Tuesday, July 30, 2013

Berbekam dan Faedahnya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

tahun lepas bui dan hubby pernah buat rawatan bekam ni..orang kata buat bekam bagus,boleh buang darah kotor dalam badan..jadi bui dengan hubby pun cuba..alhamdulillah,lepas buat badan rasa ringan jer..baru2 ni pulak ada pakar bekam datang ke sekolah edarkan risalah pasal perawatan bekam ni..bui nak kongsi dengan korang semua boleh?


RAWATAN BEKAM

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW,bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasullullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra Mikraj.Sebagai orang islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar tentunya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah berbekam"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Berbekamlah..jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,maka ia akan membunuhmu"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas.Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit"
(Hadis riwayat Bukhari dan Abu Naim)

Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat,mereka selalu berkata :
"Hai Muhammad,suruhlah umatmu berbekam"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

HUKUM BERBEKAM

Berbekam adalah diharuskan kepada kita.Menurut Imam Ghazali berbekam termasuk fardu kifayah,jika satu wilayah tidak ada seorang pun mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya berdosa.

MENGAPA PERLU BERBEKAM?

Selepas 3 bulan sel darah merah dalam tubuh kita akan mati,ia mengandungi lebihan asid urid,urea mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak.Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa,ginjal hati tak berfungsi dengan sempurna yang mana akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.


Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh kita ialah :-
terasa lesu
letih
tak sedap badan
kebas kaki dan tangan
tak bermaya
kurang segar
pening
cepat bosan
murung
mudah marah
mudah mengantuk
mudah pitam


Kemudian,penyakit kronik akan mula mengancam kita seperti 
darah tinggi,strok,gaout,kencing manis,barah dan lain2 lagi.


FAEDAH BERBEKAM

1. Membuang darah kotor,darah beku dan darah berpenyakit
2. Mengeluarkan gula yang tidak diperlukan di dalam darah
3. Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah
4. Mengeluarkan kolesterol yang berlebihan di dalam darah
5. Meringankan otot yang tegang
6. Mengatasi ketegangan (stress) yang berpanjangan
7. Membebaskan angin kotor dan toksin dalam badan
8. Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem limpa
9. Membantu meringankan tugas buah pinggang
10. Membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diselesaikan oleh rawatan moden
11. Merawat lain-lain penyakit biasa dan kronik
12. Menyegar dan menyihatkan badan

sekian dulu yer..kalau nak tahu cerita berbekam bui KLIK SINI


pstt : sekarang tengah dalam mood nak raya dah..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Wednesday, July 17, 2013

Gambar Percutian Ke City Of Lights

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

ntah kenapa semenjak start puasa ni mood nak berblog agak jatuh merudum..macam takder apa nak cerita..mayb sebab perut lapar kot,jadi idea takder..hehe..apa punya alasan la kan..cakap jer memang malas..hahaha


sebab takder apa nak cerita,moh ler kita layan gambar masa kami pergi I-City pada waktu malamnya pulak yer..jom.. 
 pasangan bahagia..chewahhh..^_^

 keluarga bahagia..chewahhh lagi...:)
(versi gelap & terang..haha)

aksi dari adik bui,Sheila dan hubbynya Fuad..
NO PAIN NO GAIN katanya..hiksss


 aksi mereka semasa naik gondola yang super besar tu..bui tak naik sebab tatut..haha


 sungguh kalerful..



ok,tu ajerlah gambar2 nya yer..ada banyak lagi ekceli tapi dah x larat nak edit bagai..yang dah edit ni pun macam apa..nampak sangat tak pro kan..huhuhu


kalau rajin nak tengok gambar2 lain masa kami g I-City,sila klik GAMBAR PERCUTIAN KE I-CITY


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, July 16, 2013

Dah Kosong

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

apa yang dah kosongnya..hehe..ekceli bui baru jer cash outkan duit iklan Nuffnang bui..sebab dah sampai target yang bui nak iaitu Rm1500..amboiii,nampak benar menipu..haha..Rm150 jer la..so,tanpa berlengah bui terus cash outkan..boleh jugak buat duit raya anak2 dan anak sedara nanti..hehe


be yang tengah running (on going)

CPC pun dah kosong

semua kosong..kosong..macam lagu Najwa Latif dah..^_^


ni kata2 pesanan dari pihak Nuffnang kalau kita cash out..so,baca betul2 dan bersabarlah..^_^

untuk pengetahuan korang ni kali ke-2 bui cash out kan duit Nuffnang..kali pertama adalah pada bulan September 2012..pendapatan takder lah banyak mana,tapi syukur alhamdulillah ada jugak rezeki dengan berblog kan..lagipun bui ni bukanlah seorang blogger tegar pun..pemes memang jauh sekali..apa2 pun terima kasih yer Nuffnang..lebiuuuuu..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Friday, July 12, 2013

Khasiat Epal Hijau

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




bila tengok komen dari DENO yang mengatakan epal hijau boleh menurunkan blood pressure terus dengan gigihnya bui carik kat google khasiat epal hijau..almaklum bila dah disahkan ada penyakit ni bui sangat2 menjaga pemakanan..^_^..sebelum ni memang tak ambik tau pun..huhu..tengkiu deno,really appreciate nasihat deno tu


so,bui nak share dengan korang semua jugak apa khasiat epal hijau ni..sharing is caring kan..^_^


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu :-

Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membran paru-paru.
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko barah.


Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


pstt : petang ni terus terasa nak beli epal hijau banyak2..ker,tanam jer belakang rumah,abis cerita..hikssss


SUMBER


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, July 9, 2013

Sah Sudah..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


..alkisahnya..
semalam bui ke hospital daerah bau
sebab bui rasa 'something wrong' terjadi dengan bui


..ahad malamnya..
bui tak dapat tidur sampai pagi
gara2 lepas makan ubat darah tinggi yang doktor swasta bagi


..petang ahad..
bui dah sakit kepala,bahagian belakang tengkuk belah kanan
sebab tak tahan bui makan la sebiji ubat tu


..dengan harapan..
sakit kepala bui tu akan baik then bui boleh tidur dengan lena


..sekali..
malam tu memang bui tak dapat tidur langsung
kepala sakit dan jantung asyik berdebar2 jer..


..isnin..
kan kerja..bui datang ke sekolah dengan mata bengkak
sebab tak tidur semalaman..


..830 pagi..
ingatkan boleh bertahan sampai petang,sekali..
jantung makin kuat berdebar..badan pulak dah rasa menggigil2
bui ambik kunci kereta,mintak izin penyelaras bui dan bui terus
drive ke hospital daerah bau..


..1200 tengah hari..
segala urusan selesai..mula2 jumpa medical assistant
cek blood presure,sah naik..150/90..sadisss
pastu,jumpa doktor..bla..bla..bla..then g kaunter ubat
ambik pil darah tinggi...


22.7.2013 nanti ada appoinment lagi,ambik darah..huhu
"puan muda lagi tapi dah dapat darah tinggi.." kata doktor
uwaaaa,nak nangisssss...


..pasni,terpaksa jaga makan.....nangis lagi...


lately ni jarang update sebab bui sibuk pindah rumah..
maaf yer jika tak berkesempatan nak membalas jejak korang


oh,ya
SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA
semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia
..amin..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, July 1, 2013

13 Tahun Sudah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



1 JULAI 2000 - 1 JULAI 2013 
(so dah 13 tahun kami kawen..)


SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT DIRI SENDIRI


hik..hik..k,bai..
nanti bui upload gambar kami kawen 13 tahun yang dulu yer
eksklusif buat pembaca blog bui..p tunggu..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This