Friday, September 30, 2011

Cik En..Bui Nak Header Satu


sebab blog bui takder header lagi
jadi dengan bersemangatnya bui join segmen anjuran cik en ni

manalah tau kot2 boleh dapat header baru
lagi pun header tuan blog kemain lawa lagi
jelesss..*_*

kalau boleh bui nak header yang simpel jer
warna mesti hijau
nak sama ngan blog lah katakan..hehehe

buat yang ala2 header cik en pun boleh..*_*
boleh tak cik en..???

nak join jugak klik SINI

Wanita Memang Mudah Terpedaya

bui ada seorang kawan..hari tu kami pergi kursus sama2..sebelum kursus,kami dah janji nak duduk sebilik..bila hari kursus tiba kami check in sama2 then dapatlah duduk bilik yang sama..hehe..

macam biasa,kalau pergi travel mesti kita akan bawak keperluan dirikan..bui pun bawaklah apa2 yang patut semestinya tak lupa set penjagaan muka yang bui dah pakai lebih setahun..ni pertama kali bui bertahan lama dengan satu produk..nak tahu produk apa..

pinjam gugel
sebab apa bui tergoda nak beli produk ni..gara2 nak cantik macam dia ni lah..

duta Safi Rania Gold..fuhhh..cantik amat..
hahaha..ada hati bui ni kan..muka kalau dah tak cantik pakai apa pun memang takkan cantik pun..betul tak..?sebab tu bui cakap wanita ni mudah terpedaya..tengok iklan produk kecantikan kat tv..mesti nak cuba..manalah tau boleh jadi cantik macam model2 tu..

tapi syukurlah walau tak cantik mana pun..bersyukurlah bui masih punya wajah dan kulit yang bebas daripada sebarang masalah..kawan2 selalu puji kulit wajah bui ni tau..(fakta bukan auta okeh..)..tiba2 rasa malu pulak bila terpuji diri sendiri..hahaha..

cerita pasal kawan bui ni tadi..bila dia tengok set penjagaan wajah safi tu..terus dia tanya macam2 dekat bui..contoh soalan..'dah lama ker pakai produk ni bui..?'..bui jawablah dengan jujur dan ikhlas..

nak tahu apa jadi..habis jer kursus..kawan bui ni bagi sms dekat bui..dia cakap dia cemburu tengok kulit wajah bui..jadi dia terus beli set penjagaan wajah safi tu jugak..kan bui dah cakap,wanita ni mudah terpedaya..macam bui jugak..terpedaya nak jadi macam dia yang dekat atas tu lah..huhu..

kawan bui ni memang kulit dia ada masalah sikit..harap2 lepas pakai produk safi ni..kulit muka dia akan jadi selicin dan semulus kulit muka bui..haha..sila jangan muntah disini..*_*

pssttt : jangan lupa join segmen bui yer..malam ni dah nak tutup..*_*..

Pada Mu Ku Bersujud



ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama Mu ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya
hamba Mu yang selalu bertakwa

ampuniku ya Allah
yang sering melupakan Mu

saat Kau limpahkan kurnia Mu
dalam sunyi aku bersujud

pada Mu...

sekadar menginsafi diri yang sering lalai ..

Thursday, September 29, 2011

Kejadian Pelik Berlaku

aaaaiiiii semua
dalam kemusykilan yang amat neh
tak sabar nak luahkan perasaan pelik ni

tadi dalam perjalanan balik kerja
bui amat terkezutttt bila secara tiba2
kereta pengetua sekolah bui boleh ada kat depan kereta bui

masa bui punch kad,bui tengok dia masih kat dalam bilik
tengah tengok komputer lagi
maksudnya bui awallah kan..kan

masa keluar dari gate sekolah
takder pulak bui tengok kereta dia keluar
adesss...makin difikir,makin bengong

kami memang lalu jalan yang sama
kalau pergi dan balik kerja
nak kata dia memang keluar awal dari bui..tak mungkin

ataupun dia pintas kereta bui
tapi bui tak sedar...

hah..???tak sedar,maksudnya bui memandu dalam keadaan.....

