✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿
..........bui kongsikan info dari FB tentang mandi wajib ni yer...........
MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi
Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,
tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang
tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia
mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan
air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu
rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila
mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut
tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,”
tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga di kenali sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan
memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib amalan seseorang itu tidak akan sah. Rukun
mandi wajib ada 3 perkara.
1.NIAT
Niat mandi
wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala"
atau
"Sahaja
aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas
nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak
sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air
sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
2.MENGHILANGKAN NAJIS DI BADAN
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis
di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh
najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
3.MERATAKAN AIR KE SELURUH ANGGOTA BADAN YANG ZAHIR
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota
badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada
bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau
disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu
wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap
batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah
dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai
air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang
kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna
itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai
ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,
tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu
jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak
bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya
menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah
dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib
seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak
mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan
perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air
mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,
iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air
telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang
bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi
diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala
tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
ok,sama2 kita amalkan yer..bui memang sengaja letak artikel ni di blog bui sebab nak buat rujukan buat diri sendiri,manalah tau kot2 terlupa bolehlah merujuk kembali..
Take Care..♥..
19 comments:
tq sharing....panduan yang amat berguna...
tq berkongsi akak..;)
assalamualaikum
singgah pagi jumaat
semoga hari yang ceria
mandi wajib masa mandi kan senang kan.
In Shaa Allah... tq ye nice sharing
Okay terima kasih. Sangat bermanfaat. Kena lebih teliti dan berhati-hati lagi selepas ni supaya mandiannya sah
tq berkongsi ye bui. bagus sgt ni
sharing is caring, perkongsian yg bagus bui ;)
thanks for sharing...
sgt bmanfaat...
terima kasih bui
tenliu berkongsi kak
saya sellau jadikan buku sebgai rujukan.kena baca selau utk peringatan kan.mandi wajib bukan boleh dibuat main2
em em em take note dah maceh..
Nice sharing. Info yang sangat berguna.
trima ksh berkgsi kak..
thanks for sharing kak
untuk panduan bersama....time kasih share..:)
haaaaa, btul. ramai yg muda2 ni lupa nak cangkong, mentang2 dah mandi dgn shower.
haaaaa, btul. ramai yg muda2 ni lupa nak cangkong, mentang2 dah mandi dgn shower.
tq sharing....bui..panduan yang amat berguna...kadang2 benda2 camni kita tak serius sangat...
Post a Comment