Friday, April 27, 2012

Akibat Suka Berleter

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

gambar sekadar hiasan..*_*

hari ni bui nak bagi korang baca satu cerita tauladan yer..nak buat entry pasal diri sendiri takder idea pulak..so,jom membaca..

KISAH MORAL DARI NEGARA MATAHARI TERBIT

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu suka berleter dan sangat cerewet. Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu mendekatinya.


Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para jiran tetangganya yang merasa terganggu mula menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.


Akhirnya Oda pun termakan kata-kata jiran tetangganya.Dia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.


Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke dalam perigi.


Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.


Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga kerana tidak biasa dengan kesunyian.


Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik. Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan..


Oda lantas bertanya,

"Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab,

"Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."


moral of the story..korang fikirlah sendiri..

hehehe..hati dah tak sabar lagi nak fly besok..ngeeeee..sesiapa yang ada mintak ole2 tu sila bank in duit dulu k..hahahaha

24 comments:

[sutera kasih] said...

bahaya berleterrrrr..hahaha

@ deqla manjew said...

hahaha... makhluk seram pun takot ngan isterinya yg kuat berleter tu...mesti masa dlm perigi tu isterinya dok berleter sbb suaminya tolak dye masok perigi tu...hihihi...

kasihredha said...

hihi...jin pun tak tahan, apalagi manusia.

nak gi mana? nak ikuttt

are_lin@yu said...

ada ke patut tolak isteri dia..hehe..
bila kita dah biasa dgn org tu..klu xda msti kita trsa kan.hrgailah insan yg kita syg.trima baik buruknya ;-)

Masz Sidek said...

hahahaha....hantu pun takut dgn org kuat ngepak ngan cerewet....

p/s : kmk maok... hehehe... p gaji lom masok... hehehe
kmk pergi complek jak kak... awal pagi berkampung kat sia... brg harga 1 msia... mintak2 murah jak... ;p

kotak bulat said...

hehehe..antu pun tkut dy pasl suka membebel..

Diary oF Mine said...

haha...hntu pun xtahan dgr

Rai said...

ehehe..mintak nyawa kalau orang kuat berleter.. otak saya memang tak boleh proses.. sebab tu kalau saya jenis kalau marah diam je.. hehe..

Cik Kay Jue said...

hehe.. dapat2 maksud tersiratnya.. best cerita ni kak bui.. hehe. meleter pun ada baik nya kadang-kdang2. hehe..

wah nak fly da esok? semoga selamat sampai di semenanjung ya kak bui.. :D

AmirFX said...

Selamat berangkat kak Bui! Take care...

Azhafizah[フィザ] said...

kerana mulut badan binasa..so ubahlah kepada yang lebih baik..ucapkan ape yang sebaiknya.^__^

IntaNBerliaN said...

kikikiiii kelakar la plak..hihii

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

hehehe...betapa kuatnya efek membebel tuh kan?hehehe

syiela said...

kuat berleter pun tak per yang penting 10 minit lepas tu dia mencari.. kekekeke kes tak nak terima hakikat kuat berleter

wahida said...

oh, tergamaknya dia tolak isteri dia ke dlm perigi...huhu...

Munnafendy said...

kejamnyee la oda oi....amik je la makhluk tu buat jd isteri..hahaha

nurHeart said...

heheheheee.. saspen2.. ingat apa tek :D

MamaEma said...

selamat bercuti bui.

Piweet said...

hahaha.....agak kelakar=)
Bui nak ole2 tp xnak bank in duit...hihi

shida'R said...

wahhh kak bui sakan nye bcuti..bila lah shida nk merasa nih...

wan nurul hezrina said...

hahaha akulah makhluk2 bui.kuat cakap n membebel.haha.ari2 jadik tarzan kat merah=)sabojerlah ek

Nazayiena said...

Dah mati pun jadi hantu bebel plk.....gurau aje...

Anonymous said...

Excellent site. A lot of useful info here.

I'm sending it to several pals ans also sharing in delicious. And certainly, thank you in your sweat!
My web site: vitamin a cream

Aishah Jahirah said...

hahaa..punyalah kuat bebel tu..sampai makhluk lain pn xtahan...