Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013 / BE Terakhir 2012

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Selamat Tahun Baru 2013 buat semua pembaca blog bui..dan selamat tinggal 2012..confem banyak kenangan pahit,manis,masam telah berlaku dalam kehidupan korang dalam tahun 2012 kan..bui pun begitu..tapi biarlah bui simpan semua peristiwa itu menjadi kenangan yang terindah..cehhhh


seperti biasa,jika tahun baru,sure lah kita2 ni sibuk nak berazam kan?bui pun tak terlepas berazam..korang nak tahu apa azam bui untuk tahun baru ni tak?banyak azam yang telah bui rancangkan tapi yang bui senaraikan kat bawah ni adalah yang paling penting dalam carta kedudukan azam 2013..^_^


azam tahun baru bui antaranya :-


a) nak turunkan berat badan 
(sekarang 58kg,bui nak turunkan jadi 50kg,kalau x boleh jugak 55kg pun boleh..)


dan


b) nak lebih berjimat cermat dengan tidak membeli barang yang tak perlu 
(godaan paling susah ni,lagi2 part baju,beg dan kasut baru..)


♥♥♥♥♥♥


dan syukur alhamdulillah sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya blog kesayangan bui ni telah mendapat seketul lagi BE dari Nuffnang..semoga BE yang terakhir ni lama sikit bertahan..hehe


BE yang bertarikh 29 Dec 2012 tu adalah BE terbaru..
♥lerp..♥lerp kat NUFFNANG..

NOTA BUI :
2 Jan ni hari pertama persekolahan kat sini dan hari tu jugak genaplah umur anak bujang bui 7 tahun


Take Care..♥..

Sunday, December 30, 2012

Trolltunga Yang Cantik

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

first time dengar nama tempat ni..macam x best jer..Trolltunga..pelikkan..sekali,bila tengok gambar terus bui terpikat..bila dah terpikat teruslah berangan2 nak melancong kat situ..banyaklah bui punya angan2 kan..nak ke Sabah pun belum kesampaian lagi,ni apatah lagi nak ke obersi..hahaha


tapi bagi yang takut pada ketinggian ataupun dengan erti kata lain 'gayat',toksahlah berangan nak ke sini sebab tempatnya very the ekstrem wa cakap lu...(bahasa rojak ala2 bui..^_^)


tak percaya korang tengok gambar ni..


berangan kalaulah ini gambar bui dan hubby..hehe



mak aii,memang berani gila pompuan ni



fuhhh,tiba2 batu tu patah..apa kes..?


kalau nak info lebih lanjut tentang Trolltunga yang kat Norway ni,korang bolehlah melawati laman web ini..TROLLTUNGA,NORWAY


nota bui : now mood 'Twilight' tengah bermaharajalela


Take Care..♥..

Friday, December 28, 2012

Aku Tergoda

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


tiba2 terasa ingin memiliki nya..^_^




nak tahu lebih lanjut kenapa bui tergoda? 

KLIK SINI

sure korang akan tergoda jugak..hehe..^_^


Take Care..♥..

Wednesday, December 26, 2012

Gambar Punggung Artis Malaysia

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

mak aii,tajuk entry bisa habis..confem berduyun2 orang klik ni..hahaha..saja jer bui ni kan,bikin havoc..gila ker apa nak buat entry macam tu..bui masih waras lagi ok..


tapi itulah hakikatnya,ada jugak manusia search keyword seperti kat atas tu..macam2 perangai..geli hati pun ada,tapi memang begitulah lumrah seorang manusia kan..faham2 sendiri lah yer


ceritanya begini..bui bukak Nuffnang,tengok bahagian keyword apa yang orang dok cari dalam blog bui untuk hari ni..korang tengoklah gambar yang bui print screen ni



tergezut bui bila tengok keyword tu..hahaha


lepas tu kan bui cubalah search kat google..bui taiplah Gambar Punggung Artis Malaysia,bui pilih image..rupanya gambar J-Lo dalam ENTRY INI yang membawa keyword itu ke blog bui..dalam entry tu memang ada gambar punggung J-Lo yang seksi..huhuhu


Take Care..♥..

