Monday, September 26, 2011

Cara-Cara Menguruskan Stress

pinjam gugel
korang stress tak..?kalau korang stress,ada cara2 nya yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan rasa stress tersebut..jom kita baca,manalah tau boleh jadi panduan yang berguna..*_*


1)  dapatkan rehat yang secukupnya dan berkualiti
>>>maksudnya korang tidur antara 7-9 jam sehari,sebab kalau tidur mencukupi,korang akan lebih bertenaga dan ceria..

2)  pastikan bilik tidur korang adalah satu tempat yang sangat selesa dan tiada sebarang bentuk tekanan
>>>maksudnya bilik tidur kena kemas dan bersih ok..kalau bilik tidur dah macam sarang 'cik ti',nanti bertambah2 pulak tekanan
>>>gunakan haruman aroma terapi terutama lavender untuk mewujudkan persekitaran yang tenang dan selesa di dalam bilik tidur

3)  lakukanlah amalan berbentuk kasih sayang seperti aktiviti kemasyarakatan atau kekeluargaan
>>>apakata sekali sekala korang pergi ke rumah orang2 tua dan bantu apa2 yang patut..mesti korang akan rasa puas hati dapat membantu org2 yg memerlukan.

4)  luahkan tekanan dengan cara yang positif seperti bersukan,bersenam dan sebagainya
>>>macam bui,kalau stress bui pergi main bowling..kalau dapat strike memang hilang stress..hehe

5)  tentunya,banyakkan berdoa dan beribadah kepada Allah
>>>ini yang paling utama,kalau stress mintalah pada Allah supaya tenangkan hati kita..kita juga boleh mengadu kepadaNya tanpa rasa malu..kerana Allah maha mendengar lagi mengetahui..


jadi,sama2 kita amalkan perkara2 diatas kalau stress ok..bui kalau stress sangat memang tidur secukupnya adalah cara yang paling mujarab..*_*..korang pulak macam mana..?


4 comments:

Anum said...

wah hebatnya tip2 Bui nie

Azhafizah MN said...

yg no1 tu mmg fiza failed lah kak bui..-_-'

AmirFX said...

Men bedmenten! haha..

shamyheart said...

Boleh cuba ni petua ni. Terbaik =)

Tapi sis, bila main bowling masuk longkang tu buat stress balik. Haha~