Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Gambar Percutian Ke City Of Lights

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

ntah kenapa semenjak start puasa ni mood nak berblog agak jatuh merudum..macam takder apa nak cerita..mayb sebab perut lapar kot,jadi idea takder..hehe..apa punya alasan la kan..cakap jer memang malas..hahaha


sebab takder apa nak cerita,moh ler kita layan gambar masa kami pergi I-City pada waktu malamnya pulak yer..jom.. 
 pasangan bahagia..chewahhh..^_^

 keluarga bahagia..chewahhh lagi...:)
(versi gelap & terang..haha)

aksi dari adik bui,Sheila dan hubbynya Fuad..
NO PAIN NO GAIN katanya..hiksss


 aksi mereka semasa naik gondola yang super besar tu..bui tak naik sebab tatut..haha


 sungguh kalerful..



ok,tu ajerlah gambar2 nya yer..ada banyak lagi ekceli tapi dah x larat nak edit bagai..yang dah edit ni pun macam apa..nampak sangat tak pro kan..huhuhu


kalau rajin nak tengok gambar2 lain masa kami g I-City,sila klik GAMBAR PERCUTIAN KE I-CITY


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Friday, June 21, 2013

Gambar Percutian ke Water World I-City

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

kesinambungan dari entry GAMBAR PERCUTIAN KE AQUARIA dan GAMBAR PERCUTIAN KE SNOW WALK..macam drama melayu la pulak..ada episod2 nya..kih..kih..layankan ajer lah ^_^


adik bui dan sominya terlebih eksaited..hihi


aksi2 Athirah main air..


adik bui suka benar ngan budak Arab tu..
encemmm,sebab tu kami ambil gambar bersama dia
(tetiba ada munga2 pink..cover line letew..hahaha)


siaran ulangan..(ada gambar berulang..arrghh,malas nak ubah lagi..^_^)


ada lagi gambar budak arab..


dan 4 gambar dibawah adalah gambar pemandangan sekitar kawasan Water World tu..


lepas ni baru buat entry pasal gambar kami di i-city pada waktu malam pulak..tunggu k


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Thursday, June 6, 2013

Gambar Percutian Ke I-City (Snow Walk)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


fuhhh,penat sungguh edit gambar..sampai kejang rasa tangan bui..kalau tak edit,gambar jadi berat...bila berat,sesiapa yang pakai broadband akan hadapi masalah nak loading,so nak tak nak terpaksa jugak buat editing segala..huhu..dan inilah hasilnya..gambar2 yang berlonggok,bui kumpulkan jadi macam ni..bila dah dilonggokkan macam ni,kualiti gambar jadi kureng la pulak..haiyaaa


tapi takperlah,janji hado kan..hahaha..so,silalah menjamu mata dengan gambar percutian kami ke I-city..nak tahu bila kami pergi,baca entry GAMBAR PERCUTIAN KE AQUARIA ini dulu yer..maaflah sebab percutian bulan 5 tapi update entry bulan 6..almaklum,puan blog sibuk uruskan hal negara..hahaha..^_^

 suasana semasa kami sampai pada petangnya


 perhatikan Firhan..macam pingu kan..hahahaha..


kami ke Snow Walk dulu..bui terpaksa sewa but hijau sebab kasut yang bui pakai tak sesuai untuk dibawa masuk dan di pakai untuk berjalan dalam tu..sewa but Rm10 yer..tapi bui tak tahan lama dalam tu,terlampau sejuk..sampai kebas kaki tangan..huhu..akibatnya tak sampai 10 minit dah bergegas keluar..uiiii,sejuk tahap gaban..

tips nak ke I-city

>> korang ambik komuter dari KL Sentral ke Padang Jawa,tiket rasanya dalam Rm3 seorang.kalau kanak2 murah sikit

>> pastu ambik teksi dari Padang Jawa ke I-city,tambang teksi sekitar Rm12 jer..

