungguh bui bila bukak akaun di Nuffnang malam tadi..
secara tiba2 jer ada seketul BE yang bertarikh 
30 November 2012 muncul..




pelik jugak kerana sebelum ni BE ni takder pun..
kalau di rujuk pada gambar kat bawah ni,
BE terakhir untuk bulan 11 adalah pada 26 Nov
(itupun dah off going..haha)




sebelum ni x pernah pulak berlaku,
tapi apa2 pun rezeki jangan ditolak
dah Nuffnang bagi,ambik ajerlah..hihi


now ada 4 BE tengah on going 
termasuk BE yang pertama untuk tahun 2013 ni
iaitu MAXIS Q1 HOTLINK yang bertarikh 9 Januari 2013
(kalau terjumpa sila klik selaju mungkin..hehe)


syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan..

NOTA BUI :
semalam birthday Datuk Siti..SELAMAT HARI JADI TOK TI..ilebiu..^_^

Take Care..♥..

Friday, January 11, 2013

Rebat Rm200 Untuk Beli Telefon

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




jika korang memenuhi syarat2 di bawah,maka dengan itu korang layak memohon rebat Rm200 untuk membeli telefon pintar..jelessss,sebab bui x layak sebab umo bui baru 20 tahun..hahaha..sila jangan percaya k

i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 

ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;

iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 

iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan

v. Satu telefon hanya untuk satu belia;


macam mana nak memohon?


NOTA BUI :
memang untung belia zaman sekarang..macam2 kemudahan kerajaan bagi..sila lah bersyukur yer..(^__^)


Take Care..♥..

Wednesday, January 9, 2013

Top 5 Finalis ABPBH 2012

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




hari ini tetiba datang rajin nak update pasal ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2012 (ABPBH 2012)..sebelum ni x pernah2 ambik tau secara detail..selalu bila anugerah tu berlangsung barulah sibuk tengok depan tv..tapi kali ni terlebih rajin sikit maka bui update top 5 finalis untuk setiap kategori yang dipertandingkan




ehem..ehem..tahniah buat AARON AZIZ sebab tercalon untuk 7 kategori..adakah AA akan membawa pulang sekali lagi gelaran ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR?sama2 kita nantikan 7 APRIL 2013 nanti


yang nak vote,silalah rajin2 membeli suratkhabar BERITA HARIAN dan votelah artis kesayangan anda..bui pun nak beli lah,nak vote abang eron ajis..awwww..hehehe


so,lets cekidaut 5 finalis untuk setiap kategori yang dipertandingkan


ARTIS BARU LELAKI POPULAR

1. AIMAN HAKIM RIDZA
2. IZZUE ISLAM
3. JIMMY PALIKAT
4. SHAH ISKANDAR
5. TAIYUDIN BAKAR

dalam 5 calon ni,bui hanya kenal 
AIMAN HAKIM RIDZA dan JIMMY PALIKAT jer..
yang lain tu sapa eh?pelakon atau penyanyi?


ARTIS BARU WANITA POPULAR

1. AINAN TASNEEM
2. EMMA MAEMBONG
3. HANEZ SURAYA
4. NAD ZAINAL
5. WAWA ZAINAL

dalam kategori ni yang lain semua bui kenal 
kecuali HANEZ SURAYA..


ARTIS DUO / BERKUMPULAN POPULAR

1. BLACK & MALIQUE
2. HAFIZ & ADIRA
3. JIMMY PALIKAT & ONE NATION EMCEES
4. MOJO
5. SLEEQ & NAJWA

haaaa,semua ni bui kenal..hehe..
hebat2 semuanya tapi bui teka BLACK & MALIQUE 
akan menang..hahaha,ada lagi tekaan bui kan..
harap2 kali ni jadi kenyataan lah..^__^


