Thursday, February 20, 2014

Khasiat Dan Kegunaan Cuka

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



Cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

# Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

# Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama 5 minit dan curahkan air panas.

# Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

# Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

# Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

# Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

# Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

# Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

# Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

# Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

# Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

# Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

bui pun nak try lah sebab banyak cuka berlebihan kat dapur tu..boleh jugak jimatkan belanja beli pencuci kat pasaraya kan..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, February 18, 2014

Alhamdulillah..Rezeki Datang Lagi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ok,ni entry ke 2 untuk tahun 2014..tahniah buat diri sendiri sebab dah upkan 2 entry setakat ni..haha..rasanya mood nak berblog dah datang balik ni..alhamdulillah..

semangat kian bertambah ni,sebab bila bukak Nuffnang,ada BE tengah on going..syukurlah dan terima kasih buat pihak Nuffnang sebab masih sudi bagi BE dekat blog bui

BE ke 3 

BE ke 1 dan ke 2 tapi dah metered dan hasilnya cuma..
tengoklah sendiri..hikhik

dah cash out pada 4.2.2014 untuk kali ke-3 dengan hasil yang tak seberapa
sebab salah sendiri..hehe..

Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Monday, February 17, 2014

Teringin Tapi Was-Was

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hi semua..long time no see kan..
blog pun dah bersawang,banyak nya labah2 berkeliaran
hikhik..meet me the lazy blogger again in Feb 2014..^_^
ok,ni my first entry pada tahun 2014
wah,satu pencapaian yang sangat membanggakan..haha


arghhhh..tension betul bila mood nak berblog tak dtg2
kalau nak tahu,tiap hari bui bukak blog sebenarnya
bukak jer,tapi tak update
nak kata takder cerita,banyakkkkk
tapi itulah..malassss


ok2..ekceli bui upkan entry ni bukan nak bercerita
tentang kemalasan ku itu tapi nak mintak pendapat korang ni
bui nak try makan supplement tapi tak berani nak makan sebarangan
takut jadi lain pulak kan..memanglah ada testimoni pelanggan
tapi macam melebih2 pulak,lebih kepada propa jer
ataupun memang betul2..wallahualam


ni ha, 2 produk ni buatkan bui teruja nak try tapi tengah fikir-fikir dulu
sapa antara korang pernah try,meh kongsi pengalaman boleh?

nak try sebab dikatakan boleh menambahkan stamina..tapi yang paling terasa
nak try sebab boleh mengetatkan miss V..hehe

minum ni dikatakan boleh dapat kulit yang cantik berseri ala2 artis Korea

Harum Malam & Secret Skin White


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This