Tuesday, December 25, 2012

BE Sepanjang Tahun 2012

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


tiba2 jeles sekejap bila tengok ramai blogger yang buat entry pasal dapat BE dari Nuffnang..Fiza dan Shida antaranya..uhuk-uhuk..serius jeles kat korang..hahaha..


dan dengan semangat yang membara bui pun bukak akaun Nuffnang jugak,kot2 manalah tau ada jugak BE baru..cisss,ngak ada rupanya..terus pangkah X selaju mungkin




BE-BE kat atas ni dah di cash out..^_^


hihihi,untuk mengubat rasa hati yang duka lara sebab takder BE baru bui bukak Nuffnang balik dan tengok BE-BE lama dan BE yang sedang aktif..(betol ka bahasa ku ini?)



BE-BE ini belum di cash out tapi dah x aktif lagi


alhamdulillah,terubat rasa hati ini bila bui dapati bahawasanya Nuffnang telah bagi banyak BE untuk kedua-dua blog bui untuk sepanjang tahun 2012..kalau untuk tahun 2011 bui hanya dapat 20 saja BE tapi untuk tahun ni bui telah dapat 47 BE setakat hari ini..



ada 3 BE tengah running


bui tahu mesti ada blogger yang dapat banyak lagi daripada ni kan..?sharelah dengan bui berapa BE korang dapat untuk tahun 2012 ni..sharing is caring kan..^_^


dan bui sangat2 bersyukur sebab sepanjang berblog walaupun bukanlah blogger femes ames tapi ramai yang sudi support bui dengan sentiasa mengunjungi blog bui dan sudi menjadi sebahagian dari blog ini..


oleh kerana dengan kunjungan koranglah bui dapat menjana pendapatan dari Nuffnang, terima kasih banyak2..hanya Allah saja akan membalas budi korang semua..


nota bui : hari ini plan nak jln2 sebab cuti tapi Adib demam pulak..huhu


Take Care..♥..

Monday, December 24, 2012

Pemenang Miss Universe 2012

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

petang semalam tertengok Miss Universe 2012 kat chanel 722..peserta semua cantik2 belaka..memang x terkata cantiknya..body pun mantap2..hehe


pemenangnya pulak adalah Olivia Culpo dari USA..memang cantik dia ni,umo pun muda lagi,baru 20 tahun..


jom layan gambar pulak..


top 5..bui suka tengok evening gown dari Miss Venezuela..gojessss







kalau nak layan gambar2 yang lebih banyak lagi KLIK SINI..siap ada gambar pakai bikini lagi..wahhhh,laju jer tangan tu klik kan..hahaha..jangan sampai juling biji mata,sudah..^_^


kalau nak baca lebih detail lagi pasal Miss Universe 2012 korang KLIK SINI


nota bui : alhamdulillah,problem 'stress' setel..hehe


Take Care..♥..

Thursday, December 20, 2012

Stressssss

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

hai..hai..selamat pagi semua..ewah2,kemain hai..hai bagai..padahal dah sembilanplohnam jam menghilang..tak nak tanya bui g ke mana ker..???



meh,bui bagitau..ekceli bui tak kemana2..ada..cuma macam biasa,bila mood nak berblog dah ke laut,habislah...memang bersawanglah blog jadinya


tambahan pulak minggu ni bui dalam ke'stress'an yang amat sebab ada masalah yang membelenggu diri..tak yah lah cerita ea,sebab ini masalah peribadi...




tiap2 malam jam 8 malam bui dah masuk tido,menangis kejap memikirkan masalah..almaklum sejak dah tau menangis ni berkhasiat rupanya terus x segan silu menangis..hehe


ok,lah..nak story panjang2 pun mood tak sembuh lagi ni..tatatititutu


Take Care..♥..

