>>aku suka artikel ni,best dibaca untuk renungan kita yang bergelar isteri<<
Kehidupan suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal,justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan,ibarat berperang,kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh..Baik suami mahupun isteri,mereka mempunyai peranan masing2.Sebagai isteri misalnya,apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat dirumah..?Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang dari tempat kerja semata-mata mahu bersama isteri dan anak2 tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terbuang di tempat kerja..Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.Di sini, ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami..
- Berdoa agar disayangi suami
- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung buat perkara lain apabila dia balik ke rumah.
- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yang baik)
- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.
- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.
- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu sebagai cenderahati ketika memujuk.
- Masak makanan kegemaran suami..(part ni aku kureng cket,sbb aku x suka masak..)
- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.
- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.
- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.
- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.
- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

**pic from Google**
>>insyaallah,kalau kita baik pada suami,suami akan baik pada kita..tapi,kalau dah ditakdirkan kita dapat suami yang tidak baik,bersabarlah,mungkin ada hikmah di sebaliknya<<
p/s : ada bakat jadi ustazah tak..?wakaka...
4 comments:
good info...i like.. ^_^
thanks dear..hehe
masa berkualiti 30 minit?apa tu?blh jelaskan?
maksudnya masa tu suami buat apa yg dia suka kat rumah tanpa gangguan isteri..makna nya masa dia bersendirian lah tu..boleh?
Post a Comment