oh tidak...pelik..pelik

**update dari rumah ni

Blog Tak Boleh Bukak

bui pelik dan musykil
blog bui tak dapat bukak ni
dengan erti kata lain tak dapat view

yang lagi peliknya
pergi ke dashboard boleh pulak
siap boleh buat entry ni lagi

tapi bila part view blog
keluar macam ni

THIS WEBPAGE IS NOT AVAILABLE
(bui nak letak gambar tp tak boleh)

apa kes..????

nak kata internet problem
buka facebook atau laman web lain dapat
aduhhh..fening betul lah

nak g skodeng blog korang pun tak boleh ni
huhu..sapa pakar tolong jelaskan boleh..?

harap2 tak lama lah problem ni
boleh stress dibuatnya jiwa dan raga ini
kalau blog problem...

Link Bagi Yang Minat Drama Korea

Winter Sonata..drama korea yang sangat popular dulu
siapa minat drama korea..?
sila angkat kaki dan tangan..hehe
hari ni bui terasa baik hati lebih sikit
(nak muntah g toilet..*_*)

sebab bui nak share dengan korang link bagi yang minat drama korea
mesti ramai minat drama korea kan..
almaklum,hero2 kacak dan tampan

heroin pulak cantik2 belaka..gebu2 lagi
selain tu,jalan cerita korea ni best2 tau
feeling habis masa menonton..*_*
(walaupun kadang2 ada unsur cerita indon..ooopsss..)

so,kalau tak der apa2 nak buat apa kata korang layan drama korea
ada jugak pekdah dari tidur atau tak buat apa2 kan
jom..klik sini..pilih link ikut citarasa sendiri..hehe
MYSOJU
KIMCHI DRAMA
KOREAN DRAMA
DRAMA CRAZY
setakat ni 4 link ni jer yang bui tau dan selalu bukak
pilih jer drama yang korang nak..confem ada
drama pilihan bui sekarang sudah pasti
NEW TALES OF GISAENG STORY

kalau nak tahu sebab apa bui minat NTOGS ni..try lah layan
confem korang pun akan terpikat
sekian..kamshamida..*_*

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday # 8






Tuesday, September 27, 2011

Ayah Pengemis Tapi Anak2 Berjaya Dekat Universiti

bukan kisah bui..kisah orang..hehe *_*
pinjam gugel
Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah. Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi. Tapi tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada dekat universiti? Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di KL.

Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tak berapa tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.

Saya : Sudah lama mengemis, pakcik?

Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 18 tahun , nak.

Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik.. sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : (Dengan agak keberatan.. tapi jawab juga) Paling sedikit RM50.00 nak

Saya : Banyak juga ya pakcik??

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Saya : Ohhhh!..... keluarga pakcik ada di mana?

Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nuun.

Saya :Wahh.. hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr..

Pengemis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?

Saya: (Membalas senyuman..^_^..) Pakcik ni.. So anak pakcik tu semuanya masih kuliah ke?

Pengemis : Tak arrrrrr.... semuanya mengemis seperti pakcik.... Dorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak kit incomenyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!

Saya: Cisss.. Hampehhhhhh..!!!!

Kisah Seluar Dalam Lama

psssttt..jangan salah anggap yer..
semalam tengah kemas2 almari..susun baju..susun seluar..susun tudung..susun tuala..susun..berapa banyak kali susun daaaa...hehe..

last sekali susun seluar dalam a.k.a spender..kalau di sarawak orang panggil seluar bip..sebut betul2..'soar bip'..lawak tak..tak lawak..?takper..*_*

tak taulah kalau dekat tempat lain panggil apa..

ok,cerita pasal spender ni kan..terdetik di hati bui nak bertanya dekat korang..

tapi sebelum tu jangan pulak fikir yang bukan2..jangan menyimpang fikiran tu yer..

soalan bui ni saja nak tau jer..sebab bui kalau nak tahu suka bertanya

soalan nya adalah..jeng..jeng..jeng..