>> kalau plan nak masuk Snow Walk,pastikan korang pakai kasut dan stokin,boleh jugak jimatkan duit untuk sewa but

>> kalau boleh bawak jaket tebal siap2,tak lah sejuk sangat masa kat dalam tu dan sarung tangan sekali

>> jangan balik terlalu lewat dari I-city takut korang terlepas komuter nanti,macam kami gerak dari I-city jam 9 malam,lain la kalau korang memang menginap di sekitar situ..^_^


entry sebelum ni Aquaria,KLCC
next entry Water World I-City pulak..tak larat nak buat entry panjang2..hehe


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Saturday, May 25, 2013

Gambar Percutian Kami Ke Aquaria,KLCC

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ok,kali ni percutian kami ke KL adalah selama 3 hari,2 malam jer..yang pergi bui,hubby,pihan,athirah,adik bui (sheila) dan hubby sheila (fuad)..6 orang semuanya


tarikh percutian pulak adalah pada 2 Mei 2013 - 4 Mei 2013..terbang menggunakan Air Asia..masa bui beli tiket harga tiket masa tu cuma Rm29 pergi dan Rm29 balik..bermakna Rm29 x 8 (pergi balik) = Rm232 jer..murahkan..sheila dan hubbynya pun dapat tambang yang sama..tapi mereka beli dan bayar sendiri..ngeee


untuk hotel pula,kami menginap di STAR POINTS HOTEL..kami book melalui online (Booking.Com) so dapatlah harga yang murah sikit..bayaran semalam rasanya hanya Rm180 (lupa harga sebenar) so,kami ambil 2 malam bayaran adalah sekitar Rm360..kami book satu bilik dan Sheila dengan hubbynya satu bilik..takkan nak kongsi bilik kan..tak sesuwaiiii..^_^


ok,first day datang,dari LCCT naik bas terus ke KL Sentral..dari KL Sentral terus naik LRT ke Masjid Jamek..dari MJ kami jalan kaki ke hotel..(tak jauh,dalam 10 minit berjalan dah sampai)..sampai hotel check in dulu,simpan2 beg dalam bilik pastu keluar g  makan sekejap..balik makan naik hotel balik dan tidoooo


second day,kami ke Aquaria KLCC..jom layan gambar yer..^_^


kami breakfast dulu..tak ingat nama tempat ni tapi dalam KLCC..
makanan adalah mahal okey..huhu


perjalanan dalam terowong menuju ke Aquaria
gambar ke-3 tu gambar di kaunter pembayaran tiket masuk
dewasa = Rm28 seorang (kita pakai goverment rate,kalau harga biasa Rm38)
kanak2 = Rm22 seorang (pakai government rate jugak,kalau biasa Rm28 kalau x silap)
apa2 pun untuk maklumat lebih tepat,korang rujuk AQUARIA,KLCC yer



ingatkan hanya ada ikan2 kat dalam Aquaria
rupa2nya ada hidupan lain jugak..yang pasti 'mereka' unik taww
saksikanlah antara pose kami masa kat dalam tu


 jugak aksi2 dari kami..abaikan jer gambar lobang idong pompuan baju kuning..hahaha


masa untuk karikatur..mula2 Sheila+Fuad..
bayaran Rm40 sebab untuk satu lukisan wajah pelukis ni caj Rm20,so 2 wajah adalah Rm40


pastu turn kami pulak..sebab kami berempat kami kena bayar Rm80
tapi memang sangat puas hati,sebab lukisan dahlah cantik pastu dapat pulak berkenalan
dengan Abang Aloy Karikatur ni (pelukis)
dia adalah pelukis kartun majalah Gila-Gila taww..baik dan peramah orangnya..^_^
now,dia dah jadi kawan instagram bui dan hubby


k,ni aksi2 b4 balik
dan gambar2 kat bawah,bui sengaja letak satu2
supaya jelas mata korang melihat
betapa best dan indahnya suasana kat dalam tu..ewahhhh..


hubby yang tak habis2 ambil gambar ikan


tengok gigi ikan jerung ni..mengerikan..nasib baik dalam akuarium..eiii


penyu kuning tu stylo giler..hihihi
sebab apa bui kata stylo sebab dia sangat 'eksen' taww
masa kami ambil rakaman video,dia boleh bagi aksi2 yang sangat mencuit hati
tapi bui takder letak video tu kat sini..malas.hihi..mayb one day later..