Friday, December 14, 2012

Rupanya Menangis Pun Ada Khasiat Tersendiri

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

bui baru tau yang rupanya menangis pun ada khasiat tersendiri..korang pun confem x tau kan..yang dah tau,sila lah buat2 tak tau k..hehe




Menyahkan Zat Berbahaya Dari Tubuh Badan
>>> zat2 kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan


Meningkatkan Kadar Degupan Jantung
>>> degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan,urat2 dada dan kedua2 belah bahu

>>> selepas menangis kadar degupan jantung akan kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang


Menghalang Penyakit
>>> Universiti Temple dari US telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat

>>> mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan,hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakn bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka

>>> manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai


Membebaskan Racun Dari Badan
>>> Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata,oleh sebab airmata berfungsi mengeluarkan unsur2 beracun dari dalam tubuh,maka menahan air mata beerti tumbuhnya racun secara perlahan2

>>> secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki,maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia hidup lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan 

>>> saintis2 dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan,ini menjadikan mereka yang menangis bebas daripada racun2 tersebut


Air Mata Mengandungi 25% Protein
>>> kajian2 yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa airmata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium

>>> ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia

>>> ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis 


so,dah taukan apa bagusnya menangis ni..lepas ni kalau rasa sedih menangis jer,jangan tahan2..tapi nak menangis kenalah bersebab,kalau tetiba menangis tanpa sebab yang munasabah nanti orang lain cop kita ni orang gila pulak..hahaha


nota bui : kesian Malaysia,kalah malam tadi kan..huhu


Take Care..♥..

Thursday, December 13, 2012

Nadiya Nissa Dan Aisya Sofea

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


Nadiya Nissa ( Ain Hawani ) bersama penulis novel ADAM DAN HAWA,Aisya Sofea
ayu kan wajah NN..pandai kak Aisya pilih orang untuk melakonkan watak Ain Hawani..^_^

tak lama lagi dah nak habis drama ni..bui tak pernah miss satu pun episod,kalau miss pun PVR kan ada..dah siap2 rekod full siri..memang terbaik lah Astro PVR tu kan..berbaloi2..


nota bui : sekarang tengah layan So You Think You Can Dance..best!!


Take Care..♥..

Wednesday, December 12, 2012

Perhatikan Gambar Ini

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


kalau mata korang tak rabun lagi,
confem korang nampak ada imej yang tersembunyi dalam gambar ini...



dah nampak kan..
very the kreatif mereka yang buat ni kan..
tabik springlah..^_^


nota bui : minggu ni entry pendek2 jer taww


Take Care..♥..

Tuesday, December 11, 2012

Nak Bukak Yang Mana Dulu

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


kalau korang kan korang bukak yang mana dulu..?hehe



kalau bui,memang bui akan bukak mesej dulu,pastu baru notifications..last sekali baru lah fren request..korang pulak?


nota bui : mood 'BUTTERFLY'' tengah on..ngeee


Take Care..♥..

Monday, December 10, 2012

Merlin Musim Ke-5

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Diterbitkan oleh Shine TV dan BBC Wales, siri pengembaraan ini berjaya menambat hati penonton melebihi 180 buah negara dari seluruh dunia. Merlin musim ke-5 masih mengekalkan barisan pelakon yang asal iaitu Colin Morgan (Merlin), Bradley James (Raja Arthur), Angel Coulby (Pemaisuri Guinevere / Gwen), Katie McGrath (Morgana), Richard Wilson (Gaius), Adetomiwa Edun (Sir Elyan), Eoin Macken (Sir Gwaine), Tom Hopper (Sir Percival), Rupert Young (Sir Leon), John Hurt (suara latar sang Naga Hikmat) dan memperkenalkan watak baru, Alexander Vlahos (Mordred).

Merlin 5 kini bersiaran pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam, penonton TV3 boleh menyaksikan 2 episod berturut-turut selepas tayangan perdana episod pertama dan kedua pada 16 November 2012. Babak baru bermula dengan zaman kegemilangan kerajaan Camelot di bawah pemerintahan Raja Arthur yang baru mewarisi takhta selama 4 tahun. Kini, Arthur sudah semakin matang dan menjalankan tugasnya sebagai seorang raja yang berwibawa di sisi Pemaisuri Guinevere, para satria yang setia dan juga Merlin yang merupakan kawan karibnya.



Morgana, sebuah nama yang ditakuti oleh rakyat Camelot sudah tidak kedengaran selama 3 tahun. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud bahawa Raja Arthur boleh menarik nafas lega kerana kejadian misteri mula berlaku di sempadan utara. Kesemua satria yang ditugaskan ke sana telah hilang. Justeru, Arthur berangkat ke sana untuk menyiasat apakah yang berlaku sebenarnya.