PENYANYI LELAKI POPULAR

1. AIZAT
2. BLACK
3. FAIZAL TAHIR
4. HAFIZ
5. HAZAMA

kategori ini confemlah HAFIZ dapat..confemmmmmmm..hihihi


PENYANYI WANITA POPULAR

1. JACLYN VICTOR
2. NAJWA LATIF
3. SHILA AMZAH
4. STACY
5. YUNA

yang ni pun confemmmmmm la YUNA menang..hehehe


PELAKON TV LELAKI POPULAR

1. AARON AZIZ
2. ADI PUTRA
3. BETO KUSYAIRY
4. FAHRIN AHMAD
5. JOHAN AS'ARI

yang ni for sure 200% AARON AZIZ @ eron ajis yang akan dapat


PELAKON TV WANITA POPULAR

1. FASHA SANDHA
2. IZARA AISHAH
3. NABILA HUDA
4. NEELOFA
5. SITI SALEHA

eh,eh kenapa Nadiya Nissa takder yer..?
kalau dia tercalon,confem bui pilih dia..
tapi oleh kerana dia x tercalon so,bui pilih NEELOFA jer lah..
(macam x ikhlas jer kan..hahaha)


PELAKON FILEM LELAKI POPULAR

1. AARON AZIZ
2. ADI PUTRA
3. BRONT PALARAE
4. SHAHEIZY SAM
5. ZIZAN RAZAK

pencalonan ke-2 AARON AZIZ,
rasanya dia jugak yang akan menang kategori ini


PELAKON FILEM WANITA POPULAR

1. LISA SURIHANI
2. MAYA KARIN
3. NEELOFA
4. NORA DANISH
5. YANA SAMSUDIN

bui rasa LISA SURIHANI akan dapat trofi untuk kategori ini


ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

1. ANGAH
2. JEPP
3. JOHAN
4. NABIL
5. ZIZAN RAZAK

vote for ZIZAN RAZAK...


ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR

1. ALIZA ABDULLAH @ ENOT
2. DIDIE ALIAS
3. JIHAN RAJA LAWAK
4. NOORKHIRIAH
5. SHARIFAH SHAHIRA

my vote > DIDIE ALIAS


PENGACARA TV LELAKI POPULAR

1. AC MIZAL
2. AWAL ASHAARI
3. AZNIL NAWAWI
4. FAIZAL ISMAIL
5. ZIZAN RAZAK

my vote > AC MIZAL kot..


PENGACARA TV WANITA POPULAR

1. ADIBAH NOOR
2. DIDIE ALIAS
3. FARA FAUZANA
4. NEELOFA
5. SHARIFAH SHAHIRA

yang ni pastinya FARA FAUZANA akan dapat..


PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

1. AG
2. FAIZAL ISMAIL
3. HALIM OTHMAN
4. JOHAN
5. NABIL

abang botak FAIZAL ISMAIL akan menang..


PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

1. ABBY FANA
2. DJ LIN
3. FARA FAUZANA
4. LINDA ONN
5. RAJA AZURA

confem FARA FAUZANA menang...berani jamin..kekeke


dan ini pulak untuk 5 FINALIS KATEGORI ONLINE ABPBH 2012


WATAK JAHAT DALAM FILEM ATAU DRAMA POPULAR

1. AARON AZIZ
2. ADI PUTRA
3. BRONT PALARAE
4. SOFI JIKAN
5. ZIZAN RAZAK


GANDINGAN DI LAYAR SERASI

1. AARON AZIZ & NADIYA NISSA
2. ADI PUTRA & NORA DANISH
3. AIMAN HAKIM RIDZA & IZARA AISHAH
4. JOHAN & ZIZAN RAZAK
5. SHAHEIZY SAM & YANA SAMSUDIN


