Sunday, June 10, 2012

Juara Mentor 6 Adalah..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

korang predict siapa?


antara Anas..Caroline..atau Zatul..?

bui jangkakan CAROLINE protege Ella akan menang


Biodata Caroline Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege:Ella


Trivia final Mentor 6 

Zatul akan bergandingan dengan Ziana Zain menerusi lagu Nakal yang pernah dipopularkan kumpulan dari Indonesia, Gigi serta Sedang Ingin Bercinta oleh Dewa 19. Untuk persembahan solonya pula, protege Fauziah Ahmad Daud ini tampil menyampaikan lagu rock, Pelesit Kota dan Pawana selain sebuah lagu baru, Tersihir ciptaan sepenuhnya Manusia Putih. 

Manakala Anas pula akan menggamatkan suasana dengan lagu Cinta Muka Buku secara solo dan kemudian berduet bersama Hazama menerusi lagu popular Faizal Tahir sendiri iaitu Selamat Malam. Anas pertama kali akan menyampaikan lagu barunya berjudul Hanya Dirimu, hasil kerjasama Omar K, Audi Mok dan Faizal Tahir. 

Lebih menariknya, malam esok turut akan menghimpunkan kembali mentor-mentor yang pernah mengukir kejayaan dalam musim terdahulu untuk membuat persembahan pembuka tirai pentas. Antaranya Zainal Abidin menerusi lagu Manis, Amy Search dengan lagu Aku, Mas Idayu (Robek Hatiku), Ziana Zain (Setiaku Di Sini) dan Erra Fazira (Hanya Di Mata). 

Persembahan penutup Mentor 6 akan menggandingkan kesemua protege, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, Ana, Syuhada dan KJ bersama penyanyi Zamani dan barisan anggota asal Slam menerusi lagu medley kumpulan itu seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu dan Gerimis Mengundang sempena ‘tribute’ kepada Slam. 

Mentor musim keenam masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (SMS) dan 20 peratus (juri awam) yang terdiri daripada kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. Juara Mentor 6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala naib juara (RM30,000) dan tempat ketiga (RM10,000). 

Musim ini turut mempersembahkan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Boo Jay (Floor Fever) sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik serta dua orang juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini. 

SUMBER

sama2 kita tunggu habis mentor nanti k..

20 comments:

Azhafizah[フィザ] said...

tak tahu nak predict sape..sbb skang takde mase nak tgk tv kak bui..ni pun jap tgk jap tak..hihi

fieda said...

wah..betul la tekaan bui..

Kesuma Angsana said...

Bui... mng caroline yg menanglah.. leh jd ahli nujum ni hehehe

Qaseh Gifts said...

bui,suka tak dengan result Mentor 6 smlm?

Tempah Hamper Ramadhan & Aidilfitri 2012/1432 di Qaseh Gifts!

syiela said...

go ella go caroline :)

HeNRieTTa JoSe said...

Tahniah pada protege Ella....dan Ella sendiri....

IntaNBerliaN said...

yeayyy caroline menang :-)

eintan nurfuzie said...

hehe..x tengok pun tp rasa yakin coroline akan menang

Aishah Jahirah said...

tengok tp tertidur....huhuu sabar je la.tp caroline yg menangkan...;)

Masz Sidek said...

puas nangga mlm tadik ... coroline menang... sora nya nang kacak... :)

Aju Mohit said...

tahniah buat ella dan protege, bui nak tanya, apa rahsia bui sebab ramai dtg berkunjung ke blog ini. tahniah ye bui

kasihredha said...

akak tak tengokkk
sebab duk tengok selebriti memasak kat astro ria

Cinta Misteri said...

Hahaha...tk thn dengar statement FT;
"Anas, ko kena terima hakikat, mentor kau tk pernah terima apa2 anugerah pown.."

*suara Caroline mmg power

Ardini Humaira said...

memang dari awal dah agak caroline yang menang sebab talent dia sangat menyerlah.. anas lak asik dapat markah tinggi sebab pengaruh si FT kut. ngaaa ;p

MamaEma said...

Caroline juara..mula tu ingatkan bukan orang Islam..hehehe..tak sangka dia orang Kelantan

Deqla manjew said...

deqla pun suka tgk persembahan caroline..tahniah pada caroline dan ella.. :)

shida'R said...

shida sndri pon dah sgka kak bui ^_^

[sutera kasih] said...

kmk nang suka caroline..nya comel bah !!

Bui Junaidi said...

RAHSIANYA...RAHSIA..HEHEHE..^_^

Che Rosliza Che mat said...

cik rose pun agak mentor Ella menang hihihi