Bersama Merlin dan rakan-rakan seperjuangannya (knights of the round table), Arthur menuju ke destinasi yang penuh dengan cabaran dan tipu muslihat. Kuasa Morgana semakin kuat dan bijak mengaturkan rancangannya untuk menghancurkan Arthur dan Merlin. Kemunculan Mordred, seorang ahli sihir muda yang kesetiaannya tidak diketahui sama ada kepada Arthur ataupun Morgana mampu membawa maut kepada Arthur.




Kemahiran Mordred dalam penguasaan pedang telah mendapat kepercayaan daripada Arthur dalam masa yang singkat sehingga Mordred dilantik sebagai satria. Merlin yang tahu tentang latar belakang Mordred meragui kesetiaan Mordred terhadap Arthur. Malah, Merlin rasa kurang senang hati dengan keakraban Arthur dan Mordred.


Bakal memasuki episod ke-5 & ke -6 pada 26 November 2012, kewibaaan Raja Arthur sebagai seorang pemerintah diuji dengan desakan daripada The Disir untuk kembali kepada cara pemerintahan lama. Sekiranya Arthur inginkan keamanan untuk Camelot, baginda perlu akur dengan permintaan Osgar dan The Disir. Arthur yang mahu membuktikan kemampuan baginda enggan menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh The Disir.



Justeru, tindakan Arthur telah membangkitkan kemarahan The Disir sehingga meletakkan Camelot dalam keadaan yang bahaya. Hanya pengorbanan nyawa yang mampu menyelamatkan keadaan. Apakah Arthur sudah sedia untuk menandatangani konflik ini?


Mampukah Merlin menghalang malapetaka yang akan menimpa Camelot kerana maut sudah semakin hampir dan mengatasi kuasa gelap yang semakin meluas di Camelot? Apakah takdir yang tertulis buat Camelot? Saksikan Merlin musim ke-5 di TV3, setiap hari Isnin jam 10.00 malam. Layari Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.


nota bui : hari ni bawak anak2 ke sekolah..^_^


Take Care..♥..

Saturday, December 8, 2012

Korang Berani Tak..?

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


nak tanya korang ni..?
korang berani tak melalui jambatan ini..?
kalau korang berani bui memang tabik spring lah kat korang..
kalau bui dibagi 1 juta pun bui confem tak naklah (^___^)



Cliffside Steps, Hunan, China


takuuutttt...
tak gayat tapi ini sudah lebih..



Take Care..♥..

Friday, December 7, 2012

Mak Aiii,Cantiknya Dia...

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

first time memandang wajahnya terus bui terkesima..subhanallah,cantiknya dia..kalau lelaki2 tengok confem cair habislah..


tak caya..tengok gambar..korang kenal tak?







tanpa make up pun sweet sangat..aduhaaiiii,


model tudung Radiusite,Lynda Roslan


tapi dengar kabar dia ni dah bertunang dengan abang blogger terkenal Irene Nadia Marcello iaitu Aizul Marcello...bertuah dia kan..^_^


macam mana rasanya perasaan jadi orang cantik tahap gaban macam ni kan..?hik2


Take Care..♥..

Thursday, December 6, 2012

Giveaway For Follower

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



FIZ + FIZA + SHIDA + EMAS PUTIH bergabung = MELETUP...eh,eh macam kenal jer lirik lagu tu kan..hik2..


ni ha,malam ni dapat hidayah pulak nak menjoinkan diri untuk join segmen anjuran 4 blogger femes amos iaitu fiz / fiza / shida dan emas putih..


so lets cekidaut the segmen rite now..(oh..merapuuuu)


banner dah letak,follow dah,letak link sponsor dalam bloglist pun dah..so dah siap entry yang berlabelkan segmen ni...legaaaa..^_^


sesiapa nak join jugak boley klik banner kat atas tu atau KLIK LINK INI


Take Care..♥..

