Saturday, December 28, 2013

Pencarian Bloglist dan Review Blog

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

panda gemok muncul lagi..hehe




hamboiiii,kemain lama bui tak update blog kan..tetiba update dengan join segmen..hehe..maaflah kawan2 semua,mood nak berblog memang dah hilang entah ke mana..harap2 tahun baru 2014 ni,mood tu kembali ke pangkuan bui..ewahhhhh..

p/s: syarat2 semua sudah di penuhi yer Cik Lyeen

oklah,siapa yang nak join jugak klik jer banner cantik dekat atas tu ekkkkkkkk...^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Saturday, November 2, 2013

Drama Korea Secret Love

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


apa khabar semua blogger serata Malaysia..ewahhh..semoga korang semua sihat2 walafiat hendaknya lah yer..dan sekali lagi maafkanlah diri bui yang hina ini sebab dah lama tak singgah blog2 korang..penyakit malas masih lagi bermaharajalela dalam diri..belum jumpa lagi ubat yang boleh menyembuhkannya..hahaha..ok,ok..abaikan jer mukadimah bui ni 



bagi yang kenal saya..ewah,ber 'saya' pulak dah..mesti tau yang bui ni adalah peminat tegar drama2 Korea..tegar jer,tak sampai fanatik ok..kali ni,bui nak bercerita tentang drama korea yang terbaru lagi latest sekarang..yang pasti drama ni boleh buatkan airmata korang mengalir bagai air terjun..mencurah2 gitewww..serius..tak tipu ok.. 



SINOPSIS

Min-Hyuk (Ji Sung) was born into a wealthy family. He has everything including good looks, intelligence, but he doesn't have kindness. He loses his girlfriend in a hit-and-run accident.

Yoo-Jung (Hwang Jung-Eum) goes to prison, because of the hit-and-run accident that killed Min-Hyuk's girlfriend. Her boyfriend is the one that actually committed the hit-and-run accident, but Yoo-Jung took the blame. She is then betrayed by her boyfriend.

ni wajah pelakon lelaki utama



walaupun tak sekacak Lee Min Ho tapi kacak jugakkan..apakah..hehe


dan ni pulak heroin drama ni




lakonan memang superb..kalau part menangis memang betul2 real..sampai lebam2 biji mata..bui pun ikut tersedu sedan kalau part sedih..memang terbaeekk lah..


kalau ada Astro,korang boleh tengok drama ni setiap Rabu dan Khamis jam 9.05 malam - 10.05 malam kat KBS World C392..kalau takder Astor,jangan susah2 hati..korang boleh tonton secara online drama ni kat link yang bui bagi k..tonton taww,jangan tak tengok..best sangat drama ni..kamsahamnida..hiksss

SECRET LOVE ONLINE


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Saturday, October 5, 2013

Ole-Ole Dari Sabah / BE On Going

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


apesal sekarang bui makin malas nak update blog ek..cerita tu banyak tapi rasa nak bercerita dekat blog macam dah hilang rasa..ohmai,janganlah tabiat ni berpanjangan hendaknya..


kesian pulak blog dah 1 minggu tak berupdate jadi bui nak update lah dengan cerita ringkas ni dengan korang..minggu lepas kawan2 bui pergi Sabah..jelesss taww,sebab bui belum lagi berkesempatan menjejakkan kaki di negeri bawah bayu ni..siap rasa nak nangis belakang pintu jer bila tengok gambar2 mereka yang cantik masa dekat situ..huhu


tapi nasib baiklah mereka bawak ole2 dari Sabah,bolehlah mengubati kesedihan jiwa ini..terus senyum lebar sampai ke telinga...hahaha

koleksi ole2 dari mereka..