WATAK ANIMASI TEMPATAN POPULAR ABPBH

1. ANAK-ANAK SIDEK
2. BOBOIBOY
3. KACANG
4. UPIN & IPIN
5. USOP SONTORIAN


ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN MEDIA SOSIAL

1. AARON AZIZ
2. SHILA AMZAH
3. STACY
4. YANA SAMSUDIN
5. ZIZAN RAZAK


ARTIS LELAKI STYLO

1. AARON AZIZ
2. ADI PUTRA
3. AWAL ASHAARI
4. SHAHEIZY SAM
5. ZIZAN RAZAK

ARTIS WANITA STYLO

1. LISA SURIHANI
2. MELISSA FRANCIS
3. NORA DANISH
4. STACY
5. YANA SAMSUDIN

ARTIS ASIA PALING POPULAR

1. AARON AZIZ
2. BIG BANG
3. SHILA AMZAH
4. SUPER JUNIOR
5. ZIZAN RAZAK


fuhhh..panjangnya..yang tulisan merah tu pilihan bui..
korang pulak macam mana?

NOTA BUI :
agak2nya kalau Aaron Aziz banyak menang Zed Zaidi bising tak?oopsss..^__^

Take Care..♥..

Tambang Percuma AIRASIA

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




wow..AIRASIA tengah buat tawaran hebat sekarang dan tawaran itu dibuat hanya untuk hari ini sahaja..OMG,rugilah sapa yang tak nak rebut peluang ini..hehe


so,cepat2 tempah..murah sangat tu..macam naik bas jer tambangnya..bui pun nak tempahlah..nak g Sabah..yuhuuuu..^__^

PROMOSI TEMPAT DUDUK PERCUMA AIR ASIA

sila klik yang bui bagi untuk maklumat lebih lanjut okeh bebeh..


Take Care..♥..

Tuesday, January 8, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


segmen pertama di tahun 2013..
anjuran FIZ GRAPHIC 




bagi yang tak tau bui ni blogger dari negeri SARAWAK..
kamek urang Kuching..^___^..kitak orang siney tek?hehehe


bendera kebanggaan negeri tanah tumpahnya darahku




tempat2 yang best memang banyak kat sini,tak terkira banyak tapi antara yang paling femes adalah KAMPUNG BUDAYA dan makanan yang paling femes rasanya KEK LAPIS SARAWAK dan IKAN TERUBUK MASIN


kalau korang nak lebih mengenali negeri kelahiran bui ni apakata korang terjah blog sahabat bui iaitu ZAMTRANSPORTATION

NOTA BUI :
selamat berkenalan semua..


Take Care..♥..

Monday, January 7, 2013

Tekaan Salah Sama Sekali

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

dalam entry yang lepas dengan konpidennya bui bagitau yang Teman Pengganti nyanyian Black akan menjadi juara Anugerah AJL Ke 27 kan..maluuuuu,sebab tekaan bui tu salah sama sekali..


malam tadi tepat jam 9 malam dah standby depan tv tunggu siaran langsung AJL..berdebar2 dalam hati bui ni taww sebab nak tahu siapa lah yang akan jadi juara..ataupun dengan lebih tepat lagi tepatkah tekaan bui kali ni..kekeke





masa Black perform,mak aiii memang meremang bulu roma bui..suka benar bui dengan suara Black bila dia bawak lagu tu..lagu2 lain tak pulak macam tu..hihihi




konpiden habis bui masa tu yang confem Black akan dapat vokal terbaik,tapi bila Hafiz bawak lagu Ku Akui terus keyakinan bui jatuh merudum sebab suara power Hafiz buatkan bui terkesima seketika (terkesima la sangat kan..hahaha)


dalam hati memang dah sangka memang Hafiz yang akan sekali lagi menjulang piala Vokal Terbaik tapi jauh di sudut hati bui nak Black menang..dan telah termaktub bahawa rezeki Hafiz so dialah yang menang..lagipun suara dia memang tak dapat dipertikaikan kehebatannya..kan..kan


nasib baiklah Black dapat jugak hadiah untuk persembahan terbaik..jadilah daripada tak dapat apa2 kan..hiksss..taklah bui frust menonggeng sangat