feeding time..best sangat2 bila tengok ikan2 tu datang beramai2 untuk makan
dahlah beramai2..rakus pulak tu..hahaha


salute dengan 2 orang penyelam ni..berani betul mereka kan..^_^


ok,lah..ni ajer entry tentang kami ke Aquaria,KLCC..insha allah jika dapat hidayah bui up entry pulak gambar percutian kami ke i-City k..baideway,nak bagitau jugak dekat korang ni.kami ke i-City sama hari dengan hari kami ke Aquaria ni,cuma ke Aquaria belah pagi dan ke i-City pulak belah petang..penat tapi seronok..till then..babaiiii..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday - Bandar Bercahaya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



akhirnya tercapai jugak impian nak ke i-City..^_^..tapi kenapakah bui nampak kemetot jer dalam gambar ni,sedangkan ketinggian bui adalah 170cm..(silalah jangan percaya..^_^)



Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Thursday, May 2, 2013

Membebelbebel..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



pose kat USS..masih hangat terasa..ewah2..


selamat pagi semua..harap korang sihat hendaknya..kalau ada yang kurang sihat tu cepat2 lah makan ubat yer..kalau makan ubat pun x berkesan,cepat2 la jumpa doktor..jangan dibiarkan melarat2 (ntah pahal tetiba jadi penasihat pulak hari ni..)


semalam cuti umum kan..seronok rasanya dapat rilek2 kat rumah,ye dak? bui pukul 10 pagi baru bangun tido..hahaha..sekali sekala bangun lewat alangkah bahagia nya


dan semalam jugak bui dengan hubby dah ambik kunci rumah baru..yahuuuu,tak lama lagi bolehlah kami pindah dari flat kerajaan yang kami duduk sekarang..rumah flat yang kami duduk sekarang banyak sangat ketidakselesaan nya..banyak sangat masalah antaranya air boleh keluar dari dinding..magik kan..hahaha..nasib baiklah problem tu telah dapat di setelkan..kalau tak memang banjirlah dalam rumah bui


pindah mungkin sebelum puasa agaknya lah,sebab banyak perkara perlu disetelkan dulu antaranya nak uruskan perpindahan sekolah anak2 ke sekolah yang berdekatan dengan rumah...semoga semuanya berjalan dengan lancar lah hendaknya nanti..


sekian dulu bebelan dari bui..ehem,ehem..ekceli hari ni bui dan family akan fly ke KL..cuti2 pilihan raya..hehe,takderlah cuti2 malaysia..jap jer kami pergi..khamis-sabtu jer..tak sabar............^_^


Take Care..♥

Thursday, April 25, 2013

Rumah Baru Saya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


mula2 mintak maaf yer
sebab entry ni entry berangan2 kak jenin..haha
takut ada yang percaya pulak nanti
tapi memang benar bui akan berpindah ke rumah baru
tapi bukan rumah yang ni
rumah yang ni hanya dalam impian serta angan2 semata




indah bumi Allah kan..subhanallah..
oh,ya gambar kat atas ni adalah dekat Flam Valley,Norway
mula la pasang angan2 nak ke situ..ngeeeeeeee


Take Care..♥

Saturday, April 6, 2013

Gambar Percutian Ke Universal Studio Singapura

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


kami pergi pada 26,27 dan 28 Mac 2013 yang lepas
27.3.2013 tu adalah tarikh kami ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
kami stay di KOZI HOTEL,Danga Bay Johor
(walaupun bilik kecik tapi selesa dan yang paling best Wi-Fi adalah sangat lajuuuuuu)


tiket USS tu bui beli dari Puan Rosmanizah
murah taww..hanya RM155 untuk dewasa dan RM115 untuk kanak-kanak
tiket bas pun kita ambik dari dia..senang cerita


malas nak cerita banyak2 ni,jom layan gambar..^_^
lets picture tell the story..ewah..ewah..spiking london la pulak


tiket bas..bas ni dah tunggu depan Tune Hotel,Danga Bay
hotel Kozi tu tak jauh dari situ so kami jalan kaki jer 
tak sampai pun 5 minit dah sampai depan Tune Hotel
berkumpul jam 7.30 pagi,bas gerak jam 8.15 pagi


sampai di USS sekitar jam 9.30 pagi
USS bukak jam 10 pagi jadi kami berposing la dulu


sampai kat USS wajib ambik gambar kat depan globe ni yer


watak2 dalam movie The Mummy 


 eksen ko yer Mr.Hubby..hihihi


 ekceli dalam gambar ni bui pejam mata..tido berdiri kot..haha


adik bui Sheila dan anak2 membeli kipas
SGD19.90 (Rm49.75 satu..huhu)
terpaksa beli sebab anak2 dah kepanasan yang melampau
sampai kebasahan baju..^_^


 masa bukak,masa tutup..
kat situ kata No Outside Food kan..tapi kami siap bawak
roti gardenia dalam beg..takder sportcheck ponn..