dan senyuman bui semakin2 lebar bila Encik Nuff bagi BE banyak2 dekat bui..ALHAMDULILLAH..dan terima kasih banyak2 pada Nuff sebab masih sudi memberi kepercayaan untuk mempromosikan iklan dalam blog pepel yang tak seberapanya ini..amboiii,ayat merendah diri nampak..kih,kih..^_^




ada 11 BE tengah running man..eh,tengah on going..yang bulan Jun pun masih ada..syukur...setakat ni baru 2x bui cash out kan duit Nuff,pasni nak cash in lagi kalau dah cukup target yang bui nak...bolehlah buat beli coklat bagi anak2 makan..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, September 24, 2013

Encik Anon Ajak Kapel

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


perghhh,lama gila tak update blog kan..ntah2 korang semua dah lupa kewujudan blog INI BLOG BUI ni..takper,bui tak salahkan korang kalau dah lupa pun..terimalah akibatnya kalau malassssss update blog kan..haha..


ni,nak cerita dengan korang pasal Encik Anon ajak kapel..ekceli,komen ni dah lama tapi bui ignore kan jer..malas nak layan..nak buang pulak sayang..bukan apa,bila takder modal nak update blog,boleh jugak dijadikan bahan..nahhhh,kan ada point kat situ..hahaha


kalau korang berminat korang telefon lah dengan En.Anon ni yer..bui tak berminat sebab bui dah ada Encik Hubby yang sangat baeeek hati..^_^..


percaya tak,bui tak pernah lagi try dail nombor tu..pernah terfikir adalah..ntah2 nombor palsu jer kot..hihihi..oklah,tatatititutu..terasa nak blogwalking lepas ni..rindu nak baca dan tengok blog korang semua..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, September 2, 2013

10 Tanda Anak-Anak Terlalu Manja

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



bui jumpa artikel ni di FB seorang kawan jadi bui nak share dengan korang semua..boleh jugak dijadikan panduan mengenal sikap anak2 kita kan..macam bui bila baca artikel ni terus bui teringat dengan anak perempuan bui , Athirah..takutnya.....,sebab dalam 10 tanda tu ada beberapa yang Athirah selalu buat..huhu..nak kena tangani awal2 ni , kalau tidak habislah..susah bui dan hubby kemudian hari nanti...


BILA ANAK TERLALU MANJA

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


APA YANG HARUS DILAKUKAN

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

rasa2 nya korang boleh buat tak?kalau bui selalunya memang akan tewas dengan tangisan anak2..serius tak sampai hati, almaklum hati ibu lah katakan..hik..hik..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Friday, August 23, 2013

Dahil May Isang Ikaw

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


makk aii,lama sungguh tak hupdate belog..password nak bukak blog pun dah hampir2 lupa..haha..nak kata bizi tak jugak..ok,bui akui bui malas sangat nak update blog sekarang..ntah...mayb masih demam raya kot..^_^


tapi hari ni tetiba rasa nak update blog lah..tengok tajuk entry dulu..Dahil May Isang Ikaw..yang dah tau,tau lah yer..yang tak tau meh bui bagitau..hehe..




ekceli Dahil May Isang Ikaw ni drama filipina yang menggandingkan Kristine Hermosa dan Jericho Rosales (my feberet artis dari Filipina)..sejak tengok Pangako Sa Yo terus minat mereka berdua..ada jugak drama lain iaitu Sanay Wala Nang Wakas yang mereka berlakon jugak tapi bui tak pernah lagi tengok drama tu..nanti2 lah kot..:)


drama DMII ni ekceli tengah bersiaran di tv3,isnin-khamis,jam 3-4 petang sekarang tapi bui tak dapat nak tonton sebab masih waktu kerja kan..jadi jalan penyelesaiannya bui tengok You Tube ajer ler..layan jugak drama ni..dan jelita sungguh Kristine Hermosa dalam drama ni..kulit putih melepak-lepak..hehehe


nak baca sinopsis drama Dahil May Isang Ikaw..TENGOK SINI
nak tengok keluarga bahagia Kristine Hermosa..TENGOK SINI
Jericho pulak belom kawen lagi tapi dah bertunang dengan seorang model..bui selalu skodeng gambar2 dia dalam instagram..(pecah rahsia)