apa2pun tahniah kepada Yuna sebab lagu Terukir Di Bintang telah di julang sebagai Juara Lagu Ke 27..cayalah Aizat..mayb misai bawak tuah kot..hihihi



dan berikut senarai penuh keputusan AJL Ke 27


JUARA - TERUKIR DI BINTANG oleh YUNA
NAIB JUARA - IDOLA oleh AZLAN & THE TYPEWRITER
TEMPAT KE 3 - KU AKUI oleh HAFIZ
VOKAL TERBAIK - HAFIZ
PERSEMBAHAN TERBAIK - TEMAN PENGGANTI oleh BLACK & RJ


NOTA BUI :
nasib baik Shila Wa Pu Se Tau tak menang..hehe..eh,eh ada yang minat dia ker?


Take Care..♥..

Friday, January 4, 2013

Anugerah Juara Lagu Ke 27

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


setelah kebizian bagai kan menteri,akhirnya bui baru dapat buat entry baru malam ni..sadis sungguh bila menjadi seorang wanita yang berkerjaya dan berkeluarga ni..ke hulu ke hilir macam tak cukup waktu jer..dengan kerja kat sekolah,dengan anak2 yang dah mula bersekolah,dengan kerja2 kat rumah lagi..uhuksss..'kepak' sungguh rasanya..korang yang sama seperti bui fahamlah macam mana situasinya kan..




tapi dalam kebizian yang amat,bui tak lupa pada AJL KE 27 yang akan berlangsung pada 6.1.2013 iaitu pada hari ahad ni..mana boleh lupa beb,penyanyi kesayangan bui ikut bertanding..kalau untuk AJL KE 26 bui dengan terernya telah dapat meneka siapa yang menang tapi tahun ni bui x berani nak meramalkan siapa yang akan menjulang piala AJL ke 27 sebab saingan semua hebat2..



walaupun bui peminat Hafiz tapi dalam hati bui ni kuat mengatakan bahawa lagu TEMAN PENGGANTI akan menjadi juara..suara Black power habis,sampai meremang bulu ketiak...ooopsss,bukan bulu ketiak,bulu roma..hahaha..goose bump kata omputeh..lagu tu bukan setakat penyanyi nya bersuara power tapi lirik lagu nya best sangat..


LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI

Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

dan ini merupakan barisan finalis AJL ke 27..
sama2 kita tonton nanti yer


Idola - Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan

Pelangi Senja - Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

Anak Kampung Jimmy Palikat & One Nation Emcee
Komposer : Jimmy Palikat
Penulis Lirik : Jimmy Palikat

Terukir Di Bintang - Yuna
Komposer : Yuna
Penulis Lirik : Yuna

Ombak Rindu - Adira & Hafiz
Komposer : Nurzaidi Rahman
Penulis Lirik : Nurzaidi Rahman

Tanpamu - Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Penulis Lirik : Amir Jahari

Lagu - Bedroom Sanctuary
Komposer : Bo Amir Iqram
Penulis Lirik : Bo AMir Iqram

Teman Pengganti - Black & Malique
Komposer : Malique
Penulis Lirik : Malique

Ku Akui - Hafiz
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

Simetri - Hazama & Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Firdaus

Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

Patah Seribu - Shila Amzah
Komposer : Shila Amzah
Penulis Lirik : Shila Amzah


NOTA BUI
sekali lagi entry panjang berjela2..hihi..harap sabar membacanya


Take Care..♥..

