Friday, July 12, 2013

Khasiat Epal Hijau

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




bila tengok komen dari DENO yang mengatakan epal hijau boleh menurunkan blood pressure terus dengan gigihnya bui carik kat google khasiat epal hijau..almaklum bila dah disahkan ada penyakit ni bui sangat2 menjaga pemakanan..^_^..sebelum ni memang tak ambik tau pun..huhu..tengkiu deno,really appreciate nasihat deno tu


so,bui nak share dengan korang semua jugak apa khasiat epal hijau ni..sharing is caring kan..^_^


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu :-

Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membran paru-paru.
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko barah.


Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


pstt : petang ni terus terasa nak beli epal hijau banyak2..ker,tanam jer belakang rumah,abis cerita..hikssss


SUMBER


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

16 comments:

Unknown said...

Nice sharing..hehe lama tak bkunjung ke blog Bui ni..apa khabar?

Anum said...

bagus kan

are_lin@yu said...

alahamdulillah byk khasiatnya kan..

Unknown said...

wajib ada dalam peti sejuk saya sebab saya hari2 makan epal hijau dengan kuah rojak..sedap..ekekeke

ajumohit said...

moga cepat sihat ye kak bui, nak kuruih mmg elok makan epal hijau ni

Unknown said...

tq for sharing.. sbb mmg xtau khasiatnya tp mmg suka mkn... hehehe

Mummy MM said...

Nice sharing sis

kathy said...

kmk peminat setia epal ijo.. agik2 time posa tok..sahur mesti mok ada epal ijo :)

Unknown said...

nice sharing dari deno..mkn epal byk2 ye kak.. ;)

Unknown said...

nice sharing

Miss N™ said...

lagi satukan, peria katak..
akak pernah dengar tak..??

abah dur dulu tinggi jugaklah dara tinggi dia..200 gitu..

abah amalkan apple hijau di bland sekali dengan peria katak tu...dan minum...

alhamdulillah....normal balik dah daranh tggi abah...

tapi peria kata tu pahit tau,.sbb tu di bland sekali dgn apple hijau

Adhie said...

kurang sikit makan epal ijo tok...huhuhu sebab rasanya masam...anyway info yg bagus....

Terbelog said...

tp masam la kan

Anonymous said...

KA pun suka ni hehehe

Unknown said...

Mieya dah jarang ambil epal hijau. Bulan puasa nie, memang takkan sesekali menyentuh buah. hohoho tak tahu kenapa

Cikrosecute said...

nak beli jugak epal hijau banyak2...hihihi