"KAT MANA KORANG LETAK SPENDER YANG DAH TAK BOLEH PAKAI LAGI..?"
(kategori : dah koyak,tak muat lagi,dah ader taik lalat,getah rosak..apa2 lah asalkan tak leh pakai  lagi) 

apa punya soalan ni kan..tapi bui nak tahu jugak..hehe

sebab apa bui bertanya..mak bui selalu pesan..kalau spender yang tak leh pakai lagi,jangan buang..simpan..

tapi simpan dekat tempat khas lah..jangan campur dengan yang elok..lagi satu mak bui kata,kalau nak buang pun jangan buang dalam tong sampah..

dah tu buang kat mana..?ha..mak bui cakap gali lubang..dekat belakang rumah biasanya lah..gali secukup rasa,lepas tu letaklah bungkusan seluar dalam lama kat situ..

nanti lama2 seluar tu akan reput bersama tanah..

korang pulak macam mana..?buang terus atau ada cara tersendiri..cer citer...

kalau malu jangan jawab..hahahaha..*_*

Monday, September 26, 2011

Cara-Cara Menguruskan Stress

pinjam gugel
korang stress tak..?kalau korang stress,ada cara2 nya yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan rasa stress tersebut..jom kita baca,manalah tau boleh jadi panduan yang berguna..*_*


1)  dapatkan rehat yang secukupnya dan berkualiti
>>>maksudnya korang tidur antara 7-9 jam sehari,sebab kalau tidur mencukupi,korang akan lebih bertenaga dan ceria..

2)  pastikan bilik tidur korang adalah satu tempat yang sangat selesa dan tiada sebarang bentuk tekanan
>>>maksudnya bilik tidur kena kemas dan bersih ok..kalau bilik tidur dah macam sarang 'cik ti',nanti bertambah2 pulak tekanan
>>>gunakan haruman aroma terapi terutama lavender untuk mewujudkan persekitaran yang tenang dan selesa di dalam bilik tidur

3)  lakukanlah amalan berbentuk kasih sayang seperti aktiviti kemasyarakatan atau kekeluargaan
>>>apakata sekali sekala korang pergi ke rumah orang2 tua dan bantu apa2 yang patut..mesti korang akan rasa puas hati dapat membantu org2 yg memerlukan.

4)  luahkan tekanan dengan cara yang positif seperti bersukan,bersenam dan sebagainya
>>>macam bui,kalau stress bui pergi main bowling..kalau dapat strike memang hilang stress..hehe

5)  tentunya,banyakkan berdoa dan beribadah kepada Allah
>>>ini yang paling utama,kalau stress mintalah pada Allah supaya tenangkan hati kita..kita juga boleh mengadu kepadaNya tanpa rasa malu..kerana Allah maha mendengar lagi mengetahui..


jadi,sama2 kita amalkan perkara2 diatas kalau stress ok..bui kalau stress sangat memang tidur secukupnya adalah cara yang paling mujarab..*_*..korang pulak macam mana..?


Super Duper Bizi

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia semua..*_*
ewah2..panjang sungguh ucapan bui pagi ni
semangat ni..walaupun monday blues..hihi

seminggu tak update..bersawang blog bui
rindu dengan korang..jujur ni
rindu nak baca entry2 korang
dan rindu jugak nak tinggalkan komen2 manja..hehe

tapi apakan daya
minggu lepas bui super bizi giler
agak2 korang bui pergi mana dan buat apa yer..?

sebenarnya isnin-rabu tu,bui pergi berkursus
kursus induksi..almaklum kerja gomen ni mestilah wajib hadir kursus ni
kursus di sekitar Kuching jer..iaitu di Merdeka Palace
kalau nak datang Kuching duduk hotel ni..
cantik tau,dekat dengan bandar lagi..
bui bawak jugak laptop..ingatkan boleh update blog masa kat situ
tapi malangnya..masa sungguh mencemburui
jadual sangat padat,hingga langsung takder masa nak berehat

lepas habis kursus bui kena demam
gara2 bilik hotel yang super sejuk
khamis dan jumaat bui mc,duduk rehat ajer kat rumah

tapi,syukurlah sekarang demam dah baik dan dah lepas kursus induksi..lega
lepas ni nak belajar untuk hadapi ujian JPA lagi
tarikh ujian 5.10.2011 ni..berdebar2 jugak hati

sabtu lepas (24.9.2011) ada sambutan hari jadi TYT kat padang merdeka
meriah sungguh..dan bertambah meriah lagi hubby bui ikut perbarisan
kiri..kanan..kiri..kanan..kiri..cewah..semangat tengok dia orang..hehe
anak lelaki bui pulak antara yang terpilih untuk bagi kek birthday pada TYT hari tu
bagi kek ajer pun tapi seawal 7 pagi dah kena standby dekat padang..huhu..

