Monday, March 25, 2013

Saya Bercuti Kejap Yer..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




dah lama x jenguk blog,apatah lagi nak blogwalking
mood nak bercuti tengah membuak2 macam ni lah
nak buat benda lain pun takder mood..ngeh..ngeh
fikiran asyik melayang2 jer..


ni nak bagitau korang la ni
bui akan g melancong start esok..
so rasanya memang takkan update blog
dalam masa seminggu ni


oh,ya entry lepas dalam entry passport dah siap
bui kata nak g Korea kan..
ramai betul yang percaya
sorry taww sebab bui gurau2 jer
tak sangka pulak ramai yang percaya..huhu
nanti bui cerita bui g mana k
yang pasti tak la jauh mana pon..hehehehe



Take Care..♥

Thursday, March 21, 2013

Passport Dah Siap

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



di persembahkan passport kami 4 beranak..
expired 20.3.2015
bayaran buat RM100 (dewasa)
RM80 (kanak-kanak)



setelah bersusah payah selama 2 hari (Selasa+Rabu) akhirnya passport yang diimpi2 kan telah siap..nak tahu kenapa bui kata bersusah payah? sebab..first day kami pergi,nombor giliran dah habis sampai jer dekat kaunter dah terpampang notis TUTUP



padahal waktu tu jam baru pukul 3.15 petang..rupa2nya pihak imigresen dah estimate shift pagi buat 100 orang,shift petang pun 100 orang..jadi terpaksa la datang keesokan harinya..



datang pulak semalam..bertambah pulak susah payahnya rupa2 nya kan,kalau kita ambik gambar untuk buat passport..


latar belakang gambar mesti biru
pastu tak boleh pakai baju biru
ambik gambar tak boleh pakai contact lens
tak boleh pakai cermin mata


bui dengan adik bui Sheila 2,2 masa ambik gambar guna lens dah sah2 kena reject..hubby bui dengan anak2 pulak, gambar yang dorang ambil semua pakai baju biru,kena reject jugak..ayoyoooo...nasib baik la,tak jauh dari pejabat imigresen tu ada kedai ambik gambar..terpaksalah kami berlima ambil gambar semula..



itupun bui dengan adik bui terpaksa bukak lens dulu,baru ambil gambar..pastu pakai balik sebab kalau x pakai dunia sangat kabur ok..hehe..dan nasib baik la gambar yang kami ambil semula tu diterima..dan..alhamdulillah,setelah 3 jam menunggu semua urusan selesai..now,tunggu nak fly jer..bui nak g mana?g KOREA lah..jom ikut..hehehe



kesian kat diri sendiri,dah dekat 36 tahun hidup baru ada passport..huhuhu..dan bertuah pulak anak2 bui sebab umo 6 & 7 tahun dah ada passport..(rintihan semata2..sila abaikan)



Take Care..♥

Tuesday, March 19, 2013

BE Pertama Bulan Mac

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


syukur alhamdulillah,ada lagi BE baru muncul dalam blog bui
BE yang lama pun masih on-going..masyukkkk...hihihihi



BRITISH COUNCIL UK

siapa yang ada niat nak sambung belajar
sila klik link yang bui bagi untuk maklumat lanjut..


perasan tak frame gambar yang bui guna semalam dan hari ni?
siap ada lerp..lerp kan..mood jiwang tengah melanda..hahaha
jiwang dengan siapa..?adalah..^_^



Take Care..♥

Monday, March 18, 2013

Follower Bertuah Yang Ke 1700

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hari ni x tau nak update apa
walaupun banyak cerita sebenarnya
tapi takder mood nak bercerita
apalah bui ni kan..hahaha





tapi hari ni terasa nak promote follower la
nak promote follower yang ke 1700
bila nak jadi 2000 ni..huhuhu
padan muka sebab lately ni malas betul nak blogwalking


ok,jom berkenalan dengan si dia 
SWEET MISS FIFI


Take Care..♥

Friday, March 15, 2013

Komen SPAM Cik Anon

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


rajin sungguh Cik/Encik Anon ni bagi komen
dah lah komen2 tu sah-sah adalah SPAM
boring betul bila jumpa komen macam ni kan
kalau ada memang dah sah-sah akan dahku delete terus
jangan harap la bui nak publish..




antaranya yang sempat yang bui print screen
yang sebelum ni rasanya ada beratus lagi yang telah bui delete
nak kondemkan blog orang la tu..mencikkkk


ciao..nak blogjogging pasni..^_^


Take Care..♥

Thursday, March 14, 2013

Bukan Malas Tapi...

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


simpan tenaga lah sangatkan
padahal memang mood ke laut sekarang
ciao..dun forget #prayforSABAH



Take Care..♥

Friday, March 8, 2013

Segmen : Cari Bloglist Sebulan By Nabila Medan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



x tau nak update apa hari ni..
nak blogwalking pun terasa malas jer ni
(berterus terang sikap yang mulia okeh..hahaha)
jadi..join segmen jer lah
segmen by NABILA MEDAN




syarat2 penganjur 


Syarat
1. Follow blog NabilaMedan - DONE
2. Click Here  *Sampai habis loading. Harap jujur* (akan diperiksa) - DONE
3. Buat entri "Segmen : Cari Bloglist Sebulan By NabilaMedan"
4. Letak banner  & linkkan ke entri ini dan tag lah kat kawan-kawan - DONE
5. Tinggalkan link entri korang dekat bawah ni okay?



sebenarnya malas nak tag sesiapa..
jadi bui tag sesiapa jer yang baca entry ni,boleh?


