Friday, June 22, 2012

Sakit Pergelangan Tangan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

area seperti di atas yang bui sakit sekarang

minggu ni memang minggu yang agak 'down' buat bui
segala semangat terbang entah ke mana

isnin dan selasa..bui ambik cuti sakit sebab demam
rabu,khamis dan hari ini pulak bui sakit pergelangan tangan kanan

rabu tu dah start sakit tapi masih boleh tahan
tapi semalam semakin berdenyut2..bisa sangat

sebab tak tahan,semalam bui pergi buat urutan tradisional dekat kampung
lepas di urut,kurang lah sikit rasa sakitnya

dan pagi ni,tangan bui sakit balik
kalau berterusan rasanya nak ke klinik jer petang nanti...huhuhu

yang gelihatinya kan..malam tadi hubby bui mandikan bui
sebab nak angkat gayung dan gosokkan badan terasa ngilu pulak

dan pagi tadi driving ke sekolah guna tangan kiri jer
nasib baik 'ferrari' bui tu gear auto,kalau gear manual tak taulah macam mana

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday # 27

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

hari ni datang kerja dengan badan yang masih belum sihat sepenuhnya..kalau nak tahu,isnin dan selasa bui cuti sakit sebab sakit tekak dan demam..seluruh badan rasa tak bermaya sangat..

hubby bui pun demam jugak..nasib baik anak2 sihat jer..agak2nya sebab jerebu yang tengah melanda sekarang sebab tu banyak yang demam kot..

pasal gambar WW di atas...,

fikiran bui berserabut sekarang,banyak benda yang difikirkan dan perlu diselesaikan..harap2 semuanya akan selesai hujung bulan nanti...

mood nak berblogging pun memang jatuh merudum sekarang..bukak fesbuk pun takder mood..ntahlah..harap2 semua ni tak berpanjangan..kesian blog terpaksa diabaikan..huhuhu

Sunday, June 17, 2012

NUFFNANG Memang Baik Hati..^_^

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

biarpun agak jarang update blog sekarang,syukur alhamdulillah pihak Nuffnang masih lagi bermurah hati bagi BE pada blog bui yang tak seberapanya ini..serius terharu..^_^

sekarang ada 2 BE tengah running di INI BLOG BUI dan 3 BE pada BUI TUTORIAL




BE ke 12 iaitu Picom ICT Capsquare dah pun bertukar menjadi ME..huhu..tapi,syukurlah walaupun income taklah banyak manapun atleast bertambah jugak pendapatan dari Nuffnang



terimalah flying kiss dari bui..^_^

Saturday, June 16, 2012

Entry Paling Banyak Dapat View

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

gambar sekadar hiasan..^_^

tak sangka entry yang bui buat pasal JUARA MENTOR 6 adalah entry yang paling banyak dapat view berbanding dengan entry yang lain

kalau biasanya entry2 bui hanya dapat 100 lebih view jer tapi untuk entry tu dapat 400 lebih view sudah..sebagai buktinya cuba korang tengok gambar 


entry ni bui buat 10 minit sebelum Final Mentor 6 malam Ahad (10 Jun 2012) yang lepas tu..saja suka2 buat jangkaan..dan sungguh tak sangka tekaan bui tepat sekali

boleh jadi ahli nujum agaknya bui ni..hehehe..dulu masa final juara lagu,bui teka mesti Hafiz yang akan muncul juara..tengok2 betul tekaan bui..

walaweh..korang ada nak suruh bui teka apa2 tak..?nak teka juara Euro 2012?boleh,tapi tunggu final nanti...hahahahaha

Friday, June 15, 2012

8 Pahala Yang Berterusan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

buat renungan bersama pada hari jumaat..^_^


sekarang macam dah tak cukup masa nak luangkan masa dengan blog sebab kerja kat sekolah semakin bertambah..

pengetua yang baru sekarang arahkan bui jaga pejabat am bermula pukul 7 pagi - 8 pagi..petang pulak bermula pukul 2 bui diarahkan tolong kerani di pejabat

dah takder masa nak rilek2 macam dulu..tapi yang bestnya pengetua benarkan bui balik awal iaitu jam 3.30 petang...tapi bila dah balik rumah,buat kerja dirumah lagi..adoyaiiii,memang letih

sekarang jam 10 mesti bui dah landing atas tilam..zzzzzzzzzzzzz..