pendek kata jadual bui minggu lepas memang sangat padat
sebab tu lah bui memang tak larat nak update blog ni
maafkanlah bui yer..*_*

sekian..
(insyaallah nanti bui akan letak gambar2 aktiviti minggu lepas yer.tapi tak janji..hehe

Monday, September 19, 2011

Manchester United Kalahkan Chelsea


vs


yes..
MANCHESTER UNITED MENANG LAWAN CHELSEA
3-1

of coz la MU menang..*_*
supporter Chelsea..sila jangan sakit hati yer
kalah dan menang adat permainan
lain kali,kalahlah lagi..hihihihi

glory-glory manchester united
(sokong hubby...)

Sunday, September 18, 2011

2 Perkara Yang Sering Membuatkan Kita Tidak Bersyukur



PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.
Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik..Tetapi  anda  masih merasa kurang.Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang..Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”..Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki..Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki..Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup..Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan...
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh kerana tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.

Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .
KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.

Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.
Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni hospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  memukul kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lulu,  Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”  

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.

sebab itu bui sangat suka dengan kata2 hikmah ni,
JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA..BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT..DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA..

sumber : akuislam.com

Saturday, September 17, 2011

Bila Terlalu Mengantuk

pernah tak situasi begini berlaku dekat korang..?
jangan sampai jadi macam ni yer..hehe
kalau dah mengantuk g tidur lam bilik
jangan tidur depan komputer/laptop nanti membahayakan kesihatan..(auta jer..*_*)

Thursday, September 15, 2011

Kata-Kata Hikmah

suka gila tengok gambar ni..*_*
selamat hari khamis semua..
bui betul2 bizi semalam
nak update blog pun tak sempat..terukkan..
memang takder bakat nak jadi blogger tegar
huhu..setakat blogger picisan pun tak apalah..*_*

hari ni pun masih bizi sebenarnya
tapi blog mestilah kena update kan
nanti korang rindu pulak..haha..
hari ni pun takder cerita panas cuma
bui nak berkongsi kata2 hikmah ni..

kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

sekian..ada cukup masa nanti..bui akan skodeng blog korang balik yer..*_*..

Tuesday, September 13, 2011

Langgar Binatang Sampai Mati

selamat hari selasa semua..cuaca sekarang..MENDUNG..sejuk jer rasa..kalau dekat rumah ni mesti syiookk..faham2 ajerlah..tidur ler kerjanya..hihihi

hari ni bui nak cerita kat korang..kalau Anum kena langgar orang..semoga cepat sembuh yer Anum..bui pulak dah terlanggar 2 ekor binatang yang telah menyebabkan kematian..

cerita nya begini..kejadian berlaku masa bui dalam perjalanan balik ke Kuching lepas berhari raya di kampung hubby hari Jumaat 2 September 2011 lepas..kalau perjalanan pergi hubby bui yang drive..tapi oleh kerana hubby kena sakit mata (red eyes)..dengan berat hati bui pulak yang terpaksa ganti tempat dia..

masa dekat jalan Mukah ke Sibu tu..dari jauh bui dah nampak sesuatu dekat atas jalan..ingatkan ranting kayu jer jadi bui tak perlahankan kereta..bila dah semakin dekat baru jelas rupa2 nya yang bui sangkakan ranting adalah seekor ular kecil..

malangnya ular tu..sebab bui drive laju 90km/j..(laju ker..?)..bui tak sempat nak brek..kreeeekkkk (agak2 bunyi camtu kot..huhu)..penyeklah ular tu kena langgar..kesian ular tu tak pasal2 jadi mangsa..maafkan bui yer sang ular..bui betul2 tak sengaja..