SELAMAT HARI JUMAAT
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
SELAMAT BEREHAT
SELAMAT..SELAMAT..SELAMAT..
eh,apakah?


last but not least..#prayforSABAH
hehe..sekian,ciao..



Take Care..♥

Thursday, March 7, 2013

IPAD MINI atau SAMSUNG S4

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


nak mintak pendapat korang semua
mana lebih berbaloi2 untuk di beli?


antara




atau




memang dalam plan nak beli ipad mini
tapi tergugat pulak dengan kehadiran samsung s4
perghhhh...beli 2,2 jer lah (dalam mimpi..)



Take Care..♥

Dosa Dan Seksa Kerana Aurat

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


Dia tengah tidur, tapi malaikat duk tulis DOSA dia 


Dia tengah solat, belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit DOSA dia 


Dia tak buat ape2 pun 


 Pelik....


Tapi malaikat masih tak berhenti catit DOSA dia 


Ape salah dia? 
 Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya yang
TAK MENUTUP AURAT DI FACEBOOK


right-click, save image as..


 Setiap kali ada lelaki yg melihat,save, setiap kali itulah dosanya berTAMBAH. 


 Itu belum lagi bila meninggal, kat dalam kubur nanti, 
malaikat takkan berhenti seksa selagi ada lelaki atas dunia ni 
yang tengok gambar kita yang tak tutup aurat. 
Masa tu ape yang kita boleh buat? 


...NOTHING...


tetap dalam mood #pray for Sabah


 Take Care..♥..

Wednesday, March 6, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang...

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


SELAMAT HARI LAHIR FILZAH ATHIRAH
anak dara bui genap berusia 6 tahun hari ini


doa ibumu ini,


semoga Athirah sentiasa dalam lindungan Allah selalu
semoga Athirah berjaya dalam hidup didunia dan diakhirat
percayalah anakku,ibu sangat2 menyayangi dirimu sepenuh hati ibu
(tetiba syahdu..uwaaa)


rekod kelahiran ..6.3.2007,10.51 pagi,2.73kg




kek besday tahun lepas
tahun ni pulak..tunggu..


masih lagi dalam mood lemah semangat..
#pray for SABAH..allahuakbar!!!!
sama2 kita doakan keselamatan POLIS dan TENTERA yang bertugas



Take Care..♥

Tuesday, March 5, 2013

Plan Ke Sabah Terpaksa Dibatalkan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


beria2 bui buat plan ke Sabah pada hujung bulan 3 ni
tapi rasanya memang terpaksa la dibatalkan
sebab krisis di Lahad Datu tengah 'hot' sekarang
walaupun Kota Kinabalu jauh dari Lahad Datu
tapi tetap jugak rasa risau..




bui dah booking hotel taww,cuma tunggu masa jer nak beli tiket 'belon'
nasib baik belum beli,kalau dah beli memang terpaksa jugak terbang
peta nak ke Kota Kinabalu pun dah beli
tapi bila adik bui yang kerja askar tu cakap jangan pergi dulu
terus kami cancelkan plan


belom ada rezeki nak ke Sabah..huhuhu..frust sangat
mayb tukar plan ke tempat lain jer la :(
apa2 pun sama2 kita doakan keselamatan mereka..
semoga isu ni jugak cepat2 la selesai
amin,ya rabbal alamin..#prayforSabah


malam tadi meleleh air mata bui bila tengok wajah keluarga mangsa yang
mengalirkan airmata menangisi pemergian orang tersayang..sobs..sobs..



Take Care..♥

Monday, March 4, 2013

Sedihnya..Anggota Polis Dari Sarawak Turut Terbunuh..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:


Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.


3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching



4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu


5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna


6. Kpl/S Salam bin Togiran
Masa: 10.30 pagi (van jenazah)
Tempat: Batu 15, Tawau.


Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.




[sms terakhir seorang Vat69] 

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.. 

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.." 



serius..memang sedih sangat!!!!..


Take Care..♥

Info Terkini Krisis Di Lahad Datu,Sabah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


jika nak dapatkan info2 terkini tentang krisis di Lahad Datu,Sabah korang boleh 'LIKE' facebook Kelab Penyokong Polis Di Raja Malaysia ini..(klik perkataan merah tu)


bui selalu mengikuti perkembangan isu di LD kat sini..macam2 info terkini ada..yang penting berita yang disampaikan adalah BENAR dan bukannya khabar angin semata2..


serius...lemah rasa semangat nak update blog bila diganggu dengan isu macam ni..lagi2 bila ada anggota keselamatan negara telah terkorban semasa menjalankan tugas..


lagi risau,bila adik bui seorang askar..bila2 masa dia orang mungkin akan di minta untuk datang membantu..


sama2 kita berdoa agar tiada lagi yang terkorban dan semoga isu ni cepat2 selesai


#pray for SABAH..


Take Care..♥

Friday, March 1, 2013

6 Panduan Berguna

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

gambar buat penyeri entry jer


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkan ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan personaliti diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



sekian..SALAM JUMAAT SEMUA!!!



Take Care..♥..