Cerita Tentang Anugerah ACBE Dan UNGU

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

dalam umo2 gini,korang rasa pelik tak kalau bui cakap bui g tengok konsert..ahaksss..bukan apa terasa macam lucu-lucuan bila dah jadik mak budak ni tiba2 bercakap pasal konsert..


ok,takper..lucu pun luculah..lagipun masa bui pergi tu ada lagi penonton yang lebih veteran dari bui..hihihi


ok,lah terus ke berita utama..cehhh..


hari itu kan bui ada story mory pasal Anugerah Carta Borneo Era (ACBE) 2012..tak ingat..?tak tau..?takper,korang boleh imbas kembali dengan membaca ENTRY INI


tak nak baca..?fine..bui x marah,cuma angry jer..hahaha..eh,sudah2 lah merapu bui..ok,sambung story


Sabtu (1.12.2012) bui dapat 2 pas free taww untuk g ACBE 2012 ni..(maceh NUFFNANGdengar free terus gigih ajak adik bui Sheila pergi..nak ajak hubby tapi hubby g wedding ofismate dia pulak



gantengkan..^_^


lagipun ada UNGU datang buat persembahan,so memang teruja sakan lah nak pergi..almaklum bui nak tengok jugaklah Pasha UNGU yang hensem tu depan2 mata..hik2..gataiiii


ok,now..jom layan gambar..



pemandangan sebahagian bandaraya Kuching dari atas Civic Centre..



lokasi Anugerah ACBE..masa ni kosong lagi sebab majlis start 8.00 malam



pose bersama pass dan payung Avon..jangan tak tau,malam tu hujan taww,tapi kerana UNGU bui pasrah meredah hujan dengan jiwa kental..hahaha



see..basah kan



dari bangunan ni lah bui ambil gambar yang pertama dan kedua tadi



zoom in pass



orang ramai..hujan2 pun tetap setia menunggu



adik bui,Sheila dan perhatikan ada penonton veteran kan..kan..
dan ada hantuuuuuuuuu..hahaha



Sharifah Zarina yang ada vokal power..
tau tak lagu Memandang Awan..?ha,dia nilah empunya suara



dan persembahan yang ditunggu2..Pasha Ungu..sedih,sebab tak dapat tengok dekat2..tapi syukur jugaklah sebab dapat dengar suara dia secara live dan dapat tengok the body ketak2..hik2..gataiii again



argghhhh,payung2 tu memang kacau view jer...:(


ok,sekian dulu liputan untuk ACBE 2012 yang tak berapa nak gempak dan kalau nak tahu lebih lanjut siapa pemenang2 anugerah malam tu..KLIK SINI..kang bui membebel panjang2 korang bohsan pulak..


Take Care..♥..

Wednesday, December 5, 2012

Aduh..Macam Mana Ni..?

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

sesiapa boleh tolong bui tak?
cuba korang tengok gambar kat bawah ni..


gambar ni keluar bila bui bukak blog guna Google Chrome..korang pulak boleh buka tak..?sebelum ni x pernah berlaku..so bui memang tak tau macam mana nak buat..


nasib baik boleh guna Mozilla Firefox,kalau tidak memang mati kutu lah bui..sesiapa boleh bantu,tolong lah yer...


bui baru balik 'madubulan' sebab tu blog tak berupdate..bukak2 jer blog pagi ni terus keluar masalah seperti diatas..adoiiii,macam mana ni..?


UPDATE 2:50 PETANG
alhamdulillah,blog dah boleh bukak balik kat Google Chrome..tengkiu pada AISYAH,NURMUJAHIDAH dan AMANDA sebab dah bagi bantuan yang sangat2 bui perlukan...terima kasih banyak2..


Take Care..♥..

Sunday, December 2, 2012

Juara Masterchef Musim Ke 2 Adalah...

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

confem dah ada yang tau siapa menang Masterchef Musim Ke 2 kan..so,bagi yang enggak tau..JUARA MASTERCHEF MUSIM KE 2 telah menjadi milik IZYAN..



senyuman seorang juara


bui sokong Ah Hong sebab dia dari Sarawak tapi takder rezeki takper lah Ah Hong kan...walau apa pun sekalung tahniah buat Izyan sebab telah menjadi juara


nampak smart jer Ah Hong buat rambut macam ni kan..^_^..piwitttt...


Take Care..♥..