Sunday, June 10, 2012

Juara Mentor 6 Adalah..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

korang predict siapa?


antara Anas..Caroline..atau Zatul..?

bui jangkakan CAROLINE protege Ella akan menang


Biodata Caroline Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege:Ella


Trivia final Mentor 6 

Zatul akan bergandingan dengan Ziana Zain menerusi lagu Nakal yang pernah dipopularkan kumpulan dari Indonesia, Gigi serta Sedang Ingin Bercinta oleh Dewa 19. Untuk persembahan solonya pula, protege Fauziah Ahmad Daud ini tampil menyampaikan lagu rock, Pelesit Kota dan Pawana selain sebuah lagu baru, Tersihir ciptaan sepenuhnya Manusia Putih. 

Manakala Anas pula akan menggamatkan suasana dengan lagu Cinta Muka Buku secara solo dan kemudian berduet bersama Hazama menerusi lagu popular Faizal Tahir sendiri iaitu Selamat Malam. Anas pertama kali akan menyampaikan lagu barunya berjudul Hanya Dirimu, hasil kerjasama Omar K, Audi Mok dan Faizal Tahir. 

Lebih menariknya, malam esok turut akan menghimpunkan kembali mentor-mentor yang pernah mengukir kejayaan dalam musim terdahulu untuk membuat persembahan pembuka tirai pentas. Antaranya Zainal Abidin menerusi lagu Manis, Amy Search dengan lagu Aku, Mas Idayu (Robek Hatiku), Ziana Zain (Setiaku Di Sini) dan Erra Fazira (Hanya Di Mata). 

Persembahan penutup Mentor 6 akan menggandingkan kesemua protege, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, Ana, Syuhada dan KJ bersama penyanyi Zamani dan barisan anggota asal Slam menerusi lagu medley kumpulan itu seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu dan Gerimis Mengundang sempena ‘tribute’ kepada Slam. 

Mentor musim keenam masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (SMS) dan 20 peratus (juri awam) yang terdiri daripada kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. Juara Mentor 6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala naib juara (RM30,000) dan tempat ketiga (RM10,000). 

Musim ini turut mempersembahkan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Boo Jay (Floor Fever) sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik serta dua orang juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini. 

SUMBER

sama2 kita tunggu habis mentor nanti k..

Friday, June 8, 2012

Siapa Nak Shawl Free..?

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

bagi yang tak tau,bui telah menjadi salah seorang sponsor untuk giveaway yang Shida anjurkan..dan untuk giveaway ini bui dengan rela hati men'sponsor' 3 helai shawl untuk 3 orang pemenang..


banner penganjur..klik kalau nak join..^_^

sekarang kita layan pulak gambar2 shawl yang akan bui bagi pada pemenang bertuah giveaway Shida nanti..

 
 

cantik-cantikkan..ngeeee..rugi kalau tak nak,bui bagi free jer ni..tapi kenalah join giveaway Shida tu yer..sponsor2 lain pun hebat2 jugak..tak caya,korang tengoklah sendiri DEKAT SINI..


Thursday, June 7, 2012

Sekadar Ingatan Buat Semua

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

pagi ni tadi bui bukak fesbuk..ternampaklah kata-kata ni dekat wall member..sebab bui rasakan best so bui share dengan korang semua yer

kot2 kita boleh jadikan motivasi buat diri sendiri..

Apabila ada sahabat2 yang post ilmu akhirat,janganlah kamu berkata... 

