Monday, March 10, 2014

Petua Membeli Kereta Terpakai

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Selamat Hari Isnin semua..korang kerja ker arini..bagi yang bekerja,no Monday2 blues ok..bui pulak cuti ari ni sebab jap lagi nak bawak Athirah pergi klinik..mata kanan dia bengkak sejak Sabtu..tak taulah kenapa,nanti dah jumpa doktor baru tau sebabnya


sebab free sikit pagi ni,bui terfikir nak update blog yang dah 2 minggu kena abai..malanglah nasib kau blog dapat tuan tak berapa nak rajin macam bui..hikhik..tapi dalam tak berapa nak rajin tu,setiap hari bukak blog taww,cuma nak upkan entry jer ada liat sikit..haha


ok,lah..hari ni bui nak kongsi PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI..sebab bui tengah pasang niat nak tukar Viva manual hubby dengan MYVI auto..p tak tau lagilah jadi ker tidak..mayb jadi kot,sebab kalau auto bui pun boleh bawak jugak g ke mana saja..ada niat tersembunyi nampak..hiksss


PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

A. PEMERIKSAAN LUARAN
  • Sila periksa pemegang pintu
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
  • Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
  • Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
  • Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
  • Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik


B. PEMERIKSAAN ENJIN
  • Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
  • Pastikan enjin tidak diubahsuai
  • Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
  • Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
  • Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik


C. PEMERIKSAAN DALAMAN
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
  • Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
  • Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
  • Pastikan lantai tidak berkarat
  • Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
  • Pusingkan stereng ke kiri dan ke kanan
  • Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
  • Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
  • Pastikan tali pinggang boleh dipakai
  • Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik


4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
  • Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
  • Pastikan meter suhu bergerak
  • Pastikan lampu minyak enjin menyala
  • Pastikan lampu bateri menyala
  • Cuba hidupkan enjin
  • Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
  • Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
  • Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
  • Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
  • Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
  • Tiada masalah semasa penukaran gear
  • Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
  • Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.
  • Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.


5. PEMERIKSAAN TERAKHIR

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta.


banyak perkara kita kena pertimbangkan sebelum beli kereta terpakai kan..sapa2 yang berhasrat nak beli bolehlah cuba petua kat atas yer..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

7 comments:

Budak Kampung said...

wah...petua yg berguna ni kak. tapi 2 la.. iman risau la kalau nk beli 2nd hand ni. asyik 'menyimpan' untuk dia je

Haryati Faizal said...

memang perlu semua tu sbg seorg pembeli... takmolah bila dah beli ada pulak yg kita tak puas ati kan...

Azhafizah Md Nor said...

Nak beli kereta second ni lagi banyak kena check kan kak..walaupun second hand tapi quality kena ada.good sharing kak bui

Aju Mohit said...

pernah juga beli kereta terpakai, nasib x baik sebab enjin nya rosak teruk akibat pernah accident oleh previous owner huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

petua yg sgt mbntu =)

Maria Firdz said...

nice info...

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum.. BB,

entry nie bagus untuk mereka2 yang nak beli kereta second... nice tips

mselim3