yey..aku dh tengok filem Nur Kasih..
tu pun selepas gado-gado jap ngan anak2 & hubby
anak2 nak tengok Fast & Furious 5
(leh tahan anak2 aku ni..minat tengok cerita org bawak keta laju2..huhu)
hubby pulak nak tengok Thor
aku dr minggu lepas lagi dh set kan otak nak tengok Nur Kasih
oleh kerana itu..mereka ber-3 tpaksa mengalah
hehe..sebab yg bayar tiketnya aku..
jadi,ini pandangan2 aku tentang filem ni..
mungkin berbeza dengan koranglah
sebab kita ni lain orang,lain pandangan
kan..kan..
>>jln cerita yang sangat best dan memberi kesan pada penonton..(akulah tu)
>>tempat penggambaran di luar negara sangat2lah cantik.
membuatkan kita teringin sekali nak ke sana
>>lagu2 yang digunakan dlm filem ni pun best..
aku sangat2 suka lagu TANPAMU,nyanyian Sabhi Saddi & Helena..
>>mmg betul ada part2 yg kita terasa mula nak feeling
sampai nak meleleh air mata,tapi pengarah nya bijak
kerana tidak membenarkan kita terbawa2 dengan
perasaan sedih itu apabila scene leleh tersebut
dengan pantas beralih ke scene yang lain
>>teknik penggambaran yang sangat unik.
aku paling suka part masa dekat tanah perkuburan..
>>scene yang benar2 menyentuh hati aku adalah
masa Adam tengah dlm kesakitan sampai ternganga-nganga mulut..
terasa sampai ke hati seolah2 aku dapat merasai kesakitan itu..
(part ni aku ambik tisu lap air mata..huhuhu)..tabik spring pada Remy..
>>ada part sindiran yang sinonim dlm
kehidupan sebenar masyarakat di Malaysia..
di garap dengan begitu bijak sekali
>>memberi kesedaran bahawa sesungguhnya
mati itu adalah pasti,jika belum tiba masa
biarpun begitu teruk sekali dugaannya (sakit+kemalangan)
kita akan tetap bernafas hinggalah tiba masa yang telah di tentukan oleh-Nya..
(dan akhirnya Adam meninggal dlm keadaan yang tidak diduga)
pendek kata,aku bagi 5 bintang untuk filem ni..
kalau korang nak tahu,lepas habis cerita penonton siap bertepuk tangan lagi..
maknanya filem ni best lah kan..
jadi,siapa yang tak tengok filem ni,mmg sangat2 rugilah..
hasil carian aku kat Google,aku jumpalah gambar
tempat penggambaran filem Nur Kasih di Petra,Jordan..jom layan..
kata-kata pujangga:
KELMARIN ADALAH KENANGAN
HARI INI ADALAH PERJUANGAN
ESOK,BUKANLAH SATU KEPASTIAN