Tuesday, July 30, 2013

Berbekam dan Faedahnya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

tahun lepas bui dan hubby pernah buat rawatan bekam ni..orang kata buat bekam bagus,boleh buang darah kotor dalam badan..jadi bui dengan hubby pun cuba..alhamdulillah,lepas buat badan rasa ringan jer..baru2 ni pulak ada pakar bekam datang ke sekolah edarkan risalah pasal perawatan bekam ni..bui nak kongsi dengan korang semua boleh?


RAWATAN BEKAM

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW,bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasullullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra Mikraj.Sebagai orang islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar tentunya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah berbekam"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Berbekamlah..jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,maka ia akan membunuhmu"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas.Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit"
(Hadis riwayat Bukhari dan Abu Naim)

Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat,mereka selalu berkata :
"Hai Muhammad,suruhlah umatmu berbekam"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

HUKUM BERBEKAM

Berbekam adalah diharuskan kepada kita.Menurut Imam Ghazali berbekam termasuk fardu kifayah,jika satu wilayah tidak ada seorang pun mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya berdosa.

MENGAPA PERLU BERBEKAM?

Selepas 3 bulan sel darah merah dalam tubuh kita akan mati,ia mengandungi lebihan asid urid,urea mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak.Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa,ginjal hati tak berfungsi dengan sempurna yang mana akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.


Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh kita ialah :-
terasa lesu
letih
tak sedap badan
kebas kaki dan tangan
tak bermaya
kurang segar
pening
cepat bosan
murung
mudah marah
mudah mengantuk
mudah pitam


Kemudian,penyakit kronik akan mula mengancam kita seperti 
darah tinggi,strok,gaout,kencing manis,barah dan lain2 lagi.


FAEDAH BERBEKAM

1. Membuang darah kotor,darah beku dan darah berpenyakit
2. Mengeluarkan gula yang tidak diperlukan di dalam darah
3. Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah
4. Mengeluarkan kolesterol yang berlebihan di dalam darah
5. Meringankan otot yang tegang
6. Mengatasi ketegangan (stress) yang berpanjangan
7. Membebaskan angin kotor dan toksin dalam badan
8. Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem limpa
9. Membantu meringankan tugas buah pinggang
10. Membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diselesaikan oleh rawatan moden
11. Merawat lain-lain penyakit biasa dan kronik
12. Menyegar dan menyihatkan badan

sekian dulu yer..kalau nak tahu cerita berbekam bui KLIK SINI


pstt : sekarang tengah dalam mood nak raya dah..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

11 comments:

Qashmere said...

Bekam wap tu berani. bekam darah takotttttt hehehe

ajumohit said...

suami aju dh pernah 2 kali berbekam, kurang rasa gatal kat kakinya tu, mmg elok rawatan ni sebab buang darah kotor

Anum said...

SELAMAT TENGAHARI
ANUM BR LEPAS HBS EXAM
SINGGAH SINI LU

Anonymous said...

tak pernah berbekam.. takut lah bui !

Adhie said...

kmk pernah molah bekam kat Gita sia..bekam darah..ringan badan lepas molah ya

Miss N™ said...

byk juga kebaikkannya..
tapi nur tak beranilah..
takut....huhuh

Unknown said...

takot tgk org yg berbekam tu.. smpai keluar darah kotor kan.. sebnrnya takot tgk darah...haha

Umialya said...

salam kenal..
kak tak pernah lagi berbekam, boleh cuba kot..

Oh ya, akak ada masalah sikit, perlukan bantuan Bui nak kuarkan follower dari blog akak..

http://mimialya1.blogspot.com/2013/07/spam-lagi.html

harap bui boleh tolong selesaikannya, tk..

boni kacak said...

hurm.. memang nak kena buat rawatan bekam ni lah.. saya tak pernah buat lagi..

Cikrosecute said...

Tak pernah cuba lagi berbekam...

aizamia3 said...

tak pernah cuba lagi kaedah ni.