Diterbitkan oleh Shine TV dan BBC Wales, siri pengembaraan ini berjaya menambat hati penonton melebihi 180 buah negara dari seluruh dunia. Merlin musim ke-5 masih mengekalkan barisan pelakon yang asal iaitu Colin Morgan (Merlin), Bradley James (Raja Arthur), Angel Coulby (Pemaisuri Guinevere / Gwen), Katie McGrath (Morgana), Richard Wilson (Gaius), Adetomiwa Edun (Sir Elyan), Eoin Macken (Sir Gwaine), Tom Hopper (Sir Percival), Rupert Young (Sir Leon), John Hurt (suara latar sang Naga Hikmat) dan memperkenalkan watak baru, Alexander Vlahos (Mordred).
Merlin 5 kini bersiaran pada setiap hari Isnin
jam 10.00 malam, penonton TV3 boleh menyaksikan 2 episod berturut-turut selepas
tayangan perdana episod pertama dan kedua pada 16 November 2012. Babak baru
bermula dengan zaman kegemilangan kerajaan Camelot di bawah pemerintahan Raja
Arthur yang baru mewarisi takhta selama 4 tahun. Kini, Arthur sudah semakin
matang dan menjalankan tugasnya sebagai seorang raja yang berwibawa di sisi
Pemaisuri Guinevere, para satria yang setia dan juga Merlin yang merupakan kawan
karibnya.
Morgana, sebuah nama yang
ditakuti oleh rakyat Camelot sudah tidak kedengaran selama 3 tahun. Walaupun
begitu, ia tidak bermaksud bahawa Raja Arthur boleh menarik nafas lega kerana
kejadian misteri mula berlaku di sempadan utara. Kesemua satria yang ditugaskan
ke sana telah hilang. Justeru, Arthur berangkat ke sana untuk menyiasat apakah
yang berlaku sebenarnya.
Bersama Merlin dan rakan-rakan seperjuangannya
(knights of the round table), Arthur menuju ke destinasi yang penuh dengan
cabaran dan tipu muslihat. Kuasa Morgana semakin kuat dan bijak mengaturkan
rancangannya untuk menghancurkan Arthur dan Merlin. Kemunculan Mordred, seorang
ahli sihir muda yang kesetiaannya tidak diketahui sama ada kepada Arthur
ataupun Morgana mampu membawa maut kepada Arthur.
Kemahiran Mordred dalam penguasaan pedang telah mendapat kepercayaan daripada Arthur dalam masa yang singkat sehingga Mordred dilantik sebagai satria. Merlin yang tahu tentang latar belakang Mordred meragui kesetiaan Mordred terhadap Arthur. Malah, Merlin rasa kurang senang hati dengan keakraban Arthur dan Mordred.
Bakal memasuki episod ke-5 & ke -6 pada 26
November 2012, kewibaaan Raja Arthur sebagai seorang pemerintah diuji dengan
desakan daripada The Disir untuk kembali kepada cara pemerintahan lama.
Sekiranya Arthur inginkan keamanan untuk Camelot, baginda perlu akur dengan
permintaan Osgar dan The Disir. Arthur yang mahu membuktikan kemampuan baginda
enggan menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh The Disir.
Justeru, tindakan Arthur telah
membangkitkan kemarahan The Disir sehingga meletakkan Camelot dalam keadaan
yang bahaya. Hanya pengorbanan nyawa yang mampu menyelamatkan keadaan. Apakah
Arthur sudah sedia untuk menandatangani konflik ini?
Mampukah Merlin menghalang
malapetaka yang akan menimpa Camelot kerana maut sudah semakin hampir dan
mengatasi kuasa gelap yang semakin meluas di Camelot? Apakah takdir yang
tertulis buat Camelot? Saksikan Merlin musim ke-5 di TV3, setiap hari Isnin jam
10.00 malam. Layari Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita
terkini.
nota bui : hari ni bawak anak2 ke sekolah..^_^



.jpg)