Thursday, January 27, 2011

Tua Tetapi Cantik















Menjadi tua dan keletihan bukanlah satu takdir. Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan menjadikan kita mampu mengubahnya demi mendapat sebuah kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera. Kita yang bakal menentukan masa depan serta nasib kita sendiri. Sekiranya kita membiarkan diri dimamah usia maka sudah pasti sukar untuk memperoleh sebuah kehidupan yang berkualiti.


Terdapat juga mereka yang masih musykil dan kurang pemahaman terhadap rawatan anti penuaan. Mereka menyangka perubatan anti aging sekadar mementingkan wajah yang kelihatan muda berbanding usia sahaja.


Kenapa kita harus menjalani anti penuaan?
Menjadi tua adalah ketentuan Tuhan.

Kita tidak boleh menolak takdir itu.''



Perubatan anti penuaan bukan bermaksud menolak takdir. Kita mengkaji masalah tubuh badan apabila usia meningkat dan menyukat kandungan hormon di dalam darah. Tujuan perubatan ini adalah meningkatkan paras hormon agar menepati skala yang dimiliki ketika usia muda. Dengan kata lain kita meningkatkan tahap hormon di dalam tubuh. Ini kerana hormon adalah zat dalam badan yang membolehkan fungsi tubuh berjalan dengan lancar. Apabila darah kembali muda maka akan terselamat daripada penyakit berkaitan kekurangan hormon seperti kemurungan, kegemukan, kanser, masalah tulang dan kulit yang kendur berkedut.


Di sini senarai jenis-jenis rawatan esthetic yang sesuai bagi usia 40 tahun ke atas.


1. Rawatan mencegah pigmentasi dan kedutan.
Kesan penuaan menyebabkan lapisan kolagen menjadi nipis menyebabkan kedut mudah timbul. Malangnya dengan menyapu atau memakan kolagen sebenarnya tidak boleh mengganti kolagen yang hilang.Prosedur untuk menjaga kulit sentiasa muda, merangsang pembentukkan kolagen dan menghilangkan pigmentasi adalah:

* Chemical peeling
*Microdermabrasion


Kedua dua prosedur tersebut boleh dilakukan secara rutin sebulan sekali untuk mengekal atau melambatkan kulit muka daripada cepat tua. Microdermabrasion dan chemical peeling boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan boleh menghilangkan pigmentasi.


2. Rawatan laser bagi meningkatkan kolagen dan membuang pigmentasi.
*Laser Q switched Nd:Yag boleh memecahkan pigmen menjadi partikel lebih halus dan dibuang sebagai toksin daripada badan.
*Laser CO2 atau erbium (pixel/fotona) untuk membuang pigmentasi epidermal. Rawatan laser juga boleh merangsang kulit menghasilkan lebih banyak kolagen agar gebu dan tegang.


3. Rawatan menghilangkan parut muka.
CO2 laser atau Erbium Laser dapat meratakan parut di muka akibat kesan jerawat atau kecederaan kulit. Sangat berkesan untuk menghilangkan skin tag atau tahi lalat.


4. Rawatan menegangkan kulit muka.
*Frekuensi Radio - selamat dan berkesan. Namun memerlukan banyak sesi untuk memperoleh hasil yang memuaskan.

*Focal Ultrasound (Ulthera ). Teknologi terbaru menegangkan kulit dan menghilangkan kedut-kedut halus di muka dan kawasan sekitar mata

*Filler. Menghilangkan kedut akibat tua. Mengisi tempat atau menambah kandungan pada muka yang cengkung agar berisi dan gebu.


5. Scarless Facelift.
Suspension thread lift (Serdev). Mudah, tiada parut dan berkesan. Ia mampu mengangkat semula wajah yang kendur. Teknologi ini mudah dan tiada kesan sampingan. Hasilnya juga cantik dan bertahan sehingga sepuluh tahun.


6. Platelet Pich Plasma.
Untuk memudakan kulit wajah PRP dibuat setiap dua atau tiga bulan sekali. Kaedah ini menggunakan suntikan darah pesakit sendiri yang telah diproses bagi memudakan sel-sel pada kulit. Teknologi ini berasaskan stem sel yang mampu mengisi ruang kosong pada kulit. PRP juga boleh diproses sebagaimana filler bagi menggantikan kandungan matriks kulit yang sudah hilang.


7. Terapi hormon Bio- Identikal.
Kini pengetahuan dan pandangan terhadap hormon sudah berubah. Penuaan berlaku akibat kekurangan hormon yang kritikal. Apabila kelenjar hormon tidak berfungsi dengan baik maka kita mula mendapat gejala penuaan. Kekurangan hormon bukan sahaja membuatkan kulit kita berkedut dan kering malah mengalami pigmentasi dan keguguran rambut. Kekurangan hormon juga sering mencetuskan kemurungan dan membuatkan seseorang berasa resah tanpa sebab.


8. Rawatan mata
Apabila usia meningkat mata juga menjadi kecil dan mudah mendapat lemak pada kawasan kelopak mata. Pandangan juga menjadi kurang terang. Rawatan esthetic boleh meningkatkan kecantikan dan menjaga kesihatan mata kita.


3 comments:

armouris said...

lagi info tentang rawatan laser di SIHAT SELALU - Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser

Unknown said...

thanks armouris for the info

Shasha said...

sharing is caring for open minded person
bagus untuk pengetahuan supaya kita byak maklumat dipelajari