Sunday, January 30, 2011

Reminder


Salam Semua,
jangan lupa offer HALF PRICE kat IRP akan berakhir pada 31 Januari 2011 iaitu tinggal 1 hari lagi..jom tengok2 apa yang ada..sila klik
HALF PRICE

kat My Preloved List yer..
Thanks..

Friday, January 28, 2011

Zat Untuk Kecantikan


Vitamin A
Fungsi ~ Memperbaiki sel kulit mati dan tekstur kulit
Sumber ~ Telur,hati,mentega





Vitamin C
Fungsi ~ Sumber antioksida yang mengandungi kolagen sintesis (membuat kulit menjadi tegang dan lembut)
Sumber ~ Avokado,kacang,biji-bijian,telur,minyak jagung





Vitamin B Kompleks

Fungsi ~ Melancarkan perjalanan darah dan mengimbangi pengeluaran minyak pada kulit
Sumber ~ Beras,hati,ikan sardin







Asid Amino

Fungsi ~ Merawat kulit dan memperbaharui sel-sel kulit mati
Sumber ~ Susu,daging,tauhu,keju,gandum






Essential Fatty Acid
Fungsi ~ Mencegah kulit,rambut dan kuku kekeringan
Sumber ~ Sayuran hijau,minyak ikan






Enzim-enzim

Fungsi ~ Mempertahankan kolagen kulit
Sumber ~ Betik,nanas







Zink

Fungsi ~ Mencegah stretchmark dan bintik putih pada kuku
Sumber ~ Kerang,tekur,ayam,kacang,susu


Artis Pujaan Hati Ku

Comeyyykan wajah dia..
+
+
+
+
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin


I LOVE YOU DATUK SITI...

Salam Semua..
kali ini just nak share dengan korang wajah artis pujaan hati ku..
memang da lama minat kat Datuk Siti,tapi takderlah terlalu fanatik yer..
Suka dengan suara dia(lemak merdu..),wajah dia(comeyyy..) dan apa2 jerlah berkaitan dengan dia..jadi,tak salah rasanya kalau saya abadikan wajah comel Datuk Siti kat blog saya ni..manalah tau,semakin berseri blog saya seperti wajah dia..hehehehe..amin..!!

kredit gambar kepada : Beautiful Nara

p/s : lately suka2 jer nak postkan info2 buat bacaan korang..bkongsi pengetahuan tak salahkan..sementara tggu nk upload barang baru..kita sama2 layan dulu info2 yg ada yer..
thanks kepada yg sudi membaca dan million thanks juga kalau ada sesaper yg sudi memberi komen dan billion thanks jugak kepada sesiapa yg sudi membeli kat blog saya..love u all..

Thursday, January 27, 2011

Tua Tetapi Cantik















Menjadi tua dan keletihan bukanlah satu takdir. Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan menjadikan kita mampu mengubahnya demi mendapat sebuah kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera. Kita yang bakal menentukan masa depan serta nasib kita sendiri. Sekiranya kita membiarkan diri dimamah usia maka sudah pasti sukar untuk memperoleh sebuah kehidupan yang berkualiti.


Terdapat juga mereka yang masih musykil dan kurang pemahaman terhadap rawatan anti penuaan. Mereka menyangka perubatan anti aging sekadar mementingkan wajah yang kelihatan muda berbanding usia sahaja.


Kenapa kita harus menjalani anti penuaan?
Menjadi tua adalah ketentuan Tuhan.

Kita tidak boleh menolak takdir itu.''



Perubatan anti penuaan bukan bermaksud menolak takdir. Kita mengkaji masalah tubuh badan apabila usia meningkat dan menyukat kandungan hormon di dalam darah. Tujuan perubatan ini adalah meningkatkan paras hormon agar menepati skala yang dimiliki ketika usia muda. Dengan kata lain kita meningkatkan tahap hormon di dalam tubuh. Ini kerana hormon adalah zat dalam badan yang membolehkan fungsi tubuh berjalan dengan lancar. Apabila darah kembali muda maka akan terselamat daripada penyakit berkaitan kekurangan hormon seperti kemurungan, kegemukan, kanser, masalah tulang dan kulit yang kendur berkedut.


Di sini senarai jenis-jenis rawatan esthetic yang sesuai bagi usia 40 tahun ke atas.


1. Rawatan mencegah pigmentasi dan kedutan.
Kesan penuaan menyebabkan lapisan kolagen menjadi nipis menyebabkan kedut mudah timbul. Malangnya dengan menyapu atau memakan kolagen sebenarnya tidak boleh mengganti kolagen yang hilang.Prosedur untuk menjaga kulit sentiasa muda, merangsang pembentukkan kolagen dan menghilangkan pigmentasi adalah:

* Chemical peeling
*Microdermabrasion


Kedua dua prosedur tersebut boleh dilakukan secara rutin sebulan sekali untuk mengekal atau melambatkan kulit muka daripada cepat tua. Microdermabrasion dan chemical peeling boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan boleh menghilangkan pigmentasi.


