Thursday, February 7, 2013

Maklumat Tentang Pentingnya Susu Ibu

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


bila dahku membaca maklumat2 tentang pentingnya susu ibu ni,serius sangat menyesal sebab tak menyusukan anak2 bui dengan sempurna masa dia orang masih baby dulu..kalaulah bui tahu,bui rela cuti tanpa gaji asalkan anak2 dapat bekalan susu dengan sempurna..


ini tidak,baru 2 bulan menyusu dahku dah tak menyusukan mereka lagi sebab kena bekerja balik..masa tu memang takder pilihan,terpaksa bagi susu formula..hari tu pun ada baca dekat blog Fatin Liyana yang baby ni harus dibagi susu ibu sahaja selama 6 bulan supaya mereka boleh membesar dengan cara yang sepatutnya..huhuhu


patutla,anak2 bui selalu sangat sakit terutama Athirah,selalu kena batuk dan selsema..mayb x cukup susu ibu letew..huhu..menyesal sungguh..korang semua jangan jadi macam dahku yer..meh kita sama2 baca pastu kongsi info ni dengan ibu2 yang lain yer


1. Perut bayi baru lahir cuma sebesar guli (5-7ml). Masuk hari ke-3 perut bayi sebesar penumbuk bayi sendiri (22-27ml). Hari ke-10 sebesar bola ping pong (45-60ml). Jadi TIADA istilah TIDAK CUKUP SUSU. Semat dalam minda anda! Bayi yang baru lahir mampu hidup sihat tanpa air susu yang mencurah-curah.


2. Cecair berwarna kuning keemasan (KOLOSTRUM) memberi kekebalan terhadap virus, bakteria & kuman.



3. Bayi pramatang sangat2 memerlukan kolostrum. Susu ibu untuk bayi pramatang dirumus berbeza dgn susu ibu untuk bayi normal. ALLAHUAKBAR. Hebat sungguh ciptaan ALLAH.



4. Semua bayi memerlukan susu dan bayi mempunyai naluri untuk menghisap. Jadi carilah, belajar posisi menyusu yang paling anda selesa.



5. Bayi menggunakan 44 otot ketika menyusu badan, manakala hanya mengguna 4 otot sekiranya mengguna botol.



6. Kajian terbaru mendapati bayi yang diberikan susu ibu selama lebih satu tahun kurang risiko mendapat tekanan darah tinggi ketika dewasa.



7. Susu ibu tidak boleh ditiru. Susu ibu berubah-ubah dan ia hidup. Jika diletak dibawah mikroskop, susu ibu "hidup". Ia kaya dengan sel darah putih yang membantu melawan penyakit dan baik untuk perkembangan otak dan mata.



8. Susu ibu lebih cair pada waktu siang kerana bayi memerlukan lebih air untuk menghilang dahaga,manakala waktu malam lebih pekat untuk memberi kekenyangan pada bayi.


-Kesimpulan dari buku ditulis oleh Wardina: Mama Saya Lapar-


bertuah la anak2 yang dapat susu ibu dengan sempurna kan,
sure membesar bagai johan..hehehe..
jadi untuk mereka yang bakal jadi ibu,
sila lah ambil serius tentang kepentingan susu ibu ni yer..
kalau anak nak susu,bagi jer k..
jangan banyak songeh,
nanti yang sihat walafiat anak korang jugak..^__^


Take Care..♥..

12 comments:

Mama Amirul said...

Banyak kelebihan susu ibu ni....

Mrs Velentine said...

anak MV yng no.2 & 3 BF fully mmg jarang sakit kak

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com said...

salam sis..oh tak tahu pulak siang hari susu cair..malam pulak pekat. thanks info.

Mia Kassim said...

Saya pun sempat susukan anak selama 2 bulan jak...huhu

Unknown said...

Anak sulung..nieza tak dapt fully bf..sedih sgt masa tu..tp kat rumah nieza tetap kasi susu badan..sampai pregnant anak kedua..yg kedua ni..alhamdulillah susu badan sepenuhnya..minda kena cekal..

Unknown said...

mama ckp dulu kitaorang kecik2 mmg minum susu mama. tp bila dah besar sikit baru start minum susu tepung.

Miss N™ said...

banyakkan kelebihan yg ada pada susu ibu....

Anonymous said...

gd sharing tq

Unknown said...

hebatnya susu ibu kan..rugi tak susukan anak dgn susu ibu..

Azhafizah MN said...

susu ibu susu yang terbaik.kalau boleh bf dari amek susu tepung tu kan.(:

izzah said...

Sypn mcm k bui...sedih sgt sbb lps baby lahir,nurse kt hospital trus suap susu fm...xbg peluang sy nk susukn baby...huhu...

Cikrosecute said...

Alhamdulilah....Cr sepenuhnya susu ibu...patutlah anak cr jarang sakit..