Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Ole-Ole Dari Sabah / BE On Going

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


apesal sekarang bui makin malas nak update blog ek..cerita tu banyak tapi rasa nak bercerita dekat blog macam dah hilang rasa..ohmai,janganlah tabiat ni berpanjangan hendaknya..


kesian pulak blog dah 1 minggu tak berupdate jadi bui nak update lah dengan cerita ringkas ni dengan korang..minggu lepas kawan2 bui pergi Sabah..jelesss taww,sebab bui belum lagi berkesempatan menjejakkan kaki di negeri bawah bayu ni..siap rasa nak nangis belakang pintu jer bila tengok gambar2 mereka yang cantik masa dekat situ..huhu


tapi nasib baiklah mereka bawak ole2 dari Sabah,bolehlah mengubati kesedihan jiwa ini..terus senyum lebar sampai ke telinga...hahaha

koleksi ole2 dari mereka..


dan senyuman bui semakin2 lebar bila Encik Nuff bagi BE banyak2 dekat bui..ALHAMDULILLAH..dan terima kasih banyak2 pada Nuff sebab masih sudi memberi kepercayaan untuk mempromosikan iklan dalam blog pepel yang tak seberapanya ini..amboiii,ayat merendah diri nampak..kih,kih..^_^




ada 11 BE tengah running man..eh,tengah on going..yang bulan Jun pun masih ada..syukur...setakat ni baru 2x bui cash out kan duit Nuff,pasni nak cash in lagi kalau dah cukup target yang bui nak...bolehlah buat beli coklat bagi anak2 makan..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Monday, March 4, 2013

Sedihnya..Anggota Polis Dari Sarawak Turut Terbunuh..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:


Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.


3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching



4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu


5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna


6. Kpl/S Salam bin Togiran
Masa: 10.30 pagi (van jenazah)
Tempat: Batu 15, Tawau.


Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.




[sms terakhir seorang Vat69] 

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.. 

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.." 



serius..memang sedih sangat!!!!..


Take Care..♥