2. Rawatan laser bagi meningkatkan kolagen dan membuang pigmentasi.
*Laser Q switched Nd:Yag boleh memecahkan pigmen menjadi partikel lebih halus dan dibuang sebagai toksin daripada badan.
*Laser CO2 atau erbium (pixel/fotona) untuk membuang pigmentasi epidermal. Rawatan laser juga boleh merangsang kulit menghasilkan lebih banyak kolagen agar gebu dan tegang.


3. Rawatan menghilangkan parut muka.
CO2 laser atau Erbium Laser dapat meratakan parut di muka akibat kesan jerawat atau kecederaan kulit. Sangat berkesan untuk menghilangkan skin tag atau tahi lalat.


4. Rawatan menegangkan kulit muka.
*Frekuensi Radio - selamat dan berkesan. Namun memerlukan banyak sesi untuk memperoleh hasil yang memuaskan.

*Focal Ultrasound (Ulthera ). Teknologi terbaru menegangkan kulit dan menghilangkan kedut-kedut halus di muka dan kawasan sekitar mata

*Filler. Menghilangkan kedut akibat tua. Mengisi tempat atau menambah kandungan pada muka yang cengkung agar berisi dan gebu.


5. Scarless Facelift.
Suspension thread lift (Serdev). Mudah, tiada parut dan berkesan. Ia mampu mengangkat semula wajah yang kendur. Teknologi ini mudah dan tiada kesan sampingan. Hasilnya juga cantik dan bertahan sehingga sepuluh tahun.


6. Platelet Pich Plasma.
Untuk memudakan kulit wajah PRP dibuat setiap dua atau tiga bulan sekali. Kaedah ini menggunakan suntikan darah pesakit sendiri yang telah diproses bagi memudakan sel-sel pada kulit. Teknologi ini berasaskan stem sel yang mampu mengisi ruang kosong pada kulit. PRP juga boleh diproses sebagaimana filler bagi menggantikan kandungan matriks kulit yang sudah hilang.


7. Terapi hormon Bio- Identikal.
Kini pengetahuan dan pandangan terhadap hormon sudah berubah. Penuaan berlaku akibat kekurangan hormon yang kritikal. Apabila kelenjar hormon tidak berfungsi dengan baik maka kita mula mendapat gejala penuaan. Kekurangan hormon bukan sahaja membuatkan kulit kita berkedut dan kering malah mengalami pigmentasi dan keguguran rambut. Kekurangan hormon juga sering mencetuskan kemurungan dan membuatkan seseorang berasa resah tanpa sebab.


8. Rawatan mata
Apabila usia meningkat mata juga menjadi kecil dan mudah mendapat lemak pada kawasan kelopak mata. Pandangan juga menjadi kurang terang. Rawatan esthetic boleh meningkatkan kecantikan dan menjaga kesihatan mata kita.


Wednesday, January 26, 2011

Apa Yang Lelaki Suka dan Tak Suka

saja jer nak letak artikel ni untuk bacaan korang..
yang baik jadikan sempadan,yang buruk jadikan tauladan yer..

images?q=tbn:ANd9GcRBxTzyYkdFLXR23ykczAWJvW8gUryz8V5d4r2HnmON5d_zsT8V

Lelaki suka:
* Sikap kelakar
* Budi pekerti dan kesopanan
* Murah hati
* Senyuman manja
* Pandai memasak
* Pandai dalam mengenakan pakaian
* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
* Tak mudah naik angin
* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
* Tak terlalu seksi dalam berpakaian
* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
* Berwawasan atau bercita-cita tinggi
* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
* Sikap keibuan
* Sukakan kanak-kanak
* Suara lembut tanpa dibuat-buat
* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
* Tahu bersyukur
* Pandai berjimat-cermat
* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal


Lelaki Tak Suka:
* Wanita yang suka mengumpat
* Sombong dan bongkak
* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
* Hisap rokok
* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
* Wanita yang hipokrit
* Pembohong dan suka mencari alasan
* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
* Pengotor dan pemalas
* Tak bertanggungjawab langsung
* Tak pandai mengemas
* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
* Kuat berleter walau hal remeh temeh
* Boros berbelanja
* Tak tahu memasak
* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
* “Queen Control” atau suka mengarah-arah
* Tak pandai bergaya atau selekeh
* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
* Panas baran
* Kuat merajuk dan sukar dipujuk
* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Sumber : SERIBU WARNA PELANGI