lepas langgar ular..dengan perasaan bersalah..bui teruskan jer drive..anak2 dan hubby tak perasan bui langgar ular tu..sebab dia kecik jer kan..kereta memang takder efek langsung..tapi bui bagitau lah dekat hubby yang bui dah langgar sang ular..hubby cakap takper..biasalah tu kalau kita langgar binatang..

bila hubby cakap macam tu..barulah lega perasaan bui..tapi dengan tidak semena-mena tidak lama lepas tu bui terlanggar lagi seekor binatang iaitu kucing..kucing tu secara tiba-tiba berlari ke arah jalan raya..zasssss..

sekelip mata betul kejadian langgar kucing tu..bui memang tak sempat brek langsung..bila dah langgar bui perlahankan kereta..tengok2 kucing tu dah terkulai dekat atas jalan raya..sedihnya hati bui masa tu..terus rasa give up nak drive..

anak2 bui dan hubby pun terkejut dengan kejadian langgar kucing ni..masing2 diam seribu bahasa..lepas beberapa ketika baru kami masing2 bercerita pasal kejadian tu..hubby bui cakap takper dah ajal kucing tu nak sampai..huhu..kesiannya sang kucing..

inilah pengalaman pertama bui drive dan langgar binatang..sampai sekarang masih terbayang2 badan kucing tu dekat atas jalan..susah jugak nak lupakan peristiwa ni..maafkanlah bui yer sang ular dan kucing..bui betul2 tak sengaja..huhu..

lepas ni minta2 janganlah perkara ni berulang kali..kena lebih berhati2 drive kereta..baru langgar binatang..kalau langgar orang..tak taulah apa nak jadi..mesti trauma dan fobia nak bawak kereta rasanya..NAUZUBILLAHIMINZALIK..minta dijauhkan..

"ANDA TIDAK BOLEH MENCIPTA PENGALAMAN..ANDA MESTI MENGHADAPINYA"
~Albert Camus~

Monday, September 12, 2011

Hujan Lebat..Otak Jadi Lembap

salam semua..selamat hari isnin..*_*
cuaca dekat sini sekarang..HUJAN LEBAT..
bila hujan..otak jadi lembap..alasan konon..hehehe

bila otak lembap..
idea nak buat entry pun takder

blank sekejap..kan dah cakap idea takder
saja jer bui ni kan..
k,lah bui nak chow cin cau dulu

tapi sebelum itu
bui nak tinggalkan korang dengan ayat ciptaan bui sendiri ni
sila renung-renungkan yer

"HARGAILAH KEBAHAGIAAN YANG KITA MILIKI..JANGAN TERLALU MEMUJA DAN CEMBURU DENGAN KEBAHAGIAAN ORANG LAIN HINGGA TERLUPA KEBAHAGIAAN KITA SENDIRI.."

sekian..*_*

Saturday, September 10, 2011

Tak Kemana-Mana,Ada Di Sini Saja

tema hijau
tema biru
layan ajerlah dulu gambar raya yang tersimpel di dunia ini..hahaha 

cuba baca ulang2 tajuk entry..macam lagu pun ada kan..haha..lama betul bui tak update blog..bui takder kemana-mana sebenarnya..ada kat rumah ajer tapi bizi sangat2..ulang alik ke sana ke sini..almaklum hari raya..open house merata2..hari ni pun bui nak pergi open house a.k.a re-union rumah kawan..seronok nak jumpa kawan2 yang berbelas tahun tak jumpa..esok pulak ada jugak jemputan dari kawan..kawan dah jemput wajiblah pergi kan..selain dapat makan free..boleh jugak mengeratkan silaturrahim..kan..kan..hihi..isnin ni dah start kerja..rasa malaslah pulak..dah lama cuti...korang pun mesti ada rasa macam tu..banyak yang bui nak cerita ni..pasal bui langgar 'sesuatu'..pasal sakit mata..pasal 'seseorang'..nantilah..bui akan cerita satu persatu lepas semuanya dah selesai..insyaallah..now,bui nak bersiap2 nak pergi open house a.k.a reunion bersama member sekolah..chow cin cau..

pstt: macam mana raya korang..
meriah tak..?
atau ada tersimpul kenangan yang bermakna..
ce citer..*_*