instagram Kristine ---- #khsotto
instagram Jericho ---- #jericho_rosales


oh,ya..nak tonton drama ni di you tube macam bui? KLIK SINI


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Thursday, August 8, 2013

Posing Di Hari Raya Pertama

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

takyah cerita banyak..layan gambar jer k..puan blog tengah letih setelah seharian beraya sakan..hahaha..ni antara gambar2 yang kami ambil hari ni..banyak lagi sebenarnya p kalau nak tengok,tengoklah di facebook bui ok..^_^

 kek lapis sarawak rumah mak bui..kalerful kan


 kawan opis bui datang bersama family 


 lepas mereka balik,kami posing ambil gambar sendiri..^_^









raya tahun ni,tema kami biru tua..kalau rajin,layanlah gambar2 raya kami di FACEBOOK..caption tahun ni..Biarpun Berhari Raya Dengan Sederhana,Tapi Kami Bahagia..ewah..:)  


psst : alhamdulillah,tahun ni bui berkesempatan sembahyang raya..syahdu


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Friday, August 2, 2013

Selamat Hari Raya Korang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

salam jumaat semua..semangat nak raya dah sangat2 berkobar hari ni sebab hari ni last day kerja..lepas tu 2 minggu cuti raya..sonokkkkk nyerrrrr..tahun ni bui beraya di Kuching jer,tak balik Oya,Mukah kampung hubby..jemputlah datang ke rumah nanti ek...hehe,macam lah dekat kan..orang Kuching yang baca blog bui ni,sudi2kan lah diri datang yer..bui alu2kan dengan tangan terbuka..^_^


ok,takder apa2 nak cerita ni..moh ler layan gambar raya kami sekeluarga dari tahun 2009..kenangan..^_^


raya 2009..



raya 2010



raya 2011 (tema biru)



raya 2011 (tema hijau)



raya 2012


untuk tahun 2013 ni pulak biarlah rahsia dulu..hahaha..macam retis la pulak nak rahsia2..nanti dah ada gambar baru bui letak dalam blog k..till then..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ikhlas : Bui Sekeluarga

psstt : esok nak cat rumah..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, July 30, 2013

Berbekam dan Faedahnya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

tahun lepas bui dan hubby pernah buat rawatan bekam ni..orang kata buat bekam bagus,boleh buang darah kotor dalam badan..jadi bui dengan hubby pun cuba..alhamdulillah,lepas buat badan rasa ringan jer..baru2 ni pulak ada pakar bekam datang ke sekolah edarkan risalah pasal perawatan bekam ni..bui nak kongsi dengan korang semua boleh?


RAWATAN BEKAM

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW,bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasullullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra Mikraj.Sebagai orang islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar tentunya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah berbekam"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Berbekamlah..jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,maka ia akan membunuhmu"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas.Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit"
(Hadis riwayat Bukhari dan Abu Naim)

Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat,mereka selalu berkata :
"Hai Muhammad,suruhlah umatmu berbekam"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

HUKUM BERBEKAM

Berbekam adalah diharuskan kepada kita.Menurut Imam Ghazali berbekam termasuk fardu kifayah,jika satu wilayah tidak ada seorang pun mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya berdosa.

MENGAPA PERLU BERBEKAM?

Selepas 3 bulan sel darah merah dalam tubuh kita akan mati,ia mengandungi lebihan asid urid,urea mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak.Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa,ginjal hati tak berfungsi dengan sempurna yang mana akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.


Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh kita ialah :-
terasa lesu
letih
tak sedap badan
kebas kaki dan tangan
tak bermaya
kurang segar
pening
cepat bosan
murung
mudah marah
mudah mengantuk
mudah pitam


Kemudian,penyakit kronik akan mula mengancam kita seperti 
darah tinggi,strok,gaout,kencing manis,barah dan lain2 lagi.