Wednesday, January 2, 2013

Penat,Letih,Tired,Kepak

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

hari adalah merupakan hari yang paling penat,letih,tired dan kepak sangat bagi bui..oh,ya sebelum ada yang salah faham 'kepak' yang bui maksudkan disini bukanlah kepak ayam yer..'kepak' yang bui perkatakan kat sini adalah kepak yang bermaksud penat,letih dan jika dalam bahasa omputeh nya adalah tired..


bui ni kan orang Sarawak..siapa orang sama negeri dengan bui memang arif benar lah dengan perkataan tu..ok,untuk buatkan korang lebih faham sila rujuk ayat dibawah (tetiba terasa diri ni macam cikgu BM pulak dah..hehe)


contoh ayat :-
ya Allah,kepak ada jak rasa badan aku aritok eh..


dan jika ditranslate ke bahasa korang (bahasa orang Semenanjung) ayat tu akan berbunyi macam ni


ya Allah,letih sungguh badan aku hari ni


so,sekarang dah faham kan..bagus..bagus..hehe


masyaallah,mukadimah bukan main panjang kan..hahaha..hari ni penat sangat bukan apa,anak2 kan first day masuk sekolah,so seawal jam 530 pagi bui dah bangun..siapkan apa2 yang patut then g hantar dia orang ke sekolah


syukur sangat anak2 memang tak meragam langsung sebab dah biasa kan..tapi ada jugak budak2 buat sesi karaoke dalam kelas..lucu bila tengok muka dia orang,airmata meleleh2..cikgu memang x pujuk sebab budak2 ni kalau kita pujuk makin menjadi..lama2 pandailah dia diam sendiri kan..hihi


lepas hantar anak2 kesekolah,bui dan hubby (ohya lupa nak gtau,semalam kami 2,2 cuti) pergi pulak ke pejabat lawyer sebab ada urusan rumah (part ni nanti2 lah bui cerita k,itupun kalau ingat..hehe)


ingatkan lawyer ada kat ofis masa tu rupanya lawyer x sampai lagi,so dokumen kena tinggalkan,bila lawyer dah tandatangan baru kita boleh datang ambil..sementara tunggu dokumen siap bui dengan hubby g breakfast dulu..lepas breakfast kita dah ready nak balik rumah,sekali otw home tu,pejabat lawyer kol suruh datang ambik dokumen,terpaksa patah balik..penat dowww


setel di ofis lawyer,kita pergi pejabat pinjaman perumahan then patah balik ke sekolah sebab Athirah akan balik jam 11.30 pagi..Firhan pulak balik 12.10 tengah hari..lepas ambik anak2 kami pergi pulak ke Jabatan Penilaian sebab ada dokumen yang nak di hantar kat situ..ofis dahlah nak tutup pukul 1,nasib baik kita sempat datang 5 minit sebelum ofis tutup..dan nasib baik jugak ada pegawai yang sudi layan kita orang


balik dari Jabatan Penilaian,kita pergi pulak ke bank..adalah dalam 20 minit macam tu baru urusan selesai..setel hal di bank kami pergi pulak ke tempat tuisyen anak2 sebab anak2 akan start tuisyen jam 2.30 petang..


lepas hantar anak2 tuisyen bui dan hubby pun balik rumah..hubby terus layan mata tapi bui tengok tv jer layan So You Think You Can Dance Season 8 (mak aii,full name bui bagi nama rancangan..kekeke)..jam 4.45 petang bui keluar rumah lagi sebab anak2 akan habis tuisyen jam 5 petang


balik ke rumah,bukan terus rehat tapi kena siapkan persediaan untuk anak2 esok ,masak dan apa2 lagilah yang sewaktu dengannya..aduh,dah x larat nak menaip sebab mata dah nak tertutup ni..ngantok + 'kepak'..so,bui nak tidur dululah..lagipun esok kena bangun awal lagi sebab esok bui kerja..


untuk makluman seharian ni bui yang driving sebab hubby tak berapa nak sihat..kesian dia..dan ekceli hari ni birthday anak bui Firhan tapi kita x celebrate sebab memang x buat plan langsung..huhu..mayb nnt lah kita celebrate dengan Athirah sekali


so,jangan x baca abis entry ni tau,'kepak' bui menaip..haha


Take Care..♥..