Tuesday, June 11, 2013

Kereta Blogger Beautiful Nara Kena Curi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


adeh2..terkezut bui baca berita ni di Harian Metro Online jap tadi..kesian Abang Nara kan..siapalah yang kejam sangat tu sampai sanggup melarikan kereta mewah dia..iskkk,iskkk,manusia sekarang semakin jahat kan..adoyaiii


SUNGAI BULOH – Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341


nasib baik wife dia dengan anaknya tak di apa2 kan..alhamdulillah..kereta boleh dibeli tapi orang kesayangan mana nak dicari ganti kan..huhuhu

psttt : ada info salah dalam sumber kat atas..huhu..apa2 pun kalau nak tahu lebih detail,g blog abang Nara ni k..dia ada cerita pengalaman masa kena rompak tu --- > BEAUTIFUL NARA


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

14 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

sian abg nara...

Nurzakiah Hanum said...

jenayah di mana-mana

Isabel Diaz said...

First time nangga gambar Abang Beautiful Nara. Hensem wak owe. Mewk miker nya gemok. Hahaha..

Deqla Manjew said...

la..kesiannya.. btw, 1st time tgk muka abg nara.. hihi...

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia..keta baru tu.

Iha Zaliza said...

kesiannya.. nasib baik keluarga dia selamat.. manusia mana la yg dengki tu..

Aju Mohit said...

ya allah syukurla mereka selamat, skrg ni jenayah menjadi2

Aishah Jahirah said...

Yg penting mereka sekeluarga tak diapa2kn... moga jumpa la semula kereta dia...

Cik Nur™ said...

YaAllah....penjenayah sekarang berada dimana2....

ishh..takutkan..

Cik Nur™ said...

YaAllah....penjenayah sekarang berada dimana2....

ishh..takutkan..

kasihredha said...

msia dah tak aman mcm dulu2 lagi...
sian dia

! Arjunakirana ! said...

Takziah...

Azhafizah Md Nor said...

menakutkan je.bahaya di mana mana.

Aishah Jahirah said...

xjmpa lik ke ketenya...adeh mahal tu.