"eleh..dia sendiri pun tak amalkan,ada hati nak tegur orang.."

atau

"eleh..dia dulu pun macam tu,nak tunjuk baik pulak sekarang.."

atau

"eleh..dia pun tak tutup aurat,tak solat..ada hati nak ubahkan orang.." 

JANGANLAH KITA TENGOK SIAPA YANG MENGHANTAR
TENGOKLAH APA YANG DIA HANTAR
DIA TAK AMALKAN,KITA AMALKAN
DIA TAK NAK JADI BAIK,KITALAH JADI BAIK
DIA TAK NAK BERUBAH,KITALAH BERUBAH 

Jangan sibuk menilai dosa orang lain,dosa kita sendiri pun tidak tertanggung
Istiqamah dan muhasabahlah diri kita bersama..^_^


Wednesday, June 6, 2012

Drama Korea Love Rain

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


bagi yang agak mengenali bui lah kan,mesti tahu bui ni antara peminat drama korea..tak percaya,cer tengok entry-entry ini..semuanya berkaitan dengan drama korea


dan kalau nak tahu sekarang bui tengah asyik melayan drama korea yang bertajuk LOVE RAIN..drama ni dimainkan dekat chanel 391..waktu siaran pulak jam 9.05 malam sampai 10.10 malam..

Synopsis
 “Love Rain” depicts a 1970′s pure love and a love from the present day at the same time. It shows how the offsprings of a previous ill-fated couple, who met in the 1970s, managed to meet and fall in love. Seo In Ha (Jang Geun Suk) and Kim Yoon Hee (Yoona), a art student and a shy beauty, met and fell in love with each other during college in the 1970s but unfortunately their love was fated to never be. Now in the present 21st century, Seo In Ha’s son, Seo Joon (Jang Geun Suk) (a liberal photographer) meets and falls in with Kim Yoon Hee’s daughter, Kim Ha Na (Yoona), a cheerful and energetic girl who’s personality is different from her mother’s. Will their love for each other keep them together or will they have to face the same fate as their parents? (Source)

jom layan gambar pulak..


heronya adalah JANG GEUN SUK

heroin pulak YOONA


kalau line tenet korang laju bolehlah layan OST LOVE RAIN ni 


walaupun jalan cerita agak slow dan mendayu-dayu,tapi perasaan sangat terbuai2 bila tengok drama ni..lagi2 dengan lagu2 soundtrack yang sangat osem..


oh,ya waktu bui buat entry ni dah episod ke 16..bermakna ada 4 episod lagi nak habis...ngeeeee..^_^..sekiranya nak download drama ni,klik link yang bui bagi k




Tuesday, June 5, 2012

Kalau Anak Bertanya Pasal Seks..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


yuhuuu...apa khabar semua..harap2 korang sihat hendaknya k..bui pulak,alhamdulillah..sihat2 jer almaklum  lama bercuti..hihihi

hari ni takder entry pasal personal life yer,tapi ni ha..bui nak bagi sedikit panduan jawapan sekiranya anak2 kita bertanya pasal seks..budak2 sekarang kan dah semakin advance..soalan pun macam2 ada

macam anak bui hari tu si Firhan,boleh pulak dia tanya macam mana baby boleh ada dalam perut..jenuh jugak fikirkan jawapan logik yang boleh masuk di akal budak2...

oklah,jom layan..walaupun ada unsur2 lawak tapi terselit kelogikan nya disitu..



Jayman bertanya kepada bapanya....

Jayman: pak, betul ke make love tu best?

Bapak: haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

Jayman: tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?

Bapak: kalau kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

Jayman: tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?

Bapak: kalau kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu...kamu suka tak?

Jayman: betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan? 

Bapak: kalau hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?

Jayman: kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?

Bapak: kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?

Jayman: waaahhh... bapak ni pandailah!

Bapak: ^_^