✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿
bui jumpa artikel ni di FB seorang kawan jadi bui nak share dengan korang semua..boleh jugak dijadikan panduan mengenal sikap anak2 kita kan..macam bui bila baca artikel ni terus bui teringat dengan anak perempuan bui , Athirah..takutnya.....,sebab dalam 10 tanda tu ada beberapa yang Athirah selalu buat..huhu..nak kena tangani awal2 ni , kalau tidak habislah..susah bui dan hubby kemudian hari nanti...
BILA ANAK TERLALU MANJA
Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri
anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya
sebelum terlambat.
1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.
2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya
tidak dituruti.
3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.
4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.
5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.
6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.
7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.
8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya,
mereka inginkan sesuatu yang baru pula.
9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu
bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.
10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.
APA YANG HARUS DILAKUKAN
*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi
kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan
sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.
*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan
masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas
kesalahan.
*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah
segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta
maaf.
*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan
sesuatu yang mereka inginkan.
*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga
mereka membersihkan bilik.
*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan
tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah
dengan pujuk rayu anak.
rasa2 nya korang boleh buat tak?kalau bui selalunya memang akan tewas dengan tangisan anak2..serius tak sampai hati, almaklum hati ibu lah katakan..hik..hik..^_^
Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