macam sibuk cari arah dan tempat
padahal tengok gambar jer


depan rumah Shrek
tak jumpa pun Shrek dan Princess Fiona..huhu..frust


 watak2 dalam Madagascar...comelllll


 aksi lompat x jadi dari kami
Athirah lambat..hahaha


dabel best istana Far-Far Away ni..cantikkkk


Firhan suka robot ni..Bumblebee..
gerak-gerak taww..osem sangat


roller-coster yang sangat2 menggerunkan bagi bui
bagi sejuta pun belum tentu bui nak naik..takutttttt
hubby nak main tapi bui dengan Sheila tak nak
so dia takder partner terus tak nak naik jugak..


aksi dari kami bersama Bumblebee


bui berkenan cawan ni tapi ntah kenapa tak beli
dah balik terasa menyesal pulak..haiyaa


 robot ni tak gerak tapi best jugak..besar


 bersama Oscar The Grouch..sporting giler dia


rehat sebentar..penat beb
Athirah & Firhan sempat bergosip..haha


walaupun tak naik roller coaster tu,ambik gambar jadi la kan


perasan dirinya hero remaja letew...


show..best sebab lagu semua rancak
terasa nak goyang2 jugak bersama mereka..hahaha


 hubby bui minat betul rumah Shrek ni
sampai ambik gambar berpuluh2 snap


 menikmati pemandangan katanya...


nasi yang kami makan
SGD14..kami beli 2 pastu share
SGD28 x 2.50 = RM70 (mahalllll)
tapi mengenangkan perut dah berkeroncong tok ana
terpaksalah beli...


 sempat tidur sebab terlalu penat


baki duit yang tinggal
kami tukar duit masa kat Airport Senai
RM1000 = SGD396 jer


 kami makan dia tidor..bertuah punya anak..hihihi


 ewah..tangan hubby tu cantik parking..haha


 rasa nak peluk lama2 sebab gebu sangat
Athirah masa ni masih tidur,so takder lah gambar dia..so,rugi


hubby dan Firhan
bui tak berani...takut


 awwww..ganas tapi seksi


Optimus Prime


 posing bersama OP..tak leh sentuh robot ni taww


 show kali ni dari gegirl pulak..seksi
hubby sampai 'bling2 mata'..hahaha


tengok sampai peluk tiang..^_^
Athirah tu tengah merajuk


 ewah..ewah..terasa kat Korea pulak bila buat aksi macam ni
 bersama hubby tercintan-cintun


 pose b4 balik..muka kepenatan tahap gaban
kaki dah lembik sebab sehari suntuk dalam USS


gambar ni Sheila ambil guna henpon dia..
makbapak sibuk posing tapi anak2 sibuk buat hal sendiri


minta maaf lah yer sebab gambar memang tak ikut susunan
malas nak susun,lagipun gambar terlalu banyak
ada lebih kurang 600 tapi yang 
bui upload kat facebook 
hanya 269 gambar..kat blog pulak dalam 41 jer
kalau terberniat nak tengok gambar lain 
boleh la g facebook bui ni yer..SINI

kalau ader yang perasan ada gambar bui tudung simpan kat dalam
ada masa pulak tudung kat luar kalau kat dalam tu masa pagi,kat luar masa dah nak balik..dan kami pusing 2 round USS tu..harap maklum..hihi

p/s : kalau g USS jangan tak main Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle..sangat best ok..bui sampai nak main lagi cuma malas nak beratur lagi..kalau nak main permainan atau ambik gambar barisan adalah panjang yer..kesabaran sangat diperlukan kat situ..sekian..dan kalau masuk ke USS,mulakan dari sebelah kiri dulu ok..kenapa dari belah kiri,korang masuk dulu,nanti korang akan tahu..^_^



Take Care..Thanks For Reading This Entry..Take This ♥