FAEDAH BERBEKAM

1. Membuang darah kotor,darah beku dan darah berpenyakit
2. Mengeluarkan gula yang tidak diperlukan di dalam darah
3. Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah
4. Mengeluarkan kolesterol yang berlebihan di dalam darah
5. Meringankan otot yang tegang
6. Mengatasi ketegangan (stress) yang berpanjangan
7. Membebaskan angin kotor dan toksin dalam badan
8. Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem limpa
9. Membantu meringankan tugas buah pinggang
10. Membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diselesaikan oleh rawatan moden
11. Merawat lain-lain penyakit biasa dan kronik
12. Menyegar dan menyihatkan badan

sekian dulu yer..kalau nak tahu cerita berbekam bui KLIK SINI


pstt : sekarang tengah dalam mood nak raya dah..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Wednesday, July 17, 2013

Gambar Percutian Ke City Of Lights

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

ntah kenapa semenjak start puasa ni mood nak berblog agak jatuh merudum..macam takder apa nak cerita..mayb sebab perut lapar kot,jadi idea takder..hehe..apa punya alasan la kan..cakap jer memang malas..hahaha


sebab takder apa nak cerita,moh ler kita layan gambar masa kami pergi I-City pada waktu malamnya pulak yer..jom.. 
 pasangan bahagia..chewahhh..^_^

 keluarga bahagia..chewahhh lagi...:)
(versi gelap & terang..haha)

aksi dari adik bui,Sheila dan hubbynya Fuad..
NO PAIN NO GAIN katanya..hiksss


 aksi mereka semasa naik gondola yang super besar tu..bui tak naik sebab tatut..haha


 sungguh kalerful..



ok,tu ajerlah gambar2 nya yer..ada banyak lagi ekceli tapi dah x larat nak edit bagai..yang dah edit ni pun macam apa..nampak sangat tak pro kan..huhuhu


kalau rajin nak tengok gambar2 lain masa kami g I-City,sila klik GAMBAR PERCUTIAN KE I-CITY


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, July 16, 2013

Dah Kosong

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

apa yang dah kosongnya..hehe..ekceli bui baru jer cash outkan duit iklan Nuffnang bui..sebab dah sampai target yang bui nak iaitu Rm1500..amboiii,nampak benar menipu..haha..Rm150 jer la..so,tanpa berlengah bui terus cash outkan..boleh jugak buat duit raya anak2 dan anak sedara nanti..hehe


be yang tengah running (on going)

CPC pun dah kosong

semua kosong..kosong..macam lagu Najwa Latif dah..^_^


ni kata2 pesanan dari pihak Nuffnang kalau kita cash out..so,baca betul2 dan bersabarlah..^_^

untuk pengetahuan korang ni kali ke-2 bui cash out kan duit Nuffnang..kali pertama adalah pada bulan September 2012..pendapatan takder lah banyak mana,tapi syukur alhamdulillah ada jugak rezeki dengan berblog kan..lagipun bui ni bukanlah seorang blogger tegar pun..pemes memang jauh sekali..apa2 pun terima kasih yer Nuffnang..lebiuuuuu..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Friday, July 12, 2013

Khasiat Epal Hijau

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




bila tengok komen dari DENO yang mengatakan epal hijau boleh menurunkan blood pressure terus dengan gigihnya bui carik kat google khasiat epal hijau..almaklum bila dah disahkan ada penyakit ni bui sangat2 menjaga pemakanan..^_^..sebelum ni memang tak ambik tau pun..huhu..tengkiu deno,really appreciate nasihat deno tu


so,bui nak share dengan korang semua jugak apa khasiat epal hijau ni..sharing is caring kan..^_^


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu :-

Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membran paru-paru.
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko barah.


Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


pstt : petang ni terus terasa nak beli epal hijau banyak2..ker,tanam jer belakang rumah,abis cerita..hikssss


SUMBER


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, July 9, 2013

Sah Sudah..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


..alkisahnya..
semalam bui ke hospital daerah bau
sebab bui rasa 'something wrong' terjadi dengan bui


..ahad malamnya..
bui tak dapat tidur sampai pagi
gara2 lepas makan ubat darah tinggi yang doktor swasta bagi


..petang ahad..
bui dah sakit kepala,bahagian belakang tengkuk belah kanan
sebab tak tahan bui makan la sebiji ubat tu


..dengan harapan..
sakit kepala bui tu akan baik then bui boleh tidur dengan lena


..sekali..
malam tu memang bui tak dapat tidur langsung
kepala sakit dan jantung asyik berdebar2 jer..


..isnin..
kan kerja..bui datang ke sekolah dengan mata bengkak
sebab tak tidur semalaman..


..830 pagi..
ingatkan boleh bertahan sampai petang,sekali..
jantung makin kuat berdebar..badan pulak dah rasa menggigil2
bui ambik kunci kereta,mintak izin penyelaras bui dan bui terus
drive ke hospital daerah bau..


..1200 tengah hari..
segala urusan selesai..mula2 jumpa medical assistant
cek blood presure,sah naik..150/90..sadisss
pastu,jumpa doktor..bla..bla..bla..then g kaunter ubat
ambik pil darah tinggi...


22.7.2013 nanti ada appoinment lagi,ambik darah..huhu
"puan muda lagi tapi dah dapat darah tinggi.." kata doktor
uwaaaa,nak nangisssss...


..pasni,terpaksa jaga makan.....nangis lagi...


lately ni jarang update sebab bui sibuk pindah rumah..
maaf yer jika tak berkesempatan nak membalas jejak korang


oh,ya
SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA
semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia
..amin..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, July 1, 2013

13 Tahun Sudah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



1 JULAI 2000 - 1 JULAI 2013 
(so dah 13 tahun kami kawen..)


SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT DIRI SENDIRI


hik..hik..k,bai..
nanti bui upload gambar kami kawen 13 tahun yang dulu yer
eksklusif buat pembaca blog bui..p tunggu..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Thursday, June 27, 2013

Wajah Siti Nurhaliza Tanpa Mekap

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


fuhhh,tetap cantik walaupun tanpa mekap..


....pssttt....
bukan kita2 jer suka ambil gambar sendiri
artis pun macam tu..hehe


Take Care..♥..

Monday, June 24, 2013

Cincin Dah Sampai..Cantik..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ingat tak bui pernah buat entry tentang shopping di Dealmates..tak hengat..amboiii,pelupa benar..ni mesti kes banyak makan semut..haha..nah,baca balik entry ini untuk mengembalikan ingatan korang SHOPPING DI DEALMATES


...kat entry tu bui kata bui order cincin kan..



dan cincin tu dah selamat sampai ke tangan bui 2 minggu lepas..see,dah 2 minggu baru terhegeh2 nak buat entry..kan dah kata,bui selalu buat entry ketinggalan 'belon'..belon dalam bahasa sarawak,kalau kat semenanjung bermakna kapal terbang yer..bukan belon yang bulat2 tu..itu beluuun..belon kat sarawak bunyinya begini..baylon..^_^



bui pilih warna white gold..
tantekkk kan secantik jari jemariku..
ok,boleh muntah sekarang
k,bai


kalau terasa nak shopping di Dealmates jugak..boleh KLIK SINI


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Saturday, June 22, 2013

Bertukar Lagi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

apa yang bertukar?sila tengok gambar..^_^
daripada ini
v
v
v


kepada yang ini
v
v
v


p/s :
menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada menjadi orang lain 
(retinya,lebih baik guna gambar sendiri daripada guna gambar orang lain..haha)

yang latest ni lagi cantik kan..k,bye..hihi


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This